Friday 20 December 2013

LawAkKan??


Kalau anda pikir anda masih islam bacalah…kalau tidak……Allah saja yang tahu…
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini….kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja… ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…
Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..

Suatu hari pada masa sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah…tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik ,“Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu…

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: “Ok ,Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat”….

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah….
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah. ..
” Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… “

” Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya…
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat… tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit di dalam al Quran”

“Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam lamanya tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama
Lawak kan ????Kenapa gelak? tu kan realiti..

wallahualam ~ sama-samalah kita muhasabah diri ....

Tuesday 17 December 2013

KeMpeN meNutuP auRat ~


amira ader bukak facebook baru-baru nie... then ternampak lar gmbar yg kat bawah nie.... mybe dh heboh kut kat facebook sekarang...


so, why not aku join jer? nie amira juz monolog dalam diri jelah.... then amira pun contact lar number yg ader dekat situ... memandangkan amira duk kt terengganu.. so, amira contact ukhti aisyah....

ade lar beberapa soalan yg amira tnye kt dia.... yang penting, kempen nie tdak dikenakan sebarang yuran.... ( saya suke, sya suke ) kempen nie juga diadakan di TTC, giant, mydin kuala terengganu... kempen nie lebih senang digelar street da'wah.. dimana kita akn berpecah kepada beberapa kumpulan.. dan kita akan pergi pada sesiapa yg kiter rase masih belum tutup aurat dgn sempurna. kemudian kita akn berborak-borak sedikit dgn dia sambil berdakwah dan kita akan bg dia hadiah sperti tudung labuh / handsock/ stokin  yg kita dapat hasil dari sumbangan orang ramai.. dan kita juga akan adakan aktiviti-aktiviti untuk menarik kaum-kaum muslimat mengikuti kita.... contohnya kita akan buat tutorial shaw labuh dan sebagainya.... ( amira juz copy apa yang dimaklumkan oleh ukhti aisyah ) hehehe~ interesting kan??? (^_^)

dan aktiviti nie akan diadakan 28 hb, sabtu... tapi sedikit perbincangan akan berlangsung 23 hb, isnin di masjid terapung, kuala terengganu... dan InsyaAllah amira akan join sekali.. so, apa lagi. jom join sama !!

Sunday 15 December 2013

SuRat SeorAng RemAja KePaDa PeRdAnA mEnTeri MaLAySia, DaTo' SeRi NajiB~

assalamualaikum dan salam 1 ummah ~

untuk entry kali ini, amira memilih tajuk seperti di atas tu untuk menjadi tatapan para pembaca sekalian ~ semoga bermanfaat kepada kalian ~ (^_^)




Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.


p/s - p/s : Salam alaik. Sila sebar-sebarkan untuk tatapan setiap remaja dan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan. Demi ISLAM kita berjuang..!!

Saturday 14 December 2013

KiSaH sEorAng DokTor DaN mAt reMpiT

assalamualaikum dan salam 1 ummah ~

ana asiff jiddan sebab dah lamer xmenjenguk blog neyh.. tapi rasenyer belum sampai bersarang ag... hehe~ agak sibuk sikit.. tu yg dah lamer tak update blog. hehe~ busy with facebook jer padahal.. ngee~



Disini, amira ingin kongsikan sebuah kisah yang memberikan pengajaran dan kesedaran kepada kita semua...

Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doktor yang merupakan pelajar saya.

Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit.

Saya menoleh jam loceng saya. "Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi,apakan daya kerana tugas,saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doktor yang kita kenali sebagai `on call`.

Setelah memecut kenderaan saya, akhirnya saya tiba di bilik kecemasan. Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam di bilik pembedahan,mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong. Entah mengapa hari itu,terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`. Astaghfirualallahalazim, sebagai seorang doktor,saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit,nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa,dia bukanlah apa-apa.

Keesokan harinya,saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah.

"Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik. Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti,menongkat motornya dan berjalan kedepan.

Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi, mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain.

"Allahuakbar."

Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangat mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia,tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi. Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu.

Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.

Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit,lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain. Sikap prejudis akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap profesinalisme yang ada dalam diri kita..~

Friday 8 November 2013

Dengarlah Wanita~



salam 1 ummah semua ~ sekarang amira tengah exam SPM tau... soalan dia.. mak ai ! ader yg susuah ader yg senang.. alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar... actually amira dduk asrama sepanjang exam berlangsung.. tapi amira balik memandangkan kat asrama takder air... susah sungguh takder air.. nak basuh baju pun tak dapat.... mandi apatah lagi... so,, warden bagi lar balik.. suka sangat !

tapi amira taknak lar criter pasal khidupan amira kat asrama.. amira nk share benda lain sebenarnya yang amira terbace kt facebook amira..bnde yang baik ap salahnya kita berkongsi kan... dapat manfaat !! tak pernah rugi pun....


Wahai wanita tidak Bertudung...
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat NERAKA,
Iaitu api yang akan membakar rambut mu, di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya, hilanglah cantik alun rambut mu, tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu, Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu, Sebahagian daripada mereka yang bertudung, Bertudung labuh hingga ke paras dada.

Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu, sebahagian daripada mereka yang bertudung, bertudung labuh hingga ke paras dada, tersemat jua bersamanya rasa taqwa..
Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh, Yang sukar sekali untuk diperoleh..
Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak, Agar islam kembali tertegak.
Dengarlah wahai wanita.. Sahutlah seruan ini... 




Thursday 31 October 2013

Balasan Mencela Para Sahabat


untuk kali nie, amira nak kongsikan dengan para pengunjung blog mira sekalian kisah balasan terhadap orang yang mencela para sahabat... dan apa yang amira harapkan.. korang semua dapat mengambil iktibar dan jadikan sebagai tauladan..... amira harap,, korang semua bukan diantara golongan yang mencela para sahabat... siapalah kita ini nak dibandingkan dengan para sahabat... terlalu rendah rasanya diri ini...mereka telah dijanjikan syurga... kita macam mana?? so.. jangan sesekali kita mencela para sahabat yerk~


Al-Qairuni berkata, “Seorang syaikh yang termasuk orang-­orang yang utama mengabarkan kepada saya, dia berkata, ‘Abu Al-Hasan Al-Mathlabi (Imam Masjid Nabawi) mengabarkan kepadaku, dia berkata, ‘Suatu hari ketika saya di Madinah melihat suatu keajaiban, ada seorang laki-laki mencaci Abu Bakar dan Umar Radhiyallahu ‘Anhum. Kemudian, pada hari lainnya ketika kami selesai shalat subuh, tiba-tiba kami bertemu seorang lelaki yang air matanya mengalir deras membasahi kedua pipinya, lalu kami tanyakan bagaimana ceritanya sehingga ia bernasib seperti itu?

Lelaki itu menjawab, ‘Tadi malam aku bermimpi bertemu Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, sedang di depan beliau ada Ali bersama Abu Bakar dan Umar Radhiyallahu ‘Anhuma. Lalu Abu Bakar dan Umar berkata kepada Rasulullah, ‘Inilah orangnya yang menyakiti dan mencaci kami wahai Rasulullah! Kemudian, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bertanya kepadaku, ‘Siapa yang menyuruhmu berbuat seperti ini wahai Abu Qais?’ Aku menjawab, ‘Ali’, dan aku pun menunjuk kepadanya’.
Kemudian, Ali mengarahkan wajah dan tangannya kepadaku dengan mengepalkan jari-jarinya dan mengisyaratkan dia menampar mataku, lalu berkata, Jika kamu berdusta, semoga Allah membutakan matamu. Kemudian, Ali mencolok jarinya ke mataku, lalu aku terbangun dari tidurku dan aku dapati diriku seperti ini. Kemudian, lelaki itu menangis dan memberitahukan kepada masyarakat, lalu bertaubat di hadapan mereka.”

Seorang syaikh dari suku Quraisy berkata, “Di Syam (Syiria) aku melihat seorang lelaki yang setengah wajahnya hitam dan ditutupi tangannya. Aku menanyakan kenapa dia menutupinya seperti itu? Lelaki itu menjawab, ‘Aku telah bersumpah kepada Allah siapa yang menanyakan sebab sikapku seperti ini, maka pasti akan aku jawab. Ketika itu aku sangat memusuhi Ali bin Abu ThalibRadhiyallahu ‘Anhu. Pada suatu malam ketika aku lelap tidur, ada seorang lelaki mendatangiku lalu berkata, ‘Kamukah orangnya yang selalu memusuhi aku?’ Kemudian, ia menampar sebelah pipiku sehingga menjadi seperti inilah wajahku, hitam sebelah sebagaimana kamu lihat’.”


Diriwayatkan dari Muhammad bin Sirin Rahimahullah, dia berkata, “Ketika itu aku sedang melakukan thawaf di Ka’bah. Tiba-tiba aku berpapasan dengan seorang lelaki yang memanjatkan doa seperti ini, ‘Ya Allah ampunilah aku, dan aku tidak yakin Engkau akan mengampuniku!’ Seketika itu aku sangkal, ‘Wahai Abdullah, selama ini aku tidak pernah mendengar sese­orang berdoa sebagaimana yang kamu panjatkan!’ Lelaki itu men­jawab, ‘Ketika itu aku pernah berjanji, sekiranya aku dapat me­nampar wajah Utsman, pasti aku lakukan’. Kemudian, ketika UtsmanRadhiyallahu ‘Anhu terbunuh dan diletakkan di atas tempat tidurnya di dalam rumah, sementara orang-orang berda­tangan untuk menyalatkan jenazahnya, aku pun masuk ruangan itu lalu berpura-pura ikut menyalatkan jenazahnya. Ketika itu sedang sepi, maka aku tarik pakaianku untuk menutupi wajah dan jenggot Utsman, lalu aku berhasil menamparnya. Setelah kejadian itu, AllahSubhanahu wa Ta’ala menjadikan tanganku kering dan kaku seperti kayu yang tidak dapat digerakkan’ .”

Ibnu Sirin berkata, “Benar, aku telah melihat tangannya kering.”

Utsman Radhiyallahu ‘Anhu adalah seorang shahabat Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam yang mendapat gelar Dzun Nuraini; khalifah ke-3. Dia mendapat perlakuan zalim dan menyerahkan urusannya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka Allah menurunkan hukumannya yang berlaku atas orang yang menzaliminya sebagai ibrah. Sungguh Allah adalah Maha mulia dan Mendendam.
Diriwayatkan dari Amir bin Sa’ad Radhiyallahu ‘Anhu, dia berkata, “Ketika Sa’ad berjalan, tiba-tiba ia berjumpa dengan seorang lelaki yang sedang mencaci Ali, Thalhah, dan Zubair Radhiyallahu Anhuma. Sa’ad berkata kepada lelaki itu, ‘Sungguh, baru saja kamu mencaci suatu kaum yang telah berhasil mendahului dalam kebaikan dari yang selainnya. Kamu akan berhenti mencaci mereka atau aku doakan kamu supaya Allah menurunkan musibah untukmu!’

Lelaki itu menantang, ‘Kenapa kamu menakut-nakuti aku, seolah-olah kamu seorang nabi?’
Sa’ad menjawab, ‘Ya Allah, sesungguhnya orang itu men­caci sejumlah shahabat RasulullahShallallahu Alaihi wa Sallam yang lebih dahulu berbuat kebaikan daripada orang lain, maka turunkan seksa untuk orang itu?! Tiba-tiba datang seekor unta betina, orang-orang membiarkan unta tersebut berjalan dan mencederai lelaki itu.


Aku sendiri menyaksikan orang-orang menyusul Sa’ad sambil berkata, ‘Wahai Abu Ishaq, AllahSubhanahu wa Ta’ala mengabulkan doamu’ .” (Diriwayatkan Thabrani)
Diriwayatkan dari Qais, dia berkata, “Seorang laki-laki mencaci Ali Radhiyallahu ‘Anhu, kemudian Sa’ad berkata, ‘Ya Allah, sesungguhnya laki-laki ini mencaci salah seorang wali­Mu, maka jangan bubarkan pertemuan ini” sehingga Engkau memperlihatkan kekuasaan-Mu’.
Demi Allah, kami tidak meninggalkan pertemuan kami itu sehingga lelaki tersebut terpelanting dan pingsan dari ken­daraan yang dinaikinya dan kepalanya terbentur bebatuan sehingga gegar otak dan mati.” (Diriwayatkan Al-Hakim)


Ada seseorang yang mencaci shahabat Rasulullah Sha­lallahu Alaihi wa Sallam yang tergolong masyhur, dan tidaklah mungkin ada seseorang yang berani mencaci shahabat RasulullahShallallahu Alaihi wa Sallam selain orang-orang zindik ekstrim, yang di dalam hatinya diliputi rasa iri dan dendam kepada para shahabat. Telah cukup kita jadikan pelajaran ucapan seorang tabiin yang bernama Abu Zur’ah Rahimahullah, ‘jika kamu melihat ada seseorang yang berani mencaci salah seorang shahabat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tentulah ia zindik.”
Orang-orang yang berani mencaci para shahabat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, yang Allah telah redha kepada mereka, tentu Allah akan menurunkan laknat, menjauh­kan rahmat-Nya, dan tidak dimasukkan ke dalam surga serta hidup di dunia penuh dengan kehinaan sebelum merasakan siksa­an di akhirat.

Apakah pantas seseorang mencaci para shahabat yang kepada mereka pula diturunkan Al-Qur’an. Bahkan, mereka memperoleh pujian langsung dari Allah?!

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
‘Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang­-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari” karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dan” bekas sujud Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya, maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat, lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di alas pokoknya; tanaman itu menyenang­kan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang Mukmin). “(Al-Fath: 29)


Diriwayatkan dari Abu Hatim Ar-Razi dari Muhammad bin Ali, dia berkata, “Ketika kami berada di Makkah dan duduk­-duduk di Masjidil Haram, ada seorang lelaki dengan wajah separuh hitam dan separuhnya putih, lalu dia berkata, ‘Wahai segenap manusia, ambillah i’tibar dari diriku, aku pernah berbuat buruk dan mencaci dua orang shahabat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Kemudian pada suatu malam, ketika aku tidur, tiba-tiba ada seseorang yang mengangkat tangan lalu menampar wajahku sambil berkata kepadaku, ‘Wahai musuh Allah, wahai orang yang fasik, bukankah kamu yang selama ini mencela Abu Bakar dan Umar, kemudian menjadi seperti inilah keadaanku.”

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa mencaci para shahabatku, maka baginya laknat Allah, para malaikat, dan seluruh manusia. (Diriwayatkan Thabrani)

sekian sahaja dari amira untuk kali ini.. wasalam ~



Wednesday 23 October 2013

WaNiTa SoLeHaH






Wanita solehah itu aurat dijaga,Pergaulan dipagari,Sifat malu pengikat diri,Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,Kemanisan wanita solehah ,tidak terletak pada kemanjaannya,Daya penarik wanita solehah itu ,Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu Bukan dan tidak sama sekali,Kepetahan wanita solehah ,Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi.


Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,Bersyukurlah diatas apa yang ada,Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku ,Wanita solehah.

Thursday 10 October 2013

GraDuAsi KaMi..


hari isnin lepas ( 7/10/2013 ), amira ader majlis graduasi tau... nak tau kt mner? dekat jer ngn umah amira. tak sampai pun 5 minit dr umah amira.. majlis graduasi nie diadakan di pusat konvensyen, taman tamadun islam ! pagi tu memang datang sekolah dgn baju kurung.. orang lain pakai baju uniform sekolah, kita pkai baju kurung biase... sampaikan amira pergi kantin pagi tu,, kakcik kantin tu siap tegur lagi,, " nak g sambut raya haji ker " ade plak kakcik kater gitu.. mcm bese, amira sengih jela kan... 

sekolah amira hanya 39 orang jer yang dapat pergi ke graduasi nie.. amira pergi sana naik motor jer.. alone ! yang laen naik bas sekolah... kalau amira naik bas jugak,, alamaknyer balik yang sepatutnyer 5 minit jer.. tp mkan masa 20 minit pulak.. yelah kan.. balik naik bas ke skolah,, amik motor,, phtu balik rumah.. tak ker banyak keje plak tu?? pdahal rumah dengan taman tamadun islam dekat jer..




majlis graduasi nie bukan semua orang boleh pergi.. hanya yang dapat pointer 4.0 kebawah shaja yang layak pergi.. based kan kpd result trial baru-baru nie.. alhamdulillah.. rezeki amira.. merasa jugak graduasi tahun nie.. actually sdih jugak. drpd 39 orang yang pergi dr skolah amira.. hanya 8 orang shaja dr kelas sastera ( akaun)  selebihnya dr kelas sains tulen.. dan kelapan-lapan orang tu smua dr kelas amira.. tmasuklah amira sdiri... sdgkan kelas akaun ader 3 kelas... nak buat mcm mana kan. rezeki masing-masing.. tapi klu dpt pergi skelas lg best ! 

majlis graduasi nie bukan skolah amira jer tau ! seluruh skolah agama bwah krajaan negeri di terengganu..  nak tau skolah mana? yang ader.. sma atas sultan zainal abidin (smaasza) , sma khairiah , sma sultan zainal abidin ladang , mahmudiah , ittifakiah , al falah , smasid , marang , dan maarif... dan yang terpilih hanyalah seramai 217 orang shaja bg peringkat SPM... bg peringkat STAM , THANAWI , STPM pun ader jugak.. tp tu skolah smaasza jelah.. skolah laen takder pun.. sbb tulah ramai dr skolah dia..














memandangkan sekolah amira first skali yang smpai.. kiteorang ramai-ramai sempat dulu lar jalan-jalan kt taman tamadun islam nie... alang-alang jalan tu,, sempat lar snap sekeping dua gmbar.. huhu... =) 

okey ! back to the topic ~ .. alhamdulillah amira dpat 2 sijil.. sijil graduasi n sijil subjek terbaik bg subjek perdagangan... bg subjek terbaik tu,, dapat lar RM50... kawan amira, amalina.. dia dapat subjek terbaik bg sains dan prinsip akaun.. so, dye dapat RM100.. jeles seh ! 


nie gambar pelajar skolah amira yang layak ke graduasi.. muke bijok-bijok neyh... aisshhh! gerun pulak kiter neyh.... 


nie adalah teman seperjuangan amira dalam kelas... amira gitau td 8 orang kan.. tp yang nie 5 jer... amira pun tak sure mana diorang pergi lg 3 orang tuh.. yang 3 orang tu,, iman, anis n huda...


jeng, jeng jeng !! siapakah gerangan ini?? opss! amira pun xtau saper nie.. hehehe~ *wink*wink* simple jer kan amira.. huhu..


okeyh !! yang nie hikmah... tinggi kan dia.. kalau amira dduk sebelah dyer.. memang terserlah kependekan amira. ngee~


yang nie pulak amalina ! dialah yang selalu dapat no. pertama dalam kelas amira... memang takder sape lah yang dapat rampas takhta dr dye..


ain wardah !! ain pun antara yang bijak dalam kelas amira.. mestilah kan.. kalau tak, takdernyer dapat pergi graduasi kan..


ha !!! yang nie. korang jangan pandang sebelah mata k.. kecil2 cili padi tau ! boleh tahan bijak jugak dye neyh. amira pun takleh lagi nk lawan dye.. nak tau nama dy?? panggil jer dye salmawani...

okeyh lar !~ tu jelah untuk kali nie... doakan amira untuk SPM nanti tau !! tata titi tutu ~ (^_^)

Sunday 6 October 2013

aNdai DiA bUkAn JoDohKu..

assalamualaikum dan salam junjungan ke atas nabi kita, nabi Muhammad s.a.w....


Jika dia bukan jodohku, Ya Allah... pudarkanlah keindahan wajahnya dari pandanganku... aku tak ingin mencintai orang yang salah, sungguh... walaupun melupakannya sangat menyakitkan... aku berusaha untuk sanggup... gugurkanlah satu-persatu dengan perlahan semua kenangan yang senantiasa melekat erat dalam ingatanku... karena jika semuanya terhapus dalam waktu sekejap, aku takut itu akan menyiksa diriku sendiri...

Jika dia bukan jodohku, Ya Allah... bantulah aku untuk mencabut perasaan tak biasa ini dari hatiku... aku akan merasa bersalah dan mengutukuki diri jika dia yang kini bersemayam anggun di hatiku bukanlah qawwamku... aku sadar itu tidaklah mudah karena akarnya terlanjur membumi di hatiku... tapi, demi keridhoan-Mu, apa yang tidak akan aku lakukan ?



Jika dia bukan jodohku, Ya Allah... kumohon, jangan hadirkan sosoknya lagi dalam mimpi-mimpi malamku... karena itu hanya membuatku semakin berandai-andai dan lalai dari mengingat-Mu...

Jika dia bukan jodohku, Ya Allah... jauhkanlah, sejauh yang aku butuhkan untuk menjadikan namanya terdengar biasa saja di pendengaranku... karena sungguh, atas perasaan ini aku tak mampu tenang bila mendengar namanya...

Jika dia bukan jodohku, Ya Allah... jauhkanlah, sejauh yang aku butuhkan untuk menjadikan wajahnya terlihat biasa saja bagi netraku... karena sungguh atas perasaan ini hatiku tak bisa bergetar wajar bila memandang wajahnya...

Dan jika dia bukan jodohku, Ya Allah... dekatkanlah qawwamku padaku, agar aku tak menebak-nebak terlalu lama...

Aamiin...

Thursday 3 October 2013

PaLeStiN yAnG diCiNTai...

Assalamualaikum dan salam 1 ummah amira ucapkan.... ahlan wasahlan wamarhaban bikum ~ 
dah baca kan tittle untuk entry kali ni.. hari ni amira nk berkongsi sedikit pasal bumi palestin yang semua dah sedia maklum sekarang apa yang berlaku di negara islam disana..jadi,, ape tnggu lagi? jom baca !! semoga mendapat manfaat ya ! 


Gaza diserang bertubi-tubi oleh Israel laknatullah, peluru-peluru berpandu mereka dilepaskan tanpa mengenal erti kemanusiaan, baik kanak-kanak atau wanita mahupun warga emas semua menjadi mangsa kerakusan si durjana, seolah mereka berkuasa mutlak atas muka bumi ini, lupakah mereka yang Allah SWT lebih berkuasa daripada mereka, lupakah mereka, betapa ramainya para nabi diturunkan dalam kalangan mereka agar mereka berubah? Tetapi mereka tetap sombong serta angkuh mengaku mereka kaum termulia, selain kaum mereka hanya bertaraf binatang yang halal darahnya.
Lihat sahaja surah Al-Baqarah, Allah SWT mengkisahkan tentang kaum Yahudi, bagaimana banyaknya nikmat yang diberikan kepada mereka, tetapi mereka tetap kufur. Malah menafikan kerasulan nabi Muhammad SAW, kerana baginda bukan daripada bangsa mereka.
Hati terasa panas mendengar berita-berita tentang serangan yang dilakukan oleh musuh Islam terhadap saudara seiman. Mereka menyerang saudara-saudara kita melalui udara dan laut tidak melalui darat kerana mereka adalah pengejut, takut untuk bertentang senjata  dengan tentera muslim, kerana Allah SWT sentiasa membantu tenteranya sehingga membuatkan musuh Allah menjadi gentar dan takut dalam berjuang. Hal ini dinukilkan dalam Al-Quran:
“Ketika tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, “sesungguhnya aku bersama kamu, maka teguhlah (pendirian) orang-orang yang beriman”, kelak akan aku berikan rasa takut ke dalam hati orang-orang kafir, maka pukullah di atas leher mereka dan pukullah pada tiap-tiap jari mereka.”  (Al-Anfal:12)
Palestin Yang Tidak Akan Luput
Walaupun Israel menguasai hampir keseluruhan bumi Palestin, mereka mengambil daripada umat Islam secara kasar, mereka penceroboh yang tidak pernah diadili di mahkamah dunia yang kononnya adil.  Tetapi Allah SWT menjanjikan kemenangan kepada umat Islam malah Rasulullah SAW ada bersabda:
“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.(Hadis Riwayat Bukhari)
Umat Islam sentiasa berjuang di Palestin sehingga membebaskan negeri ini daripada perakus-perakus sehinggalah akhir zaman. Hadis lain juga Rasulullah SAW menyebutkan:
“Penduduk Gharb (yang berada di arah Barat) akan senantiasa menegakkan kebenaran sehingga Kiamat datang”. (HR Muslim 13/68, Nawawi).
Imam Ahmad berkata,”yang dimaksudkan dengan Ahli Gharb adalah penduduk Syam.” Dan jawaban ini disepakati oleh Ibnu Taimiyah serta ulamak-ulamak yang lain  (Manaqibisy-Syam wa Ahlihi, halaman 76-77).
Maka kita sentiasa meyakini Palestin tetap akan menjadi milik kita walaupun pelbagai ujian menimpa, kerana keyakinan kita terhadap janji Allah SWT tentang perkara ini. Malah umat Islam di seluruh dunia akan bersatu-padu dalam menyelesaikan permasalahan ini kerana Allah SWT mengambarkan bahawa orang mukmin sesama mereka adalah pembantu antara satu sama lain.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain” (At-Taubah:71)
Palestin Yang Dicintai
Kecintaan kita terhadap tanah yang diberkati Allah SWT dan tempat penuh bersejarah bagi umat Islam, apabila Nabi SAW melakukan isra’ di sini, sehingga Allah nukilkan perkara ini dalam Kitab Suci:
“Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami, Sesungguhnya Dia maha mendengar, maha mellihat.” (Al-Isra’:1)
Tidak akan pernah padam, dan akan terus dinyalakan sehingga kita balik bertemu Allah SWT dalam keadaan Allah redha dengan kita. Kecintaan kita ini bukanlah bermusim tetapi sentiasa berbunga.
Mereka saudara kita yang dibina atas keimanan. Dan Rasulullah SAW bersabda tentang ukhuwah orang-orang beriman,
Daripada Nu’man Bin Bashir RA: Rasulullah SAW bersabda: “Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yang satu, apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.” (Hadis Riwayat Syaikhan)
Sekiranya orang-orang kafir yang menyokong perjuangan Palestin mempunyai perasaan terhadap sahabat-sahabat kita, kenapa tidak kita yang merasainya, kita yang sepatutnya lebih merasai kesusahan mereka.
Tugas Kita Wahai Orang Beriman:
Pada asalnya apabila sesebuah negara Islam dijajah, maka hukum untuk keluar berjihad menjadi wajib aini bagi negara tersebut untuk membebaskannya, sekiranya negara tersebut tidak mampu, maka hukumnya beralih ke negara yang bersebelahan dengan negara tersebut.
Imam Al-Qurtubi berkata: Boleh jadi sesuatu keadaan itu jihad menjadi wajib untuk semua pihak, sekiranya musuh menakluki negara islam atau sedang bergerak menuju ke negara Islam untuk menyerang, maka wajib bagi semua penduduk di negara tersebut keluar berjihad baik pemuda atau pun warga emas, semua atas  kemampuan masing-masing, sekiranya warga negara tersebut lemah dalam menghadapi tentangan tersebut, maka hukum wajib berpindah ke negara yang berdekatan dengannya sehinggalah negara tersebut dibebaskan. (Al-Jami’ liAhkamil Qur’an oleh Al-Qurtubi 8/150)
Pada zaman ini, kebanyakkan negara umat islam berkondusi lemah dalam banyak sudut baik ekonomi, politik, sosial, pendidikan, ketenteraan dan lain-lain sudut, sehingga negara-negara islam tidak mampu membantu negara Palestin yang dijajah. Dan sebagai mukmin yang sedar akan tanggungjawab ini kita menjalankan tanggungjawab sekadar yang mampu. Sekadar cadangan daripada saya:
1. Sebarkan kefahaman kepada masyarakat tentang permasalahan Palestin. Permasalahan ini perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat agar masyarakat kita mempunyai kesedaran untuk memainkan peranan dalam menyelesaikan permasalahan ini.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang tidak mengambil peduli urusan orang mukmin, maka ia bukan sebahagian daripada mereka” (Akhrajahu Ibn Hibban dan Al-Hakim, Hadis ini didhoifkan oleh Imam Az-Zahabi dan Imam al-Albani)
2. Sentiasa mendoakan saudara seakidah kita di sana agar diberi kekuatan dan kemenangan buat mereka kerana doa adalah senjata orang mukmin, Doa yang tidak putus-putus untuk kita panjatkan pada Allah SWT. Imam As-Syahid Hassan Al-Banna mengatakan kekuatan kita terletak pada tiga perkara iaitu kekuatan iman, ukhuwah dan badaniah. Maka kita gunakan kekuatan iman dan ukhuwah kita dalam doa kita agar Allah azza wa jalla membantu mereka.
Sekiranya berlaku serangan besar-besaran terhadap saudara kita, maka bacalah qunut nazilah pada setiap solah kita. Sepertimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW apabila beberapa orang sahabat RA dibunuh oleh orang musyrikin di Bi’r Ma’unah.
3. Boikot barang-barang yang jelas keuntungannya digunakan untuk membantu Israel dalam membunuh rakyat Palestin. Mungkin ada sebahagian pihak mengatakan bahawa boikot ini tidak memberi apa-apa kesan kepada ekonomi Israel, tetapi sebenarnya memberi kesan yang besar terhadap ekonomi Israel. Antara syarikat yang pernah terkesan akibat pemboikotan ini ialah Supermarket Sainsburry di Mesir ditutup, penerbangan American Airlines ke tel Aviv bermasalah, penerbanagn Trans World America  muflis serta kempen memboikot produk Amerika di negara-negara Arab mengakibatkan kerugian sebanyak 40%.
4. Menderma kepada rakyat Palestin yang berada di Gaza melalui mana-mana NGO yang berdaftar. Sumbangan ini amat penting bagi menggerakkan sosio-ekonomi rakyat Palestin di Gaza serta memulihkan infrastruktur-infrstruktur yang musnah akibat serangan Israel.
Sumbangan tersebut juga amat penting bagi memastikan rakyat yang tercedera dalam serangan mendapat bantuan perubatan dan ubat-ubatan yang mencukupi.
Penutup:
Api kecintaan kepada tanah Palestin mesti sentiasa dihidupkan, jangan biarkan ia bermusim, tetapi berbunga sepanjang kehidupan kita. Didiklah masyarakat kita, bentuklah anak-anak di rumah untuk sentiasa mencintai saudara-saudara seaqidah yang sentiasa berjuang membebaskan tanah air mereka.
Moga Allah SWT memasukkan kita dalam golongan yang Allah SWT sebutkan dalam Al-Quran:
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, Dan di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu (apa yang telah Allah janjikan) mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)” (Al-Ahzab:23)
Wallahu ‘alam.