Sunday 3 February 2013

jOm BaNgUn MaLaM iNi..


Ahli Sufi berkata :

" hendaklah kamu membiasakan diri bangun pada tengah malam kerana yang demikian itu adalah amalan yang dibiasakan oleh orang soleh sebelum kamu. ia juga suatu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, menebus kesalahan, menjauhkan diri daripada dosasan menyingkirkan penyakit dari tubuh "

berqiamullail atau menegakkan malam dengan beribadat sepeti solat tahahud, membaca Al-Quran, zikir, selawat kepada Nabi adalah tuntutan dalam agama. ia mampu mendekatkan diri seorang hamba seperti kita yang mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan kepada pencipta yakni Allah. Nabi dan para sahabat menjadikan amalan di waktu malam untuk meningkatkan keimanan mereka.. 

pernah dop kita dengar mngenai panglima perang yang telah mengarahkan tenteranya berjaga malam untuk bertahajjud dan mengabdikan kepada Allah??? panglima perang islam terkenal Salehuddin al-Ayubi mwmilih tenteranya yang amalkan bangun malam agar berani berjuang yang utuh untuk agama Allah. di siang hari mereka berani seumpama singa bertempur di medan perang dan di malam seumpama tikus takut kepada Allah Yang Maha Esa...

tapi sayangnya, kini ramai orang mudah bangun malam untuk menonton bola sehinggakan kadangkala solat subuh pun terlepas.. mana lebih besar? Allah atau bola??


No comments:

Post a Comment