Monday 29 July 2013

LaiLaTuL-QaDaR...

assalamualaikum dan ahlan wasahlan wamarhaban bikum ~
malam nie amira nak share satu perbualan nabi musa... amira ambil nie dari facebook salah seorang friends di facebook amira... nak tau saper?? jeng,jeng,jeng !!!! takut dia marah lar pulak.. ngeeeee~ tak payah lar eh.. baca jelah ~! 


Perbualan nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin mendekatiMu?”

· Allah: “Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin RahmatMu?”

· Allah: “Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat”

· Allah: “Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar“

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?”

· Allah: “Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!”

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?”

· Allah: “Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!”



Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "apabila tiba malam akhir ramadhan maka menangislah Langit dan Bumi serta Malaikat kerana musibah yg menimpa Umat Muhammad". Sahabat bertanya : "apakah musibah itu?" Rasulullah menjawab: "(musibah) kerana perginya bulan Ramadhan yg mana di dalam bulan ini doa dimakbulkan, semua sedekah diterima dan semua kebaikan dilipat gandakan pahalanya serta seksaan ditolak."



CaRa SoLaT SuNAt tAsBiH

assalamualaikum.... 
memandangkan kita dah hampir sangat dah 10 akhir ramadhan... eloklah kita sama-sama buat qiamullail.. banyak kelebihannya.. mana tau kita dapat malam lailatul qadar.. masyaAllah.. alhamdulillah kalau dapat... tapi kalau dapat,, tak buat paper.. rugi jugak.. amira pun hajatnya macam tulah,, nak bangun qiamullail,, arap-arap bukan hangat-hangat tahi ayam lar.. hehehe~ so, sempena tu jugaklah.. amira nak share cara solat tasbih... bolehlah kita amalkan nanti bila qiamullail..


Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup. Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlahsekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).


1.  Niat Solat Sunat Tasbih:
a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,






“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-’a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
    1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
    2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
    3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
    4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
3.  Bacaan Tasbihnya ialah:


Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.

5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
    • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
    • Rukuk - 10 kali tasbih
    • Iktidal - 10 kali tasbih
    • Sujud pertama - 10 kali tasbih
    • Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
    • Sujud kedua - 10 kali tasbih
    • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10 kali tasbih.

6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.

7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.

8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.

9. Membaca doa solat tasbih;


nak tengok doa,, downlad jelah.. yang nie kcik... sebab tak muat.. hehehe~ maafkan saya.. kih3..

amira harap nie boleh dijadikan panduan untuk kita sama-sama menunaikan solat sunat tasbih.. tidak rugi.. malah banyak faedah yang kita dapat.. yang mungkin kita tak nampak, tapi hanya Allah sahaja yang mengetahui.. yang baik datangnya dari Allah,, yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya.. wallahualam ~


Friday 26 July 2013

ViDeo YanG meNgiNsaFi diRi

assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh....
jawab jgn tak jwab! kemain panjang ag neyh amira bagi salam.. hehehe~

okeyh !! semalam kelas amira ader tonton video yang ditayangkan oleh ustaz khairullah.. ustaz nie kan.. dia muda ag tau ! bila ditanya umur... dia cakap rahsia. hampeh kut ! bukan nak ngorat.. juz nak tau jer... tapi amira agak-agak,, dalam 21 lar kut.. dye bekas pelajar kt IQT.. dye mengajar amira juz ganti ustazah dalimah beranak jer.. mengajar PQS! dia sekarang smbung belajar kt jordan. tak silap amira,, selepas raya dia balik sana.. kiranya abis dahlar perkhidmatan dia di skolah amira...

ader banyak video yang dia tunjuk.. ader yang sebagai pengajaran,, nasihat,, dan ader jugak video kelakar.. 
nak tengok jugak?? jom !!!


dah tengok ?? ni video pertama baru.. ader lagi.. video ni mengisahkan seorang anak yang tidak menghargai kuih ketayap yang dibuat kha oleh seorang ibu sebagai hadiah di atas kejayaan anak dia.. tapi anak dia??? hmmm.. sedangkan dengan kuih tu lar mak dia besarkan anak-anak... jangan jd macam tu okeh??


video nie agak membosankan sebab gambar dy sekeping tu jer.. tak tukar-tukar pun.. tapi juz abaikan jer yang tu.. yang penting,, lirik dia bez ! tak percaya?? cuba hayati.. menusuk kalbu tau !



ni pulak.. ustaz azhar menjawab persoalan tentang sah atau tidak orang bisu azan.. agak kelakar jugak lar ! time nie riuh sbentar dlam blik sumber.. aper tak nyer.. duk gelak ker video nie lar.. ^^



pesanan rasulullah untuk wanita tajuk video nie... tengok neh ~ bukan pesanan orang len.. nabi kita jugak.. dan kita cubalah terapkan dalam kehidupan kita... pakai tutup aurat.. jangan berdua-duaan.. ader lagi.. tengok sdiri lah k...


tajuk video nie adalah peringatan rasulullah yang dilupai muslimah.. allahu.. amira nak ajak para pembaca blog amira.. jangan lah kita menjadi sebahagian drpd nie.. ikutlah apa yang diajar rasulullah.. kita ikut apa yang diajar.. kebaikan boleh ker saper??? kita jugak kan.. mari lah sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik.. (^_^)




ni pulak adalah video scuter vs ferrari... nak tau saper bawak kete ferrari tuh?? tengok lar sendiri =p huhu.. ganas betol ! jangan pandang sebelah mata tau para ustaz nie.. hehehe~ Allah bg rezeki melimpah ruah.... alhamdulillah ~


amira tengok video ni kan.. amira terasa terharu sangat ! ! nak tau knaper? sebabnya... betapa sayangnya diorang kt rasulullah.. penuh kereta ikut kereta yang membawa bekas minuman nabi.. even bekas minuman,, tapi impaknya.. masyaAllah... nak minum dengan bekas tu,, menangis-nangis.. betapa sayangnya mereka terhadap rasulullah.. tapi kita??? renung-renungkanlah.. tepuk dada,, tanya iman.. jangan tanya selera tau ! 

ok lah.. setakat tu jelah ustaz khairullah sempat tayangkan video.. apa yang ustaz kongsikan bersama pelajar-pelajar... amira kongsikan pulak dengan korang.. amira harap yang mana boleh diambil pengajaran.. kita ambil... yang terselit video kelakar-kelakar ustaz azhar.. kita hayati mesej yang nak disampaikan k...
sampai sini jelah untuk kali ini... amira akhiri dengan kalam.. assalamualaikum ~

Tuesday 23 July 2013

TeRawiH oh tEraWih~

tuk! tuk ! tuk ! assalamualaikum.... (^_^)

amira takder bende nak citer pun sebenarnya.. tapi tangan nie rase nak menaip plak.. alang-alang amira pergi terawih td... slpas smggu lbih jugak xpergi semayang terawih... almaklum jelah orang perempuan,, sampai masanya.. datang lah ma'zurah... alhamdulillah,, malam nie dapat jejak jugak masjid.. amira pergi masjid kt kampung jer... so,, amira nak kongsi lar sikit apa yang terjadi kt masjid...


actually amira pergi masjid dengan motor.. sorang-sorang jer.. berani kan?? hehe~ sebelum-sebelum nie jalan kaki jer.. even sorang pun,,, sebab amira pikir,, kan bulan pose,, maner ader hantu.. syaitan kan kena ikat.. tu yang berani sangat tuh.. lagipun biler balik,, ramai jer budak-budak n remaja-remaja lelaki balik laluan yang sama... takder lar takut sangat... tapi sekarang dah tak boleh dah,, zaman dah berubah ~ akhir-akhir nie dah takder para lelaki jalan ramai-ramai balik terawih... ntah pergi maner lar lelaki-lelaki tu.. mybe dah kawin or sambung belajar... semakin pupus dah lelaki kt kampung amira... alahai ~ tambahan lagi,, kat kampung amira ader lar lelaki yang tak berape nak elok... yang agak bahaya jugak. so,, nak selamat.... nek motor je senang.... apa-apa jadi,, kita pecut jerrrrr.... hehehe~ amira pernah dilabel sebagai muslimah rempit... boleh ker mak sedara amira,,, minah rempit ~ mokteh..mokteh.. sampai hati cakap mcm tu .. =( nak buat macam mana,, ayah dulu zaman muda,, racing jugak... aleh-aleh,, turun kat anak perempuan dye yang satu nie... anak lelaki tak sangat.. heheheeeee.. setakat,, 70,80 . standard lar tu.. kuing3...

macam biase lar kan.. biler sampai jer kt masjid,, of course lar cari tempat yg strategik kan. time tu dalam kepala amira, satu benda jer.. kipas !!! amira pilih tempat betul-betul bawah kipas.. hehe.. tak nak bagi berpeluh lar konon ! bajet sungguh.. padahal ade jer kawan amira kt belakang ajak duduk sebelah dia.. tapi amira cakap kt diorang amira nak duduk kt bawah kipas... saf depan..last-last dia join amira sekali... huhu.. amira duduk sebelah sorang makcik nie... amira tak tau nama dia aper.. tapi kat sejadah dia,, dia letak bunga     melur... boleh dikatakan banyak jugak lar dia letak.. amira tak tau aper tujuannye.. mybe nak bg wangi lar kut.. dsbbkan amira duduk sebelah makcik tu.. jadi,, biler amira sujud jer,, semerbak bau bunga dia.. nasib tak bersin jer kat situ... kalau tak,, memang meranalah nampak gayanya...

kat masjid tadi,, sambil tunggu solat isyak,, amira ader lar borak dengan kawan amira niee.. name dia, atira sofia.. kawan sekolah rendah amira merangkap budak sekampung... pada mulanya,, dia tengok jer muka amira.. naik confuse amira dibuatnya.. pastu terkeluar dari mulut dy satu soalan.. dia tanya amira,, amira pakai aper muka bersih jer,, takder jerawat pun... saper kater amira takder jerawat?? ader jer. tapi bila nak datang ma'zurah jela... bila dah datang tu,, dye surut dengan sendirinya. tapi jenis amira,, amira suka tekan2 jerawat tu.. hehe.. konon-konon nak bg masuk balik dalam kulit.. tak logik kan? kih3.. selepas tu,, sempat agi dia perli amira,, mesti sebab banyak mengaji kan... hampeh bebenor... actually amira memang tak pakai paper. amira nie jenis yang agak pemalas orangnya.. malas nak pakai benda-benda tuh.. amira nie dahlar jenis yang mandi lame,, kalu pakai bnde tuh semua,, mkin lame lar.. kan tak pasal-pasal kena berleter mandi lame..dahlar kena cop dah dengan family,, antara yang mandi lamer.. nak kater amira takder pencuci muka.. nampak sangat menipu kan? amira ader beli. tapi.. orang laen tahan 2 minggu,, amira tahan setahun pencuci muka tuh. korang paham-paham jelah.. lalala~ =D.ader lagi benda yang kiteorang borak,, tapi takkanlah nak share semua... cukuplah setakat tu..

amira kebiasaannya solat terawih,, amira buat 8 jer. hehe~ dulu-dulu pernah buat 20.. tapi sekarang dah tak buat... takut lar nak balik lewat... sunyi jer jalan kalau balik lewat.. masjid kat kampung amira,, solat terawih 8... agak-agak korang pukul brape abis?? cube teka?? jeng,,jeng,,jeng !! pukul 9.30 ! laju kan?? haha.... imam ni bagus.. dia fikirkan orang tua.. sebab tu dia solat cepat.. dia bace surah pendek-pendek jerk... dan majoriti dia bace surah al-ikhlas.. dari dulu-dulu ag... nak buat mcam mana.. solat ajelah.. janji solat berjemaah.. banyak kelebihan orang yang solat berjemaah nie..

ok lah,, amira stop sini jelah untuk kali nie.. amira ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan jangan lupa solat terawih ~! bagi yang ma'zurah.. banyakkan berzikir neh.. daaaa.. tata titi tutu.. assalamualaikum..

Sunday 21 July 2013

JaWaPan YanG bAgUs UntUk ElaK DarI iKhTilaT

Assalamualaikum...

arinie amira tak dapat pergi sekolah lar.. amira demam. semalam tak boleh tidur langsung.. 
sakit kepala yang teramat sangat.. badan-badan pun sakit... 
n amira tak tau nak buat aper.. jd amira on9 lar.. amira ader bnde nak share dengan korang sumer..
amira harap ini dapat membantu korang kalu-kalu ader lelaki yang tanya macam-macam soalan...


Bila kita tengah chatting ke,atau tengah berbual-bual ke, ada sesetengah lelaki/perempuan yang sweet talker dan berani untuk bercakap luahan isi hati dia. Tapi sweet talkers ini dia xcakap direct. Untuk tackle seseorang,dia mesti ada mukadimah dan beberapa ayat untuk menjadikan sesuatu hubungan itu bertambah intim. Kat bawah ni ada idea,bagaimana ingin mengelakkan diri daripada dingorat.

Soalan 1st: Hai,apa khabar?
Jawapan 1: Sihat je…Awak?
Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim(sound mcm teruk je..nauzubillah) Boleh kau bayarkan kos tak?
Jawapan 3: Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni…
Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untuk mengorat saya ni.

Soalan 2nd: Awak buat apa tu? Busy ke? Sori ye ganggu…
Jawapan 1: Eh,taklah…Saya tengah upload gambar je…Tak busy pun..Awak buat apa tu?
Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuk la.
Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.
Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk ‘Kepentingan menjaga ikhtilat(pergaulan) sesama muslimin dan muslimat’. Lepas baca,saya menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah,URL dia.

Soalan: Awak,nak nombor telefon boleh?
Jawapan 1: Boleh,nah,0123456789. Nombor awak berapa?
Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak…
Jawapan 3: Maaflah wak…Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.
Jawapan 4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari. Kau mampu? kalau tak mampu,tak payah ada nombor telefon aku.ok.

Soalan 3rd: Awak,saya nak kawan boleh?
Jawapan 1: Boleh saja Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.
Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.
Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.
Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untuk berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak,padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi,dalam Islam,kita ada batasan untuk berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya,tetapi awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh.

Soalan4th: Awak,awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?
Jawapan 1: Yeke? Ee…mana adalah…saya tak cantik pun…~
Jawapan 2: Eh,mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik?
Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?
Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta,semuanya cantik. Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah,Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah!

Soalan 5th: Awak,awak asal mana? Duduk kat mana?
Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je…Area Jusco..Awak duduk mana?
Jawapan 2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk kat awan!(errrkkk..kalau boleh elakkan pakai bangang..)
Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?
Jawapan 4: Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya ni,awak boleh pergi ke alam lain.

Soalan 6th: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?
Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hhihihii.., Saya pun tak ingatlah…Mesti kita jumpa kat kem ke,pertandingan sekolah lama ke kan?
Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.
Jawapan 3: Kau ke yang curi seluar dalam mak aku hari tu?
Jawapan 4: Ya,kita pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur untok masuk ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak.

Soalan 7th: Awak,saya nak gambar awak boleh?
Jawapan 1: Hehehe…Nak gambar tu buat apa?
Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bogel.
Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?
Jawapan 4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untuk simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.

Soalan 8th: Awak,jom keluar nak?
Jawapan 1: Urm..Bila?
Jawapan 2: Boleh. Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir atau batu nisan ye.
Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang $^*^%# aku,baik tak payah lah ajak aku keluar!
Jawapan 4: Saya tak kisah,tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti,awak tak boleh dekat dengan saya,kita tak boleh berdua-duaan dengan saya,dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak,ayah dan adik beradik saya ikut sama.

Soalan 9th: Awak,saya single lagi. Awak pun single kan? Jadi…Urm…
Jawapan 1: Saya single jugak….Jadi apa ye awak? hehehe…pelik tiba tiba awak tanya ni…
Jawapan 2: Padan muka kau!hahahahahaha!!!
Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.
Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak kapel dengan saya,adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya,maka saya tak boleh terima ajakan kapel awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah.


Konklusinya, jaga lah ikhtilat(pergaulan) anda.Hope dapat membantu member2ku yg susah sangat nak lari drpd godaan2 dunia.Yang pasti terpulang kepada kita untuk menjadi seorang yang kuat/lemah untuk melaksanakan perintah Allah SWT.Berkawan tak salah,asalkan kita tahu batas pergaulan. Gunakan fb sebaiknya. Sekian :)