Tuesday 14 January 2014

Luahan Hati Lelaki Terhadap Niqabis.... < Anda Zalim Terhadap Lelaki >


dengan lafaz Bismilahirrahmanirrahim... amira teringin nak kongsikan bersama pembaca semua yang amira rase.. amira perlu dan patut kongsi benda nie agar kita sama-sama perbaiki diri masing-masing... secara jujurnya,, amira bukanlah seorang niqabis mahupun gadis berpurdah... dan amira rase terlalu kerdil untuk berkongsi tentang ini walhal amira bukannya sebahagian dari niqabis.. tapi memandangkan amira tengok fenomena sekarang terlalu ramai para niqabis yang sentiasa meng-upload gambar mereka untuk menjadi tontonan ramai terutamanya di facebook mahupun di media sosial yang lain.. boleh dikatakan setiap hari mereka meng-upload gambar mereka.... sedangkan memakai purdah adalah untuk melindungi diri dan tidak mahu menjadi bahan tontonan orang ramai.. tetapi sebaliknya pulak.. 



Maaf ya.

Saya rasa wanita berpurdah yang upload gambar dekat Fb sangat zalim dengan kaum lelaki sebab mereka tak peka dengan keadaan orang lelaki. Jangan fikir bila kita cakap macam ni nak tuduh lelaki tu tak pandai jaga diri, mata, hati, akal, perasaan dan lain-lain..

Kena fikir, mungkin ada kaum lelaki dah jaga tu semua, tapi di sebabkan kekerapan wanita berpurdah upload gambar mereka di Fb dan kemudian edit cantik-cantik. Sesiapa pun akan tergugat dek kerana iman manusia ni turun naik. Fikirlah tu sekali.

Mungkin ada yang akan kata, kenapa wanita berpurdah saja? Soalannya sekarang purdah ni dah jadi macam trend dan fesyen. Tak nampak hala tuju yang memakainya kerana taqwa. Kena pula di zaman fitnah ni, fitnah tu akan jadi dengan 2 keadaan. Dari orang lain dan dari diri sendiri.

Kena fikir, kami ni lelaki. Ada perasaan. Ada nafsu. Ada sensitiviti juga. Bukan kami tak jaga mata kami. Bukan kami tak jaga iman kami. Tapi kerana kami terlalu di hujani dengan gambar-gambar kalian yg berpurdah yang sehinggakan boleh menggugat iman, hati dan perasaan kami.

Kami ada Fb juga untuk banyak sebab, jadi tak adil lah untuk kaum wanita yang berpurdah mengatakan kami kena nyahaktifkan akaun kami.

Jadi, saya bagi pihak lelaki, minta supaya, tolong lah kurangkan dan janganlah upload gambar anda lagi sebab anda menzalimi kami juga. Kalau nak kami kuat, tolong berhentikan mengeksploitasikan diri anda sebagai wanita. Kami kaum lelaki bukan setiap masa kuat, bahkan kami setiap masa di uji. Jadi, sama-sama la give and take..

Kami taknak dituduh gatal, merenyam, kaki perempuan, mata liar dan sebagainya kerana kesalahan yang anda lakukan. Kami pun manusia. Tolong prihatin untuk kami juga. Anda kaum wanita ingin kami jaga kamu semua, tapi macam mana kami nak jaga kalau kami di perlakukan macam ni oleh kaum wanita?

Saya tahu bukan semua dan saya tahu semua bergantung pada niat, tapi itu bukanlah alasan yang kukuh untuk dijadikan hujah. Tolonglah ya, kami pun ada perasaan.

Sama-sama jaga.

Thursday 9 January 2014

9 CaRa MakeUp SeoRang MusLimaH~




salam jumaat amira ucapkan khasnya pembaca blog amira yang amira kasihi nie (^_^) jom selami 9 cara makeup seorang muslimah.... dengan sedikit yang amira kongsikan ini dapat memberi manfaat dan panduan untuk kita semua khasnya kaum hawa... =)

1.Jadikan ghoddul basor(menundukkan pndgn)sbg hiasan mata anda,nescya semakin berseri dlhat org..
2.Oleskan lipstik kejujurn pd bibir anda nescya smkin manis kta2 anda..
3.Gunakn pemerh pipi anda dgn kosmetik yg dibuat drpd rasa malu yg dijual d salon iman..
4.Hiasilah kedua2 tgn anda dgn glang tawaduk dan jari jmari anda dgn cincin ukhuwah..
5.Pakailah giwang mustamik(pendgar) yg taat kpd Allah dan Rasulnya nescya anda akn smkin anggun..
6.Pakailah sbun istghfar yg mghlangkan semua dosa dan kesalahan yg anda lakukan..
7.Rawatlah rmbt anda dgn jilbab islami yg mghlangkn panahan pndangan lelaki yg merbhaya..
8.Sebaik2 kalung anda ialah kalung kesucian..
9.Bedaklah wajah anda dgn air wudhu' nescya muka anda akan brchya d akhirat..


Wahai Hawa, Kenapa.. 
engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa, Sedarlah..
Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia, Sedarlah hawa.. kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa.. 
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!

Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.


Hawa, 
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan… takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa, 
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya… Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu…
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Hawa, Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa , 
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.
“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah” (Hadith Riwayat Muslim).

Tuesday 7 January 2014

TuDUnG LaBuh HipoKriT???


Tudung Labuh Hipokrit? Meh Sini Aku Jawab . .
Ni adalah status yang mendatangkan angin kemarahan aku . .

Meh aku nak bagi sikit kata² hikmat kat kau . .
... ...
Bertudung wajib tau tak . .
Pakai dapat pahala . .
Tak pakai dapat dosa . .
Betul ?
Mesti la betul . .

Islam menyuruh wanita memakai tudung dan melabuhkan tudung hingga menutupi dada . .
Itu lah wujudnya tudung labuh . .

Tentang baik tak baik perangai si pemakai . .
Itu no dua . .
Yang penting . . menutup aurat itu adalah wajib . .
Perkara utama . .
Buat dapat pahala , ta buat dapat dosa . .
Itu yang penting . .

Kenapa mesti kena keluar kenyataan perempuan bertudung tak semestinya baik . .
Kenapa mesti buat kenyataan macam tu ?

Cuba korang bayangkan . .
Tiba² seorang perempuan yang baru ingin memakai tudung . .
Membaca status korang . .
Dan membatalkan niat bertudung disebabkan status korang tu . .
disebabkan statement korang tu . .
Elok orang baru nak pakai tudung jadi terus tak pakai tudung . .

Apa korang dapat ?
Korang da la berdosa sebab tak pakai tudung . .
Lepas tu mengeluarkan statement yang boleh mempengaruhi orang supaya tak bertudung . .
Bertambah² dosa . .
Korang suka ker macam tu ?
Suka kumpul dosa ?

Bagi aku . .
Siapa² perempuan yang kononnya tak dapat hidayah tu . .
Kalau taknak bertudung itu hak korang . .
Tapi jangan keluarkan statement macam tu . .
Berdosa !
Mempermainkan hukum Allah . .

Makhluk yang menentang dan mempersoalkan hukum Allah ni siapa ?
Syaitan tau ta !
Korang pernah baca sejarah syaitan ?
Pernah ?
Hanya syaitan yang menentang hukum Allah ni . .
Ingat diorang mempersoalkan perintah Allah supaya mereka sujud kepada Adam . .
diorang mempersoalkan perintah tu . . kemudian mereka menentang perintah tu . .
Menentang dan mempersoalkan perintah Allah . .
Nak jadi sama seperti itu ?
Korang pikir²kanlah . .

Monday 6 January 2014

SuraT si MinaH ~


aper khabar pembaca semua??? sihat?? amira doakan kalian semua sihat yerkkk.. (^_^) entry kali nie, amira  kongsikan dengan kalian sebagai hiburan jer okeh.... 




Minah (bukan nama sebenar) berasal dari kampung tapi bekerja di Kuala Lumpur. Bila dah kerja kat KL 2 biasalah mula lupa asal usul. Dia pakai memang seksi maut la, pulak 2 bercinta dengan sorang mat saleh. Setiap hari dia ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yang bermata biru.
Punyalah eksyen si Minah nie, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dengan wanita lain yang lebih cantik dan bergaya daripadanya perrrrrrrr.
Minah nie menangis la sampai tiga hari tiga malam. Masuk malam ke empat, Minah nie pun ambil sehelai kertas dan tulis surat untuk memutuskan perhubungannya dengan lelaki mat saleh tadi yang baru dikenalinya sebulan.
Begini bunyi surat yang ditulis oleh Minah binti Kulup Kecil, yang berjaya “dicuri”…
Mike…

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.
You always ask for apology back-back. i don’t trust you again! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first i think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me.

So, i cut this connection to go far from here. i don’t want you play-play with my liver.

I have been crying until no more eye water thinking about you. I don’t want banana to fruit two times.

Safe walk…

Minah.

_tamat_

power kan english si minah nie?? hekhekhek... tata titi tutu ~