Monday 24 March 2014

Aku Bukan Ustaz Poyo ...




'Ulang baca Al-Fatihah sekali lagi'
'Baca Al-Fatihah macam budak tadika.'
'Huruf ni baca kena jelas!'

Satu demi satu peluru ditembak tepat kepada Lysa.
Headshot!

Huarghhh. Kena hentam dengan Ustaz Poyo pulak dahh
Dia ni tak faham ke aku dah berkurun tak baca Al-Fatihah.
Last time aku baca masa Tadika. Itu pun ramai-ramai.

'Termenung apa?' Ustaz Ameer memecahkan dunia angan Lysa.

'Ye la ye la baca laa ni'

Ameer mengeluh panjang. 'I'll be back next week. Make sure baca lancar bila saya check!' Pesanan ditinggal  Ameer sebelum meninggalkan banglo 3 tingkat itu.

'Kalau tak saya nak report kat Daddy' Sedikit ugutan diselit.

Lysa mencebik. Ada aku kisah?
Bagi Lysa itu ialah kemerdekaan selama seminggu since Ustaz hanya datang seminggu sekali!

'Dugaan oh dugaan' Ameer getus dalam hati.

Terpaksa.
Kalau tidak memang dia tidak mahu menjadi "Ustaz Personal" keluarga Tan Sri Fayyaz.

Semuanya bermula sejak 2 minggu lepas, masa kat kedai makan.
Masa itu  Ameer beratur untuk membayar makan minumnya.

’15 ringgit dan 60 sen kesemuanya ‘ cashier kedai tu cakap kat Uncle depan dia.

Pak cik tu hulurkan credit card.  Amboi, makan kat kedai kecil seciput ni pun guna credit card?

Tapi malangnya tiada pembayaran menggunakan credit card. Muka Uncle tu berkerut risau.
Dia check dompet. Ada sekeping not merah dan sekeping not hijau.

‘Err ini sahaja saya ada’

Kasihan. Gelisah semacam.

60 sen dihulur daripada belakang.

 ‘No worry Uncle, saya belanja’ Ameer hulur.

Niat Ameer nak sedekah.
Sedekah yang mampu upgrade pahala, upgrade rezeki dan upgrade opportunity nak masuk Syurga Allah.

Bukankah Allah kata dalam Quran:
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.
Surah Al-Hadid : 18

Tergamam.
Uncle tu hanya mampu ucap terima kasih.

Ucapan ‘sama-sama’ dibalas.
Kemudian mereka berpisah. Menuju ke arah tujuan masing-masing.

-------------------------------------------------------------------------------

Azan.
Sedap muazzin yang laungkan azan.

'Terima kasih jadi bidan terjun bilal tadi' Tok Imam mohon maaf dan terima kasih diberikan kepada Ameer.

Tok Bilalnya datang lambat dan kebetulan ketika itu hanya Ameer sahaja yang ada dalam surau itu.
Ameer volenteer menggantikan Tok Bilal dek kerana waktu Asar sudah masuk.

'It's not a problem laa' Ameer bajet speaking Inggeris dengan Tok Imam.

Terkial-kial campur tergagap-gagap Tok Imamnya membalas, cuba nak speaking juga . Ameer gelak.

'Assalamualaikum. Mana tandas ye?' Soalan misterius tiba-tiba menjengah mereka.

Ameer toleh belakang. 'Ehh, uncle ni bukan yang kat kedai makan tadi ke?' Ameer macam kenal. Muka macam sama je, macam serupa je.

'Kat sana' Tok Imam menunjuk ke arah tandas surau yang agak uzur.
Tiada siapa nak sumbang duit untuk masjid itu. Saham akhirat tu. Sedih.

Uncle itu pun meluru ke arah tandas dengan kelajuan setanding Ussain Bolt.
Manusia yang darurat mengalahkan perang dunia ke-2 memang macam itu. Kalut

Belum lagi bila Umat Manusia kalut masa sangkakala di tiup kelak.

Allahu, apakah kita sudah bersedia?

-----------------------------------------------------------------------------------------------

'Terima kasih untuk tunjuk tandas dan terima kasih belanja saya  60 sen tadi'

Ucapan penghargaan dilontarkan kepada mereka diiringi senyuman.

'Sama-sama' Tok Imam membalas serentak dengan Ameer.

'Take this Ameer...'

Tan Sri Fayyaz menghulurkan not biru tua sekeping.
Bukan seringgit. Tapi 50 ringgit!

'Ehh no thanks laa Uncle' Ameer menolak lembut.

Tan Sri Fayyaz selitkan not tersebut di dalam poket seluar Ameer. 'Small matter laa...'
Ameer tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menerima dan mengucapkan terima kasih.

'Ganti balik yang you bagi saya pagi tadi.'

Ameer hanya mampu bersyukur.

Benarlah kata Allah :
Orang yang menginfakkan hartanya dalam jalan Allah (sedekah) bagaikan sebiji benih, yang tumbuh daripadanya tujuh tangkai. dan setiap tangkai mengeluarkan  100 benih..

Sedekah akan dibalas dengan berganda-ganda & bertingkat-tingkat lebih baik!

Kemudian Uncle itu pun menuju ke arah kereta.
Kereta BMW X5 beb! Kereta mewah kereta orang kaya.

Ameer teringat something.
Terus Ameer bergegas ke arah Uncle itu.

'Wait. Uncle terlupa something berharga dan penting.'

'Eh dompet Uncle jatuh ke?'

'Bukan'

'Oh my IC maybe'

'Not Uncle...'

'Dah tu?'

'But your Asar Prayer' Ameer senyum.

Uncle itu senyap.

'Uncle dah solat?' Ameer mengajukan soalan cepumas.
Dia tahu Uncle belum solat.

Bukannya nak sangka buruk dan sangka busuk.
Waktu Asar baru masuk dan Uncle itu pun baru datang. 
Bukankah Nabi pernah berkata:
Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar

Ameer terpandang ada beberapa orang singgah surau.

'Wah untung Uncle, ada muslimin lain baru datang. Boleh jemaah!' Ameer selitkan cadangan kepada Uncle.

Serba salah mengulit.

'Should I?' Dia menyoal diri.

'Solat sendiri la' Uncle cuba mendapatkan discount daripada Ameer.

'Kalau saya bagi Uncle pilihan antara 100 ringgit dan 2,700 ringgit mana yang Uncle pilih?' Ameer mengajukan soalan yang keluar silibus topik.

'Haha. 2,700 ringgit for sure. Siapalah yang tak nak angka besar?' Uncle jawab spontan.

'Solat jemaah dapat 27 pahala dibandingkan dengan solat sendiri, 1 pahala je' Ameer menyusun kata-katanya.

'Jemaah 27 kali ganda combo daripada solat sorang. Itu daripada Hadis Nabi'. Ameer menambah.

Hadis Nabi:
Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda
Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Dia senyap. Tak mampu hendak mengujar sepatah perkataan pun.
Segan dengan kegilaannya kepada dunia berbanding akhirat.

'Uncle?'

Suara Ameer memecahkan alam angan dia.

'Okay. Jap ye. Let me open my neck tie first'

'Okay' Ameer mengukir senyuman. Gembira dia mampu membawa seorang manusia ke arah kebaikan.

Berjaya menjalankan tugas sebagai seorang Dai'e.
Dia Dai'e. So, act like a Daie.

Siapa Daie?
Siapa ucap La ilaha illa Allah, maka dia seorang Daie.

Simple.

-----------------------------------------------------------------------------

'Ameer can I tell you something?' Uncle memulakan perbualan.

'Yeah for sure'

'Uncle first time solat setelah 20 tahun'

Ameer terkejut sebenarnya.  Terobek dan rabak hatinya apabila mengetahu ada hambaNya yang pandang enteng akan solat.
Dek kerana ingin menjaga hati Uncle itu, dia hanya senyum.

'So, start from today. Sembahyang la.' Ameer balas dengan selamber.

'Sembahyang ni nampak leceh tapi it's actually like a charging station for us' Ameer menambah.

'Charge what?'

'Charge pahala. Untuk letak dalam tupperware sebagai bekalan kat Akhirat kelak.' Ameer berseloroh.

Uncle itu gelak. Tercuit hati.

'Ameer...'

'Ye Uncle'

Dia hulur something.
A business card.

Ameer ambil dan lihat business card itu.
Seperti business card korporat.

Tertera kemas atas card berwarna emas itu:
Tan Sri Fayyaz bin Ibrahim
CEO Syarikat Bina Jaya Sdn. Bhd.

'Please give me a call tonight' Nada yang agak merayu. 

Ameer angguk kepala.

'Wah. Tan Sri kot!'

'No wonder kereta BMW X5' Ameer mengusik.

'Ehh benda kecik je ni' Uncle ataupun Tan Sri Fayyaz kembang hidung sebentar.

'Siapa yang bagi?' Ameer soal.

'Saya usahakan Syarikat kecil-kecilan dahulu lepas itu....' Tan Sri Fayyaz ingin bercerita.

'Ohh. Baju kat badan saya ni Allah yang bagi' Ameer kasi sentap. kali kedua pada hari yang sama.

Tan Sri Fayyaz senyap lagi. Muhasabah diri seketika.
Bukankah harta kekayaan dan kereta BMW itu Allah yang kasi?

Firman Allah:
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Surah As-Saba' : 24

'Okay Ameer. I have to go but please give me a call okay?'

'Okay Inche Boss' Ameer membalas.

Kereta mewah BMW X5 meluncur laju meninggalkan surau.
Surau yang menjadi saksi Tan Sri Fayyaz solat buat pertama kali setelah 20 tahun.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Notification WhatsApp berbunyi.
Uncle Fayyaz send a message.

'Please, I really need someone like you to bring 'cahaya' dalam kegelapan keluarga saya sekarang.'

Another message in.

'Atleast sekali seminggu.'

Ya Allah, aku tak tahu laa nak terima atau tak. Aku bukanlah baik mana pun.
Aku dalam Dilemma!

Usually ketika dalam masalah, dia akan rujuk Imran, sahabat -iring -tangan -ke -Syurganya.

Ameer call. Sebab dia nak immediate advice dari sahabatnya itu mengenai dilemma dia sekarang!

'Assalamualaikum Ustaz Handsome!' suara dihujung talian kedengaran.

'Waalaikumussalam Ulama' Macho, bukan Ulama Masyur' Ameer balas seloroh Imran.

Menjadi adat sesama mereka memberi gelaran yang baik sesama mereka.
Bukankah itu apa yang Nabi Muhammad mahu?

'Haha. Apacer bro?'

Ameer menceritakan segala.

'Ameer sepatutnya menggunakan peluang itu untuk berdakwah, memandangkan keluarga itu memang perlukan 'cahaya'. Besar pahala beb.
Berkorbanlah sikit. Inshaa Allah, Syurga Allah untukmu!'

Imran memberi nasihat sebaik boleh. Dia mahu Ameer berdakwah. Itukan Sunnah Nabi.

Allah berfirman:
Katakanlah (Hai Muhammad): “Inilah jalanku: aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah (mengajak kamu)  kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”.
Surah Yusuf : 108

Conversation antara mereka diakhiri dengan berbalas ucapan Cinta dan Salam sesama mereka.

'Baiklah Uncle Fayyaz, saya terima offer uncle tu' Ameer balas message WhatsApp.
emoticon smiley yang menyenangkan hati turut disertakan.

'Thank God. I'll pay you!'

Happy benar Tan Sri Fayyaz. Harapannya agar ada "Ustaz Personal" accomplished.

'No need to pay kalau tak saya nak goyang kaki kat rumah! btw Alhamdulillah tu sama maksud thank god ke? ;)' Ameer membalas dengan penuh ugutan professional dan sarcasm.

'Oh okay i'll not pay. btw that's why I want you'

'why?'

'Because you preach me with a nice way. Thanks Ameer. btw, please Dakwah my family. I really appreciate it!'

Ameer rasa terbeban dengar perkataan dakwah itu. Ada amanah yang besar ke atas dirinya.

'Nabi yang ajar untuk Dakwah orang dengan Hikmah! oh btw ada berapa orang dalam family uncle?'

'Me, my wife and my only daughter. Tu je. Allah bagi sorang je anak.'

Hahhh? Anak perempuan?

--------------------------------------------------------------------------------------------

'Kenapa masih sekat bahagian ni? Kamu ni langsung tak improve walaupun selangkah anak kuman.'

Kerut dahi Lysa. 'Ehh main sedap kutuk aku Pak Ustaz ni.'

'Apa? Tak dengar?' Ameer angkat kening.

'Bajet tak dengar laa.' Lysa membangkang.

Tanpa sebarang amaran, Ameer terus call Tan Sri Fayyaz.

'Assalamu'alaikum Uncle. Lysa tak dengar kata saya dan bangkang saya.' Ameer repot. Macam budak kecil.

Lysa ketap bibir. Geram.
Ish mamat ni bajet je kata aku baca Al-Fatihah macam budak tadika, padahal dia repot-repot ni mengalahkan adik kepada budak tadika!

'Let me talk to Lysa'

Ameer hulur kepada Lysa Samsung S4 pemberian Tan Sri Fayyaz kepada dirinya.

'Ye Daddy.'

'Dont call me Daddy dear, call me Abah okay?'

'Ishh ni mesti Ustaz yang poyo tu suruh' Lysa mengeluh manja.

Ameer ushar slack Lysa. Nak kutuk pun sorok-sorok ah.

Ehh kalau kutuk sorok-sorok mengumpatlah...

Allah berfirman:
Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Apakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai,tentulah kamu sekelian benci memakannya.
Surah Al-Hujurat : 12

Lysa tersengih berjaya nak sindir Ustaz. hikhikhik

'Lysa, respect your Ustaz. Lysa baru habis SPM, 18 years old dan Ustaz 21 years old. Respect dia. Nabi ajar macam tu kan?'

Lysa mengeluh perlahan. Abahnya dah jadi Ustaz. Boleh masuk rancangan realiti Pencetus Ummah. nak masuk Imam Muda tak boleh pulak sebab dah tua. kihkihkih.

'Okay boss. Sayang boss ketat-ketat. Lysa nak sambung belajar baca Al-Fatihah dengan Ustaz Poyo'

Ehh terlepas pula.

'I mean Ustaz Ameer. Err love Daddy so much much mucho Assalamu'alaikum!'

Geleng kepala Tan Sri Fayyaz dengan kerenah anak sulungnya 'Lysa lysa. Waalaikumussalam'

'Where do we stop just now?' Lysa tanya dengan lembut dan sopan.
Iya laa. Lepas kena 'cuci' & 'basuh' oleh abahnya.

'Ayat 5. Ulang 5 kali'

Lysa menurut perintah tanpa banyak soal.

'Iyya ka na' budu wa iyya ka nas ta 'eeen'
Ayat kelima daripada surah Al-Fatihah dibaca.

Ehh lancar pula Lysa baca ye? hehe

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Somebody save me~
Lagu tema Smallville berkumandang.

Adam Lee calling.
Gambar lelaki kacak guna RayBan terpampang besar.

'Huwaa Adam call laa!'

Lysa excited dengan phone call boyfriendnya.
Lysa terus menjalankan Voice Testing ala-ala Misha Omar.

'Assalamualaikum...' Lysa memberi salam dengan lembut.
Wanita melayu terakhir yang ayu gitu.

'Waalaikumussalam. Try tengok depan rumah awak. ada something i letak. Cepat. Hilang kang.'

Talian diputuskan.

Lysa terus meluru keluar rumah.
Mata Lysa melilau mencari hadiah daripada 'kekasih hati hingga Syurga'nya.

'Where is that stuff?' Merungut sendirian. Lama juga mencari.
Menyesal pula Lysa ada rumah banglo besar. hehe poyo lebih!

After 5 minit barulah Lysa perasan ada plastik yang digantung.

Plastik bergantung dekat penjuru pagar rumahnya.
Tinggi sangat digantung tu. Mana Lysa sampai!

Ketinggian Lysa hanyalah 149cm. Ketinggian yang tidak sepadan dengan umur.

Lysa melompat-lompat untuk mendapatkan plastik tersebut.
Bersungguh-sungguh Lysa melompat tetapi hanya berjaya merasa tekstur plastik sedikit di hujung jarinya sahaja.

Tiba-tiba, plastik tersebut diambil daripada belakangnya.
For sure someone yang tinggi untuk mencapai plastik itu.

Lysa toleh ke belakang. Someone yang guna jubah putih, kepalanya ada kain putih.
'Something' yang serba putih!

Terus keluar segala memori mengenai filem Pocong, Pontianak dan Hantu Galah.
Semuanya hasil tarbiah filem-filem Melayu bergenre seram yang bertaburan sekarang.

Bukan main terkejut Lysa.
Sepakan taek-won-do black belt yang padu dipraktikkan kepada Inche Hantu itu.

Dengan kelajuan setanding anak perempuan kepada Usain Bolt, Lysa berlari masuk bilik semula.

Lysa ketakutan. Terus mulut Lysa berkumat-kamit baca Al-Fatihah yang dia belajar daripada Ustaz Ameer.

'Bukankah hantu takut dengan ayat Quran? Kalau berani come here laa baby!'
hehe. Lysa senyum berbangga menang sambil menggigil ketakutan. Tajwid pun belom settle.

'Cik Lysa...' bibik memanggil namanya.

'Ni ada orang guna baju jubah putih dan cermin mata hitam besar bagi' kata bibik sambil menghulur beg plastik yang dalam isinya ada kotak.

Mesti Adam ni yang guna cermin mata hitam besar. RayBan la tu. Tapi macam lawak je Adam guna jubah putih.
Dah taubat nasuha ke mamat tu? haha

'Terima kasih ya bibik!'

Wahh kotak hadiah besar. Dibalut dengan ribbon merah.
Thanks Adamku sayang. Muahh

Lysa buka balutan ribbon dan buka kotak tu.

Blouse.
Warna krim muda. Berkilat.

'Cantiknya. For sure mahal gila.'

Lysa cuba pakai.
Saiz baju tu just nice.

Cuma lengan pendek dan skirt dibawahnya singkat.
Blouse itu menampakkan betis, lengannya dan agak ketat dikawasan dada.

Wahh cantiknya.

Lagu Smallville berkicau bising lagi.
Ringtone yang di pasang khas sebagai indikator Adam yang call.

'Dah dapat hadiah special i?'

'Dah. Cantik sangat. Much appreciated. Love you dear'

'Kalau love dan appreciate jom keluar esok. Midvalley. Amacam?'

'Tapi Lysa ada kelas agama ngan Ustaz Ameer.' Lysa teringat 'dating mingguan'nya dengan Ustaznya.

'Come on Lysa, you tahukan i free  hari Sabtu je.'

Lysa mengeluh perlahan. 'Okay okay i try to negotiate with my Daddy. Kalau tak dapat, Lysa 'lompat pagar' macam biasa laa'

'Muah muahh. Love you so much Lysa. Don't forget to use that Blouse okay?'

'Are you kidding me.Means that you nak Lysa free hair and use the blouse masa dating esok?'

'Yep'

'You tahukan Daddy i marah kalau i buka tudung. Dia kata dia akan dapat Dosa and Dosa itu akan ease his way no Hell!'
Lysa teringat akan perubahan Tan Sri Fayyaz yang amat drastik. Ayahnya kini seorang Pencetus Ummah! haha

'and for sure I'm gonna get killed.'

'Keluar tu guna laa tudung and jadilah Ustazah Pilihan dulu. Sampai Midvalley tukarlah pakaian kat tandas.' Adam memberi cadangan.
Cadangan yang diperoleh daripada makhluk laknat Syaitan.

'Okay then. I'll try. Lysa ngantuk. Esok jumpa.'

Talian dimatikan.
Lysa can't do anything. Lysa Cintakan Adam!

Dalam hati Lysa dia susah hendak melakukan kehendak Adam.
Kerana sekarang Lysa merasakan keindahan dalam menggunakan pakaian menepati Syariat Islam.

Tatkala Lysa bertudung labuh menutupi dada, dia rasa tenang.
Kerana tidak menjadi rezeki tatapan nafsu lelaki.

Lysa rasa dia lebih bernilai dan mahal dengan berpakaian cara Islam.

Tapi apakan daya. Demi menjaga hati boyfriendnya itu.
Dia akan guna juga blouse pemberian Adam.

Lysa silap langkah. Langkahnya menuju neraka!

Bukankah Allah telah berfirman :
Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk
Surah Al-Isra' : 32

-----------------------------------------------------------------------------------------

Mission impossible bertaraf antarabangsa bermula.
Mission untuk pujuk Daddy.

'Daddy~' Alunan suara yang penuh manja dilontarkan.

'Just tell me what do you want dear.' Tan Sri Fayyaz dah masak dengan perangai Lysa.
Alunan suara itu hanya akan ada apabila bendera darurat dalam Lysa inginkan sesuatu.

'Lysa nak jumpa kawan hari ni kat Midvalley.'

'No no no. Tak boleh.'

'Tapi Lysa dah lama tak jumpa diorang.' Lysa memujuk.
Padahal nak jumpa Adam je pun.

Hubungan antara Lysa dan Adam dirahsiakan.
Lysa beria-ia nak parents dia tahu tapi Adam yang keras tak kasi.

Tan Sri Fayyaz mengeluh panjang. 'Kelas dengan Ustaz Ameer macam mana?'

'Tapi Daddy....'

Phone Tan Sri Fayyaz berdering.
Qasidah Ya Hanana dendangan pelajar Pondok Baitul Qura' indah kedengaran.

Ustaz Ameer calling. Panjang umur.

'Uncle, saya ada urusan penting hari ini. Saya perlu pergi klinik.'

'Ohh sakit apa?' risau Tan Sri Fayyaz.

'Perut saya ni sakit. So, kelas agama hari ini saya ganti esok ye?' Ameer minta kebenaran dengan lembut.

'Okay no problem. Lysa for sure sangat happy sebab dia nak jumpa kawan-kawan dia hari ini.'

Salam diberi dan dibalas dengan salam semula sesama mereka.

Lysa dah melompat kegembiraan. Allah permudah urusannya!
Tak sia-sia dia bangun solat subuh dan berdoa pagi tadi.

Tak nak bangun pun sebenarnya. Tapi kena paksa keras oleh Daddy.

Betullah kata Ustaz Ameer, Allah akan kabulkan setiap doa hambanya. Hihi.

Apa-apa pun, sayang Ustaz Ameer ketat-ketat.
Because of him plan Lysa berjalan lancar tiada traffic light dan tol.

Kenapa dengan perut dia?
Ada sedikit kerisauan juga dengan Ustaz Poyo dia tu.

'Okay Daddy. Lysa pergi dulu!'

----------------------------------------------------------------------------------------

Tudung dan baju muslimah itu dibuka.
Digantikan dengan Blouse pemberian Adam semalam.

'Wahh you look so beautiful!'
Pujian daripada Adam membuatkan Lysa cair.

Lysa masuk peti ais cepat! hehe

'Rambut cantik tapi nak sorok-sorok pulak' kata Adam.
'kan Cantik awak guna Blouse macam ni daripada guna baju besar gedabak' Adam menambah.

Tapi Lysa tidak suka dengan pakaian dia ketika itu.
Dia sudah Cinta dengan pemakaian bertudung.
Dia sudah Cinta dengan pemakaian pakaian longgar.

Namun perasaan Cinta itu kabur dengan 'cinta sejati'nya dengan Adam!

Seperti yang mereka plan, mereka akan tengok wayang dahulu.
Cerita 'Robocop' yang baru keluar hari ini.

Nasib baik mereka sempat dapat tiket untuk dua orang.

Dalam panggung wayang, Lysa duduk sebelah Adam.
Iklan sebelum movie bermula menjadi hidangan mata.

Tiba-tiba Lysa teringat akan peristiwa semalam.

'Awak guna jubah ye semalam? Dah taubat nasuha ye?' Lysa usik Adam.

'You ni nak kutuk i ke apa? Badan i ni allergic tau dengan pakaian macam tu.' Sungguh kurang adab Adam dengan pemakaian Sunnah Nabi.

Kalau tak nak guna pakaian Sunnah, jangan kutuk orang guna.
Jangan benci orang guna pemakaian Sunnah.

Walaupun kita tidak pakai, atleast kita suka orang amal sunnah.

Ustaz Azhar Idrus kata boleh jatuh kafir bila benci Sunnah.
Bukankah sunnah itu perbuatan Nabi? Kenapa nak benci?

'Oh ye ke? Saja Lysa nak gurau dengan Adam'

Lysa sudah bingung. Siapa yang bibik dia kata semalam itu?

Lysa ingat Adam nak berubah. Taubat nasuha.
Harapan Lysa jauh meleset.

Redha je laa.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

'Bestkan movie tadi?' 

'Mesti laa best Imran! Gempak ah idea orang barat.' Ameer jawab.

'Bukankah bagus kalau idea gempak macam ni kita guna untuk bangunkan Ummah?' Ameer menambah. Sayang benar Ameer kepada Ummah.

Imran senyum. 'Ye laa. mesti laa best. Lepas pergi Klinik terus tengok movie. Mana tak syok!'

Mereka gelak bersama-sama.

Mereka memang tunggu semua keluar daripada panggung wayang, supaya tiada persentuhan tangan antara mereka.

Mereka juga beli extra seat kat tepi mereka agar tiada ajnabi yang duduk sebelah mereka.
Biarlah terpaksa bayar mahal sedikit asalkan terjaga apa yang patut dijaga.

Ada pasangan couple kat belakang mereka. Nak muntah pelangi rasanya dengar perbualan mereka.
Mereka juga tunggu line clear baru nak keluar.

Umur muda macam ni dah spoil. Sedih.
Ini juga salah satu pengaruh barat yang merosakkan Ummah.

"Amar Makruf Nahi Mungkar"
Suruh kebaikan Cegah kemungkaran.

Itulah yang berlegar-legar dalam otak Ameer.

Allah sudah berfirman:
Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) ma'ruf dan mencegah dari kemungkaran. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
Surah Ali-Imran : 104

Dek kerana Cinta Ilahi dan Cinta Nabi, Ameer toleh belakang.
Ingin tarik couple tersebut daripada Neraka dan bawa ke Syurga Allah.

Ehh.

'Nur Kallysa Humaira binti Fayyaz?'

Terkejut.
Lysa rupanya.

'What happened to your outfit? Where is you hijab?' Soalan bertalu-talu dilontarkan.

'What happened to you Lysa?' Ameer tidak sangka. Sungguh tidak sangka apa yang dia lihat.

Lysa senyap seribu bahasa. Di hati dia bergedup kencang.
Tidak mampu keluarkan sebarang kata.

'Bro, respect sikit dengan awek gua!' Adam cuba berlagak hero.

'Diam!'  Ameer tempelak

Satu perkataan dan jelingan tajam cukup membuatkan Adam terkedu. Speechless.

'Malam ni WhatsApp saya. Kalau tak saya akan jadi seorang reporter professional antarabangsa kepada Tan Sri Fayyaz!'

Ugutan yang simple tapi mampu membuatkan degupan jantung Lysa dua kali ganda lebih kencang.

Lysa cuak.
Lysa takut.

Takut Daddy mengamuk mengalahkan bapak Godzilla. Minta jauh!

'Imran jom Chao!'

Imran dan Ameer pergi meninggalkan Lysa yang kaku terkejut.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Notification WhatsApp berbunyi bertalu-talu.
Lysa dan Ameer berbalas-balas message.

Lagu Qasidah Ya Badrotim kedengaran di smartphone Lysa.

Ameer call Lysa.
Memang Lysa saja letak lagu islamik sebagai indikator Ustaz Poyo yang call.

Tidak efektif dengan berbalas message. Itu pendapat Ameer.

'Clash dengan Adam. Kalau tak saya nak bagitau Uncle Fayyaz.'

'Lysa tak nak clash dan Lysa tak nak juga Daddy tahu...'
Lysa menangis. Tak sanggup untuk putuskan hubungan antara mereka.

Ameer fikir cara yang terbaik & berhikmah untuk ubah Lysa.
Alhamdulillah dapat Idea!

'Kenapa sayang Adam?'

'Sebab dia boyfriend Lysa'

'Apa bukti dia sayang Lysa?'

'Dia selalu buat Lysa happy. Dia selalu bagi Lysa hadiah.'

'Kalau dia letak Lysa dalam api, adakah itu nama sayang?'

'Tak mungkin dia buat Lysa macam tu. Adam sayang Lysa!'

Ameer gelak. Sungguh naif Kallysa Humaira ni.

' Lysa kena tahu Adam sedang dalam usaha meletakkan Lysa dalam api. Api neraka.'

'Jangan melawaklah Ustaz!' Lysa marah. Marah sebab Adam kena kutuk!

'Lysa dengar apa yang Ustaz nak cakap ni. Bukanlah dinamakan Cinta & Sayang kalau hala tuju Cinta itu menuju ke Neraka Allah. Kenapa Ustaz kata macam tu? Sebab Ustaz tengok dalam Lysa merangkak menuju Syurga, tiba-tiba Adam tarik Lysa, dukung Lysa menuju ke neraka.'

'Enough with all this nonsence!' Lysa naikkan suara. Bingit telinga Ameer di hujung talian.

'Dengar Lysa. Lysa dah guna tudung, tutup aurat, guna baju labuh. Itulah pakaian yang bawa Lysa ke Syurga. Tapi Adam nak Lysa guna blouse yang nampak betis, nampak lengan, suruh Lysa free-hair. Pakej untuk bawa Lysa ke neraka. Dah bagus Lysa ke Syurga, tapi kena tarik ke neraka. Buka mata Lysa luas-luas.'

Sentap. Makin deras air mata Lysa meluncur keluar.
Ada benar kata Ustaz Ameer.

'Lysa. Cuba Lysa call Adam. Tanya dia satu soalan. Dia serious nak ambil Lysa jadi Isteri? Then call me back. Assalamualaikum.’

‘Waalaikumussalam Ustaz’ Lysa jawab salam walaupun talian dah putus.

Lysa kesat air mata. Dia turut sahaja segala kata Ustaz Ameer.

Calling Adam Lee…

‘Hello baby…’ Manis permulaan kata.

‘Waalaikumussalam. Haa nak Tanya Adam ni. Adam nak ambil Lysa jadi Isteri tak?’ Direct Lysa tanya.

'Err kita couple je kan? Ape kes ni tiba-tiba?' Gagap Adam jawab. Terkejut juga soalan tiba-tiba.

'What?'

'Ye laa. Ape kes nak kahwin. Kata couple je kan?'

'Kbai' Talian diputus oleh Lysa.

Tak sangka.
Sungguh tak sangka.

Butir air mata jatuh dari kelopak mata Lysa.

Sedih.

Lysa cinta Adam. Sangat-sangat sayang.
Lysa nak kahwin dengan Adam. Lysa nak ada anak dengan Adam.

Harapan rapuh.
Cita-cita jatuh.

Semuanya hilang jatuh dalam gaung.

Kata-kata cinta terucap indah kepada Lysa selama ini daripada Adam.
Rupanya hanya untuk suka-suka dalam hubungan sementara couple.

Dalam kekecewaan itu, Lysa buntu.
Lysa nakkan bahu untuk menangis, untuk luah segala hiba duka.

Ustaz Ameer!
Terus tekan contact, search contact name 'Ustaz Poyo' dalam senarai contact.

'Ustaz...'

Hanya perkataan itu sahaja yang mampu terkeluar.
Sebak di dada tidak dapat di tahan.

Lysa menangis.

Ameer tidak memutuskan talian. Dia senyap.
Ameer memang sudah agak. Dia dapat mengagak jawapan yang akan Adam berikan.

Setelah yakin Lysa sudah reda sikit, Ustaz memulakan kalam bicara...

'Lysa, Allah rindu kasih cinta sayang Lysa kepadaNya. Sebab itu Allah kasi ujian agar Lysa give more attention to Him.'

'Kat mana Allah di hati Lysa?' Kata-kata terakhir Ustaz Ameer terngiang-ngiang di telinga Lysa.

Kat mana?

Wudhu' diambil.
Solat Isya' didirikan.

First time Lysa solat isya' since program solat hajat perdana peringkat sekolah masa PMR.

Malam itu, Lysa menangis.

Bukan kerana Adam.
Tapi dek kerana dosa-dosanya yang bertimbun.

Juga tangisan itu untuk Allah.
Kerana alpa kepada Sang Pencipta dirinya.

Firman Allah:
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang
Surah Al-Ra'd : 28

---------------------------------------------------------------------------------------------------

'Ustaz, hari ni kita have a break ye...'

Ameer angguk. Dia faham keadaan Lysa.

Dia tahu Lysa menangis sepanjang malam.
Mana tidaknya, mata Lysa lebam.

'Dan jangan bagitau Daddy pasal break ni dan pasal semalam. Please...' Lysa merayu lembut.

Ameer angguk lagi. 'Okay no problem Lysa. Cuma kenapa guna tudung singkat ni?'

Cehh. Tudung aku juga yang Ustaz Poyo ni nak tembak.
Poyo? Takdelah poyo sangat actually. hehe

'Tudung labuh habis stok. Tengah cuci!' Perlahan suara Lysa.

Segan. Sebab dia hanya ada 2 je tudung labuh. Padahal baju yang 'tak cukup kain' ada dua almari.

'Tapi singkat sangat ni. Tak tutup apa yang patut ditutup. Nampak apa yang tidak patut dinampak!' Ustaz Ameer selamber tegur.

Ehh, apa punya teguran.
Muka Lysa merah. Malu agaknya.

Ameer membuka ikatan serbannya. Dia buka lipatan serban tersebut.

Ameer hulur serban yang telah terurai itu kepada Lysa. 'Nahh. tutup apa yang patut ditutup.'

'Ehh?' Lysa pelik.

Ameer buat Isyarat tudung. Lambat pick up betul.

'Ohh cakaplah macam mana patut Lysa buat wahai Ustaz Poyo. Mana Lysa faham'

Ameer hanya menggeleng kepala. Tadi bajet sedih sangat, sekarang nak usik orang pula.

Lysa menjadikan serban putih tersebut 'tudung labuh' untuk melabuhkan apa yang patut dilabuh.

Ameer tersenyum panjang. 'Macam ni lah Allah dan Nabi suka! Labuh laa comel cantik lawa.'

'Huwarghh apa kes Ustaz Ameer niii!' Menjerit-jerit Lysa dalam hati.

Segan malu blushing speechless semua expression ada kat Lysa sekarang.
Muka Lysa nampak sangat merah dek kerana kulitnya putih melepak.

Haha. Apa kes nak malu-malu pulak hari ni?

'Lysa hebat dalam taek-won-do ye? Lagi-lagi dalam menyepak. kan?' Ameer tanya Lysa.

'Eh mana tahu?' Lysa hairan.

'Lysa takde pun cerita-cerita kat orang. Even Adam pun tak tahu.'

'Perut Ustaz yang rasa hebatnya tendangan Lysa, tak payah orang bagitahu...'

'Ehhhhh. Don't tell me that...'

Lysa teringat 'hantu' yang mengacaunya malam ketika dia mahu mengambil hadiah daripada Adam.
Oh tidak. Ustaz Ameer ke yang kena sepak oleh Lysa?

'Perut o perut, sakit tak tendangan Lysa malam tu?' Ameer berseloroh.

Lysa segan. Segan yang teramat.
Mukanya semakin memerah.

Pengsan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Cik Lysa, makan malam sudah siap...'

Bibik mengejut Lysa yang baru sedar daripada pengsan.

'Lysa pengsan tadi. Ustaz yang bawa Lysa masuk dalam bilik' Bibik bercerita.

Huarghhhh Ustaz Ameer angkat aku?
Lysa tersenyum panjang. Hihiks

'Bibik, siapa yang bagi kat bibik plastik hari itu?'

'Ustaz tadi tu laa...'

'Malam tu dia guna serban putih dan jubah putih ke?'

Bibik angguk.

Hantu galah itu rupanya Ustaz Ameer!
dan sepakan kencang limited edition itu Ustaz Ameer laa yang merasa?

Rasa bersalah.

'Takpe laa. Lysa takde selera nak makan.' Lysa menolak ajakan makan malam itu dengan lembut.

Lysa terus call Ustaz Ameer.

'Assalamualaikum Cik Taek-won-do Tendang Kencang...'

Muka Lysa merah dek kerana disindir oleh Ustaz. Ustaz Poyo.

'Waalaikumussalam Ustaz Poyo Hantu Galah. Err, maafkan Lysa sebab tendang Ustaz, ingatkan Hantu Galah yang kacau Lysa...'

Pecah gelak Ameer. Hantu galah kau kasi aku?

 'Perut o perut, maafkan tak Cik Lysa?'

'Emm perut kata, perut nak kena belanja makan.' Ameer jawab sendiri soalan dia.

Lysa gelak dengan celoteh Ustaz. 'Ya ya ya I will. I promise!'

'Okay la Lysa. I have things to do. Assalamualaikum.'

'Waalaikumussalam...' jawab Lysa.

Lysa senyum keseorangan. Bahagia teramat.
Ehh macam couple lak aku ngan Ustaz Ameer. Haha

Serban putih Ustaz Ameer masih kat aku. Hihi.

Nak tidur dengan serban putih ni lah. Mana tahu mimpi jumpa Ustaz. InshaaAllah...

Eh angau ke aku ni? haha

----------------------------------------------------------------------------
'Siapa call?'

'Kallysa Humaira. Anak Uncle Fayyaz.'

'Bro, bukan main lagi seronok aku tengok kau on the phone tadi...'

Imran pelik dengan  Ameer. Manakan tidak kalau sebelum ni kalau bercakap dengan perempuan macam cakap dengan Godzilla!
Tunduk pandangan, Cakap sikit. Gelak itu memang mustahil la.
Macam perempuan tu nak makan dia je.

Jaga Ikhtilat katakan...
Tapi dengan Lysa, mana semua itu pergi?

'Aku tak tahulah Imran, aku rasa aku jatuh suka dengan Kallysa...'

'Ahah. Aku tahu laa bro. Kau tak payah cakap.'

'What should i do?'

'Luah kat dia. cakap : Will you be my Zaujah?'

'Lawak antarabangsa yang hambar'

Bahu Imran kena tepuk. 'No way laa aku nak buat macam tu'

'Elehh mulut kata tak, tapi muka merah suka ape kes?' Imran sambung mengusik Ameer.

'Ahaha aku pun nak buat macam itu juga. Tapi tak tahu laa bro. Dia tunggu result SPM lagi.'

'Siapa cepat, dia dapat. Kang budak Adam masuk minang, putih mata kau beb!'

Dengar nama Adam, Ameer terus naik cemburu.

Perghh,

What ever it is, esok aku masuk minang ahh.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

'Lysa baca bagus laa hari ni' Puji Ameer.

Merah muka Lysa. Huarghh kenapa aku cepat merah ni!

'Lysa...'

'Ye Ustaz...'

Senyap. Terdiam seribu bahasa.

'Ustaz balik dulu.'

Ehh apa aku buat ni? kata nak luah? huarghh

'Jap Ustaz. Lysa nak bagi balik serban putih ni'

3 hari 2 malam dah berselimut dengan serban itu. hehe

'Just take it Lysa.'

'Ehh takpe ke?'

Ameer angguk.

'Thanks Ustaz...'

'Ameer! This is it. Luah sekarang. Adam cilok kang!' monolog dalaman Ameer ugut diri dengan nama Adam.

Orite. No way Adam nak curik!

'Lysa, Lysa nak tak jadi pemenuh separuh iman kepada Ustaz?'  Confess direct.

Dup dap dup dap. Berdegup kencang jantung Ameer.

Lysa lari naik atas. With out saying a word.

Ameer speechless.

'Dia marah aku ke?'
'Dia mengamuk ke?'
'Dia benci aku ke?'
'Dia menyampah dengan aku ke?'

'Ameer, what have you done!?'

--------------------------------------------------------------------------

Calling Sumayyah. Kawan baik Lysa.

'Sumay, Ustaz tak suka aku laa beb'

' Ehh, aku rasa Ustaz Poyo kau tu suka kau, based on apa yang kau cerita Ustaz tu buat kat kau.'

Lysa mengeluh panjang. 'Tapi, dia dah cakap yang dia just nak jadikan aku kawan baik dia.  Aku hanya jadi pemenuh separuh iman dia je. Maksudnya kawan laa. Kalau Isteri mestilah bukan separuh, tapi penuh sepenuh iman dia. A friend only. Not more than that.'

'Oh ye ke? Pastu apa kau buat?' Sumayyah interest nak tahu kisah Lysa dan Ustaz Poyo.

'Aku sentap ahh. Aku sayang dia beb. Aku lari masuk bilik, then nangis. Frust ah weh...'

'Itulah kau, aku suruh luah terus tak nak!'

'Aku nak luah hari ni. Tapi mulut berat gila and today first time dia puji aku'

Panas muka Lysa. Bangga campur malu.

Erghh buat apa aku fikir pasal Ustaz, dia dah tolak aku!
Forget him Lysa!

----------------------------------------------------------------------------

'Imran! What have I done? Lysa benci aku. Dia tolak aku. Huarghhh!' Stress Ameer.

'Relax ah. Kalau kau nak sangat, kau jumpa Tan Sri Fayyaz.'

'Huh?'

'Itulah cara paling baik. Jumpa wali mujbir. bukannya main sedap luah kat si dia. Baru profesional dan bersyariat jumpa ayah terus. Tan Sri Fayyaz kan wali mujbir Lysa. Kalau aku dulu, aku jumpa abang tunang aku tu dulu then baru face-to-face dengan abah dia.'

'Nak ambik someone jadi isteri, ambil cara bersyariat! Baru ada berkat dan Allah redha!' Imran menambah.

Panjang penjelasan Imran. untuk kebaikan sahabat karibnya, Ameer.

'Thanks Imran for your advice tapi segan ah nak jumpa Uncle Fayyaz.'

'Adam ambik kang' Imran cucuk-cucuk Ameer.

Memang pantang dengar nama Adam. Terus level cemburu naik terus.

Esok aku jumpa Uncle Fayyaz. Set!

------------------------------------------------------------------------------

'Uncle...' Ameer gagap. Dia cuak. Haha

'Yes Ameer. Ada apa?'

'Saya nak kahwin dengan Lysa.'

Huarghhhhhhhh. Dalam hati ada gempa bumi sekarang beb. Dup dap dup dap.
Relax Ameer. Jangan berhenti degup sudah.

Amalan dah cukup ke nak jumpa tuhan?

------------------------------------------------------------------------------

'Apa pendapat Lysa about Ustaz Ameer?' Tan Sri Fayyaz tanya sambil mereka dinner kat restaurant.

'Poyo gilaa' Lysa muncungkan mulut. Masih geram dengan Ustaz Ameer.

'Lysa. It's not nice to say that.'

'Okay. Okay. Maafkan Lysa.'

'Minta maaf dengan Ameer esok. Btw,  Abah nak jodohkan Lysa dengan Ameer.'

Malas Tan Sri Fayyaz nak berbunga-bunga dan berpantun, cakap direct mudah.

Speechless & merah.
Cukup untuk describe Lysa.

Oh tuhan, apakah ini hadiah anugerah untuk Lysa?

Lysa kembali rasional. Ehh bukan ke Ustaz nak kawan dengan aku je?

'Ustaz Poyo tu bukannya nak Lysa.'

Tan Sri Fayyaz geleng kepala.

'Korang jumpa face to face esok. Kita bincang esok dengan Ustaz Ameer.

Lysa keliru.
Patut gembira atau duka?

------------------------------------------------------------------------------

'Say something Ameer.'

Kedua-duanya senyap sejuta bahasa. Billion bahasa kot.

Malu.

'Ameer nak ke tak jadikan Lysa Isteri?' Tan Sri Fayyaz terus start. lama sangat dah senyap. Cengkerik pun menyanyi. krikk krikk

'Nnn...nn...nak' Gagap Ameer jawab.

Merah padam muka Lysa.

'Poyo. Hari itu kata nak jadikan Lysa kawan je. Not more than that.' Lysa terus bersuara. Nak membidas Ustaz Poyo.

'Bila?' Ameer pelik.

'That day. Ustaz kata nak jadikan Lysa ni hanya pemenuh separuh iman Ustaz. Bukannya pemenuh sepenuhnya iman Ustaz. Ustaz hanya nak jadikan Lysa kawan. Lysa ingat lagi tau!'

Pecah gelak Ameer. Berdekah-dekah Ameer gelak.

'Lysa, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Kalau Lysa kahwin dengan Ustaz, Lysa jadilah pemenuh separuh iman kepada Ustaz. Ini berdasarkan Hadis laa Lysa!' Ameer terang panjang.

'Err'

Hanya itu yang Lysa mampu ungkapkan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Walimah Ameer Islam bin Affandi dan Nur Kallysa Humaira binti Fayyaz.
Ramai yang datang. Rumah banglo yang besar itu dipenuhi oleh manusia.

Lysa dan Ameer di atas pelamin.
Kedua-duanya control muka. Haha

Ameer bosan. Tiba-tiba datang idea nak menyakat Lysa.

'Pemenuh separuh o Pemenuh separuh' Ameer mengejek.

Lysa geram. Paha Ameer terus dicubit.

'Ouuccchh! sakit laa Lysa pendek!' Ameer mengerang kesakitan.

'Hey kita kat atas pelamin kot. Kita kat khalayak ramai. Segan Ameer'

'Who started it first huh?' Lysa kenyit mata.

'Btw you called me Lysa pendek just now ye?'

Teringat cerita plastik kat atas pagar itu dan 'hantu galah' yang kena sepak kat perut. Haha

'Ehh nothing. Orang pendek je terasa pendek...'

'Galah poyo. Ustaz poyo.' Lysa membalas.

'Ohh menjawab ye Lysa?'

Mereka berbalas cubitan di atas pelamin.
Cubit-memncubit hingga tidak sedar dunia.

Tidak mengapa, sudah menjadi Halal antara mereka.
Allah redha, Nabi suka.

Sedih bila lihat pasangan couple antara lelaki perempuan zaman sekarang hubungan macam sudah berkahwin.
Mohon taubat segera.

Tan Sri Fayyaz tersenyum panjang melihat telatah mereka.
Bahkan semua yang ada dalam majlis itu tersenyum.

Bahagia sungguh mereka.

Mula-mula mereka mempertikaikan kenapa mereka kahwin awal?

Ingat Hadis Nabi:
Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Akhirnya mereka faham.

Tersenyum gembira melihat berdirinya sebuah masjid.
Inshaa Allah akan membina Ummah yang awesome wa daebak!

Semoga Allah memberkati perkahwinan mereka.

'Lysa o Lysa'

'Yaa...'

'Aku bukan Ustaz poyo!' 

Terus Ameer cubit pipi dan lari.

Lysa pun mengejar, walaupun dia tahu takkan dapat kejar punya. haha

Begitulah indahnya hubungan yang dibina kerana Allah. Hubungan yang dibina dengan Syariat Allah.

InshaaAllah berkekalan hingga SyurgaNya.

Ameen yaa Rabb :D