Saturday 19 July 2014

Malam Lailatul Qadar

sedarkah kita sekarang kita dah berada di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.. Allahu.. dah penghujung ramadhan dah.. pejam celik pejam celik.. dah nak abis.. cepatnya masa berlalu kan.. sekarang kita dah berada di fasa yang ke3.. fasa pelepasan dari azab neraka.. sebut jer 10 malam terakhir.. secara automatik akan terbayang malam lailatul qadar kan.. jom ketahui lebih lanjut malam lailatul qadar ni...



Ciri2 Malam Lailatulqadar

> Imam Hasan al-Basri, berkata antara tanda malam lailatulqadar ialah suasana malamnya tenang, damai, tenteram, tidak panas dan tidak terlalu dingin.
> Air laut juga kelihatan jernih, anjing tidak banyak menyalak dan matahari terbit pada keesokan paginya dengan sinar putih bersih dan cahaya yang redup.
> Dalam Sahih Muslim dinyatakan bahawa pada malam lailatulqadar seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi.
> Malaikat membawa rahmat Allah memasuki rumah serta memberi salam kepada orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing, khinzir, arak dan patung.
> Malaikat akan naik semula ke langit secara serentak dengan sayap
puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang.
> Sesiapa yang menyedari tanda itu, mereka hendaklah meningkatkan amalan dan berdoa sepanjang hari sebagaimana ketekunan ibadahnya di malam hari.
> Malam lailatulqadar adalah malam yang penuh rahsia. Hanya Allah mengetahui bila ia terjadi. Rasulullah sangat menggalakkan umatnya mencari peluang beriktikaf di malam lailatulqadar.
Aisyah meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda: “Carilah malam lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)
> Mengikut Anas daripada nabi menyatakan bahawa: “Allah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya.”
> Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari)
> Gandakan ibadat pada malam ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ganjil iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29.
> Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan Ali bin Abu Talib. "Sesungguhnya Rasulullah membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat): ‘Ya Allah Sesungguhnya aku berlindung dengan keredaan-Mu daripada segala kemurkaan-Mu. Aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. Aku juga berlindung dengan Zat-Mu yang tidak terhitung segala nikmat dan belas kasihan yang Engkau berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-Mu seperti mana pujian yang layak bagi Zat-Mu.’” (Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad)
> Umat Islam dianjurkan berdoa sebagaimana dikhabarkan daripada Aishah: “Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada lailatulqadar apakah yang sepatutnya aku ucapkan?”
Bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatulqadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab:
“Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbu al-afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku).’” (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah).

kenapa Allah merahsiakan malam lailatul qadar??? 



apakah tips untuk meraih lailatul qadar???


mesti korang tertanya-tanya kan apa amalan sunat yang boleh dilakukan malam lailatul qadar... nilah antara amalan yang boleh dilakukan pada malam lailatul qadar.. 

1. Sembahyang sunat wudhuk.
2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.
3. Membaca al-Quran.
4. Istighfar
5. Zikrullah
6. Bertasbih
7. Selawat
8. Sembahyang sunat tahajjud.
9. Sembahyang sunat tasbih.



bagi yang tengah 'cuti'.. jangan sedih jangan bimbang.... ingatlah.. cuti itu juga antara anugerah dari Allah... tak perlu sedih.. cheer up okeh ! (^_^) korang boleh berzikir.. istighfar... berdoa.. korang juga disarankan membaca tafsir Al-Quran.. 

sekadar ni jelah apa yang boleh amira share dengan korang semua.. semoga kita diberi keizinan oleh Allah untuk berjumpa malam lailatul qadar ini.. insyaAllah.. bagi yang susah berjaga tengah malam.. amira bagi tips.. sebelum tidur ambillah wudhuk dan niatkan dalam hati mintak Allah kejutkan pada waktu sekian-sekian.. insyaAllah akan terjaga.. janganlah pulak terjaga then sambung tido semula... hehehe.. amira tau sangat korang neyh ! =p

Nikah Gantung Adalah Couple Yang Halal...

بسم الله الرحمن الرحيم ... الحمدالله رب العالمين. حمداشاكرين. والعاقبة للمتقين. والصلاة والسلام على رسولنا محمد وءاله وصحبه اجمعين



mesti anda tertanya-tanya kan aper itu nikah gantung.. maybe ada di antara korang ni  baru first time dengar perkataan nikah gantung ni.. jangan risau.. nanti kita kupaskan apa itu nikah gantung.. nikah gantung sangat famous gebabom di kalangan pelajar universiti lah... biasalah orang muda.. teringin nak kahwin.. tapi masih belajar.. takde sumber kewangan lagi nk tanggung anak dara orang.. tapi cuba untuk elakkan maksiat dan nak mendapatkan keredhaan Allah dalam perhubungan.. nilah jawapannya, nikah gantung !
NIKAH GANTUNG ADALAH COUPLE YANG HALAL

[●] Apa makna nikah gantung nie?? dalam bahasa arab dipanggil "nikah khitbah.Ia adalah pernikahan spt yg lain,cuma slps akad nikah pasangan b'kenaan x boleh tinggal sebumbung,dan suami x wajib bg nafkah zahir batin.Ertinya isterinya itu masih dibawah tanggungan ayahnya sehinggalah keluarga pihak prempuan menghantar anak prmpuan nya itu ke rumah keluarga lelaki itu.

[●] Apa istimewanya nikah gantung nie?? halal pasangan ini keluar b'sama, b'pegangan tgn,b'pelukkan,cium2 dan sebagainya kerana mereka adalah suami isteri.Sekiranya mengandung sekalipun,anak itu adalah anak yg sah.

[●] Kalau pegang2 tgn,nanti tak timbul fitnah ke?? nikah gantung nie bukan nikah yg perlu disembunyi,bahkan kita perlu hebohkan pada umum bahawa kita telah berkahwin,jadi tidak timbul isu fitnah melainkan kalau org tu jenis kaki fitnah.

[●] Siapa yg sesuai utk nikah gantung??Nikah gantung amat sesuai bg mereka yg masih belum b'kemampuan dlm kewangan,atau yg masih belajar ,atau masih belum mendapat kerja,masih dialam universiti.



dah faham?? jom kita selami pulak apa hukum dan asbab nikah gantung or lebih dikenali nikah khitbah...

Hukum Nikah Gantung 

a) Nikah Gantung dalam bahasa arab disebut " NIKAH KHITBAH " dan hukumnya HARUS .

b) Nikah Gantung bermaksud pernikahan diantara pasangan pengantin yang tidak duduk serumah dalam satu - satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua - dua belah pihak . Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan .

c) Nikah Gantung juga mengadakan “ Majlis Akad Nikah “ yang harus mereka
ikuti sebagaimana perkahwinan biasa dilakukan .

d) Syarat SAH Nikah di dalam rukun – rukun perkahwinan seperti suami , isteri , wali , saksi , dan akad (Ijab Kabul) dan juga mas kahwin perlu ada untuk syarat sah nikah .

e) Nikah Gantung menangguhkan “ Majlis Kenduri Kahwin (WalimatulUrus) “ dan penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut kadang – kadang menjangkau bertahun – tahun lamanya .



Sebab – Sebab Biasa NIKAH GANTUNG dilakukan

l ) Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti SEWA RUMAH , PAKAIAN dan sebagainya .

ll) Pasangan yang masih lagi Belajar dan Menuntut .

lll) Belum bersedia memberi Komitmen sepenuhnya didalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga .
Setelah majlis Akad Nikah berlangsung , kedua – dua pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar – benar bersedia untuk memikul tanggungjawab
sebagai Suami Isteri . Pada kebiasaan pasangan ini akan tinggal di rumah ibu bapa masing – masing .

Tujuan utama “ Nikah Gantung “ ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya Perzinaan dan Lahirnya Anak Luar Nikah . Setelah kedua – dua pasangan ini melalui nikah gantung , mereka boleh bertemu , berdating dan bermesra . Malah jika melakukan sek pun sehingga melahirkan anak ia tidak salah dan tidak haram . Anak yang mereka melahirkan itu adalah “ SAH “hukumnya .
Walaupun mereka Nikah Gantung , mereka adalah pasangan suami isteri yang SAH di sisi Agama Islam dan undang – undang Kerajaan Malaysia .




p/s : drpda korang duk dating,call tiap mlm,msg2 tu,lg baik korang nikah gantung dulu.Semua nya akan b'tukar pahala,msj2 dgn isteri @ suami dpt pahala,pegang tgn dpt pahala ,seronak kn ?? (^_^)

teringin pulak diri ni nak merasai.. tapi sadis ! takde orang nk.. huhuhu..  =p ok lah.. sekadar ini sahajalah perkongsian untuk bab ini..

Wednesday 16 July 2014

Pengalamanku Bertudung Labuh


perasan tak tajuk entry ni lebih kurang macam tajuk entry yang sebelum ni.. huhu.. entry yang petang tadi tu amira hanya share story dari blog sahabat lain.. but now.. amira nak share lah serba sedikit pengalaman amira sendiri.. nothing interesting.. but sajer suka suki terlebih rajin nak menaip ( padahal stress jawab kuiz akaun) huhuhu~~


before amira start cerita pengalaman amira sejak bertudung labuh ni.. amira nak story dulu mcam mana amira boleh pakai tudung labuh.. actually amira dulu bukanlah sebahagian dari wanita bertudung labuh pun.. amira seorang yang biasa je.. simple ! pakai tudung bawal.. dulu mana ader kan shawl-shawl bagai ni.. amira mulakan dengan memakai handsock n sarung kaki or stokin.. amira start pakai form 1 dah.. almaklumlah amira sekolah menengah dulu.. sekolah agama.. tapi please ! jangan beranggapan budak sekolah agama ni maksum yer !! smua baik-baik.. biler buat salah ke aper.. terus judge itu ini.. kami pun manusia biasa jugak.. dye depends atas diri sendiri.. kalau nak jadi baik.. hantar jelah sekolah mana-mana pun.. tak akan terpengaruh. sekolah ni cume macam bonus jer kalau dapat sekolah agama.. ok ! back to the topic... tapi amira form 1 tak braper lagi lah.. tak istiqamah mana pun.. hehehe ~ astarfirullah !! nauzubillah. jangan contohi saya ! hehe.. then amira form 2.. amira masuk tuisyen kat cikgu razak, durian burung.. kalau yang kenal, kenal lah.. tak kenal.. buat-buat kenal jerkk.. heheehehe ~~ start dari tulah amira start istiqamah.. sebabnyer kat tuisyen tu kan sah-sah lah ader laki.. berbeza dengan sekolah amira.. sekolah amira semua prempuan.. takde lelaki !! so.. tulah titik permulaan amira start istiqamah pakai handsock n sarung kaki...

form 4.. ade lah terdetik jugak nak pakai tudung labuh kat luar kan.. ( selain sekolah ) tapi time tu tak start lagi.. amira pun suarakan lah bende ni kat family amira.. alhamdulillah.. dapat respon positif tapi mak sedara amira ada pesan.. once kita pakai tudung labuh.. kena lah istiqamah.. mampu ke nanti.. takut awal-awal jer pakai.. nanti back to normal.. time tu.. berfikir panjang jugaklah.. sebabnyer mungkin zaman sekolah tak menjadi masalah sangat... tapi nanti sambung belajar, masuk U.. kuat ker nak istiqamah dengan imej ni.. kalau dpat UIA, UNISZA ker.. mungkin tak menjadi masalah sangat lah.. sebab memang surrounding U tu islamik.. but kalau dapat UITM ke ape.. mampu ke.. kuat ke.. tapi naik form 5.. memang dah nekad.. so.. tulah titik bermulanya amira pakai tudung labuh sampai lah sekarang... tak heran dah orang nak kate ape.. bila dah nekad tu.. semua telan jerk !



saper kater bertudung labuh tak boleh naik motor???? hahaha !!! amira main aci redah jeee !!! amira ni kuat berjalan orangnya kalau nak tau... tambahan plak.. amira dah start involve dengan motor ni time darjah 5.. dulu amira digelarkan " minah rempit "... kejam tak orang yang bagi tittle tu. memang kejam kan.. ish ! amira dapat tittle tu sebabyer amira ni jenis tak reti nak bawak slow-slow.. bawak mesti laju.. saper-saper yg nak berlumba.. jom !! hahaha.. ( mohon jangan ikut ) tapi sekarang dah pandai lah bwak slow-slow.. hehehe ( konon ! ) then bila amira start bertudung labuh.. takkan amira nak stop bawak motor... memang tak lah. hehe. secara rasminye pastu amira dapat tittle " muslimah rempit " memang tak baik lah saper yg bagi tittle ni.. alamak !! dah banyak merapu !!! ok2 !!! back to the main topic. abaikan yang atas-atas tu eh.. hehe.. buat malu jerk ! sejak amira pakai tudung labuh kan.. memang ketara sangat perubahan yang amira dapat.. antaranya kan.. budak-budak laki takkan berani tegur.. if kat depan amira ader prempuan yang biasa bawak motor.. then lalu kat sekumpulan lelaki.. memang akan dengar lah siul-siulan gatal or sesi tegur-menegur.. tapi sampai je kat amira... takde ! senyap ! hahaha.. tengok.. diorang mana berani.. panahan tudung labuh... tak kurang jugak kalau kat traffic light.. takkan ade yang berani nak tegur.. kalau yang tegur tu. memang mencari nahas lah tu...


normal lah kan kalau orang yang pakai tudung labuh ni digelar ustazah la aper lah.. amira pun tak terlepas dari tu semua.. sometimes bila amira berjalan or pergi mana-mana.. ada jer yang panggil ustazah especially lelaki lah.. saje takde keje diorang ni ! kadang-kadang tu.. amira berjalan.. then ade lelaki lalu sebelah.. " assalamualaikum ustazah " kes ni memang banyak.. tapi biarkan jelah diorang ni.. jwab jelah salam tu.. kadang-kadang bangga lah jugak dapat tittle ustazah tu.. saper yang taknak kan.. bukan semua orang boleh dapat tittle tu.. hehehehe~.. so.. la tahzan.. be proud ! baru-baru ni pun kat UITM nih.. amira berjalan dengan roomate amira, alia.. kiteorang time tu baru balik dari buat kad matrik.. then secara kebetulan belakang amira ni ade lah beberapa lelaki.. diorang ni aper lagi. perli lah.. nak tau diorang perli ape,, diorang buat-buat cakap bahasa arab kat belakang.. aisehhh.. diorang sembang konon kaifa haluka lah ape lah.. alia yang sebelah amira ni tak faham aper-aper.. amira ni tau dah... dalam hati.. ' nak menganjing (perli) aku lah tu' tapi tak heran pun... dah kalis ! huhu.. 



untuk pengetahuan korang kan.. dalam kelas amira pun.. budak lelaki tak berani nak tegur ! percaya atau tak.. setakat ni amira tak pernah bersembang pun dengan lelaki.. bercakap pun takde rasenye.. if ader pun.. dia mintak nombor lecturer.. so, amira bagi jelah.. tengok !! effect pakai tudung labuh.. takde yang berani nak tegur.. kadang-kadang tu terasa lah jugak.. macam tak wujud jer dalam kelas tu.. yelah... orang lain bersembang lelaki prempuan relax jer.. kiter.. krik krik je.. hehhehe.. but im so proud n bersyukur.. maknanyer dia tau hormat orang yang pakai tudung labuh.. tulah antara penangan orang yang memakai tudung labuh...

ada sesetengah orang ni.. dia hanya pakai tudung labuh sebab niat dia nak suami soleh. bila pakai tudung labuh.. dapat suami soleh.. maaf .. ! tolong betulkan niat yerk.. berhijrah kerana Allah.. bukan kerana lelaki or wat so ever.. ade roomate amira tanya.. ader kawan dia ni selalu ikuti usrah.. memang kalau tanya dia pasal perbincangan usrah tu... memang boleh jawab lah.. tapi kat luar still free hair ape smua.. kenapa ye... simple ! hidayah itu milik Allah dan Allah layak beri kepada sesiapa sahaja hamba yang dikehendakinya.. atau niat dia menyimpang ke arah lain.. bukan kerana Allah.. itu kena sentiasa muhasabah diri...

actually kan amira nak share pengalaman amira naik bas sorang-sorang baru ni... tapi nanti ader orang tu baca.. hahhaha !!! mohon shah tak baca !!!! pleaseeeee!!! hehehe.. pengalaman yang agak scary jugak lah.. tapi pengalaman tu... bukan semua naik bas first time dapat pengalaman yang plek-plek.. siap dapat roti tuh ! even roti gardenia jer.. haha!  kwan amira naik bas sorang-sorang takde bende jadi pun... tapi biler tiber time amira.. dapat pulak budak sebelah yg agakk er...rrr.. hahahaha !! shah ! tlong jangan baca !! stop cni jer.. 

tu jelah serba sedikit yang amira boleh kongsikan.. yang bawah sekali tu.. mohon abaikan ! hehehe.. dan yang banyak merapu tu mohon abaikan jugak.. hahaha.. bikin malu jer amira neh.. dalam story tu ader terselit bahasa ganu.. if tak paham.. buat-buat jelah paham yerk.. hehe (^_^) bagi yang mempunyai niat nak berhijrah kepada tudung labuh.. amira galakkan sangat-sangat.. if ader masalah apa-apa.. boleh terus berhubung dengan amira.. InsyaAllah setakat mana yang amira boleh bantu.. amira cuba..

setakat ni jelah coretan amira untuk kali ni.. roomate amira sekalian pun macam get ready nak tutup lampu dah jer.. lailan saidan semua !! selamat menjalani ibadah puasa. jangan curi-curi ponteng yerkk !!
assalamualaikum ~ (^_*)


Kisah Muslimah Bertudung Labuh


amira taknak tulis panjang-panjang mukaddimah untuk kali ni.. sebabnyer sekarang dah pkul 3.30 pm.. japgi pukul 4.00 pm amira ader kelas.. amira tak bersiap pun lagi.. hehe.. rase tergerak hati nak update blog dulu.. so.. amira kena rushing ni.. kalau masa zaman-zaman amira sekolah dulu.. amira kan pergi sekolah dulu naik motor time form 5.. memang dah pecut abis-abis ni.. tak main dah 60.. terus 80.. takleh lah lebih-lebih.. jalan raya besar ! sibuk ! segala bonggol-boggol yang ader.. main langgar je ! hehehe.. mohon jangan tiru aksi ini.. keh3!!  for this week.. amira hanya nak share satu entry dari sahabat blog amira.. ni bukan pengalaman amira okey.. nanti kalau amira ader masa dan terlebih rajin.. amira akan share pengalaman amira plak.. ok??? jom baca !!! moga terhibur...

Dikejar Tebuan Tanah



Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan. Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.


Terlindung daripada Mata Mat Rempit





Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah. Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku. Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal. Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.Di mana? Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada. Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali! Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik. Tudung tak labuh pun masih tutup aurat. Dont judge people by its cover. Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.


Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut



Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata. Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak. Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?


Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh


Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan. Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya. Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

 
ok !!!! amira got to go.. doakan amira dipermudahkan segala urusan neh.. tata titi tutu !! jangan nakal-nakal yerkkk.. assalamualaikum. (^_*)

Friday 11 July 2014

Save Gaza ~


dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.. amira mulakan catatan untuk entry kali ni.. tapi sebelum amira mulakan catatan ini.. amira minta kalian semua.. marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk saudara kita yang sedang berjihad di Gaza dan Palestin.. Al-Fatihah.......


seperti yang anda saksikan.. di mana-mana sahaja di media sosial.. seperti facebook, twitter, we chat or mana-mana sahaja.. rata-rata heboh menceritakan dan menunjukkan apa yang dirasakan berkenaan kejadian yang terjadi kepada saudara kita di Gaza.. Allahu.. amira sendiri pun tak terlepas dari berbuat sedemikian.. sekadar tu jelah yang amira dapat bantu dan meluahkan apa yang amira rasakan.. kekadang amira rasa sungguh berdosa.. Allahu-Akbar.. kita di sini duk leka dengan dunia.. tapi saudara kita di sana sedang berjuang demi AGAMA ISLAM.. kita di sini sepanjang masa duk fikir nak cari suami / isteri.. tak lepas juga yang leka dengan buah hati masing-masing.. tapi saudara kita di sana.. tiada masa untuk fikir semua ni.. mereka sentiasa berfikir untuk berjuang demi islam dan berjihad di jalan Allah.. Ya Allah.. berdosanya hamba-mu ni Ya Allah..

bagi yang masih mengambil ringan tentang isu ini.. ayuh ! bangkitlah kaum pemuda sekalian !! bangun ! sedarlah ! saudara kita diserang... apa yang telah kita lakukan untuk bantu mereka??? tidak takutkah kalian di Akhirat nanti.. mereka akan persoalkan apa yang telah kita lakukan untuk bantu mereka, saudara seislam kita??? sejujurnya amira takut sangat... Allahu... hina sungguh diriku.. aku takut jika ini adalah punca aku dihumban ke neraka.. kerana tidak mempedulikan saudara seislam-ku.. 

mengapa kita perlu peduli tentang palestin????
kerana pada tubuh mereka mengalir darah yang sama mengalir di dalam jasad kita...
yakni DARAH ISLAM...

amira menyeru kalian semua... mari-marilah kita sama-sama doakan saudara kita di sana.. selesai solat.. titipkanlah doa buat mereka.. doa senjata kita UMAT ISLAM... marilah bersatu.. janganlah pandang ringan akan hal ni... bayangkan kita di situasi mereka.. Allahu.. tak mampu nak dibayangkan kan.. sungguh kuat iman mereka.. jauh berbeza dengan kita.. syurga tempat mereka... itu janji-Nya... berdoa tak semestinya kena tadah tangan.. apa-apa yang terdetik di hati juga dikira satu doa.. tengah berjalan.. tengah memandu.. doalah di dalam hati.. tak susah pun.. mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita... 

dear israel..
you can kill muslims..
but you can never kill islam..
islam will rise one day..
it all has been written..
be scared !!

bagi yang mempunyai kelapangan dan teringin menjadi sukarelawan aman palestin.. marilah sama-sama kita daftar ahli sukarelawan aman palestin.. alhamdulillah... amira pun dah daftar.. insyaAllah dengan usaha yang kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu saudara kita di sana.... 

maaf saudaraku di Gaza,
kereta kebal, jet pejuang, senjata, dan askar kami hanya untuk pameran dan pertunjukkan hari kemerdekaan sahaja..
kapal selam kami pula sudah dijadikan muzium..
M16 kami hanya untuk berkawad kadet polis..
motif PLKN pula hanya untuk menaikkan semangat luaran kami...
dalaman???
kami PENGECUT.. maaf !!!

amira memohon kalian semua agar tidak menjadi sebahagian yang hanya berdoa di FACEBOOK, TWITTER, WE CHAT mahupun media sosial lain.. tapi hakikatnya tak pernah berdoa di TIKAR SEJADAH... hanya menunjukkan simpati di media sosial.. tapi hakikatnya tidak... amira bukanlah sempurna dan baik.. tetapi amira sedang berusaha menjadi dan mengejar gelaran solehah.. amira mengakui.. amira banyak kelemahan dan tidak sempurna.. dan apa yang amira sampaikan ni adalah sekadar perkongsian dan teguran untuk diri amira sendiri...

wahai Gaza, wahai saudara kami...
maafkan kami.. jang.an kau dakwa kami di Akhirat nanti kerana tidak berjuang di medan perang bersamamu menentang musuh-musuh kita.. 
wahai saudaraku sungguh kami di sini juga turut berjuang, menuntut ilmu agar martabat islam kembali bersinar di mata dunia...
kami menghulurkan doa sebagai rocket launcher dan M16 kami..
maafkan kami Gaza...

sekian sahaja untuk kali ni.. marilah sama-sama kita bersatu mendoakan saudara kita di sana... usaha yang kecil.. insyaAllah memberi kesan yang besar....

Tuesday 8 July 2014

kisah gadis cina ~


salam ramadhan al-mubarak pembaca sekalian.. hope still tak terlambat lagi untuk amira ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah puasa.. amira harap tekdelah pembaca blog amira nie curi-curi makan yerk.. lain lah tttuuuttt (girls only).. huhuhuu~~ (^_^) semoga ramadhan kali ni lebih baik dari yang sebelumnya dan menjadi titik permulaan untuk kita semua berhijrah kepada yang lebih baik... tahun nie amira agak sedih sebab tak dapat menjalani ibadah puasa dengan family... sob,sob,sob.. but kat sini amira ader sahabat seperjuangan yang selaku pengganti family.. amira ade roomate yang awesome... najwa,, alia,, dan atiqah.. mencari pengalaman berpuasa dengan mereka semua.... bila lagi kan nak belajar hidup berjauhan kalau bukan sekarang.. hehehe... untuk entry kali ni.. amira nak kongsikan apa yang amira baca di blog ustazah fatimah syarha berkenaan kisah gadis cina.. jom baca !!!


Remaja Diterjah Badai

                Seorang gadis remaja berbangsa Cina baru kembali ke fitrahnya, Islam. Dia bersemangat. Berani. Aktif. Bijak. Bahkan cantik. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk bangkit menjadi seorang pendakwah. Dalam usia remaja, dia sudah duduk sebaris dengan penceramah-penceramah agama yang hebat.
Kali pertama saya mendengar ceramahnya, saya berbangga dengan kehadiran mawar agama ini ke arena dakwah. Saya mengaguminya dari jauh. Itulah potensi jiwa muda. Penuh aspirasi dan cita-cita. Usahlah ditanya siapa dirinya. Yang penting, kita mengambil iktibar daripada kisahnya. Anggaplah kisah ini tiada kaitan dengan sesiapa.
Bukan mudah baginya melalui detik-detik dibenci keluarga, ditinggalkan kawan-kawan dan dimusuhi sanak-saudara. Semua diharunginya dengan tabah. Namun, apabila ujian bertsunami datang daripada orang Islam sendiri, dia hampir tersungkur rebah.
Gadis remaja ini kembali minum arak. Beberapa kali dia cuba mencabut nyawa sendiri. Mujurlah masih berbaki kewarasan diri. Buat masa ini, dia memilih menjadi pengunjung tetap pakar psikitari. Islamnya masih bersisa di hati. Ya Allah, kasihanilah dia! Apa yang dia lalui?

Cukup-cukuplah Melabel!

                “Tak boleh tudung-tudung berfesyen ala-ala Hana Tajima ni,” tegur seorang ustazah.
                “Tapi ia menutup leher, dada, dan rambut. Saya remaja. Saya sukakan fesyen,” kata si gadis Cina.
                “Fesyen itu tabarruj. Ianya haram,” tegas si ustazah.
                “Ustazah, apa maksud tabarruj?”
                “Awak ni sungguh-sungguh tak masuk Islam? Jangan banyak tanya. Ikut saja. Fasiq nanti.”
Gadis ini sejak awal masuk Islam tertekan dengan sikap segelintir Muslim yang sangat menghukum dan memaksa dalam isu-isu feqah. Lebih-lebih lagi yang berkait dengan soal wanita. Apa yang dibuatnya selalu dipandang serong. Dikritik bukan dididik.
Mana keindahan toleransi dalam Islam?
Mana roh kemudahan?
Islam menghalang kebebasan memilih sesuatu yang masih dalam batasan syarak?
Padahal isu-isu fiqah ini banyak perbezaan pendapatnya. Ianya suatu rahmat. Misalnya maksud ‘tabarruj’ ini, ada pelbagai definisi oleh para ulama. Ada yang berkata, membuka leher dan tempat anting-anting. Pendapat lain mengatakan ia suatu perbuatan berjalan melenggang-lenggok. Pendapat lain, membuka aurat.
Di sini, Allah benarkan kita berbeza. Semuanya dalam daerah pahala. Samada satu atau dua pahala. Melayani perkara khilaf seperti ia bukan khilaf adalah suatu sikap yang tidak adil atau zalim.
Adakah gadis ini ber’tabarruj’ jika kita merujuk pendapat ulama-ulama di atas?
Baik lelaki mahupun sebahagian wanita sendiri, jika mereka ini tidak meletakkan persepsi yang benar terhadap peranan wanita, mereka cenderung suka menghina, menghukum dan melabel.
Sudahkah kita membaca berkaitan tudung cantik sebahagian sahabiah sendiri sebelum menganggap wanita tidak berhak berfesyen?
Sudahkah kita merujuk sirah sebelum menganggap wanita itu pentasnya hanya di rumah?
Sudahkah kita mengenali Khadijah, Zainab binti Jahsy, dan Asma’ binti Abu Bakar sebelum menganggap wanita tidak layak berkerjaya?
Sudahkah kita meneliti sikap para sahabat sebelum menghalang isteri ke masjid dan ke pengajian agama?
Profesor Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam pengantarnya terhadap buku Jati Diri Wanita Menurut al-Quran dan Hadis, karya Dr. Ali Shariati berkata, “Mereka mengurung wanita di dalam rumah. Tidak dibenarkan keluar dengan alasan apapun, termasuk untuk belajar dan berkerja. Wanita dianggap tidak layak dalam pelbagai aktiviti yang bermanfaat bagi masyarakat dan diri sendiri. Sehingga sebahagian mereka beranggapan bahawa wanita solehah itu wanita yang tidak pernah keluar rumah kecuali dua  kali, iaitu keluar dari rumah orang tuanya menuju ke rumah suaminya, dan dari rumah suaminya menuju ke kuburnya. Padahal al-Quran menganggap pengurungan di dalam rumah ini sebagai seksaan bagi wanita sebagai mana dalam surah an-Nisa’, ayat 15.”

Allah Ciptakan Wanita Hanya Untuk Menjadi Simbol Seks?

Dalam sesetengah pengajian, gadis Cina ini melihat wanita sering dipersalahkan. Dianggap menyusahkan. Digelar si tulang bengkok. Hanya layak disebut perangkap syaitan dan simbol seks yang serba terkongkong. Terpenjara daripada tugas-tugas kemasyarakatan. Hanya tentang ‘itu’kah wanita tercipta?
Dia terfikir, patutlah golongan kristianisasi dan missionari sering menjadikan topik wanita sebagai senjata utama untuk menimbulkan ketakutan terhadap Islam di Barat. Bahkan menyucuk rasa benci para muslimah di dunia ini terhadap agama sendiri.
Mungkin muslimah yang terpengaruh dengan dakyah mereka ini tidak menyatakan dengan perkataan tapi mereka tonjolkan melalui tindakan. Mereka merasakan dekat dengan ajaran agama itu suatu yang terlalu membebankan.
“Orang perempuan ni bodoh. Kurang akal dan agama! Bila menikah dengan dia, kita sebenarnya tambah masalah. Nabi dah kata perempuan ni si tulang bengkok,” kata seorang penceramah agama.
Gadis remaja yang dahagakan ilmu ini tersedak. Semakin belajar soal wanita, semakin benci hatinya kepada Islam. Dia tertanya-tanya, ini Islam atau silap tafsiran? 

Nabi Sempurna, Kita Tidak

Mana mungkin Nabi kita yang terkenal sebagai pembela wanita seluruh alam, akan menghina wanita sebegini rupa. Nabi bermaksud lain. Sering ditafsirkan dengan maksud yang lain. Nabi menjelaskan dan menghiburkan wanita dengan hadis-hadis berkaitan soal ini. Tapi bila berpindah ke lisan sesetengah Muslim, maksudnya bertukar menjadi penghinaan dan sesuatu yang menyakitkan. Islam yang mulia lalu difitnah mendiskriminasikan wanita.
Penceramah agama tidak sempurna. Kadang-kala ilmunya terbatas untuk menerangkan secara tepat kerana bidang wanita bukan bidang kajiannya. Jangan tadahkan telinga hanya pada satu pengajian. Luaskan ufuk minda daripada ramai guru dan banyakkan bacaan. Minda akan lebih celik. Fikiran akan lebih terbuka. Hati akan lebih faham menilai.
Menjadi peranan kita untuk mendapatkan tafsiran terhadap hadis-hadis berkenaan wanita daripada sumber yang sahih, berautoriti, dan tepat. Inilah sikap yang benar bagi ummat yang sentiasa berbaik sangka terhadap Nabinya. Bacalah karya para alim ulama besar dunia seperti al-Qaradhawi, Imam Ghazali, Abdul Halim Abu Syuqqah, dan ramai lagi berkenaan wanita. Kita akan tersenyum bahagia.

Disuruh Menikah 

                Gadis Cina ini dibawa ke Siam oleh Muslim-muslim yang dipercayainya. Di sana, dia diminta menikah dengan lelaki yang baru beberapa saat dia kenal. Dia keliru, tiadakah proses merisik dan bertunang dalam Islam? Bagaimana Islam meraikan suara anak gadis dalam soal ini?
                Sebelum bernikah, dia disiapkan minda bahawa suaminya berhak untuk berpoligami bila-bila masa sahaja yang diinginkan. Beginikah Islam meletakkan kedudukan poligami? Bukankah ia hanya ‘rukhsah’ bila keadaan memerlukan?
Jiwa gadis Cina ini dahsyat dipukul tanda-tanya. Islam tidak fikir soal ‘sakinah’seorang isteri? Islam suatu ajaran yang bertentangan dengan fitrah cinta yang perlukan setia? Islam tidak bersikap manusiawi terhadap perasaan isteri? Tiadakah konsep syura dan saling meredhai dalam institusi kekeluargaan Islam? Ah, ini Islam atau silap tafsiran? Gadis Cina ini hebat berperang dengan gelodak curiga.

Terpujuk dengan Majalah Solusi

                Gadis Cina ini mencari-cari info tentang poligami daripada youtube ceramah. Dia berharap ilmu dapat memberikan cahaya untuk hatinya meletakkan ‘sudut pandang’ yang betul terhadap sesuatu isu sepertimana yang Islam kehendaki.
                “Isteri ni macam seliparlah. Yang lama kita tinggalkan di tangga. Yang baru kita bawa masuk ke dalam rumah. Ataupun begini. Yang lama, kita bagi Mercedes. Yang baru kita bagi Viva. Mercedes untuk disimpan di rumah. Viva untuk dibawa berjalan-jalan,” terang seorang penceramah dalam youtube.
                Setitis demi setitis air mata berguguran di pipi gadis Cina ini. Beginikah Islam melayan wanita? Ini Islam atau silap tafsiran? Bukankah Nabi melayan isterinya secara adil? Membuat undian sebelum berpergian? Mungkin ustaz ini cuma bergurau. Gadis ini cuba berbaik sangka terhadap ustaz yang disayanginya itu. Tapi jiwanya tetap pedih terhiris. Dia sedikit terpujuk membaca sirah Nabi. Gurauan baginda sentiasa menggembirakan, bukan mencincang perasaan orang.
                Gadis Cina ini kemudiannya membeli Majalah Solusi berkait isu Misteri Poligami. Hatinya sedikit terpujuk apabila melihat hukum-hukum sebenar poligami dalam Islam. Asalnya harus, boleh bertukar sunat, makruh dan haram. Bukan boleh diambil mudah. Syaratnya ketat dan payah. Bahkan, diterangkan monogami Nabi jauh lebih sunnah, selama 25 tahun lamanya. Poligami cuma 10 tahun.

Lebih Bahagia Menjadi Umat Pertengahan

                Profesor Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan bahawa  keadaan umat Islam dewasa ini umumnya menempati posisi ekstrimis dan apatisme, padahal kita sering membaca firman Allah untuk menjadi umat yang pertengahan.
                Kata beliau, “Masih ada yang menganggap wanita sebagai makhluk yang hanya memiliki sedikit kecekapan. Bagi lelaki, ia adalah hamba seperti alat untuk memuaskan dahaga seksual bila lelaki mengkehendakinya. Kemudian, kehormatannya dapat dimiliki dengan memberi sejumlah harta, dan dapat ditalak bila-bila masa saja dikehendaki tanpa ada hak sedikitpun untuk mengelak dan mendapatkan ganti rugi. Sehingga sebahagian mereka menganggap wanita bagaikan sepatu yang dapat dipakai dan dibuang bila tidak diperlukan lagi.”
                Saya percaya, di Malaysia ramai lelaki yang meletakkan persepsi terhadap wanita di tempatnya yang wajar. Malang bagi gadis Cina ini, dia belum menemui golongan lelaki-lelaki sejati ini sebagai pembimbingnya. Bahkan menemui golongan seperti mana yang dijelaskan oleh Syeikh al-Qaradhawi tersebut.

Suami Mengabaikan Nafkah

                Gadis remaja ini teruji lagi. Dia mendapat info bahawa wanita dilarang keluar rumah. Suamilah yang wajib mengajarnya agama. Realitinya, ramai suami pada hari ini bukanlah beragama sangat. Jika beragamapun, sibuk 24 jam. Apabila wanita dilarang keluar rumah untuk belajar agama, bukankah ia hanya menghantar wanita ke alam kebodohan?
Tidak cukup dengan itu, suaminya culas nafkah. Hidup menganggur dan malas berkerja. Dia cuba bersabar. Tekanan hidupnya memuncak. Setiap hari bertengkar, tuduh-menuduh dan salah-menyalahkan.
Gadis itu tekad mahukan perceraian. Dia tahu sepatutnya perceraian itu menjadi jalan terakhir. Dia sudah berusaha menyelamatkan pernikahannya. Namun, rumah tangganya terus-terusan lebih mengumpul dosa daripada pahala. Setiap hari, kebenciaan kepada suaminya semakin membesar.
Semua Muslim yang dikenalinya berpesan, “Jangan minta cerai! Nanti tak bau syurga.”
“Kalau bercerai tu semuanya buruk, kenapa Islam halalkan perceraian?” protes gadis ini.
“Ia hak lelaki. Isteri kena sabar saja,” pesan mereka lagi.
                Gadis ini merasakan Islam tidak memahami. Ini Islam atau silap tafsiran?
“Islam jahat!” Tempik batinnya sambil mencabut tudung. Dia keluar rumah dengan tidak menutup aurat. Air matanya berjuraian. Dia geram terhadap Muslim tapi dia memilih untuk menghukum ‘Islam’. Dia rindukan araknya sebagai penenang jiwa. Bahkan, tali penggantung nyawa sering muncul di minda.
Profesor Syeikh al-Qaradhawi menerangkan, “Ada golongan yang menganggap, apabila wanita yang telah diperisterikan oleh seorang lelaki yang tidak dicintainya, dan dia tidak mampu mencegah kemarahan suaminya atau tidak mampu menghindarinya, maka tiada pilihan lain, harus bersabar dengan kesakitannya. Harungilah kehidupan yang pahit sehingga suaminya menjatuhkan talak ke atasnya atau talaq khuluk (membayar mahar suaminya kembali). Bila kedua perkara ini tidak terjadi maka tiada jalan lain baginya untuk melepaskan diri dari tali perhambaan itu.”
Ini tidak benar!
Islam memanglah mengecilkan skop talaq. Tapi bukan dengan cara menyekat hak seorang isteri yang teraniaya dengan sikap suaminya untuk dibebaskan. Talaq cuba dikecilkan dalam Islam dengan beberapa cara:
1.        Mengajar umatnya cara membuat pemilihan calon terbaik sebelum bernikah.
2.       Melihat wanita yang dipinang sebelum akad samada lihat berdepan, hantar wakil atau mengintai dari jauh.
3.       Meminta wali menikahkan puterinya bukan dengan sembarangan orang tapi dengan calon yang diredhai agama dan akhlaknya.
4.       Mensyaratkan keredhaan wanita untuk berkahwin dengan orang yang meminangnya.
5.       Menjadikan keredhaan wali serta persepakatannya sebagai perkara wajib atau sunat agar perkahwinan itu tidak mendapat tentangan keluarga.
6.       Mengarahkan bermesyuarat dengan para ibu dalam persoalan perkahwinan anak-anak perempuan.
7.       Mewajibkan agar bergaul dengan harmoni, menjelaskan hak dan kewajipan antara suami isteri, menyemaikan keimanan agar beriltizam dengan batas-batas syarak dan bertaqwa kepada Allah.
8.       Menganjurkan agar suami dapat menerima realiti agar ia tidak terlalu berharap kesempurnaan pada isterinya. Begitulah sebaliknya.
9.       Menyeru para suami agar menggunakan akal dan kemaslahatan jika dia merasa tidak senang terhadap isterinya seperti dalam surah an-Nisa’, ayat 19.
10.   Mengarahkan para suami agar mengubati isteri yang derhaka dan melakukan maksiat dengan cara yang hikmah  dan beransur-ansur, tidak terlalu keras,dan tidak terlalu lembut sebagai mana surah al-Nisa’. Ayat 34.
11.   Mengarahkan masyarakat agar campur tangan ketika berlaku persengketaan antara suami isteri dengan membentuk ‘majlis keluarga’ dari kalangan orang yang dipercayai.

Doakan Dia.

Gadis cantik yang dulunya manis berbaju labuh dan bertudung ala-ala Hana Tajima, kini termenung murung di bilik pakar Psikitari. Masalah fahamnya terhadap Islam dan Muslim belum selesai. Perlukan masa. Mari berdoa untuknya. Mari lakukan sesuatu agar ‘diri kita’ lebih jernih kefahaman dan tidak menyumbang fitnah kepada agama kita sendiri.

semoga kisah ini dapat memberi sedikit pengajaran untuk kita semua ^^

selamat berbuka puasa semua (^_^)