Friday 27 March 2015

Guna Simkad Tone Excel Boleh Jadi Kaya

anda pengguna simkad Tone Excel ?? alhamdulillah. 
masih belum ?? tunggu apa lagi.. jom memerdekakan simkad anda dengan simkad tone excel..


banyak kelebihan yang bakal anda perolehi jika anda antara pengguna simkad ini..

kelebihan :::
  1. boleh kekalkan dengan no. lama. 
  2. apabila anda topup, anda akan menerima point macam kad mesra. ala-ala gaya kad mesra di stesen minyak dan watsons tu.. dan point tersebut bolehlah ditukarkan dengan tiket airasia, smartphone, jam, tiket wayang, tiket konsert dan banyak lagi laa.. 
  3. dapat diskaun hingga 30% di hotel tunetalk.
  4. dapat PA insurance RM 100k.
  5. sekarang promosi topup RM 30 akan dapat extra RM 10, topup RM 50 / RM 100 dapat extra RM 20..
  6. dapat duit pasif ( apabila orang daftar simkad dengan kita, setiap kali orang tersebut topup, kita akan turut dapat komisyen.. jual hanya sekali, tetapi dapat komisyen sampai hujung nyawa selagi dia topup ) best kan?? boleh jadi kaya hanya goyang kaki.
komisyen :::
  1. kita topup untuk diri sendiri, akan dapat 3% daripada nilaian topup kita.
  2. apabila kita berjaya menjual 1 simkad, syarikat akan bagi komisyen RM 20. kalau jual 5 simkad sehari dapat RM 100... wowww !! ana kayaaa.. 
  3. yang last ni paling best, kita hanya jual sekali, tapi dapat duit berkali-kali. tiap-tiap bulan orang bawahan kita topup, syarikat akan bagi komisyen kepada kita. tengah-tengah makan nasi, orang tersebut topup kat 7eleven, syarikat pun bagi duit ke kita. free-free je. tengah syok makan, duit masuk.. waahhhhhh... nakkkkk !!



macam mana nak buat bisnes ni?
bisnes sen-sen Tone Excel?

ok. hanya simple je. macam ni.. kita promosikan simkad ni dengan menceritakan kelebihan simkad ni yang memang super duper terbaikkk  kepada keluarga, rakan-rakan dan orang lain.. 
dan semestinya mereka akan berminat kan.. siapa taknak jadi kaya dengan hanya goyang kaki, mereka berminat dan mendaftar.. kita akan dapat duit. mereka topup simkad tu, pun kita akan dapat duit.. dan apabila mereka promosi pulak kepada orang lain, pun kita akan dapat duit. macam tu laa.. 
so setiap kali mereka topup kita akan dapat duit cash... selepas ni, ada lah jugak side income untuk korang kan.. barang nak naik harga ni, GST.. baik tukar cepat-cepat simkad anda kepada Tone Excel.

macam mana kalau malas nak promote ?? 
alaaa.. rugi laa kalau mcam ni,. rezeki baru nak datang bergolek, tapi kita dah lari..

kalau malas nak promote, tak ada masalah. hanya guna untuk diri sendiri. guna saja pun dapat cashback 3% daripada nilaian topup kita sendiri dalam bentuk duit dan masih dapat kelebihan yang lain macam dapat point.. jangan risau.

guna simkad ni tak wajib cari orang.. nak guna saja pun boleh.. then tiba-tiba rasa poket kering, pokai.. tugas kita hanya perlu promote kelebihan simkad ni kepada orang lain tanpa perlu bayaran tambahan.

alaaa.. zaman sekarang pun dah maju kan.. tak perlu nak minum air berbotol-botol untuk hilangkan kering tekak banyak bercakap, nak promote kat online pun boleh.. facebook, twitter dan we chat kan ada..  tengah-tengah lepak dengan kawan-kawan tu.. tetiber senyap takde idea nak cakap dah.. cerita lah berkenaan simkad ni.. mana tahu diorang pun sama-sama nak kaya macam korang suatu hari nanti. 

apa yang korang tunggu lagi ?? jom merdekakan simkad anda dengan simkad Tone Excel yang jelas banyak kelebihannya.

untuk maklumat lanjut, boleh whatsapp ke 0132290930 atau ke facebook anwartoneexcel

jangan bertangguh, duit menanti anda.

_pesanan penaja_

Keinginan Para Remaja Berkahwin Awal

بسم الله الرحمن الرحيم

disebabkan akhir-akhir ini terlalu banyak ana dengar rungutan atau lebih kepada keinginan para remaja sekarang untuk berkahwin pada usia muda. ana rasa terpanggil untuk beri sedikit perkongsian daripada pendapat ana sendiri. di universiti ana, ana pergi ke mana sahaja, mesti akan terdengar perbualan atau perbincangan keinginan mereka untuk berkahwin pada usia mereka yang masih dalam 18,19, 20, 21 tahun...




MasyaAllah... perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat baik dan mulia.. akan tetapi, dalam konteks apa yang ana lihat pada anak remaja sekarang, keinginan ini timbulnya dalam diri remaja ini kerana sebahagian besarnya  adalah untuk memuaskan nafsu sahaja. kenapa ana cakap macam ni??? sebab berdasarkan pemerhatian ana.. yang terlalu obses untuk berkahwin usia muda adalah yang sudah mempunyai pakwe dan makwe atau lebih dikenali dengan istilah boyfriend dan girlfriend. disebabkan tidak mampu lagi menahan nafsu untuk "bersama", mulalah mereka akan memikirkan untuk berkahwin awal. alhamdulillah, baguslah jika memikirkan ke arah tersebut. tapi apa yang ana perhatikan... agak menyedihkan para remaja sekarang.. setelah puas hari-hari berdating, berpegang tangan.. apa yang boleh ana simpulkan memang tidak menjaga batasan lah kan... tidak menitik beratkan soal pergaulan dan ikhtilat. selepas puas berdating apa semua, keinginan untuk "bersama" mulalah akan hadir dan perasaan yang tidak dapat ditahan dan semakin membuak-buak. barulah keinginan berkahwin awal itu hadir. SubhanAllah. ini yang ana maksudkan dengan keinginan berkahwin awal kerana nafsu.

pada pandangan ana, para remaja sekarang terlalu obses untuk berkahwin awal pada usia muda tetapi persediaan untuk ke alam rumah tangga tersebut langsung tiada. kenapa ana berani cakap macam ni??? sebabnye... apa yang ana lihat, yang sentiasa merungut dan meluahkan keinginan ini, bangun subuh pun hari-hari terlajak. cuti hujung minggu tengah hari bangun nak bangun. solat diambil ringan, bab aurat dipandang remeh, bab kebersihan pun tak dijaga, tak masuk lagi baju yang tak dibasuh dan tak dilipat berminggu-minggu. kekadang main campak je dalam loker baju.. kan?? erkkk.. gulp ! kenapa?? ana hidup di universiti.. hidup di kolej juga.. jadi ana banyak perhati ragam para remaja kat sini.. jadi, macam tulah yang ana dapat simpulkan.. inilah yang terjadi kepada para remaja sekarang, keinginan untuk berkahwin awal sangat diambil perhatian tetapi persediaannya langsung tiada.

para remaja ini tak terfikirkah... bahawa soal perkahwinan dan rumah tangga ini adalah bukan suatu perkara yang boleh diambil ringan dan boleh dibuat main-main sesuka hati. nak ke kita ni adalah penyebab suami atau si dia yang tersayang dihumban ke neraka kerana kita adalah puncanya. punca yang datang dari kita kerana cetek ilmu agama dan pengetahuan rumah tangga. 

remaja sekarang banyak dipengaruhi oleh kisah-kisah dari novel, sinetron di tv, dan lagu-lagu. bagi mereka, perkahwinan itu suatu yang sangat indah. yang perlu adalah, taat kepada suami. tetapi mereka tak terfikir ke kalaulah masing-masing sendiri tidak mempunyai persediaan dengan ilmu agama dahulu, ilmu rumah tangga.... agak-agak, kebahagiaan dalam rumah tangga tu dapat dicapai ke? dapat ke mereka mengharungi onak-onak dan dugaan dalam rumah tangga tersebut? dapatkah mereka melayari kebahagiaan dan menempuh kesusahan ketika hidup bersama dalam rumah tangga??




cuba kita lihat dari satu sudut yang agak jauh sedikit, iaitu anak-anak.cuba kita renungkan, jika pasangan yang tiada atau terlalu cetek ilmu agama, berkahwin dan mempunyai anak-anak. apa akan jadi pada anak tersebut? apa nasib anak tersebut? sekarang pun kita sudah dapat lihat... ada anak-anak yang masih free hair, mulut tak lekang dari mencarut, pergaulan yang sangat bebas, ibu bapa mereka langsung tidak ambil kisah dalam bab tersebut. tidak pernah menegur. yang dipandang dan sangat dititik beratkan adalah soal pekerjaan dan kepandaian. kekadang macam mana ibu bapa nak tegur, kalau mereka sendiri pun turut sama macam tu. mak sendiri free hair, takkan nak tegur anak suruh 
pakai tudung pulak.. kan? mak sendiri suka mencarut, macam mana nak tegur anak supaya tidak mencarut. ada seorang ibu tu, yang ana tau.. anak dia nak keluar dating dengan pasangannya. ok. ibunya pergi teman. jika dilihat, sangat baguslah kan. ada mahram yang menemani. tetapi, anaknya duduk rapat-rapat dengan pasangannya. diambil gambar selfie antara anaknya dan pasangannya secara dekat-dekat. langsung tidak menjadi masalah kepada ibunya. ibunya hanya lihat sahaja. jadi, di sini kita boleh lihat keruntuhan akhlak, tiada adab, agama dipandang ringan di kalangan remaja adalah antara besarnya berfaktorkan daripada kedua ibu bapa. didikan yang salah oleh mereka kerana kurangnya agama pada ibu bapa inilah yang telah tercetusnya remaja sedemikian. 

bagi ana secara peribadi, keinginan untuk berkahwin awal itu sangat mulia. dan dalam islam pun sangat dituntut untuk mengelakkan maksiat. tetapi, mengapakah perlu dicemarinya? kerana sudah tidak mampu menjaga hati kerana terlalu bebas.. hari-hari berjumpa. dating selalu. yang lagaknya seperti pasangan sudah berkahwin. selepas tidak dapat menahan nafsu, barulah keinginan berkahwin itu timbul sedangkan dirinya langsung tiada persediaan ke alam rumah tangga tersebut dan masih terlalu jahil dalam bab agama. bagaimanakah tugas mendidik nanti ?? adakah mahu hidup dalam keadaan yang sentiasa lalai? ana sangat menyokong jika ada yang memilih untuk berkahwin awal dan memang persediaan ke arah mendirikan rumah tangga memang ada dan boleh nampak. walaupun tak lengkap tapi usaha dalam proses mujahadah itu ada. alhamdulillah, kalau yang ni, ana memang sokong. bangun subuh pun awal. solat jaga. al-quran jaga. hubungan dengan Allah dan ibu bapa jaga. kerja-kerja rumah pun tiada masalah. basuh lipat baju. yang ni tiada masalah kalau kahwin pun. selepas tu sama-sama lah mujahadah dan istiqamah di jalan penghijrahan. tetapi isu sekarang, adakah mereka sudah bersedia dengan ilmu yang ada?

kita pergi pulak pada satu sudut yang lain.. kita sekarang berada di dunia akhir zaman. yang boleh dikatakan zaman yang sangat genting dan mencabar. jika ilmu agama kita masih terlalu cetek, macam mana kita sebagai ibu bapa kepada anak-anak nak berhadapan dengan dunia akan datang yang sudah tentu semakin hari semakin tercabar.. macam mana kita nak pertahankan iman kita jika ilmu itu terlalu cetek? macam mana kita nak pastikan diri kita, suami dan anak-anak kita terselamat dari fitnah dajjal. apa yang kita sudah maklum, suatu hari nanti kemunculan dajjal akan tiba. dan sudah dikhabarkan bahawa pengikut dajjal itu jumlahnya sangat besar suatu hari nanti. dan yang benar-benar kuat imannya akan terselamat dari fitnah dajjal. macam mana kita nak pastikan anak-anak kita tidak termasuk dalam golongan yang besar itu kalau didikan agama yang kita berikan terlalu sedikit untuk mereka. 




ana bukan tidak menyokong isu berkahwin awal. ana sendiri sebagai remaja dan insan biasa yang normal, juga mempunyai keinginan yang sama. tetapi keinginan itu haruslah seiring dengan usaha kita. apa yang ana lihat, remaja sekarang terlalu obses untuk berkahwin awal kerana terlalu mencintai pasangannya lebih dari mencintai Allah dan seolah-olah tidak yakin pada Allah bahawa jodoh itu akan hadir suatu hari nanti jika dia benar-benar jodoh kita. mereka ini sering menggunakan istilah agama islam suka kepada umat yang berkahwin awal dan sangat digalakkan. malah ianya adalah suatu sunnah. tetapi bagi ana perlulah selari dengan persediaan diri dan agama untuk melangkah ke alam rumah tangga. bukan seperti yang remaja sekarang fikirkan, berkeinginan berkahwin awal hanyalah untuk memuaskan nafsu semata-mata.

ana rasa sampai di sini sahaja perkongsian dari insan kerdil ini.. yang baik datangnya dari Allah dan segala yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan diri ana sendiri. wallahualam.

Monday 2 March 2015

Bercerita Tentang Jodoh


Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.
“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”
“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.
“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook danTwitter?” gurau saya.
“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”


Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.
“Habis mengapa putus?”
“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.
Isteri Amanah
“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”
“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”
“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”
“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”
“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”


Cantik Itu Relatif dan Subjektif
“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”
“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”
“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”
“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.
“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.
“Maksud abang?”
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”
Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”
“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”
Wasilah Memilih Jodoh
“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.
“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”
“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”
“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”
‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.
“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”
“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”
Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”
“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”
“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”
Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”
“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.
“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”
“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”
“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”
“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.
Jodoh Urusan Allah
“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”
“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”
“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”
“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”
“Hikmah untuk kita?”
“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”