Saturday, 5 December 2015

Blog yang Awesome & Bermanfaat

Edit Posted by with No comments

Seharian Suntuk Hari ni, Amira duk menghadap laptop baca and survey blog yang ada. Dah lama Amira tak luangkan masa macam ni. Time hujung minggu macam ni, daripada mereput main game dalam telefon.. adalah jugak manfaatnye baca blog-blog yang sangat banyak pengisiannya kan.. Time-time awal sem ni jelah mampu, Assignment belum Start lah katakan..

Dalam Banyak-banyak blog Amira duk Baca Hari ni, Amira tertarik kepada Satu blog ni, Blog yang More to Cerpen. but dalam Cerpen tu, terlalu banyak pengisian yang boleh kita ambil. Sangat Tersentuh bila Baca. Kenal Rusydee Artz??? Banyak Gambar Islamik yang tertera nama dia.. Mesti Kenal kan.. Jangan laa buat-buat Tak Kenal pulak eh.. Yes. Blog dia lah yang amira Maksudkan. 

Amira "copy" salah satu cerpen dia kat bawah ni eh untuk bacaan semua. Best. Padat dengan Isi dan Ilmu, Ringkas dan Sangat Terkesan Penulisannya. Keep it Up Abang Rusydee. Teruskan berkarya.. 

*************



BUKAN KERANA RUPA

Tajuk: Bukan Kerana Rupa
Penulis / Karya original : Muhammad Rusydi ( Rusydee Artz )

Berborak dengan seorang senior. Dia berkulit gelap, chubby dan boroi. Macam mamak sikit. Isterinya juga lebih kurang dengan dirinya.

Disebabkan dia ni sporting, sengaja ku ajukan soalan kepadanya. Masa tu isterinya pergi mencari sayur. Dia duduk di sebelah membelek-belek tembikai.

“Maaf tanya, bang. Abang tak terfikir ke masa nikah dulu, nak dapatkan isteri yang cantik?”

Dia tersentak. Mungkin soalan tu agak direct. Tapi, dia senyum saja. Orang matang, kan.

“Siapa yang tak nak isteri cantik. Lelaki mana yang tak nak?Tapi, bukan sekadar itu yang patut kau nilaikan. Bukan setakat rupa dan fizikalnya. Kau patut pergi lebih jauh dari skop sempit tu.”

Aku berkerut kening.

“Maksud abang?”

Dia tergelak.

“Macam tembikai-tembikai depan mata kau ni. Adakah kau nilainya semata-mata dari kulit luaran? Tidak, kan?

Untuk bahagia, kau kena letakkan ketepi soal rupa. Soal agama letak yang utama. Soal jawab dia, sekurang-kurangnya solat 5 waktu tu cukup. Aurat tutup. Sempurna atau tak tu belakang kira, sebab tugas mendidik di bahu kau.

Then, kau kena fikir keluarganya. Kau boleh masuk tak dalam keluarga dia? Kau boleh kamceng ke tak dengan mak ayah dia, adik-beradik dia? Kau jangan pilih mentua yang pernah menyindir, menghina diri kau.

Contoh, pekerjaan kau dipertikaikan, gaji kau diungkitkan. Lama-lama, sabar kau cuma akan membawa kepada sakit hati, akhirnya jadi dendam bila benci mulai bertapak di sanubari.

Mulalah kau tak nak balik rumah mentua sebab tak suka dengar, tak suka tengok muka. Dengan adik-beradik dia pun begitulah juga. Nilaikan semua.

Bernikah ni, bukan setakat dengan dia. Tapi, seluruh keluarga dia. Dia saja baik, tapi keluarganya layan kau dengan buruk, kau jangan keraskan hati nak jugak. Kau berundur saja.

Pilih yang menyenangkan hati kau. Keluarga yang boleh menghormati dan menyayangi kau, menerima kau seadanya kau. Barulah kita rasa suka ziarah mentua, hati lapang.

Bukan kau saja yang mereka terima, tapi keluarga kau juga mereka reda terima. Timbul rasa syukur dapat keluarga baru macam tu.

Seterusnya, kau kena nilaikan. Dia sendiri. Dia cerewet atau tidak. Kalau cerewet, kau jangan teruskan. Pilih yang lain.

Kau takkan senang duduk, nak berehat sikit pun tak boleh asyik membebel. Suruh itu dan ini. Queen control kau. Tak boleh macam tu.

Pilih yang bertolak ansur dan sederhana. Dia tak kisah tak ada aircond, janji ada kipas meja pun dah ok. Tak ada meja makan, makan bersila pun tak mengapa.

Tak ada kereta, naik motosikal pun tak jadi masalah baginya. Tak ada duit, dia tak mengeluh. Dia ada duit, dia kongsikan dengan kau.

Kau ada duit, kau pula belanja dia macam-macam. Begitulah hidup suami isteri dan nak bentuk keluarga yang bahagia.

Bukan kerna rupa. Bila hati tenang, ibadah pun lenang. Dia tenang, keluarga dia tenang. Semua orang tenang. Apa lagi yang tak cukup?”

Aku senyum saja mendengar kata-kata abang tu. Dia menambah sedikit di hujungnya,

“Sebab itulah aku pilih isteri aku. Atas sebab-sebab yang aku sebutkan tadilah. Kulit hitam ke putih ke, lemak banyak ke sikit ke, takkan pernah memuaskan nafsu mata.

Kalau kau nak ikut nafsu mata, mata takkan pernah puas. Tapi kalau kau ikut kata iman, kau akan hargai segala yang kau ada. Segala yang realiti di depan mata.”

Aku salam tangannya. Hulurkan tembikai padanya sebagai hadiah. Ilmu yang lebih mahal harganya dari tembikai-tembikai yang aku jual.


Aduh. Bila Tuhan mahu menjentik hati.


Bagi yang sudah Dipanah Jatuh Cinta dengan Karya Rusydee Artz Ni, Sila KLIK di Sini..

Teruskan Berkarya dan Berdakwah Abang Rusydee. Semoga Allah Melihat Usaha Abang dan Memberkati Usaha Abang. (^_^)   ( panggil abang, sebab hormat. lagipun umur dia jauh lebih tua dari diri ini )

0 comments:

Post a Comment