Wednesday 22 June 2016

Bulan Ramadhan, Bulan Sedekah



Alhamdulillah, masih bertemu lagi kita di bulan ramadhan yang penuh dengan barakah dan kemuliaan. berapa ramai yang pergi menghadap Ilahi tanpa sempat bertemu dengan bulan ramadhan. MasyaAllah, ramai saat-saat akhir nak menjelang bulan ramadhan, diterima khabar si fulan, si fulan dah takde. dah hampir-hampir dah nak masuk ramadhan, tapi ajal maut di tangan Allah, kita tak tahu bila Allah nak ambil nyawa kita. kita yang masih berkesempatan bertemu Ramadhan, Alhamdulillah, bersyukur. masih dipanjangkan usia. dan yang penting, manfaatkan bulan Ramadhan. jika bulan Ramadhan pada tahun ini adalah ramadhan terakhirku, jadikanlah ramadhan tahun ini ramadhan yang terbaik ibadatku. 

semoga kita tergolong dalam kalangan yang sangat gembira menerima kedatangan bulan ramadhan. ada ke umat islam yang sedih terima khabar kedatangan bulan ramadhan??? Ada! siapa golongannya?? Ahli maksiat. mereka-mereka ini adalah golongan yang sedih menerima khabar kedatangan ramadhan. yang jenis suka karaoke, kena slow down. yang suka buat perkara tak elok, kena slow down. jadi golongan ini sedih. kerana terhalang untuk buat maksiat. dan semoga kita, para pembaca blog ini adalah golongan yang gembira menerima khabar ramadhan tiba. gembira untuk melakukan perkara kebaikan, kebajikan. peluang untuk buat kebajikan, peluang untuk doa banyak-banyak dan utama dalam topik ini, peluang untuk bersedekah dengan lebih banyak lagi. 




 Antara ramadhan dengan sedekah, ada hubungan luar biasa. bak kata orang, ade link yang kuat. bahkan Rasulullah dikenali dengan Nabi yang dermawan, dan pada bulan ramadhan lebih terserlah sifat sedekah beliau. Beliau bukan sahaja mengajak para sahabat bersedekah, bahkan dirinya sendiri akan bersedekah.

dan pada bulan Ramadhan juga, para sahabat akan berlumba-lumba untuk bersedekah. kenapa? kerana terdapat banyak kelebihan bersedekah di bulan ramadhan.

Antaranya adalah, di bulan suci ramadhan, segala amal ibadah akan berganda. bukan hanya 1, bukan 2, bahkan bukan 10 tetapi 700 kali lipat ganda. 

Dan Nabi pernah berfirman, tidak ada sedekah yang akan mengurangkan harta, tetapi akan menambah, menambah dan menambah. di situlah membuktikan firman Allah SWT yang berbunyi, salah satu kita mensyukuri nikmat Allah, kita bertemu bulan ramadhan adalah syukur amal. dan antara bukti syukur adalah bersedekah. jadi marilah kita sama-sama sedekah di bulan suci ramadhan.

Sebagaimana yang kita tahu, sedekah itu sangat luar biasa, manfaatnya, berkatnya di dunia dan akhirat dan juga kehidupan kita lahir dan batin.

Sedekah juga dapat menjamin keberkatan, menjauhkan dari bala dan musibah, terjamin ampun dosa, menjamin husnul khotimah, menjamin keselamatan dari api neraka dan menjamin dari sifat bakhil. ini semua dari keberkatan ramadhan. 




kami takde duit, macam mana nak keluarkan sedekah? macam mana kami nak dapat keberkatan sedekah di bulan ramadhan? MasyaAllah, sedekah itu luas. tak semestinya sedekah itu didefinasikan sebagai duit, harta. tapi boleh juga dikategorikan sebagai sedekah tenaga. 

datang awal ke masjid, hamparkan tikar. bantu sediakan makanan untuk golongan yang berpuasa. bantu susun telekung atau Al-Quran di masjid. Ini juga digolongan sebagai sedekah. sedekah dari segi tenaga. 

tak ada alasan untuk tidak mampu bersedekah di bulan ramadhan. pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menambah amal baik kita di bulan ramadhan. yang menjadi tunggaknya, nak atau taknak je.

Rugi di bulan mulia ini kita lepaskan amalan sedekah. apa yang saya harapkan dan doakan, bukan untuk diri saya, keluarga, sahabat saya sahaja bahkan pembaca semua agar kita digolongkan dalam kalangan yang suka bersedekah dan istiqamah dalam bersedekah. bukan sahaja pada bulan ramadhan, tapi juga di bulan-bulan yang lain.

akhiri kata, selamat menjalani ibadah puasa dari saya, datin irawmk. (^_^)