Thursday, 29 September 2016

Alone di Uitm Raub, Pahang

Edit Posted by with 3 comments




dah agak sekian lama amira tak update kan.. lately, banyak baca blogger lain banding nk update blog sendiri.. kekadang idea tu ada, cuma teragak-agak nak share ke tak.. huhuhu.. 

apa yang buatkn amira update malam ni.. seriously, Im too BORING !!! waaaa.. rasa nak menjerit-jerit...

dahlar kena tinggal sensorang dalam rumah.. satu rumah balik.. cuti study week lah katakan. mostly semua student balik. apa tak nye, seminggu lebih gap nak ke first paper. memang syok duduk kat umah ler..

kenapa amira tak balik?? please. jangan tanya. isk isk isk. First, sebab baru lagi balik. 2 mggu yang lepas. kedua, Terengganu jauh ! ketiga, macam mana nak balik, tiket direct ke Terengganu takde. yang ade bas lompat-lompat. sama ada naik KL dlu then bru ke terengganu. atau ke kuantan dulu. memang tak lerr jawabnye. malas laa.. malas nak ambik risiko dan tak suka main lompat-lompat bas ni. bukan lompat katak okay... i mean, naik turun bas. leceh !  keempat, ayah tak  bagi balik ! waaaaaaa!!! ayah suruh stay kat kampus je. nanti balik mesti tak study punya.. (problemnye, kat kampus, study ke ) uhukk ..

so, tinggallah im alone di uitm raub ini, ditemani bunyi cengkerik-cengkerik.. 

satu rumah balik, then kekawan yang rapat pun balik.. hmm.. agak sadis ! medan selera dahla lauk macam entah pape.. yang sama je, then setiap kali pergi, mesti dah banyak yang habis. apakah nasibku.. 

dah 2 malam, pergi cafe. nasib lah cafe semua buka. at least, ada lah jugak pilihan yang okay. kalau tak, mahunya menangis tak berlagu kat sini. even  pergi memana sorang-sorang. tapi hati kena sado. (padahal sebelum ni pun, memang pergi memana sesorang). tapi bila semua balik, dia lain macam sikit. bangun tido, takde orang. nak tido, takde orang. hmmm...

whole day, berkurung dalam bilik.  kejap main handphone, kejap buka laptop, sekejap baring, sekejap tido. rasa macam tak betul pun ada. bila lonely ni, semangat belajar pun dibawa pergi bersama angin. takde mood. mungkin sebab awal lagi, padahal nanti, mulalah terhegeh-hegeh tak tido malam nak study. aish ! semalam, seriously, almost gila aku dibuatnya. not me lah yang asyik berkurung dalam bilik sepanjang hari ! kat rumah pun, sehari tak boleh duduk diam dalam rumah, mesti keluar jugak. even pusing-pusing kampung atau lepak kat kedai. dia tak boleh.. satu hari tu, kena keluar jugak tengok alam flora fauna. (konon!)

apatah lagi kalau kat kampus, dengan TV nya takde. apapun tarak ada ! memang gila lah jawabnya. ni baru 2 hari, macam mana nak teruskan hidup esok, lusa, tulak, tubeng. I cannot, i cannot !! nasiblah motor kesayanganku ada, petang semalam saja-saja jenjalan ambik angin ke felda krau.

student uitm raub, kalau tak pernah jejak felda krau. serious, rugi gila ! felda krau memang cantik !!!! first time kut tengok kampung yang ceria habis ! semua rumah mesti bercat. ada yang warna oren, kuning, pink, hijau. kat depan rumah pulak penuh dengan pokok-pokok bunga... lengkap semua ada, sekolah, klinik, taman permainan, balai raya. perfect ! 

before amira akhiri penulisan ni, hope and doakan amira supaya malam ni takde pape. semalam, tengah syok duk layan cerpen kat penulisan2u. sekali ade orang ketuk pintu, dahla agak kuat, almost nak pergi bukak, tapi tertengok jam. pukul 12 lebih ! terus terpana kejap! teragak-agak nak bukak ke tak. kebetulan memang amira kunci pintu rumah. jenguk kat tingkap, macam takde orang. serious, cuak gila waktu tu. tutup pintu bilik terus kunci ! sebab kalau difikirkan balik. tak logik kalau ada orang datang, ketuk pintu rumah. tak dijawab. then dia tak ketuk tingkap... sebab bilik amira betul-betul sebelah pintu rumah. Jadinya, biasa kalau ada orang datang, takde orang jawab. diaorang akan ketuk tingkap bilik amira. memang bilik amira semalam cerah ! lampu still berbuka. 

lama lepas tu, macam ada orang ketuk tingkap. terpana lagi ! masa tu tak payah cakap, memang dah berdebar gila ! amira tak bukak langsir, tapi amira jenguk-jenguk dekat celah langsir. takut-takut memang ada orang. tapi, still takde orang pun ! acah-acah berani je waktu tu. hati tak payah cakap laaa... rasa nak lari pun ada. nasib waktu tido, takde apa-apa. lena. Alhamdulillah. Allah masih jaga.

Ok lah, taknak story panjang. rasa macam dah seram sejuk ni. harap malam ni Allah lindungi dari perkara bukan-bukan dan makhluk lain. 

Keep Fighting for Final Exam !