Thursday, 13 October 2016

Aku masih belum bersedia, Kuatkanlah aku

Edit Posted by with No comments

10.10.2016.
Satu tarikh yang meninggalkan satu kesan yang mendalam buat diriku.
Insan yang menjaga, mendidik, dan membesarkan aku kembali ke pangkuan Ilahi.
Setelah dipinjamkan Allah ke muka bumi ini 79 tahun.
Allahu.

Seminggu aku mimpikan dia.
Setiap malam Allah datangkan mimpi dia akan pergi.
Allah memberi petanda bahawa dia akan pergi.
Ku sangka, hanya mainan mimpi.
Tak ku sangka, mimpi di pagi itu menjadi kenyataan pada petangnya..

Maafkan ku,
Sungguh terkilan diri ini, 
Tak mampu untuk menjengukmu buat kali terakhir.
Tak tertanggung rasa sedih ini.

Kekadang, 
Seakan suara-suara berbisik pada telinga ini,
Adakah ini suatu mimpi,
Benarkah dia telah pergi, 
Atau dia sebenarnya masih tidur, 
Tetapi disangka dia telah menghadap Allah.

Ya Allah, 
Berikanlah kekuatan kepada diri ini.
Redhakanlah aku atas pemergiannya.
Aku merinduinya..

****

Selama ini, 
Aku merasakan diriku tidak setabah Amalina,
Ibunya pergi sewaktu ujian besar, SPM.
Dan dia masih kuat meneruskan SPM.
Dan sungguh, dia beruntung sekali.
Berpeluang untuk menjenguk ibunya buat kali terakhir.

Tapi apakan daya,
Allah memberikan ujian buatku,
Lebih berat dari Amalina.
Dia meninggalkanku buat selamanya.

Dan aku tidak mampu mandikan dia, melihatnya dikafan, dan melihat dia dikuburkan.
Tidak mampu menjenguknya buat kali terakhir. 
Tidak mampu menatapnya sekian kalinya. 

Allah,
Hidup ini suatu pengorbanan,
Saat insan yang tersayang pergi, 
Aku masih perlu berjuang untuk menamatkan ujian akhirku di Uitm.
Aku masih punya tanggungjawab sebagai pelajar. 

Tidak sehari,
Hariku pergi tanpa menangis mengenangkanmu.
Hatiku masih sedih, perit dan tidak tertanggung rasanya. 
Ya Allah, beratnya ujianmu buat diriku.

20 tahun, 
Hidupku bersamamu,
Berat untuk aku menerima pemergianmu.
Bagaimana hidupku selepas ini,
Adakah sama seperti dahulu,
Atau tidak lagi sama.

Ya Allah, 
Redhakan diriku.
Kuatkan diriku.
Tabahkan diriku.

Ya Allah,
Tempatkanlah dia dikalangan para solehin.
Ampunkan segala dosanya.
Golongkan dia dalam kalangan hambamu yang taat.
Masukkanlah dia ke-Syurgamu.

Aku bersyukur,
Saat akhir hayatmu,
Aku masih sempat berbakti untuk kesekian kalinya.

Tidak akanku lupa, 
Di saat aku mandikan, suapkan makan, bersembang denganmu.
Sungguh aku merinduimu.

Semoga kau tenang di sisi Allah.
Akanku kirimkan doa dan bacaan Quran buatmu.

Wan Sakinah binti Wan Husin.
10 Oktober 2016.
5.00 PM.

Catatan :
Cucu. 
Wan Amiratul Syairah binti Wan Mohd Kamal.
13 Okt 2016. 3:30 PM.





0 comments:

Post a Comment