Wednesday, 14 December 2016

Kalau Awak Bahagia, Saya Pun Bahagia

Edit Posted by with No comments



Kita sering kali mendengar ayat-ayat macam ni terutama ketika saat berakhirnya sesuatu hubungan. Malah di drama TV juga turut membicarakan statement macam ni. Sebagai contoh, si perempuan terpaksa meninggalkan si lelaki dek kerana ibu bapanya sudah pun mempunyai calon pilihan hati untuk dinikahkan kepada anak dara mereka.
Si lelaki terus berkata “kalau awak bahagia, saya pun bahagia”. Namun, sejauh mana keikhlasan lelaki itu? Secara realitinya, perit untuk menerima, namun, kalau perpisahan adalah takdir buat mereka, siapa mereka untuk mengatakan tidak? Dalam erti kata lain, ayat ini juga membawa maksud seolah-olah redha dengan ketentuan ilahi.
Baik lelaki mahupun perempuan, perasaan untuk menelan sakit di hati tidak terkata. Hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja buat hubungan cinta yang kecundang di tengah jalan itu. Biar perit dalam menyampaikan kata-kata itu, “kalau awak bahagia, saya pun bahagia” namun, bertindak secara rasional dan matang, nescaya luka di hati akan cepat padam. Allah sentiasa ada bersama kita, cuma kena rajin berdoa sahaja.  
Berbeza pula dengan mereka yang tidak boleh menerima takdir Allah. Bahkan, apa reaksi mereka? Masih ada segelintir masyarakat di luar sana yang tidak boleh terima dengan takdir Allah. Ya memang betul, mereka masih mampu mengungkapkan “kalau awak bahagia, saya pun bahagia”, tetapi, siapa sangka, terdapat maksud tersirat disebalik kata-kata itu. Ada yang sampai guna bomoh untuk dapatkan si dia, dan ada yang sampai bunuh diri kerana terlalu sayangkan si kekasih. Ini semuanya syirik. Perkara yang paling dilaknat Allah. Oleh itu, daripada kecil lagi kita sudah wajib dididik dengan agama, agar terhindar daripada perbuatan terkutuk ini.
Sedih, kecewa, sakit macam mana pun perasaan di saat terputusnya cinta yang disemai, berdoalah kepada Allah, moga diberikan petunjuk. Bangkit dari kejatuhan, ingat, BUNGA BUKAN SEKUNTUM, KUMBANG BUKAN SEEKOR. Dalam lift pun kita boleh terjumpa dengan jodoh. Kita sendiri pun tak tahu kan? Jodoh kan rahsia Allah. Macam-macam keajaiban boleh berlaku. Berdoa. Minta petunjuk dari Allah SWT. 
Mungkin kita punya kisah yang tersendiri dalam hidup kita. Begitu juga saya. Apa pun, as long as you're happy. I'm Happy for You. You Deserve someone better than Me. Semoga awak Dalam Jagaan Allah Selalu. (^_^) . wallahualam~~

0 comments:

Post a Comment