Wednesday, 15 March 2017

Jalan Sorang-Sorang. Bagus ke Tak?

Edit Posted by with No comments


Disebabkan amira keluar sorang-sorang minggu lepas, so, amira nak share lah skit pengalaman amira sendiri keluar sorang-sorang. for information, amira memang suka jalan-jalan. even sorang pun okay. contohnya, pergi bank, beli barang, selesai urusan. yang ni mira banyak pergi sorang-sorang je. Amira pun pernah pergi putrajaya jumpa mak sedara sorang-sorang. naik ktm sendiri. pergi klang. balik kampung, johor. 

Baru-baru ni pun amira pergi selesai urusan kt uitm raub. amira naik bas sorang-sorang ke KL, then amik bas dari KL ke raub. balik tu pergi temerloh, then amik bas ke jengka pulak. saja singgah uitm jengka jumpa kawan-kawan. dari jengka baru lah amik bas balik ke terengganu. sepanjang perjalanan amira sorang-sorang je. no hal. 

ada sesetengah orang jenis yang tak boleh jalan sorang-sorang. jenis nak ada orang lain jugak untuk teman dia. baru rasa selamat. actually memang bagus kalau ade teman. lebih selamat dari segi keselamatan. but depends on orang laaa.

back to story, minggu lepas amira nak pergi midvalley. and kebetulan roomate amira keluar dengan family dia. housemate 2 orang balik. yang lain pergi setia city mall. so, amira sensorang laa pergi midvalley naik ktm dari sungai buloh, then trun kat KL sentral. baru lah amik ktm ke midvalley. balik pulak amik ktm ke shah alam. dari ktm shah alam ke seksyen 2 naik bas rapid KL. then dekat bus stop situ ambik pulak bas rapid KL ke uitm puncak alam. agak adventure sikit laa. banyak transit. amira pergi midvalley pun bukan saja-saja. amira pergi jumpa mak sedara and adik amira kat sana. 

jalan sorang-sorang. tak bahaya ke? bagus ke tak

For amira, jalan sorang-sorang ni ada positif dan ada juga negatif. tapi amira just nak share yang positif jelaa.

First, bila kita jalan sorang-sorang ni.. kita punya kebergantungan kepada Allah ni kuat. ni berkaitan dengan rohani kita laa. kita rasa Allah je yang boleh selamatkan kita dalam apa jua keadaan. in case, kita tunggu bas, then ada ramai lelaki kat situ. tambah pulak bas tak datang-datang.. so, apa yang kita buat? kita sorang-sorang.. jadi waktu tulaa kita akan doa banyak-banyak kat Allah mintak dijauhkan segala keburukan dan mintak bas cepat-cepat sampai. nampak tak, kita meletakkan kebergantungan kepada Allah 100%. Allah suka kepada hambaNya yang berdoa dan meminta kepadaNya. kalau kita ramai-ramai, kita punya kebergantungan tu mungkin 50% je. kenapa? sebab kita ada kawan-kawan. so, kita rasa okay je. as long ada kawan dengan kita. 

Seterusnya pulak, kita tidak akan terikat dengan orang lain. Kita jalan sorang-sorang, so ikut hati kita nak jalan lama mana. Macam amira sendiri, kalau amira nak beli barang, amira lebih suka pergi sorang. kenapa? sebab kita boleh pilih barang dulu, kita boleh tengok-tengok dulu. tak perlu nak rushing ke apa. kalau kita pergi dengan kawan-kawan atau family, kita rasa tak syok sebab masa tu terhad. kekadang kawan-kawan kita ni lepas ni nak pergi situ sini. so, kita tak banyak masa nak pilih, nak kejar waktu. jadi rushing. lagi-lagi dengan family. kalau boleh diorang nak cepat-cepat settle.

same goes to nak pergi mana-mana. kita sorang-sorang, kita boleh decide by our own self nak pergi mana-mana. bebas. kalau jalan dengan kawan-kawan ni, kita nak pergi tempat A, kawan nak pergi tempat B. waktu terhad. jadi kena consider laa nak pergi yang mana satu. kekadang sampai boleh jadi gaduh. jadi tak syok pulak. spoil. Lepas tu kan, bila kita sorang-sorang ni, everything jadi cepat. sebab tak perlu nak fikir hal orang dah. lepas settle urusan A, terus pergi settle urusan B, tak perlu nak tunggu sesiapa. 

yang last ni paling penting. kita boleh tingkatkan our confident level. bukan semua orang boleh jalan sorang-sorang. orang yang punya confident level tinggi je boleh. apa tak nya, makan sorang-sorang. jalan sorang-sorang. tak ke pelik namanya. kalau orang yang takde confident, mana mahunya makan kat kedai sorang-sorang. rasa kekok and something wrong je. waktu tulah rasa macam orang duk tengok-tengok. biasanya orang yang jiwa kental je mampu buat everything alone. relax je duk kedai makan sorang-sorang. takde hal. 

bila kita dah jalan sorang-sorang ni, kita akan banyak bertanya. tak kisah laa tanya berkenaan jalan ke, bas mana ke.. kita akan buang rasa malu tu. kalau tak bertanya, memang mati lah jawabnya. stay jela kat situ meroyan sorang-sorang. macam amira sendiri, waktu nak naik bas rapid KL, amira tak tahu bas yang mana amira patut naik untuk ke seksyen 2 shah alam. jadi bila bas datang je, amira akan tanya dekat driver tu sama ada pergi ke tak ke seksyen 2. kalau amira tak tanya, boleh sesat amira naik bas sesuka hati je. so, waktu ni laa kita kena buang segala sifat malu. ada pepatah mengatakan, malu bertanya sesat jalan. betul sangat lah tu. 

but, disebalik positif ada juga negatif. yang penting, kena pandai jaga and bawak diri bila jalan sorang-sorang ni. keselamatan diri dan barang-barang kita yang penting. kena berhati-hati. jangan jalan di tempat-tempat sunyi, gelap and tak ada orang. jangan terlalu ramah dan jangan terlalu sombong. tak tahu, tanya. pesanan dari amira. huhuhu. ok, thats all. salam. babai. 😉

0 comments:

Post a Comment