Segmen Renungan

Edit
di segmen nie.. amira nak korang renungkan aper yang amira cuba sampaikan di sini tau ~ amira harap korang terhibur dengan penulisan amira.. (^_*)

LUCUNYA~



lucunya.. 
duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,tetapi begitu kecil bila dibawa ke Giant (shopping)

lucunya..
30 mnit trasa bgitu lama untuk berzikir,
tapi pendeknya waktu itu untuk menonton akademi fantasia.

lucunya..
betapa lamanya 2 jam berada di masjid,
duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,

tetapi begitu kecil bila dibawa ke Giant (shopping)

lucunya..
30 mnit trasa bgitu lama untuk berzikir,
tapi pendeknya waktu itu untuk menonton akademi fantasia.

lucunya..
betapa lamanya 2 jam berada di masjid,

tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang di panggung..

lucunya..
susah sungguh merungkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat,
tapi betapa mudahnya cari sembang, bertemu kawan-kawan, boyfriend, atau girlfriend..

lucunya..
betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak,
tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan, bacanya lama dan panjang.

lucunya..
susah sangat baca Al-Quran 1 juzu' saja,
tapi majalah hiburan dan novel best giler 100 halaman pun habis ditelaah..

lucunya..
orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert,
tapi berebut cari saf paling belakang apabila sembahyang supaya boleh cepat keluar..

lucunya..
semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir berbicara atau melakukan apa-apa..
renung-renungkan tapi jangan khayal sudah..



KHAS BUAT YANG BERCOUPLE~


dah nak kawin?
rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kahwin?
entahlah.. tak tahu lagi..

perangai mengalahkan orang dah kahwin,
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini.

heran, pegang tangan, tak takut dosa ker,
berpeluk-peluk, tak malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar tapi kejer kau buat leka..

nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bengang coz tak ikut apa yang diajar..

belajar tinggi sampai gayat,
tapi tak amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal? nak tunggu sampai jadi mayat?

sana sini buat wayang,
orang tengok naik bengang,
itu belum rumput kat padang,
kalau idup, sure kena terajang.

dulu masa single okey jer,
sekarang dah couple banyak la dosa,
bila orang tegor, buat derk jer,
apa kulit dah tebal nak masuk neraka..

bile kene tangkap khalwat,
buat muka jadi kelat,
malu mengalahkan ikan jerawat,
tambah muka penuh jerawat..

masa buat tak tahu malu,
ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat tak segan silu,
sekarang lagu mane.. susu dah jadi keju..

suruh sembahyang.. nanti..nanti...
boyfriend tepon terus pergi,
nak bersyukur atas nikmat Allah tak reti,
boyfriend yang lagi sekuntum bunga tula dipuji,,

yang si mamat ni pun sama,
suruh gi masjid nak bawak girlfriend,
mana taknya, dah berjanji hidup bersama..
sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama..

kesudahannya hari jumaat,,
orang solat jumaat,
dia bershopping bukan main lagi..
aiiihhhh.. anak muda sekarang
melarat !!!


0 comments:

Post a Comment