Tuesday 17 June 2014

cinta seorang ustazah


Cerita ini mengisarkan mengenai seorang cinta ustazah sekolah Menengah. Ustazah M pernah mengajar aku daripada form 4 hingga form 5 dalam subjek ape lagi kalau bukan subjek Agama Islam. Dan kerana dorongan ustazah inilah juga aku mendapat A dalam Agama Islam masa SPM dulu. Ustazah M seorang yang sangat peramah dan penyayang tetapi perawakannya agak kasar mungkin disebabkan tubuhnya yang agak bidang dan gempal. Aku sangat menghormati ustazah M sehinggakan aku mengganggap beliau seperti mentor dan ibu aku. Pengetahuannya yang luas dalam bidang agama khususnya feqah mencerminkan lagi keperibadian beliau yang muslimah sejati.

cinta seorang ustazah

Dipendekkan cerita pada satu hari dalam kelas kami semasa subjek agama ustazah M bising-
bising pasal isu “couple” yang semakin melarat di sekolah kami. Ustazah M cukup marah kalau dengar “couple-couple” ini tambahan lagi kalau dia tahu pelajar dari kelas dia yang terlibat. Sebabkan sayangkan kami pelajar-pelajar beliau daripada terjebak dengan cinta monyet yang belum tahu hujung pangkalnya beliau telah perdengarkan kisah cinta beliau atau lebih senang aku katakan kisah jodoh beliau dengan suami beliau
sekarang.



    Kami mula tertarik dengan cerita ustazah M yang umum tahu bahawa suami beliau ialah “negro”. Tetapi aku cuma dengar-dengar dari kawan yang pernah lihat yang suami ustazah adalah “negro” (pada tanggapan kami negro ni mesti hitam legam). Maklum lar ustazah M ni orangnya dalam kategori cantik, manis, lembut dan segalanya lah ciri-ciri muslimah sejati atau lebih senang aku katakan srikandi pilihan muslimat. Ustazah M pun mula bercerita maka senyaplah seluruh kelas kerana mahu mendengar cerita ustazah M. Dulu semasa di universiti (luar negara) ustazah M pernah mengenali pemuda bernama ustaz K melalui usrah. Usahkan berjumpa tengok muka pun tak pernah ape lagi lar telefon. Mereka tidak pernah berhubung antara satu sama lain hanya sekali sekala menerusi ahli usrah yang lain. Selama 4 tahun mereka berkawan bukan bercinta tetapi hanya sekadara berkawan dan telah memasang impian untuk membina masjid sejurus tamat pengajian dan pulang ke Malaysia.





   Setelah pulang ke Malaysia, ustazah M telah ditawarkan untuk mengajar di salah sebuah sekolah menengah di ibu negara. Seperti yang pernah dijanjikan maka ustaz K pun dengan seikhlas hati bersama keluarga menuju ke rumah ustazah M bagi membincangkan hal perkahwinan dengan keluarga ustazah M. Namun sejurus tiba di rumah ustazah M, kelihatan satu kumpulan warga arab atau lebih senang saya katekan kelompok negro keluar dari rumah ustazah M. Hati ustaz K makin berdebar dan pada fikirannya debaran itu mungkin kerana segan untuk meminang ustazah M. Sebaik sahaja masuk ke rumah, Ayah ustaz K pun menyampaikan hajat anaknya dengan penuh rendah diri untuk menyunting ustazah M sebagai anak menantunya. Ayah ustazah M menerima pinangan tersebut dengan penuh kesyukuran tetapi ayahnya menyatakan
pinangan ini merupakan pinangan yang kedua. Terkejut Ustaz K mendengar penjelasan bakal ayah mertuanya rupa-rupanya sekumpulan warga arab yang keluar tadi sebenarnya membawa pinangan. Ayah ustazah M menjelaskan beliau tidak dapat memberi jawapan kerana itu adalah hak anaknya untuk memilih bakal suaminya. Maka di saat itulah ustazah M mendapat tahu bahawa beliau dipinang oleh 2 orang lelaki iaitu seorang berbangsa arab negro dan seorang lagi berbangsa melayu dan kedua-duanya Islam. Hatinya terdetik untuk melihat wajah lelaki negro yang meminangnya dan setelah melihat foto tersebut beliau terduduk berisghtifar..hitam kulitnya susah nak digambarkan
dan tiada langsung ciri lelaki yang digambarkannya jika dibandingkan dengan Ustaz K yang jauh lebih kacak. Hidung yang kembang, rambut yang kerinting keras, badan yang besar tetapi jauh di sudut hati ustazah tidak mahu mencerca makhluk ciptaan Allah. Beliau berisgtifar panjang dan beliau percaya setiap ciptaan Allah ada keistimewaannya.


   Bermula pada hari itulah beliau mula berfikir siapa bakal suami yang patut beliau pilih. Jika diikutkan hati hendak sahaja dipilih ustaz K tak perlu pening kepala memilih sedangkan beliau tahu hatinya langsung tidak tertarik pada lelaki negro itu malah tidak terlintas pun difikirannya untuk menikahi lelaki negro itu. Beliau percaya setiap yang berlaku pasti ade asbabnya dan beliau merasakan jalan terbaik ialah bukan memilih dengan hati tetapi menyerahkan kepada Allah. Maka ustazah M mula melakukan solat sunat istikharah yang biasa beliau buat di universiti dahulu setiap kali hendak membuat keputusan.
Kebiasaan setelah melakukan solat sunat istikharah beliau akan mempunyai perasaan yang baik terhadap pilihannya atau bermimpi. Pernah semasa beliau melakukan solat sunat istikharah untuk membuat pilihan kursus apa yang patut beliau pilih dengan keputusan SPM yang cemerlang dan dalam mimpi beliau muncul mengenai pengajian Islam. Tidak terlintas dalam fikiran beliau untuk mengambil pengajian islam dan cita-citanya untuk mengambil jurusan kedoktoran. Namun beliau percaya mungkin mimpi tersebut memberi jawapan kepada pilihan beliau. Maka beliau meneruskan pembelajaran beliau dalam bidang pengajian islam di luar negara dengan tajaan daripada Kerajaan.
Dan setelah melakukan solat istikharah pada hari pertama..kebiasasaan ustazah M akan melakukannya berhari sehingga beliau benar-benar yakin dengan keputusan beliau.


   Tetapi setiap kali beliau bermimpi...... Tetapi setiap hari selepas beliau buat solat sunat istikharah pasti beliau akan bermimpi terlihat bayangan ustaz K tetapi antara bayangan tuh terlihat bayangan lelaki negro tuh. Malahan setiap hari dalam mimpi ustazah tuh..bayangan lelaki negro tu makin hampir berbanding bayangan Ustaz K. Maka hati ustazah K semakin tidak tenteram seolah-olah menidakkan mimpi yang berlaku. Untuk menghilangkan rasa resah di hati beliau bercadang untuk bertanyakan pada orang yang lebih arif iaitu Lebai Osman (bukan nama sebenar) yang sering dijadikan tempat pertanyaan sekiranya beliau ade kemusykilan agama. Lebai Osman pun menjelaskan yang mimpi yang dialami oleh ustazah itu adalah benar. Lebai menyatakan maksud mimpi tersebut secara tafsirannya bahawa kedua-dua lelaki
yang hadir dalam hidup ustazah itu adalah lelaki yang baik dan soleh tetapi antaranya keduanya ternyata lelaki negro itu lebih baik dan boleh memimpin kamu dunia dan akhhirat. InsyaAllah pilihan kamu takkan salah dan Allah bantu kamu bagi mengenalpasti mana yang lebih buat kamu sedangkan Dia Maha mengetahui. Setelah panjang lebar diterangkan oleh Lebai Osman lalu baliklar ustazah dengan hati yang lega walaupun bercampur rasa hiba. Namun setelah difikirkan masak-masak lalu ustazah M pun mengambil keputusan untuk menerima pinangan lelaki negro itu. Dipendekkan cerita Ustazah M berkahwin dengan lelaki negro itu dengan hati yang redha. Namun selang beberapa bulan berkahwin dengan lelaki negro tu yang namanya
Ahamd Karim Jabeer (bukan nama sebenar) ustazah M masih belum mendapat menerima kenyataan beliau berkahwin dengan lelaki negro itu. 


      Memang fitrah manusia ustazah kate manusia suka memilih kepada kecantikan dan kesempurnaan. Dengan keadaan fizikal suaminya yang besar,hitam legam dan muka yang hodoh dan jauh kalau di”compare”kan dengan orang-orang melayu. Dan ustazah M juga tidak lari dari godaan syaitan yang selalu memburukkan suaminya agar dia ingkar terhadap suaminya.
Namun berkat ilmu yang dipelajari dan asuhan ibubapa bahawa suami wajib dihormati maka setiap kata dia taat pada suaminya namun rasa kasih sayang dan cinta terhadap suaminya masih belum terpaut walaupun sekelumit zarah. Mungkin kerana kehodohannya hati ustazah M susah untuk menerima.
Suaminya perasan bahawa ustazah masih lagi tidak dapat menerimanya dan beliau tahu kerana rupa paras nya yang hodoh menyebabkan isteri kurang mesra dengannya. Walau bagaimanapun suaminya tekad untuk mengambil dan mencuri hati isterinya. Setiap hari tidak pernah lepas dia membeli sejambak bunga untuk ustazah M. Dia tahu isterinya sering mengelak daripada berselisih dengannya kecuali ketika menyediakan makan dan pakaian masa itu sahaja yang dia dapat tatap wajah ayu isterinya. Mahu tidak mahu setiap kali isterinya berada dalam bilik atau setiap kali sedang bersolat pasti beliau akan panjat tingkap semata-mata ingin merenung wajah isterinya. Betapa pilu hatinya kerana kehodohannya itu menyebabkan isterinya tidak dapat menerima beliau. Namun suaminya tidak pernah putus asa berdoa setiap hari memohon kepada Allah agar dilembutkan hati isterinya agar menerima dia seadanya. 


    Ustazah M perasan yang suaminya selalu senyap-senyap mengintai beliau dan selalu membelikannya bunga,memasak untuknya. Genap setahun perkahwinan mereka, satu hari terusik hati Ustazah M melihat kesungguhan suaminya yang tidak pernah kenal erti penat untuk menawan hatinya ialah ketika suaminya ingin mengintai beliau seperti biasa. Dia sengaja memerhatikan suaminya memanjat tingkap dan terlihat oleh ustazah M kesan luka yang amat dalam
akibat tergesel dengan kepingan asbestos (atap). Mengertilah beliau bahawa setiap kali panjat pasti suaminya akan terluka. Dan beliau membayangkan setiap hari selama setahun suaminya memanjat semata-mata untuk melihat isterinya dari jauh. Hati ustazah M semakin sebak mengenangkan kesungguhan suaminya itu. Pada suatu malam ustazah M hendak pergi ke tandas tiba-tiba beliau terdengar rintihan seseorang. Rupa-rupanya suaminya senang teresak-esak menangis menunaikan solat malam. Tersentak hati ustazah M sehingga tersandar di dinding mendengar doa yang dibaca oleh suaminya..



Ya Allah,
Ku Pohon Peliharalah Keselamatan dan Kesihatan Isteriku
Kau tenteramkanlah hati beliau ketika melihat wajahku
Andai kehodohanku menjadi hati isteriku tidak tenteram
Kau permudahkanlah beliau mengelak dariku
Ya Allah,
Aku bersyukur Kau temukan aku dengan bidadari dunia
Aku Redha dengan keadaan diri dan rupaku
Aku pohon bukakan sedikit ruang hati isteriku agar menyayangiku biarpun sedikit
Jadikanlah beliau temanku di Syurga Jannah menemaniku



..panjang lagi doanya dan itu antara ayat-ayat yang menyentuh hati ustazah sehingga terbuka hatinya menyayangi suaminya itu. Selang beberapa tahun kemudian mereka dikurniakan anak yang comel2 dan putih kulitnya. Sehingga kini ustazah M masih mengajar di sekolah yang sama dan hidup bahagia.


Selesai sahaja cerita itu..ramai yang teresak-esak menangis..tetapi moral cerita itu ustazah M nak sampaikan cinta sampai tahap gaban pun kalau kiter tak takde niat nak dirikan masjid dengan bakal isteri or suami dan takde usaha dan doa kepada Allah suatu hubungan itu susah untuk berkekalan. Pokok pangkalnya niat ikhlas dalam suatu perhubungan. 
Wallahualam

No comments:

Post a Comment