Wednesday 8 December 2021

SENARAI KEDAI MAKAN PAGI (BREAKFAST) TERENGGANU 2021-2022



🌼 Adil Roti





Lokasi di Losong bawah jambatan sultan mahmud...
Kedai berhampiran dengan KB Brewster.
Waktu operasi 7.30 pagi sampai 12.30 tengah hari. Setiap hari rabu offday..

My favourite menu.. Roti Telur Goyang Gedik dan Roti Coklat 😋

Official Acc: Instagram Facebook

🌼Nasi lemak kimia




Lokasi kedai bersebelahan Jabatan kimia..
Special menu nasi lemak dengan pelbagai pilihan lauk.. 
Menu-menu lain turut ada seperti bihun goreng, lontong, kuih-muih.. 
Anggaran satu kepala RM10 bergantung kepada lauk yang diambil.. 

Waktu operasi: sabtu-khamis (6.30 pagi- 1.00 tengah hari)
Jumaat tutup. 


🌼Nasi kerabu fauzi




Fauzi nasi Kerabu ada 2 cawangan di bandar dan gong badak.

Lokasi; Jln Sultan Sulaiman. Sederet dgn Kedai Buku Banggol, dan Jalan Gong Badak. Waze - Fauzi Nasi Kerabu

⏰ 7am-1pm [Hari Rabu TUTUP]

Official acc: Facebook Instagram


🌼Dapo fateema





Waktu Operasi Dapo Fateema :
Setiap hari Khamis : CUTI

Jumaat
 7:00pagi - 12:00tghari
Sabtu - Rabu 
7:00pagi - 12:30tghari

Official acc: Facebook  Instagram 


🌼Nasi dagang atas tol



Waktu operasi : 6.30 pagi - habis ☺️! Tekan link utk lokasi : https://msha.ke/nasidagangatastol/

NDAT ada 3 cawangan 📍NDAT atas tol 📍NDAT padang negara 📍NDAT padang hiliran
Menu : ✅ nasik dagang ✅ nasik kunyit ✅ nasik minyok gulai daging ✅ teh peng ombak rindu

Official acc: Facebook Instagram

🌼Nasi dagang kak pah



Lokasi gerai di gerai 30, batu burok .
Pukul 8 gerai dah buka dah..
kalau pergi lambat maunya habis.. lagi-lagi musim cuti...


🌼Nasi minyak jenab, pulau musang




Lokasi kedai di Jalan Pulau Musang..
Waktu operasi, pukul 6.30 kedai ni dah buka dan tutup apabila makanan dah habis..
Kedai ni memang favourite family mira kalau nasi minyak pagi-pagi..
Hari-hari buka..

Menu special: Nasi minyak
Menu biasa: Nasi Lemak, Bihun/Mee goreng, Keropok.

🌼Nasi kerabu losong







Lokasi kedai nasi kerabu losong selepas traffic light pulau musang menghala ke SMK Sultan Ahmad..
Mula buka pada pukul 7.30 pagi sampai petang..
Disini nasi kerabu ada pelbagai lauk.. ayam bakar, ikan, daging dan kambing..

Menu special: Nasi kerabu
Menu biasa: Nasi lemak, nasi minyak, bihun goreng.

Bagi yang masih tercari-cari kedai breakfast di Kuala Terengganu yang best-best, boleh la singgah di kedai-kedai ini.. 😉



Wednesday 3 November 2021

Doa Pendek Yang Dapat Menghilangkan Stress, Sedih, dan Gelisah



Baru-baru ni mira mengalami fasa kekecewaan dan kesedihan yang agak teruk sedikit... Mira ada berkawan dengan seseorang, dan mempunyai perancangan untuk berkahwin.. tapi perancangan Allah lebih hebat. mungkin antara kami telah tertulis tiada jodoh dan dia memilih untuk tinggalkan mira. sedih tetap sedih, kecewa tetap kecewa.. tapi apakan daya, hidup perlu diteruskan.. 

Mira dah usaha yang terbaik, tapi Allah telah tetapkan sampai di situ sahaja persahabatan dengan dia. dia seorang yang sangat baik. sangat supportive, sangat memahami.. untuk cari seseorang yang kita serasi dan selesa berkawan, agak sukar.. tapi dengan dia, mira jumpa keserasian itu. tapi sesungguhnya hati itu boleh berubah-ubah dan berbolak balik. Mira tidak sempurna, tapi apakan daya.. segalanya diluar kawalan mira.. tetapan Allah.

Mira doakan dia bertemu seseorang yang lebih baik dari mira. mira takde salahkan dia, mira takde rasa benci marah pada dia.. hidup ini adalah pilihan, dia berhak membuat pilihan untuk diri dia.. jodoh ini adalah aturan dari Allah. kita berusaha apa yang mampu, selebihnya kita serahkan pada Allah..

Sesungguhnya untuk mengubat hati yang terluka memerlukan masa.. dan untuk merawat hati yang terluka ini, mira telah kumpulkan doa-doa untuk melapangkan hati dan mira cuba untuk amalkan.. Alhamdulillah mira berjaya untuk bangkit, dengan izin Allah dan bantuan Allah.. mira semakin baik. Mira akan kongsikan disini doa-doa memohon kelapangan hati dan doa yang lain juga.. semoga bermanfaat. Doakan yang baik-baik untuk mira... doa mira dipertemukan jodoh juga! hehehe.. 



















Disini mira izinkan jika ada yang ingin simpan atau share. Semoga sedikit sebanyak boleh memberikan manfaat kepada kalian. 

Jika ada yang nak download dalam bentuk pdf, boleh click disini

Tuesday 2 November 2021

Zikir, Doa dan Selawat Harian Yang Boleh Dijadikan Amalan


Sesiapa yang bersyukur ke atas nikmat dapat melakukan ibadah itu, maka syukur dapat mengikat nikmat itu daripada kehidupan kita. 

Sesungguhnya dunia ini adalah tempat sementara sahaja, saat kematian menjemput kita, maka terputuslah segala amalan kita dan tibalah masa untuk kita menghadap balasan daripada segala amalan kita di dunia ini. 

Dunia adalah tempat singgah sahaja, yang bernilai  ialah seseorang itu dapat redha Allah  masuk ke dalam syurga Allah. Di sana bermulanya kehidupan sebenar yang bernilai disisi Allah. 

Ketahuilah, Dunia adalah tempat diuji dan tempat untuk mengumpulkan sebanyak mungkin pahala untuk dibawa kehadapan Allah S.W.T.. Kemudian tahulah kita sama ada kita akan dicampakkan ke neraka atas dosa-dosa kita di dunia atau Allah redha dengan kita dan dimasukkan ke Syurga. 

Marilah kita sama-sama berusaha mengumpulkan sebanyak mungkin amalan dan ibadah untuk dibawa kehadapan Allah kelak.. Disini terdapat doa-doa, zikir dan selawat yang mira kumpulkan yang mana boleh dijadikan amalan harian kita. Semoga kita boleh istiqamah mengamalkan doa-doa ini walaupun sikit tapi usaha kita InsyaAllah moga-moga dipandang oleh Allah. 



















Disini mira izinkan jika ada yang ingin simpan atau share. Semoga sedikit sebanyak boleh memberikan manfaat kepada kalian. 

Jika ada yang nak download dalam bentuk pdf, boleh click disini