Sunday 16 May 2021

Ex-Israeli Soldier Speaks out the Truth



Find the truth. Don't let media, people fool you. 
Pray for Palestine. 
Keep posting the truth and facts about this. 
#FreePalestine

Who is playing victim? Palestine or Israel? This is the true.


Who is playing victim? Here’s everything you need to know.
Please share far and wide, in all your social media. Let the world know the truth!
This is the least we can do to help our Palestinian brethren and help end their misery and suffering at the hands of the Zionist Israel Terrorist Forces!









#freepalestine #prayforpalestine #shameonisrael #israelkoyak

The Facts about Palestine and Israel












Why to post about Palestine? Keep posting!




Ada orang pilih bersuara. Ada orang pilih menderma. Ada orang pilih berdoa.
Bantulah seboleh yang mungkin. Yang tak boleh berperang, boleh donate. Donatelah walau hanya RM1 je pun.. mana yang termampu. walaupun nampak jumlah RM1 ni hanya kecil, tapi bayangkan kalau berjuta umat islam di Malaysia ni donate RM1, jadi dah banyak mana dah amaunnya dekat situ. 

Kemudian, bangkitkanlah semangat orang ramai melalui semua platform media sosial yang ada.. Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok, Whatsapp.. ceritakan kekejaman, kezaliman Yahudi Israel terhadap rakyat di Palestin.. Bangkitkan semangat semua untuk memberontak dengan tindakan Yahudi Israel ini.. Just keep posting! seperti yang dalam video tersebut, walaupun post kita tidaklah memberi impak yang sangat besar, tetapi sedikit sebanyak akan memberikan tekanan kepada golongan tertentu. Tegakkan keadilan human rights, berikan kesedaran kepada semua orang terhadap kekejaman Yahudi Israel ini.

Dan jangan lupa sentiasa berdoa untuk rakyat palestine. doa semoga Allah berikan kekuatan, perlindungan, dan bantu pejuang-pejuang disana untuk memerangi Yahudi Israel sana. Sentiasa doa, doa dan doa. 

Ini tanggungjawab kita semua. Nanti kalau Allah tanya di akhirat kelak, apa usaha kita untuk bantu saudara-saudara kita di sana, apa kita nak jawab? Dan nanti akan tiba kemenangan umat islam, layakkah kita nak claim diri kita sebagai orang yang sama-sama berjuang dalam mempertahankan agama islam?

Bantulah mereka semampu yang boleh. Untuk mengetahui update-update terkini tentang keadaan di palestine, bolehlah pergi ke facebook atau Instagram Cinta Gaza Malaysia

Untuk donation, boleh salurkan pada akaun-akaun ini. 




#freepalestine #IsraelKoyak #GazaUnderAttack #GazaUnderFire

Tuesday 4 May 2021

Ramadhan PKP dan Ramadhan selepas PKP norma baharu.



Tahun lepas, Ramadhan jatuh pada 24 April 2020 iaitu masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada masa tersebut, solat terawih tidak dibenarkan di masjid-masjid. Kalau sebelum ni, setiap kali Ramadhan tiba, memang satu kemestian untuk mira and family akan pergi ke masjid untuk solat terawih dekat sana. Bila jadi macam ni, tak dapat laa nak solat terawih dekat masjid. 

Tapi tak bermakna tak boleh buat terawih kan? untuk pertama kalinya kami anak beranak solat terawih secara berjemaah di rumah sahaja. Adik mira, Ammar yang imamkan solat isyak dan terawih sepanjang bulan Ramadhan bergilir dengan ayah. Alhamdulillah walaupun tak dapat pergi masjid, tapi boleh tunaikan sama-sama dengan keluarga. 



Pada pertengahan solat terawih 8 rakaat, lepas je selesai 4 rakaat pertama, akan ada sesi tadabbur Al-Quran yang akan dibaca oleh ayah.. Lepas selesai sesi tersebut, sambung balik lagi 4 rakaat terawih. Waktu yang paling ditunggu terutamanya Auni, moreh! makan-makan... lepas selesai terawih, akan ade sesi moreh pulak.. time moreh ni macam-macam makanan ada.. biasanya disediakan oleh umi la.. simple tapi bila dapat spend time dengan family, suasana nya akan rasa best. antara menu moreh biasanya karipap, puding, kuih-muih... Macam nilah sepanjang bulan Ramadhan untuk family mira.. 


Alhamdulillah, 13 April 2021, hari pertama bulan Ramadhan, kerajaan umukan solat terawih boleh dilaksanakan di masjid-masjid tetapi perlu mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Jemaah sebelum ni mungkin ramai tetapi untuk norma baharu, akan berkurang memandangkan setiap jemaah perlu ada jarak antara satu sama lain. maka, bilangan jemaah tidak lagi sama seperti sebelum-sebelum ini. 

Untuk norma baharu, setiap kali datang masjid.. setiap jemaah perlu scan dahulu suhu badan, make sure sihat. kemudian, kena catatkan nama, no.telefon pada buku yang pihak masjid sediakan. tapi mira lebih prefer scan je MySejahtera. then ambik saf, setiap jemaah hanya akan duduk di tempat yang pihak masjid telah tandakan. bermakna akan ada penjarakkan antara satu sama lain. takleh duduk dekat-dekat. 

dan yang paling penting untuk norma baharu ni, setiap jemaah diwajibkan memakai mask dan bawa sejadah sendiri. bila terjadi macam ni, kira pengalaman baru untuk para jemaah solat dengan memakai mask.  walaupun SOP ini dikuatkuasakan, Alhamdulillah untuk masjid yang mira pergi ni, sentiasa penuh dan semua patuh pada SOP. 

Akhir kata, semoga Allah hindarkan dan hilangkan penyakit virus covid-19 ini dimuka bumi ini. Hanya Allah yang Maha Berkuasa. dan semoga kita sentiasa hidupkan bulan Ramadhan walau dalam apa jua keadaan dan ditemukan dengan Malam Lailatul Qadar. InsyaAllah.. Aaminn...