Wednesday 26 February 2020

Course Bachelor of Health Administration (Hons.) at UiTM Puncak Alam (BM235 /BA235)

Hai.. Memandangkan lately ni mira banyak dapat whatsapp tanya berkenaan course health admin ni.. So, mira akan share serba sedikit soalan-soalan yang biasa ditanya dan akan share serba sedikit berkenaan course ni supaya korang dapat la gambaran sikit-sikit. 
  • saya nak tahu lebih lanjut pasal course ni. saya ada juga search di internet, tapi saya rasa masih tak cukup maklumat tu. 
course health admin ni basically dia merangkumi dua. kita akan belajar dari scope administration/management dan dari scope medical. Untuk student lepasan diploma dari fakulti bisnes, InsyaAllah part yang admin/management tu tak menjadi masalah sangat. lebih kurang je dengan diploma.. banyak theory dan kena banyak membaca... 

untuk lepasan dari fakulti sains kesihatan.. mungkin awak dah ada basic knowledge part yang medical, medical terminology.. so benefit dekat situ. untuk yang lepasan fakulti bisnes, korang akan dapat credit hour dan terus lompat ke sem2. tapi depends on coordinator and PA awak jugak la nak bagi ke tak.. and untuk fakulti sains kesihatan, korang kena start dari sem 1, sama jugak dengan lepasan fakulti lain.

dan basically apa yang awak akan belajar ni berkisarkan healthcare industry, macam hospital la. antara subjek dia managing healthcare organizations, health service communications, health informatics. 

  • bagi mira course ni susah tak?
kalau tanya dekat mira soalan ni, mira hanya boleh jawab.. setiap kali test and final rasa nak quit.. hahaha.. tapi alhamdulillah i'm survived! with no repeat, no extend.. 

tapi, semua course susah.. kita takkan sambung belajar kalau kita dah tahu semua benda.. jadi apa-apa memang kita kena belajar dan usaha.. dan kalau awak dah ada basic science, much better la.

  • nanti intern dekat mana? and scope kerja dia macam mana?
Intern mostly student akan intern di hospital. Swasta or government depends atas awak sendiri nak pilih yang mana. bahagian admin, pengurusan hospital..  boleh pergi department mana-mana je.. kcuali doktor 😂 kita belajar bahagian finance, customer service, human resource semua tu. So kita boleh je nak pergi department mana-mana.. atas hospital nak bagi yang mana.

pengalaman saya, saya intern di hospital sultanah nur zahirah, kuala terengganu. waktu nak mohon tu, saya memang dah state saya nak department record. dan Alhamdulillah saya dapat department record. So scope kerja bergantung bahagian mana awak bekerja. 

Sebab tu, kita akan belajar part admin, management hospital dan medical. Even kerja di bahagian pengurusan, but still kena tahu sikit-sikit berkenaan medical terminology (term-term yang biasa doktor guna), penyakit-penyakit dan alat-alat dalam hospital. 


  • kalau mira, mira suggest tak course ni dekat orang?
Secara personal, mira tak berani nak kata mira suggest atau tidak. bergantung atas minat dan kemampuan masing-masing. Lain orang lain kemampuan.. ada subject mungkin bagi mira susah, tapi bagi awak senang. jadi bab ni subjektif. 

apa yang mira boleh share, based on pengalaman mira sendiri je. Sejujurnya pengalaman mira dari sem1 sampailah sem final, setiap kali test and final rasa menyesal mintak course ni 😂 hahaha.. mira dari sekolah kurang minat sains, dan SPM mira memang lari dari subjek fizik, kimia, bio.. mira ambik akaun. diploma pulak bisnes. 

tetiber degree kena belajar serba sedikit pasal sains.. subject medical terminology and medical coding segala jenis penyakit tu.. memang struggle yang amat. tapi semuanya atas diri masing-masing.. saya tahu kemampuan saya di mana dan orang lain di mana.. jadi saya tak boleh nak compare diri saya dengan orang lain.. untuk make sure saya takde repeat and extend, kena struggle sikit la. 

mira pun even setiap sem rasa nak quit, tapi Alhamdulillah CGPA lagi better dari yang diploma. and pernah la merasa dekan. so, walaupun bagi mira susah, tapi yang penting usaha. belajar apapun takde yang senang, semua susah, yang penting ada keinginan dan usaha.. 

  • course ni berapa tahun belajar?
secara kasarnya 3 tahun. ada 5 sem belajar dan 1 sem intern. total 6 sem. 

  • medical coding ni study pasal apa?
berdasarkan kefahaman mira, medical coding ni kita akan belajar assign code yang betul untuk setiap penyakit. setiap penyakit ada code-code tertentu. code berbeza-beza untuk setiap penyakit dan situasi. so kita akan belajar macam mana nak dapatkan code yang betul untuk penyakit tu. 

nak assign code, kita kena faham betul-betul penyakit patient tu. kalau dah keliru patient tu sakit apa, kemungkinan kita akan cenderung code penyakit yang salah. 


  • ada yang quit tak course ni?
ada. batch mira ada la 2/3 orang kut.. mungkin diorang memang rasa diorang dah tak boleh nak go dengan subjek-subjek ni.. tapi jangan samakan diri korang dengan diorang.. course apapun mungkin ada yang quit, kalau cepat give up.. apa yang penting, set dalam mind 'aku boleh', 'dont give up', 'follow the flow'. 


  • buku biasanya beli dekat senior ke?
yap. biasanya beli dekat senior-senior. tapi boleh juga beli dengan lecturer. bergantung atas masing-masing. bagi mira, mira prefer beli dengan senior. sebab buku mahal, kalau nak beli buku baru. so, better beli dengan senior. buku medical term and medical coding seriously mahal. and ada jugak senior yang taknak jual, jadi pandai-pandai la save duit. 

untuk student baru, korang boleh follow twitter-twitter ni untuk dapatkan apa-apa maklumat. 








  • saya diploma dari Uni lain, macam mana nak daftar di student portal?
awak boleh google je "uitm student portal". then click dekat first time login tu. 





harap dapat membantu korang untuk buat keputusan dan beri serba sedikit gambaran.. belajar apapun semua susah and kena struggle. yang penting kena usaha dan pandai manage masa untuk enjoy and study.. anything, boleh contact mira dekat ws.