Showing posts with label Personal Sharing. Show all posts
Showing posts with label Personal Sharing. Show all posts

Tuesday, 4 May 2021

Ramadhan PKP dan Ramadhan selepas PKP norma baharu.



Tahun lepas, Ramadhan jatuh pada 24 April 2020 iaitu masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada masa tersebut, solat terawih tidak dibenarkan di masjid-masjid. Kalau sebelum ni, setiap kali Ramadhan tiba, memang satu kemestian untuk mira and family akan pergi ke masjid untuk solat terawih dekat sana. Bila jadi macam ni, tak dapat laa nak solat terawih dekat masjid. 

Tapi tak bermakna tak boleh buat terawih kan? untuk pertama kalinya kami anak beranak solat terawih secara berjemaah di rumah sahaja. Adik mira, Ammar yang imamkan solat isyak dan terawih sepanjang bulan Ramadhan bergilir dengan ayah. Alhamdulillah walaupun tak dapat pergi masjid, tapi boleh tunaikan sama-sama dengan keluarga. 



Pada pertengahan solat terawih 8 rakaat, lepas je selesai 4 rakaat pertama, akan ada sesi tadabbur Al-Quran yang akan dibaca oleh ayah.. Lepas selesai sesi tersebut, sambung balik lagi 4 rakaat terawih. Waktu yang paling ditunggu terutamanya Auni, moreh! makan-makan... lepas selesai terawih, akan ade sesi moreh pulak.. time moreh ni macam-macam makanan ada.. biasanya disediakan oleh umi la.. simple tapi bila dapat spend time dengan family, suasana nya akan rasa best. antara menu moreh biasanya karipap, puding, kuih-muih... Macam nilah sepanjang bulan Ramadhan untuk family mira.. 


Alhamdulillah, 13 April 2021, hari pertama bulan Ramadhan, kerajaan umukan solat terawih boleh dilaksanakan di masjid-masjid tetapi perlu mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Jemaah sebelum ni mungkin ramai tetapi untuk norma baharu, akan berkurang memandangkan setiap jemaah perlu ada jarak antara satu sama lain. maka, bilangan jemaah tidak lagi sama seperti sebelum-sebelum ini. 

Untuk norma baharu, setiap kali datang masjid.. setiap jemaah perlu scan dahulu suhu badan, make sure sihat. kemudian, kena catatkan nama, no.telefon pada buku yang pihak masjid sediakan. tapi mira lebih prefer scan je MySejahtera. then ambik saf, setiap jemaah hanya akan duduk di tempat yang pihak masjid telah tandakan. bermakna akan ada penjarakkan antara satu sama lain. takleh duduk dekat-dekat. 

dan yang paling penting untuk norma baharu ni, setiap jemaah diwajibkan memakai mask dan bawa sejadah sendiri. bila terjadi macam ni, kira pengalaman baru untuk para jemaah solat dengan memakai mask.  walaupun SOP ini dikuatkuasakan, Alhamdulillah untuk masjid yang mira pergi ni, sentiasa penuh dan semua patuh pada SOP. 

Akhir kata, semoga Allah hindarkan dan hilangkan penyakit virus covid-19 ini dimuka bumi ini. Hanya Allah yang Maha Berkuasa. dan semoga kita sentiasa hidupkan bulan Ramadhan walau dalam apa jua keadaan dan ditemukan dengan Malam Lailatul Qadar. InsyaAllah.. Aaminn...








Tuesday, 15 December 2020

Produk untuk Wajah Kulit Kering dan Mengelupas





Ni adalah contoh wajah yang mengelupas dan kering.. ni mira google je.. cumanya nak jelaskan dekat sini.. apabila wajah kita mengelupas.. kulit muka akan terasa kasar dan sangat tak selesa. nak jumpa orang atau keluar pun, akan rasa tak confident.. nak apply bedak ke apa untuk cover, lagi nampak tak okay mukanya sebab bedak tu akan bercapuk. 

Kulit wajah mira sendiri adalah jenis yang kering dan pernah mengalami masalah mengelupas dan kemerahan.. untuk sesetengah orang definisi breakout adalah tumbuh banyak jerawat.. tapi untuk mira, definisi breakout ialah muka mira akan kering, mengelupas dan kekadang akan jadi kemerahan.. jadi dekat sini, mira nak share beberapa produk wajib yang mira akan gunakan kalau muka mira breakout. 


1. PENCUCI MUKA CETAPHIL 

Mira memang dah lama pakai cetaphil.. Alhamdulillah, kulit muka takde masalah, sesuai dengan produk ni.. pernah beberapa kali mira try untuk cuba produk lain.. kebiasaannya kalau kita pergi watson atau guardian, kekadang dia ada seorang dua yang akan bantu kita pilih produk sebagai penasihat produk.. jadinya pernah la beberapa kali diorang suggestkan suruh try produk tertentu, katanya sangat elok dan sangat sesuai untuk kulit kering dan sensitif.. makanya mira pun beli lah and try.. dalam masa seminggu tu macam dah nampak kulit start mengelupas, tapi abaikan je.. kut-kut awal-awal je macam tu.. tapi bila dah sebulan pakai, makin teruk and muka jadi breakout. terus stop. mira nasihatkan korang if kulit nampak tak okay dengan produk, jangan teruskan. nanti jadi makin teruk..

so, sekarang mira just stick dengan pencuci muka cetaphil.. produk cetaphil sangat elok untuk kulit muka kering dan sensitif.. tapi pencuci muka jela.. mira pernah try mosturizer cetaphil, tapi tak sesuai dengan kulit muka mira.. terus jadi gatal and merah.. 


2. VASELINE


Vaseline ni boleh dapat dekat farmasi, watson atau guardian terdekat.. mira taknak cerita berkenaan ingredients atau kebaikan vaseline ni.. nak tahu lebih detail berkenaan vaseline ni, boleh search sendiri dekat google. cumanya mira nak bagitahu, vaseline ni adalah benda yang WAJIB ada untuk kulit yang mengelupas..

Setiap kali kulit muka mira mengelupas, mira akan apply vaseline dekat muka.. just sapu je dekat seluruh muka yang mengelupas tu.. then biarkan je.. kalau rajin, just main gosok-gosok dekat muka supaya kulit kering tu tercabut.. sebelum ni mira akan apply waktu tidur, tapi sangat tak selesa nak tidur dengan muka yang agak berminyak.

Jadi sekarang mira just apply before tidur which is lepas setengah jam atau sejam, mira akan bersihkan terus.. untuk lebih mudah, lap dulu muka dengan tisu, then baru basuh dengan air.. tapi nak basuh muka terus dengan air pun boleh je. takde masalah... 

Ni adalah cara mira dan seriously sangat membantu.. 

3. ALOEVERA


Aloevera ni biasanya mira akan apply selang seli dengan vaseline.. kalau harini dah pakai vaseline, esoknya mira akan apply aloevera.. sama jugak macam vaseline, mira akan sapu seluruh muka then biarkan at least setengah jam sampai gel tu betul-betul kering di muka.. then bilas dengan air bersih.. Aloevera ni fungsinya untuk melembabkan balik wajah kita yang kering.. Mira akan apply aloevera dan vaseline ni bila muka breakout dan sampailah muka okay balik.. Kalau muka takde masalah, mira tak apply pun, tak rajin. hehehe..

4. HADA LABO SUPER HYALURONIC ACID HYDRATING LOTION


Hada labo super hyaluronic acid hydrating lotion ni sesuai sangat dengan kulit muka kering untuk bantu melembabkan.. untuk yang hydrating lotion ni, mira akan apply waktu pagi dan bila rasa kulit kering.. Alhamdulillah pakai ni, makin bertambah baik.. boleh jugak nak apply sekali dengan mosturizer hada labo ni, kalau dalam trial pack warna pink. pun okay.. tapi agak mahal la kalau beli yang biasa.. hydrating lotion ni memang mira pakai je as skincare routine.. 

Nilah antara produk-produk yang memang mira gunakan untuk pulihkan balik kulit muka mengelupas ni... semoga dapat membantu awak-awak luar sana yang ada masalah wajah kulit kering dan mengelupas.. jangan stress-stress, nak pulihkan balik, memang akan take time.. tapi InsyaAllah semuanya akan baik-baik je.. Semoga Bermanfaat!


Tuesday, 1 December 2020

Tak Suka, Tak Perlu Ambil Tahu





Hi. Today just wanna share something yang mira rasa mira patut share dengan korang kut. 

I don't know why, some people kalau dia ada masalah dengan seseorang, ada perselisihan faham, or maybe tak suka ke.. diorang tend to nak ambil tahu semua pasal orang tu.. 

Bilamana orang tu hide dekat status whatsapp or ig ke.. block ke.. dia akan rasa triggered. then dia akan mesej kawan-kawan sekeliling yang kenal orang tersebut untuk chekkan apa orang tu update status/post. diri rasa insecure.. jadi nak tahu apa yang dia update, apa yang dia post.. just in case dia ada mengata kau. 

Rasanya tak perlu kut. 




Kalau ada orang tak suka kita, or kita tak suka dia. just tak perlu ambil tahu. abaikan.

kenapa kita nak terhegeh-hegeh nak ambil tahu benda yang akan membuatkan kita sendiri sakit hati. just biarkan je.. 

Alhamdulillah, setakat ni mira dikelilingi dengan orang-orang yang baik semuanya.. so takde la masalah-masalah ni..  

Cumanya, just in case kalau mira ada masalah dengan seseorang.. 

Apa yang mira buat is.. mira akan hide kan status ws, mute kan segala berkaitan dengan dia.. mana yang boleh unfollow, unfollow je. kalau perlu block, block. pendek kata, tak perlu ambil tahu dah.. dia nak mengata ke.. dia nak buat apa.. tak perlu tahu.. 

Kenapa nak perlu peningkan dan sakitkan hati kita dengan benda-benda yang tak perlu.. apa yang dia nak buat, apa yang dia nak cakap.. biarkan je.. tak perlu nak ambil tahu.. it is better don't know than know. 






So please.. kalau ada masalah, kalau boleh selesaikan dengan cara yang baik, selesaikan dengan cara yang baik. kalau tak boleh, diamkan.. 

Tak perlu nak tanya orang dia post apa harini, dia pergi mana harini, ada ke tak fb dia.. tak perlu! 



Wednesday, 18 November 2020

Unproductive Life




Hello everybody! saja nak share kehidupan sis yang sangat unproductive 2/3 bulan ni.. tambah-tambah dengan PKPB lagi..  Lifeless.

Pergi kerja, balik kerja then layan korea. Hari-hari marathon kdrama setiap malam.. sampai tak tahu dah nak tengok cerita apa lagi 😐😐😐 tv memang tak dapat nak tengok dah, mak yang conquer setiap malam cerita dia. jadi sis akan layan kdrama dekat tablet or handphone jela. 

Kdrama pulak, sis tak layan semua.. sis lebih prefer yang comedy je. yang ringan-ringan je cerita dia. yang berat-berat terlalu banyak konflik, crime, pasal bunuh-bunuh ke.. memang tak layan. nak layan running man pun, running man dah tak best lepas gary keluar. and tak minat 2 orang baru yang join lepas tu. 

Maka disebabkan dah terlalu banyak tengok kdrama tu, sekarang hidup bertambah lifeless sebab dah tak tahu nak tengok cerita apa. kdrama comedy macam dah tengok semua je.. hmm. 

Nak baca novel, plot cerita lebih kurang je semua. dah boleh agak dah jalan penceritaan tu. wattpad pun tak berapa banyak cerita yang betul-betul best penulisnya. ramai yang baru-baru. 

maka sekarang sis buntu 😔 

selama ni hari-hari layan kdrama sebab nak elak dari overthinking and banyak fikir. biasalah, manusia biasa. bila duduk sesaja takde buat apa, macam-macam akan fikir. soal jodoh, kerja, duit.. semua! jadi memang cari je benda supaya tak terlalu berfikir. 

nampak gaya sis kena cari hobi baru ni. doakan, kbye. 

Monday, 13 July 2020

Tips Study untuk Test dan Final

Hai.. kali ni mira nak share berkenaan tips-tips untuk study before test and final. Mira akan share pengalaman mira sendiri tau.. kut-kut ada input yang boleh korang ambil dan ikut, harapnya dapat membantu. 

1. Set Target
Sebelum korang start study, make sure korang setkan target.. apa yang mira buat zaman belajar dulu, mira akan setkan target dulu before start bukak buku.. contohnya, harini hari ahad. Test hari selasa dan cover dari bab 1 sampai bab 5. Jadi hari ahad sebelum asar kena make sure buat nota dari bab 1 sampai bab 3. lepas maghrib sambung buat nota bab 4 dan 5. dan mira akan pastikan apa-apa pun, busy, malas macam mana pun.. mira kena capai target. hari isnin just buat revision and start hafal benda-benda yang perlu. Sebelum asar hari isnin, kena hafal dah semua key point and kena hadam dari bab 1 sampai bab 3. lepas maghrib sambung 4 dan 5. Pagi selasa just recap balik je dari bab 1 hingga 5. 

Bila mana study last minute, kita still kena set target jugak. Mira pernah je ada test waktu yang tengah genting busy gila. kebetulah minggu tu deret test tiap-tiap hari. nak study awal tak dapat.. before tu busy dengan event-event persatuan and kolej. jadi kena plan betul2 untuk study. 

Test esok, cover chapter 1 sampai 4. Start study lepas maghrib. Jangan gelabah jangan panik. Preparation harus dibuat. kalau tak study langsung, nak jawab apa test esok. Jadi apa yang kita boleh buat dan apa yang mira buat adalah... kalau boleh start study lepas isyak ye. bukan apa, gap maghrib dengan isyak tak lama. jadi lepas maghrib tu korang rehat dulu, nak mengaji dulu ke.. then orang azan isyak, terus solat. bila dah solat ni, kita akan rasa relax and tenang sikit nak study. kalau penat study nak tidur pun dah boleh dah lepas tu. isyak dah settle. 

 Lepas isyak start buat nota dari chapter 1 hingga 4. Make sure sebelum pukul 12 kena siap. Handphone letak tepi, jangan sentuh pun. Then pukul 12 dah kena standby untuk tidur and dah ada atas katil. bukan di meja study. Kita kena pastikan kita follow the target. Pukul 3.30 pagi set alarm untuk bangun balik study. kalau tak banyak benda kena cover, boleh set pukul 4.. tengok atas banyak mana nak kena cover. Pastikan bangun! ingat.. esok dah test. kalau tak bangun, nak jawab apa.. jadi masa tulah kena baca, hadam semua chapter yang masuk dan hafal key point yang penting. time ni kita tak buka dah buku, kita just refer nota yang kita dah buat je. 

Study last minute ni memang perlukan pengorbanan sikit. kurang waktu tidur. tapi lepas tu qadha lah balik.. bagi mira, Tidur tu penting dan kena tidur even sekejap. ada sesetengah orang, kalau study last minute, diorang memang takkan tidur malam tu. diorang akan stay up sampai pagi. untuk mira, mira tak boleh. macam mana pun, mira akan tidur jugak even satu jam. bagi otak rehat sikit. and nak elak esok tengah jawab test or final otak ting-tong sebab tak tidur. kalau otak dah ting-tong ni.. apa yang dah study, boleh hilang tengah nak jawab. jadi blurrr.  




2. Buat Nota Poket

Nota poket wajib kena buat. Untuk study, kalau boleh kita nak refer benda yang ringkas, untuk cepat kita faham dan mudah nak ingat key point. kalau dalam buku teks, terlalu banyak huraian, penceritaan apa semua. jadi bilamana kita buat nota, kita akan baca dulu semua dari buku teks tu dan kita akan keluarkan semua key-key point. kalau dalam buku ada 10 key point. keluarkan la dalam 5/6 camtu. dalam test essay, takdenye soalan nak semua. mungkin dia akan mintak 4/5. jadi kita kena pandai-pandaila. kalau boleh ingat lebih supaya tibe-tibe time test tu blurr satu point. kita ada back up point yang lain. huraian yang panjang tak perlu..nota just point yang penting sahaja. 

Jenis mira, mira akan buat nota tu colourful. bila nota kita warna-warni, kita pun semangat nak belek nota. kalau dah semua colour biru atau hitam. nak tengok nota pun jadi malas. dan sebenarnya kan.. nota yang warna-warni sangat membantu untuk kita ingat.. contohnya, untuk tamadun cina kita letak warna hijau. tamadun india warna biru, tamadun rom warna merah. jadi proses untuk kita hafal jadi mudah dan kita tak akan mudah tertukar point. nanti bila jawab exam pun, kita akan terbayang point-point based on warna. ni sekadar pengaman mira la. 

Nota yang kita dah buat untuk test or kuiz, jangan buang ye.. sebab kita akan pakai untuk final pulak. mira hanya buat nota untuk test or kuiz je, dan untuk final tak buat dah. kita akan study belek buku sikit-sikit dan refer nota tu je. jimat masa untuk study final. 



3. Hafal Key-Point

Make sure hafal key point untuk setiap bahagian. Huraian kita tak perlu hafal, just fahamkan je. nanti pandai-pandaila goreng dalam kertas jawapan tu. Key-point kena hafal sebab yang tulah markah besar. kalau key point salah, huraian betul dan contoh betul. still tak dapat markah or potong markah. sebabnye key point dah salah. tapi in case key point betul, huraian salah.. kita still dapat markah. 

Kalau susah sangat nak hafal key point tu, korang createlah ayat yang senang korang nak hafal.. contoh yang mira boleh bagi:

The Importance of Environment
(Guru)-Guest expectation  
(Ganti)-Guest mood
(Esok)-Employee satisfaction

Ambik huruf depan dah buatlah ayat.. in case dalam exam, korang lupa apa point dia. korang recap ayat yang korang create and insyaAllah mana tahu automatik terus ingat point tu. Ni antara contohlah.. korang mesti lagi kreatif kan.. jadi buat lah apa pun untuk bagi senang hafal point. 




4. Simpan Telefon

Telefon adalah gangguan yang paling besar nak study. Tengah-tengah study, capai henset niat nak balas satu mesej je.. eh eh tetiber tak sedar setengah jam hadap telefon.. buku nota dah kelaut. jadinya bila nak study, simpan dulu telefon.. letak la dalam laci ke, bawah bantal ke.. janji tak main. kalau nak dengar lagu dari telefon ke, korang tutup lah data dulu, aktifkan mode silent. jangan main henset tengah study. nanti korang cepat hilang fokus dan susah nk hadam apa yang korang baca. 

5. Jawab dan Review Past Year Questions. 

Untuk mira, mira akan print semua past year questions sepanjang 5 tahun sebelumnya untuk setiap subjek. dan preparation untuk kuiz atau test, mira akan cuba untuk jawab, refer buku.. supaya jwapan tu lebih tepat. Bila kita jawab and tengok past year questions, kita boleh tahu bentuk-betuk soalan macam mana dan kekadang kita boleh agak soalan yang mana berkemungkinan akan keluar. in case kalau study last minute untuk kuiz or test, tak sempat nak jawab past year.. mira just review je past year tu and jot down atau star dalam nota, mana-mana soalan yang biasa keluar.. supaya kita alert. 

tapi untuk final exam, kita akan ada lebih masa sikit memandangkan ada gap antara paper. jadi try lah buat semua past year questions tu.. lagi-lagi kalau subjek yang memerlukan pengiraan. memang kena buat. InsyaAllah sangat membantu untuk jawab final exam. Kalau student UITM, diorang boleh dapatkan past year questions ni dekat EQPS je.. kalau universiti lain mira tak pasti. 




Inilah 5 tips study untuk test dan final yang dapat mira kongsikan bersama korang. Semoga bermanfaat. All the best dan Good Luck! 

Thursday, 18 June 2020

Memilih bukan untuk mencari yang sempurna, tapi memilih untuk mencari yang serasi.




Zaman sekarang kalau umur dah 24,25 tahun ke atas dan masih status single, mesti akan ada yang judge kita ni sebagai memilih.. tak cakap orang lain, mira sendiri pun kekadang terkena tempias. yela, tahun ni umur mira 24 tahun dah.. kawan-kawan lain dah ramai bertunang, berkahwin and yang dah ada anak pun ada.. tapi kita masih enjoy life as single. so mulalah makcik-makcik bawang, tak pun akak abang bawang judge kita 'dia ni memilih sangat, tu yang takde lagi'.

To be honest, kita bukan taknak bagi peluang dekat sesiapa, taknak berkawan dengan sesiapa.. of course jauh di sudut hati mungkin ada perasaan nak ada pasangan and berkahwin tu.. tapi belum jumpa yang sesuai. dan bukan jenis mira yang main ikut dang je berkawan dengan siapa-siapa.. tak. mira akan perhati and tapis dulu.. Mira hanya berkawan dengan mana yang dah kenal je.. 

Bagi mira, memilih tu kena ada. contoh la kan.. kita dah tahu lelaki tu jenis yang pemalas, panas baran, suka naik tangan.. malas nak kerja, kerja rumah semua harap dekat mak, makan tidur je.. pastu kawan dengan orang yang entah hape-hape, hisap dadah. adakah kita masih nak dekat dia? dengan alasan dia nak dekat kita, suka dekat kita. so kita patut terima? 

begitu jugak dengan lelaki.. kalau korang dah sedia maklum perempuan tu jenis yang pemalas, pengotor.. malas nak buat kerja rumah, kuat maki hamun, tak respect orang lain.. adakah korang masih nak terima untuk hidup bersama? sedangkan korang masih ada pilihan. terima dengan alasan sebab cantik, kaya.. boleh menjamin kebahagiaan ke? 

kita ada kuasa untuk memilih.. jadi kalau kita rasa kita tak boleh dengan dia, kita tolak la secara baik. jangan pulak tolak secara kasar, main maki hamun. kang tak pasal dia hantar santau. kita kalau boleh nak kahwin dalam jangka masa yang panjang, sampai akhir hayat. hari-hari pagi petang malam nak hadap muka dia. so carilah yang sesuai dan serasi dengan kita. bukanlah nak cari yang sempurna perfect semua benda. tapi hanya untuk mencari pasangan yang betul-betul serasi untuk hidup bersama kita. 

tadi mira ada ternampak satu video berkenaan expectation untuk pasangan. sajalah mira nak kongsikan sedikit apa yang mira expect dari seseorang. sebelum kita kenal seseorang, of course kita akan ada expectation yang kita harapkan dari seseorang lagi lagi yang untuk dijadikan calon. First, apa yang mira expect.. dia boleh terima mira seadanya. boleh terima segala kekurangan dan kelebihan diri mira. boleh bertolak ansur dan tak putus asa dengan mira. 

kita sebagai perempuan, akan ada mood yang swing-swing nak cari pasal la, tetiber moody la. kekadang sedih.. jadi harapannya dia tak akan putus asa la dengan kita. still boleh layan and bersabar dengan kerenah kita. then, bertanggungjawab. kekadang kita as perempuan pun faham dengan keadaan kewangan lelaki. kita bukannya nak yang berduit yang kaya-raya pun.. at least yang cukup pakai minum bayar rumah apa semua. awal-awal of course la akan ada tempoh struggle sikit.. kita pun faham.. sekurangnya lelaki tu jenis yang berusaha untuk mencari rezeki, takdelah yang jenis goyang kaki malas nak kerja and harap dekat bini je. 

bukan yang kaya-raya, tapi sederhana cukup untuk hidup. takde berhutang sana-sini.. and last, setia. rasanya semua pun faham kut istilah setia ni.. bukan jenis yang dah ada tapi sibuk nak melayan berkawan sana-sini. kalau dah ada, buat cara dah ada, yang takde tu, takpelah.. 

actually, selagi kita belum berkawan  dengan dia, kita tak akan kenal dia macam mana.. so tu je kut expectation mira before kenal dengan sesiapa. kita hanya kenal seseorang tu selepas berkahwin.. jadi sebelum kita berkahwin, buatlah pilihan yang bijak. bukan untuk mencari yang sempurna, tapi untuk mencari yang serasi dengan kita. 

mira sendiri pun masih single. hahaha. doakanlah mira cepat bertemu jodoh dan dipermudahkan segala urusan. semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua. apa yang mira share di sini hanyalah sebagai pendapat personal mira dan takde kena mengena dengan sesiapa. wallahualam. 

Tuesday, 21 January 2020

Simple Sharing, but Inspiring!


Najwa Latif. Nama yang tak asing lagi dari bidang industri.. mungkin sekarang tak sefamous dulu la.. before this, zaman mira sekolah. she was famous, masuk finalist AJL kut. Lagu popular waktu tu "cinta muka buku". mira adalah salah seorang peminat lagu tu dulu.. huhu. I don't know why.. mungkin ada cerita di sebalik facebook and lagu tu dekat dengan mira. and back then, blog mira yang ni pun.. mira letak playlist lagu and mostly dalam playlist tu lagu najwa latif. tapi sekarang dah buang playlist tu, sebab serabut.. ni nak baca blog ke nak dengar lagu kan..

Family mira tahu yang mira memang minat najwa latif dari zaman sekolah.. sampaikan pernah satu masa tu.. diorang tanya.. kenapalah kau ni minat sangat najwa latif. nak kata cantik, biasa je. cantik kau lagi! wohohoo.. bukan senang kena puji guys. Actually bukan rupa menjadi sebab mira minat dia. but her personality. she was so humble. lebih pentingkan education daripada nyanyian. singing was her hobby je. attitude and behavior dia la kut yang buat mira minat dia. Even sekarang dia tak famous, but I still minat dia.. 

I don't know sama ada korang tahu atau tidak.. tapi najwa latif selalu buat #sistershare dekat channel youtube dia. yang bagi sharing tu adalah najwa latif and adik-beradik dia.. I think you guys should watch it. Video-video tu just a simple sharing but really inspiring.. 

Diorang tak share kisah-kisah yang macam dalam drama/novel. but it is reality guys. So, banyak iktibar dan pengajaran yang boleh kita ambil. Mira suka cara diorang giving advice, rasa macam dekat and kena je advice diorang. You're not wasting your time watching them. Recommended! Diorang share based on their experienced.. bukannya based on cerita dalam novel drama melayu.. 



#SISTERSHARE 1: ENTERTAINMENT INDUSTRY


#SISTERSHARE 2: EX(ES) + NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI


#SISTERSHARE 3: FRIENDZONE?


#SISTERSHARE 4: EDUCATION!


# SISTERSHARE 5: INSECURITIES?


#SISTERSHARE 6: TO LOVE AND TO LET GO


#SISTERSHARE 7: CHANGES


#SISTER 8: GADUH ADIK BERADIK


#SISTERSHARE9: BROKEN FAMILY


#SISTERSHARE 10: DUIT? 

Untuk episod-episod seterusnya korang boleh tengok di youtube channel 'Its Najwa595' okay! babai!

Wednesday, 1 January 2020

Welcome 2020

Image result for 2020 new year
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur kita semua bertemu dengan tahun 2020. Apa expectation kita untuk tahun 2020?? mesti kereta terbang kan? 😂 itulah yang kita katakan.. kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan.. 

Bagi tahun lepas 2019, mira letakkan 2 azam yang mira nak capai. first, nak habiskan belajar which is degree in health administration on time! dan alhamdulillah, mira dah tamatkan Jun 2019, on time!. no repeat and no extend untuk my degree. also, mira target pointer 4.0 untuk semester last dan mira berjaya capai target. now, mira tunggu untuk konvo bulan 3 tahun ni di uitm shah alam. 

Azam untuk 1 lagi adalah mira nak achieve 43kg. memandangkan waktu tu berat mira dalam 48kg camtu.. mira target nk turunkan ke 43kg. waktu zaman belajar dulu, berat mira memang naik mendadak dan pipi tersangatlah chubby.. nak buat camne, makan malam tak pernah skip. huhuhu.. duduk dekat bilik bosan, so banyak spend time dekat cafe malam-malam. tu yang cepat sangat naik. alhamdulillah pun tercapai. tapi tak mampu nak maintain. berat naik turun.. rasanya dah naik balik ni.. tapi at least tercapai lah jugak kan.. hihihi..

so untuk tahun ni, dan setakat ni mira belum letakkan apa-apa azam lagi. more on follow the flow je. cumanya adalah harapan sikit-sikit. basically harapan mira untuk tahun ni, kalau ada rezeki, mira sangat berharap dapat kerja yang stabil, tak single dah, dikurniakan rezeki lebih.. benda-benda ni kita kena sentiasa berdoa, usaha dan tawakkal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Yakin dan Redha.  

InsyaAllah semoga tahun 2020 membawa harapan dan memberi sinar yang baru kepada kita semua untuk menjadi seorang yang taat kepada Allah, agamanya dan menjadikan kita lebih baik dari sebelum-sebelum ni. Fighting!!

Zaman FRIENDSTER dan Zaman INSTAGRAM

Assalamualaikum dan hai korang.. korang pernah dengar tak friendster? kalau umur korang dah 20 ke atas, probably mesti korang tahu kan friendster tu apa. budak-budak remaja sekarang mesti tak tahu kan... yelah, friendster ni dulu je ada, sekarang dah takde. actually friendster ni lebih kurang jugak macam facebook. boleh post status, ade profile masing-masing. Mira sewaktu sekolah rendah, darjah 5 and darjah 6 sangat la aktif di friendster.
Mira bukan nak cerita berkenaan friendster.. tapi mira nak share zaman mira dahulu masa zaman sekolah dan zaman sekarang which is adik-adik mira yang tengah bersekolah. adik mira ada tingkatan 4, tingkatan 1, darjah 6, darjah 2 dan darjah 1. Dulu waktu mira darjah 5 dan darjah 6, mira memang aktif di friendster. kalau nak compared to myspace.. myspace mira ada, sempat lah buat.. tapi mira tak aktif.. more on friendster and yahoo messenger (ym). best tau chat dekat yahoo messenger.. teringat balik.. Ya Allah, rindunya zaman-zaman ni.. 
Tahun 2007,2008 ni.. telefon tak canggih macam zaman sekarang. dulu henset just boleh call and mesej. habis-habis pun bolehlah main kolony.. kbom apa semua.. hahaha.. kelakar bila teringat balik zaman ni.. entah apa-apa je main kbom-kbom ni.. so, mira main friendster and ym ni melalui komputer. Untuk pengetahuan korang, mira ada abang. memang kuat main game. jadi komputer tu seolah-olah dia yang control. waktu mira boleh guna komputer hanyalah sejam je dalam sehari.. jadi dalam masa sejam tu memang guna sepenuhnya... 
Mira masa darjah 6 nak UPSR.. mira tak pandai tau.. mira dulu agak lemah jugak la dalam pelajaran ni. huhuhu.. jenis kuat main. tapi kita dulu kuat main pun, bukan jenis main henset. menghadap telefon, tak.. kita dulu more on outdoor. pergi rumah kawan-kawan main tang duduk, tang kejor, naik basikal round-round kampung, galah panjang.. tapi Alhamdulillah mira bersyukur sangat hidup pada zaman ni.. dengan tak pandai pun, and takde lah study mana pun.. boleh la result 3A 2B. 
(ibarat home di facebook)
Zaman sekolah menengah pulak.. mira ada telefon. canggih sikit je. boleh buka facebook dekat telefon, tapi masih belum ada mobile data. jadi setiap kali kalau buka facebook dekat telefon, kredit kena tolak. banyak pulak tu kena tolak kredit. haih.. jadi tak main sangat pun henset... dan Alhamdulillah result PMR, SPM okay. 

(ibarat profile di facebook)

Apa yang mira nak share kat sini sebenarnya.. berbeza zaman mira dulu dengan zaman adik-adik mira. sekarang telefon semua dah canggih.. dan budak-budak 3,4 tahun pun dah pandai main youtube. dan menjadi satu kewajipan pulak mira perhatikan untuk setiap budak kena ada henset. Even baru sekolah rendah pun dah ada. jadi kesannya budak-budak sekarang hanya tahu menghadap henset je. 24 jam duk hadap ig, twitter, fb, youtube, game, no more outdoor games... 




Kak Aina, mak sepupu mira ada share yang baru-baru ni ada budak nak bunuh diri. sebabnya? mak rampas henset. see? tengok budak zaman sekarang, betapa ceteknya pemikiran tak dapat main henset sampaikan terus nak bunuh diri.. lain macam betul ketagihan budak-budak zaman sekarang dengan henset. mira taknak lah share anak orang lain. mira perhatikan, adik-adik mira sendiri pun asyik menghadap henset je.. tak berenggang langsung. yang lelaki nya duk main mobile legend, pubg nya. yang perempuan pulak duk scroll instagram, ws, youtube je.. kesannya, pelajaran agak merosot. result pun kurang memberansangkan. 




Bila budak-budak zaman sekarang terlalu addicted dengan henset media sosial. diorang punya pelajaran akan merudum jatuh. tak dapat nak fokus dalam kelas. yela.. dalam kepala duk fikir nak balik main henset.. sampaikan yang dulu cemerlang dalam pelajaran makin jatuh-makin jatuh.. bak kata ayah mira dulu-dulu.. sebenarnya kita bukan tak pandai, tapi kita malas. 

jadi pesanan mira, untuk remaja yang masih bersekolah lagi.. fokus lah dulu dekat pelajaran.. kurangkan penggunaan henset. manfaatkan penggunaan henset dengan baik. banyakkan luangkan masa dengan family dan kawan-kawan.. waktu nila korang nak create memories main outdoor sesama, buat kerja gile sama-sama. Kalau korang 24 jam berkawan dalam whatsapp, ig je.. takde memori yang boleh buat kenangan. 

untuk parents pulak, control lah penggunaan henset pada anak-anak anda. tak dapat dinafikan yang tiada parents yang tak sayangkan anak, kalau boleh nak penuhi semua permintaan anak dan nak sangat manjakan anak.. tapi berpada-padalah.. kesan mungkin tak nampak terus, tapi lama-lama bila dah teruk.. risau tak mampu nak buat apa dah.. addicted to media sosial bukan benda yang remeh-temeh..  sekian saja, semoga bermanfaat!

Thursday, 25 October 2018

Secebis nasihat untuk lelaki

Disebabkan aku ada abang and adik lelaki, and aku taknak diorang cari pasangan yang salah.. aku nak nasihatkan before korang kaum lelaki nak kahwin, pilih lah betul-betul pasangan korang.. siasat sikit latar belakang diorang..

Aku bukan apa, aku pernah ade pengalaman dapat roomate yang pengotor gile. Perempuan, tapi pengotor.. pemalas tu kira okay lagi, bagi aku.. pembersih tapi pemalas macam better lah sikit. Tapi ni serious bagi aku macam tak layak lagi nak buat isteri. As seorang perempuan yang ade adik beradik lelaki, aku tak cakap dia tak layak jadi isteri. Tapi belum layak.

Kenapa aku cakap macam ni? Sebab dia ade boyfriend.. fikir logik, perangai macam ni pun boleh ada yang berkenan ke.. okay, aku faham. Bab kata orang, terima seadanya.

Tapi kau boleh fikir tak, once kau dah kahwin.. hidup kau akan totally berubah? Kau akan share hidup dengan dia. Dah kalau perempuan sejenis yang pengotor.. kain baju kotor dia pun main campak atas lantai macam tu je.. biar macam tu je.. makin hari makin berlonggok kain atas lantai tu.. kau boleh hidup ke?

Kau tegur je, habis segala kata cacian dia bagi kat kau. Hadap lah kau. Sebab memang normal life dia, bahasa mencarut aka caci maki ni dah macam zikir kat mulut dia. Aku bagi contoh ey.. "kau dah kenapa, sial?". Waktu bercinta mungkin lah kut nampak comel (kut). Tapi after kau kawin.. boleh terima ke dia panggil sial?

Kekadang aku pun tak faham kalau perempuan pun jenis yang pemalas, kain baju dia penuh main sidai macam tu dekat tingkap.. dengan kain tuala lagi.. susah sangat ke nak sangkut dekat hanger and sangkut elok-elok?

Makan kerepek pun sambil baring atas katil.. makan sambil main phone, dengan baring.. boleh bayangkan tak?.. and then tidur sekali dengan balang-balang kerepek dekat atas katil. Gosh!

Aku taknak cakap banyak.. masa bercinta, yela. Cakap kemain lembut. Same goes to her, on the phone dengan boyfriend. Ya Allah, lembut je suara.. cakap baik-baik je.. siap mengadu dalam tandas ade lipas.. (perangai kain baju kotor campak atas lantai taknak cerita pulak). Takde pun maki hamun, kalau ade pun, dengan nada lembut. Bercinta lah katakan..

Tapi on the reality.. sejenis perangai yang pemalas, pengotor gile... Pastu asyik maki orang je.. bercakap kalau takde mencarut, maki tak sah..

Nak tahu condition bilik aku ni macam mana, and perangai dia macam mana.. boleh baca post yang lepas.. aku ada story detail.

Tapi kat sini aku nak tekankan.. lelaki, nak pilih pasangan korang.. pilih la yang betul-betul.. yang ada ciri boleh nak buat pasangan.. yang boleh ambik tanggungjwab handle rumah.. bukan tahu melawa, on the phone je.

Waktu bercinta memang korang tak nampak.. sebab bukan korang duduk sekali dengan dia pun. Korang hanya nampak waktu dating je.. tapi tu of courselah dia memang akan pakai and make up cecantik. Tapi siasatlah dia sejenis yang macam mana dekat bilik, rumah..

Masa bercinta semuanya indah, tapi bila kawin.. kau akan kenal baik buruk pasangan.. waktu tulaa ujian sebenar.

Sekarang aku faham bilamana ada pasangan yang baru kawin beberapa minggu atau bulan, terus bercerai. Salah satu faktornya macam nilaa. Waktu bercinta tak pernah tahu pun isteri ni macam mana. Tengok waktu bercinta indah je belaka. Lepas kawin baru nampak yang rupanya dia ni pengotor.. pemalas pulak tu.. main campak baju kotor macam tu atas lantai.. tingkap bilik, rumah tak reti nak bukak..

bende ni nampak simple, tapi bila kau dah duduk satu bilik atau rumah dengan dia. Hanya Allah yang tahu perasaan kau.

Pilihlah dengan baik. Jangan lupa doa dan istikharah.
Semoga abang dan adik lelaki aku dapat isteri yang baik, rajin, pengemas, solehah dan taat pada suami.

Sunday, 21 October 2018

Disebalik hujan, ada Pelangi




aku baru je terbaca satu tweet ni tadi. dia tweet yang Allah takkan uji jika kita tak mampu. dia uji sebab dia Maha Mengetahui yang kita mampu untuk tempuhi ujian tu. So, aku terimbau kembali beberapa kejadian yang berlaku dalam hidup aku..

Disebalik hujan, ada pelangi. yes! sekarang aku percaya dengan kata-kata ni and aku still berpegang dengan quotes ni.. 

so, sajelah nak sharing pengalaman hidup aku, yang membuatkan aku percaya and berpegang dengan quotes ni..



First. dulu zaman sekolah rendah, antara kawan rapat aku.. syahidatul, alia, masrina, hajar, farhah.. and yang paling rapat waktu ni ialah syahidatul.. and UPSR waktu tu, antara kami-kami ni.. aku lah yang paling lowest.. diorang semua dapat 5A, 4A.. aku dapat 3A je.. masa tu down gila.. same goes to PMR, kawan-kawan dapat tinggi.. aku just dapat 5A 4B je.. tapi Alhamdulillah, rupanya Allah nak bagi masa SPM. SPM aku dapat 7A.. Bersyukur la 7A.. walaupun tak straight A's. kalau straight, macam magik pulak.. aku pun tak percaya. kekeke... waktu tu aku faham, Allah tak bagi waktu UPSR, PMR.. tapi Allah nak bagi special untuk SPM.. 




Second. waktu sekolah and lepas SPM dulu.. aku kena jaga arwah tok aku.. bayangkan kawan-kawan lain asyik keluar sana sini.. aku duduk rumah teman tok aku, jaga tok aku.. zaman sekolah bergilir dengan mak sedara aku.. kalau dia ada kelas hari sabtu, aku kena jaga.. kalau dia takde kelas, bolehla nak keluar kejap-kejap.. tapi before maghrib wajib balik. sebab nak take turn.. waktu bibik ada pun bergilir dengan bibik.. tapi satu je nak cakap, sepanjang aku jaga arwah tok.. rezeki aku sentiasa murah.. tak pernah kut waktu tu rasa duit tak cukup.. sentiasa cukup.. sepanjang diploma arwah tok aku masih ada pun, duit sentiasa cukup.. kekadang siap ade lebih setiap bulan..  tapi lepas arwah tok dah takde, baru lah rasa kekadang duit tak cukup.. kena jimat-cermat.. bagi aku, ni semua keberkatan. berkat sebab jaga arwah tok aku.. result SPM aku pun, aku rasa sebab berkat jaga arwah tok aku, nak harapkan usaha aku je.. memang tak la.. hehehe..



Third. Benda yang paling aku takut akan terjadi dekat life aku. and its happen.. bagi aku kejadian nilah yang paling sedih dalam hidup aku. arwah tok aku meninggal. and yang paling aku sedih waktu tu aku dekat uitm, tengah struggle final exam and LAST SEM. baru je lepas 1 paper, and ada bnyak lagi paper time tu.. waktu tu aku ada 2 pilihan je, tak dapat jumpa untuk kali yang terakhir and balik tapi repeat 1 semester lagi. waktu tu hari-hari aku menangis, and seriously memang takleh nak fokus langsung dekat final. aku yang selalu jaga tok aku.. bagi makan, mandikan, teman tidur... tibe-tibe waktu hari terakhir dia dekat dunia, kau tak dapat jumpa.. sedih sangat waktu ni... waktu ni, ramai yang mesej ucap takziah and ucapan, tapi still tak boleh hilangkan kesedihan.. waktu ni, orang ucap la takziah, suruh sabar, tabah ke apa.. kau takkan rasa apa-apa.. hati perasaan beku kejap. sebab terlampau sedih.. tapi Alhamdulillah, bagi aku ada 2 orang je insan yang dia takde bagi ucapan panjang-panjang suruh sabar ke apa.. tapi dia just tanya "ira, kau okay tak?" setiap kali aku post aku sedih, tengah down ke apa. dua insan ni muncul... tanya sama ada aku okay ke tak.. nampak ringkas je soalan ni, tapi seriously, nilah ayat yang paling buat kau rasa paling lega saat-saat macam ni. and kekadang tu dia takde tanya ke apa, tapi dia buat lawak bodo dalam group. kiteorang ade group ws waktu ni.. seriously, agak terhibur jugakla waktu tengah sedih. honestly, aku memang appreciate gila 2 insan ni. sebab kehilangan arwah toklah benda yang paling sedih pernah aku alami dalam hidup aku, and diorang cuba untuk buat aku happy.. Thanks fahmee, lutfi.. jangan fikir yang bukan-bukan ye.. diorang ni kawan je, and diorang dah berpunya.. btw, yang ucap takziah and ucapan tu, terima kasih. And percaya atau tak, dalam aku selalu menangis time final tu.. kekadang baca tak masuk apa, tengah-tengah jawab exam tu menangis, hari-hari pergi dewan periksa dalam keadaan mata bengkak.. tapi Alhamdulillah, Allah hadiahkan last sem tu aku dekan.. berkat sabar aku harungi detik-detik tu.. Allah datangkan pelangi dalam hidup aku.. 




And yang ni last la aku share, sem lepas.. aku MT dalam satu society ni.. and at the same time, aku JPB untuk kolej.. kesibukan tu takyah cakap.. siang malam, tak meeting.. event.. weekend orang lain balik, berjalan.. aku bersilih ganti antara event society and kolej.. kekadang takde masa untuk diri sendiri.. balik tengah malam, tidur tak cukup.. terpaksa bangun tengah-tengah malam nak study untuk test and siapkan assignment. tapi disebalik kesusahan ni.. Allah hadiahkan sesuatu di pengakhirannya.. ya. aku dekan sem tu... kekadang tak percaya pun ada, ingatkan degree ni takkan merasa dah dekan.. memandangkan ade beberapa subjek aku takleh nak carry. tapi tulah.. percayalah. di sebalik hujan, ada pelangi.. 

semoga ujian aku sem ni, petanda Allah nak hadiahkan sesuatu di pengakhirannya. 



Saturday, 20 October 2018

Soalan FAMOUS bila balik kampung




Baru-baru ni aku ada balik kampung. Kebetulan ade kenduri belah Batu Pahat. Jadinya, moksu aku ajak balik kampung sekali.. Alang-alang aku memang dah lama tak jumpa atuk and nenek. Dah almost dekat setahun kut.. So, aku setuju la untuk balik kampung.. 

Sedangkan waktu tu aku tengah demam teruk.. pagi tu pun aku skip kelas, sebab tak larat. tapi makan ubat and gagahkan jugak la untuk balik kampung.. kalau ikutkan hari jumaat, sabtu and ahad tu, aku ada event. tapi aku pilih untuk balik kampung sebab tak tahu bila lagi peluang dapat jumpa atuk and nenek. tambah-tambah nanti dah start intern. 

Sampai-sampai je rumah moksu, maksu dah start tanya.. "dah ada ke belum.. bila nak kahwin".. tepuk dahi. aduuuuhh.. dalam banyak-banyak soalan, soalan ni jugak nak tanya... siap bagi warning lagi.. kalau dah ada, jangan lupa share dengan maksu...

Kenduri dekat batu pahat, aku dengan maksu gerak dari putrajaya.. Pakngah gerak dari kampung, simpang renggam.. mak  uteh pulak gerak dari Melaka.. Jadinya semua berkumpul jumpa dekat kenduri tu.. 

Lepas dah makan tu, saje la duduk berborak dengan Mak Uteh..  As expected, again ! Soalan dah ada pakwe ke belum.. bila nak kahwin terpacul jua dari mulut mak uteh... aduh duh duh... tapi jawab jela dengan jujur yang masih belum ada, and lambat lagi nak kawin... yela kan.. dah takde calon, macam mana nak kawin kan... 

Boleh pulak maksu terpancul waktu tu.. dengan selamba je maksu jawab.. "Tahun depan aku nak kawin dah. memandangkan tahun depan aku dah habis belajar" .. hareeeyyyyy... bila masa pulak aku  kata nak kawin tahun depan wahai maksu.. saje je maksu ni.. 

Kalau mak sedara aku yang lain.. selalu je bunyi, bila la diorang dapat datang Terengganu.. bila aku balas, datangla.. boleh tidur dekat rumah.. and then mesti diorang akan cakap.. "Tunggu Ira, Amir, Ammar kawin la.. baru kiteorang datang Terengganu". Macam tu pulak.. 

Untuk pengetahuan semua, Amir, Aku and Ammar ni kira cucu yang paling atas. Maknanya amir cucu sulong, aku second and ammar. lepas tu ade la yang lain-lain.. That is why mak sedara-mak sedara, kalau kami balik kampung je.. mesti akan tanya bila nak kawin.. haih. 

Korang macam ni jugak ke?

Inktober


Apa sebenarnya Inktober ni? Hari-hari Mira tengok abang mira, Amir duk post gambar lukisan, then akan ada #inktober dekat Facebook.

Apa maksudnya tu??

Curious. 



What is Inktober? It's an art challenge started by Jake Parker, one of the founders of SVSLearn. Every year, artists all over the world take on the challenge of making an ink drawing every day for the entire month of October. That's 31 drawings in 31 days! The goal is to improve your drawing skills and develop positive drawing habits.

So nilah jawapannya.. Inktober ni adalah challenge untuk hasilkan lukisan.. 1 hari, 1 drawing sepanjang bulan Oktober..

Sekarang barulah Mira faham kenapa hari-hari Amir duk post gambar lukisan dengan #inktober...
Untuk yang ada bakat melukis ni, sangatlah nice untuk join.. kalau yang takde bakat tu... udohlerr.. kita masuk pertandingan mewarna jelaaa.... huhuhu...







Nilah antara lukisan-lukisan yang Amir post dekat Facebook dengan #Inktober..
(harap Amir tak marah sebab curi gambar ni) Ihiks.

Semoga Amir teruskan dengan bakat melukis ni dan hopefully bakat ni dapat dikembangkan lagi..