Showing posts with label Hubungan dan Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Hubungan dan Kehidupan. Show all posts

Sunday, 29 October 2017

Apabila Ditanya Soal Jodoh, Begini Responnya

“Bila nak kahwin?”
Aku jawab, “Allah masih rahsiakan jodoh saya.”
“Tak ada calon lagi ke?”
Aku jawab, “Allah masih nak rahsiakan jodoh saya.”
“Umur dah meningkat tu…”
Aku jawab, “Allah masih rahsiakan jodoh saya.”
“Bila boleh makan nasi minyak ni?”
“Hanya Allah yang tahu…”

Aku sering kali ditanya dengan pertanyaan jodoh. Pertanyaan demi pertanyaan ditanya oleh orang sekeliling. Pertanyaan oleh keluarga sendiri. Pertanyaan oleh jiran. Pertanyaan oleh sahabat-sahabat zaman sekolah dan juga rakan sekerja.
Terasa rimas dengan pertanyaan itu. Aku faham mereka sangat prihatin terhadap diriku. Terima kasih semua, tetapi tentang jodoh ini dalam rahsia Allah.
Selagi kun fayakun DIA tidak menyapa, aku hanya mampu usaha dan berdoa kepada-Nya seterusnya tawakal…
Allah ada sebut dalam Surah Ar Rum (30): 21
“Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia Menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.”

Ada yang bercinta bertahun-tahun, selalu keluar bersama tetapi akhirnya berpisah. Ada pula yang baru kenal sebulan dua, bersua muka sekali dua bersama mahramnya dan akhirnya bersama.
Aturan hidup kita, tiada siapa yang berani kata pasti kerana hanya Allah sebaik-baik perancang kepada hamba-Nya.
Boleh jadi yang digenggam kemas-kemas saat ini, itu yang akan dilepas selama-lamanya nanti. Ada juga yang berpisah setelah lama bercinta kerana baru sedar cara mereka ‘salah’.
Masing-masing mencari diri dengan bertaubat pada-Nya dan akhirnya Allah pertemukan mereka kembali. Rahsia jodoh itu unik kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.


Impian Cinta Hatiku…

Aku ingin…
menjadi suri dalam hidupmu
supaya hubungan kita diredhai-Nya.
Aku ingin…
menjadi permaisuri hatimu
supaya hanya aku di hatimu
supaya hanya aku isterimu
yang sentiasa taat padamu
Aku ingin…
menjadi ibu mithali
putera puteri kita
supaya menjadi qudwah terbaik buat mereka.
Aku ingin…
menjadi wanita yang paling bahagia
menjadi wanita yang solehah
apabila kita hidup bersama.
Aku ingin…
bertemu denganmu
semoga ALLAH permudahkan pertemuan kita.
Walaupun kita tak bertemu
Walaupun kita tak kenal
itulah satu tempoh unik
tempoh ujian kita
kesabaran hati
ketabahan hati
tempoh usaha kita
untuk perbaiki diri
untuk mencari ilmu
mengenal cinta ALLAH…
supaya kita boleh menghadapi
mehnah dunia yang datang.
Duhai hati
sabarkan dirimu
usah gelisah
sabarkan dirinya
usah terburu-buru
kerana hati kita pasti bersatu jua
pasti bertemu jua
kerana jodoh itu rahsia ALLAH
perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik…
Janji ALLAH pasti!!!
hanya masa belum tiba
hanya saat itu belum hadir
kerana belum tiba masanya lagi..
Duhai hati
ingatlah ALLAH
kerana hanya mengingati ALLAH
hati kita menjadi tenang
jodoh kita pasti ada
tunggulah masanya nanti!
Ya ALLAH..
jagalah hatiku
jagalah hatinya
mujahadahkan hati kami
supaya hubungan suci
antara aku dan dia terjalin
kerana-MU Ya ALLAH..
supaya ikatan suci itu terpelihara
daripada fitnah penduduk bumi
supaya sentiasa didoakan
oleh penduduk langit..
Ya ALLAH…
itulah impian cintaku
impian cinta untuk dirinya
impian cinta untuk bersamanya
hanya untuk dia
walau aku tak tahu siapa dia
walau aku hanya menanti
penantian itu satu kesabaran
aku tabahkan diri
menanti sebuah takdir terindah
takdir pertemuan aku dan dia..
Amin…
by Nadia Sensei (iluvislam.my)

Tuesday, 10 January 2017

Kenapa Harus Terburu-buru Berkahwin


“Sudah ade kekasih ke belum?”
“Kenapa masih takde pakwe/makwe?”
“Masih takde yang berkenan ke?”
“Memang jenis suka bersendirian ae?”
Kita diserang bertubi-tubi dengan pelbagai aneka soalan yang mencengkam jiwa.
Tidak boleh berhelah, tidak boleh mencari alasan. Tengok kiri dan tengok kanan, semuanya sama sahaja.
Banyak sudah teman-teman bergandingan, berjalan seiringan, makan sekali, study sama-sama, keluar bersama dan berbual mesra.
Luluh juga pertahanan hati, suasana disekeliling kita memaksa kita untuk hidup seperti mereka.
Kita tidak mahu dicap kolot, jual mahal dan suka mengasingkan diri. 
Pupus kemulian diri, menjaga kehormatan adalah sangat berat hampir separuh mati.
Hidup terasing dari suasana masyarakat yang merayu setiap hari. Memadu kasih, menyapa sayang akhirnya bukanlah sesuatu yang istimewa.
Tidak istimewa kerana tiada masa menunggu yang panjang. Tidak pula menarik hati kerana boleh bertukar ganti sesuai dengan selera.
Mudah sekali menjalinkan hubungan dan mudah sekali memutuskan hubungan. Mencintai  dan dicintai menjadi tidak asyik lagi.
Masa muda dilihat serba sempurna sekadar memuaskan mata, mamanjakan hasrat jiwa dan mengabaikan larangan Allah.
Kenapa Harus Terburu – Buru Berkahwin?
 
Apa yang membuat kita berasa harus menyemai cinta di usia belia?
Apa yang membuat kita perlu berlatih, mengolah hati dan mengolah perasaan untuk sesuatu yang bernama “cinta yang terlarang?”
Apa yang membuatkan kita bersusah payah menyesakkan fikiran dan jiwa untuk sesuatu yang hanya menghasilkan pundi-pundi dosa?
Apakah bila cinta tidak menghampiri, ia tidak akan datang selamanya?
Apakah kalau kita tidak merasakan sekarang, kita akan menjadi makhluk paling aneh didunia?
sama sekali tidak.
Kenapa Harus Terburu – Buru? Masa muda adalah masa produktif.
Masa muda adalah masa untuk mengumpulkan bekal untuk hidup yang semakin mendatang. Inilah masa untuk memberi erti kepada dunia yang kita huni.
Inilah masa untuk mengasah kemampuan, mengumpulkan kemahuan dan berharap adanya perubahan yang besar dalam hidup kita.
..

Cinta ditolak. Adakah ini memalukan?





“Saudari, maafkan saya. Saya tidak dapat menerima cinta saudari. Cukuplah sampai disini. Semoga Allah mengampuni saya jika saya bersalah. Saya tahu niat saudari baik, tetapi saya bukanlah orang yang tepat.”
Tulisan ini mungkin pernah kita terima melalui SMS yang masuk ke inbox telefon kita. Tentu remuk rendam hati dan perasaan kita.
Cinta kita ditolak! Malu..!
Dunia seolah-olah berakhir. Suasana hati berubah mendadak dan menjadi binggung tidak tahu harus berbuat apa.
Sesiapapun mungkin akan kecewa apabila keinginan dan cita-citanya tidak tercapai. Perasaan kecewa adalah sebahagian dari gharizatul baqa‘ (naluri mempertahankan diri) yang Allah ciptakan pada manusia.
Dengannya, manusia adalah bukan robot, mereka mempunyai pelbagai emosi. Dapat gembira tetapi boleh juga untuk merasa kecewa.
Manusia memang tidak suka dengan penolakan. Mereka ingin semua keinginannya selalu dipenuhi. Padahal ditolak adalah salah satu daripada kehidupan kita.
Hidup ini adakalanya tidak boleh memilih.
Benar, cuba kita perhatikan, kita lahir ke dunia ini tanpa ada pilihan: sebagai lelaki atau perempuan, berkulit gelap atau cerah, berbeza suku bangsa.
Rezeki dan jodoh juga adalah sesuatu yang diluar pilihan kita
Man propose, God dispose  – Kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar, tetapi Allah jua yang menentukan segalanya. Ya, yang penting kita sudah IKHTIAR!
.

Ditolak Bukan Suatu Aib

Pastinya perasaan Malu, kesal dan kecewa menjadi satu.
Tetapi itulah bentuk perjuangan menuju pernikahan. Kita sememangnya tidak tahu apakah sang pujaan menerima atau menolak kita, kecuali setelah kita memberi tahu hasrat hati kita kepadanya.
Apabila cinta ditolak tidak usah malu.
Bukan cuma kita sahaja yang pernah ditolak. Ramai lagi orang lain yang senasib dengan kita.
Jika seorang wanita melamar lelaki, dia tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku.
Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh sebenarnya adalah mereka yang mendedahkan aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas  
Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam.
Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu?
Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan :)
.

Positiflah!

Marah-marah kerana ditolak?
Mendoakan keburukan kepada lelaki/wanita yang menolak kita?
Itu bukanlah sikap seorang muslim yang baik. 
Tidak ada yang dapat melarang seseorang untuk jatuh cinta mahupun menolak cinta.
Sebagaimana kita mempunyai hak untuk mencintai dan melamar orang, maka ada juga hak yang diberikan agama pada orang lain untuk menolak pinangan kita.
Bahkan dalam kehidupan rumah tangga pun seorang suami dan isteri diberikan hak oleh Allah (SWT) untuk membatalkan sebuah ikatan perkahwinan.
Mengapa Allah SWT memberikan hak menolak cinta kepada kita? Dan dalam perkahwinan ada “penceraian”? 
Jawapannya adalah mungkin manusia yang pernah jatuh cinta atau setelah membina rumah tangga, ternyata tidak memperoleh kebahagiaan (al-hanaah) dari pasangannya, maka tiada gunanya untuk kita mempertahankan sebuah hubungan apabila kebahagiaan dan ketenteraman tak dapat diraih. Wallahuaklam bi ash sawab
Berfikir positiflah apabila cinta atau hasrat hati kita itu tidak berbalas.
Belum tentu kita memperoleh kebahagiaan apabila hidup bersamanya. Apa yang kita pandang baik pada mata kasar, belum tentu akan memberikan kebaikan pada kemudian hari.
Allah maha pengatur, pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan.
Be positive thinking. Tiada sebab untuk bersedih.
Pengalaman Ditolak.
Perasaan ditolak secara normalnya itu memang pedih, sakit dan perit. Rasa macam nak bunuh si dia pun ada. Kita korbankan ego, perasaan malu yang tinggi semata-mata untuk meluahkan isi hati. Tetapi si dia tolak bahkan tidak memberi sebarang respon.
La Tahzan. Ya, Usah bersedih. Perasaan kecewa itu mungkin ada, tetapi itu hanya sementara. Kita telah luahkan apa yang tersirat di dalam hati kita yang menjadi bebanan buat kita selama ini. Bebanan menyimpan perasaan yang tidak tahu hala tuju, kata akhir. 
Usai sahaja kita luahkan, walaupun ditolak. Kita akan rasa bebanan di dalam hati kita seolah-olah berunsur hilang. Lega, ya. Perasaan lega walaupun cinta kita sudah ditolak. 
Mungkin si dia bukanlah yang terbaik untuk kita. Muhasabah diri. Be positive!
Apa yang penting, berdoalah semoga kita dan si dia tidak akan ketemu hingga akhir hayat. (hehehe). 
_unknown_

Wednesday, 14 December 2016

Kalau Awak Bahagia, Saya Pun Bahagia




Kita sering kali mendengar ayat-ayat macam ni terutama ketika saat berakhirnya sesuatu hubungan. Malah di drama TV juga turut membicarakan statement macam ni. Sebagai contoh, si perempuan terpaksa meninggalkan si lelaki dek kerana ibu bapanya sudah pun mempunyai calon pilihan hati untuk dinikahkan kepada anak dara mereka.
Si lelaki terus berkata “kalau awak bahagia, saya pun bahagia”. Namun, sejauh mana keikhlasan lelaki itu? Secara realitinya, perit untuk menerima, namun, kalau perpisahan adalah takdir buat mereka, siapa mereka untuk mengatakan tidak? Dalam erti kata lain, ayat ini juga membawa maksud seolah-olah redha dengan ketentuan ilahi.
Baik lelaki mahupun perempuan, perasaan untuk menelan sakit di hati tidak terkata. Hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja buat hubungan cinta yang kecundang di tengah jalan itu. Biar perit dalam menyampaikan kata-kata itu, “kalau awak bahagia, saya pun bahagia” namun, bertindak secara rasional dan matang, nescaya luka di hati akan cepat padam. Allah sentiasa ada bersama kita, cuma kena rajin berdoa sahaja.  
Berbeza pula dengan mereka yang tidak boleh menerima takdir Allah. Bahkan, apa reaksi mereka? Masih ada segelintir masyarakat di luar sana yang tidak boleh terima dengan takdir Allah. Ya memang betul, mereka masih mampu mengungkapkan “kalau awak bahagia, saya pun bahagia”, tetapi, siapa sangka, terdapat maksud tersirat disebalik kata-kata itu. Ada yang sampai guna bomoh untuk dapatkan si dia, dan ada yang sampai bunuh diri kerana terlalu sayangkan si kekasih. Ini semuanya syirik. Perkara yang paling dilaknat Allah. Oleh itu, daripada kecil lagi kita sudah wajib dididik dengan agama, agar terhindar daripada perbuatan terkutuk ini.
Sedih, kecewa, sakit macam mana pun perasaan di saat terputusnya cinta yang disemai, berdoalah kepada Allah, moga diberikan petunjuk. Bangkit dari kejatuhan, ingat, BUNGA BUKAN SEKUNTUM, KUMBANG BUKAN SEEKOR. Dalam lift pun kita boleh terjumpa dengan jodoh. Kita sendiri pun tak tahu kan? Jodoh kan rahsia Allah. Macam-macam keajaiban boleh berlaku. Berdoa. Minta petunjuk dari Allah SWT. 
Mungkin kita punya kisah yang tersendiri dalam hidup kita. Begitu juga saya. Apa pun, as long as you're happy. I'm Happy for You. You Deserve someone better than Me. Semoga awak Dalam Jagaan Allah Selalu. (^_^) . wallahualam~~

Tuesday, 5 January 2016

Nikah Muda adakah Semudah Petik Jari ?





Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu bersama kalian semua.. Semoga Kita sentiasa dirahmati Allah. Amira bukan nak berkongsi cerita atau pengalaman dari Amira kali ni. but  Amira nak share satu Ilmu tentang Nikah yang dipetik dari Aiman Banna. Yang Amira rasa sangat penting untuk Amira sendiri dan penting untuk kalian juga. Semoga bermanfaat. (^-^) Baca sampai habis tawwww.. no skip-skip. Barulah Faham dan boleh Hadam  betul-betul mesej yang nak disampaikan. 

Assalamualaikum and hai, my name is Aiman, Aiman Banna. Saya berumur 19 tahun dan isteri saya muda setahun. Mungkin anda fikir anda salah baca tapi saya memang ada mention isteri bermaksud saya sudah berkahwin. Alhamdulillah kami kahwin tahun ini.

Saya seorang suami,
Dan saya ada isteri.

Saya kahwin muda,
Juga bakal ayah muda.

Izinkan saya untuk ceritakan kepada anda mengenai kahwin.

Kahwin, bukannya semudah kita order roti kahwin kat restoran.
Bukan juga semudah cerita Aminah dan Amin tadi, sangat bukan.

Keindahan kahwin juga bukan seperti dalam cerita dan filem Disney.
Novel-novel kat kedai buku sedunia pun tiadalah samanya macam kahwin.

Wahai anak muda, dengarlah kata-kata daripada suami muda ini;

Kahwin ialah benda yang besar, bukan benda main.
Ianya mengenai amanah dan tanggungjawab.
Ianya mengenai kesabaran dan kematangan.

Kahwin bukannya semata-mata anda kucup dahi dia kat atas kapal Titanic, bukannya bila anda ada teman di atas tilam bersaiz besar yang baru, bukannya bila anda upload gambar anak yang baru lahir kat instagram utk dapat like. Juga bukan bila anda berjalan di shopping complex dengan ada tangan pasangan untuk dipegang, bukan sekadar plastik beg lepas shopping.

It's more than that, wallahi it's more than that.

Mungkin anda tidak akan ada masalah ada naga culik isteri anda lalu kurung kat satu menara batu yang tinggi, mungkin juga anda tiada masalah seorang ahli sihir membuat sumpahan kepada isteri anda tidur selamanya. Mustahil la ada.

Tapi adakah anda bersedia tempuh ombak-ombak yang pelbagai..?

Setelah usai akad nikah, bagaimana anda melayar bahtera kehidupan perkahwinan yang akan ada pelbagai jenis ombak yang besaq seperti;

Duit tak cukup, masalah ekonomi.
Nak beli kereta dan rumah, tak mampu.
Hutang-hutang belambak.
Dapat anak awal, tak seperti yang dijangka.
Ada anak waktu tengah sambung degree.
Nak biayai kos membesarkan anak-anak.

Maka apa yang akan ada lakukan?
Bersediakah? Ataupun tak terfikir pun.

Ini ialah realiti perkahwinan, bukannya macam kisah indah dongengan.

Bagaimana pula nanti, selepas kahwin akan ada gaduh-gaduh..?

Biasalah, gaduh-gaduh manja (Cubit-cubit, geletek-geletek dll...) tapi memang lagi biasa akan ada gaduh besar (duit tak cukup, ada yang tak puas hati, rasa terkongkong, akan ada rasa rimas dll...) Memang akan ada rasa culture shock hidup dengan someone yang akan hidup dengan kita selama-lamanya (inshaAllah kalau Allah izin)..?

Akan tiba satu saat satu pasangan akan ada gaduh besar-besaran. Jadi bagaimana anda hadapi..?

Mampukah anda bersabar dengan kerenah masing-masing?
Mampukah anda tidak naik suara, tidak melenting, tidak tengking?
Mampukah anda untuk tidak turut emosi, tidak naik tangan ke atas dia?

Mampukah...!?

Selepas kahwin nanti, anda akan dapat banyak suprise.

Anda akan kenal diri dia yang purely 100% diri dia.
Perangai dia yang tidak ditunjuk selama ini, anda baru tahu.

Anda akan kenal sejarah dia, kenal siapa diri pasangan anda.
Apa yang dia lakukan sebelum kenal anda, anda baru tahu.

Bagaimana pula anda menghadapi suprise itu..?

Ketika inilah kematangan kena main peranan.
Ingat, matang sangat penting dalam satu hubungan.

Buktinya?

Budak tadika; berapa kali dah cinta-cinta monyet?
Akhirnya adakah cinta monyet itu jadi cinta manusia?

Tidak kekal pun; crush dan couple bertukar-tukar sokmo!
Oleh itu, muhasabah diri, dah matang ke belum?

Janganlah nanti suami terguna berus gigi kat tandas terus nak minta cerai, sebab nak cari suami takde gigi supaya ada privacy ke atas berus gigi dan colgate pun jimat? Janganlah nanti nak buat dua tandas, tak nak share tandas sebab isteri tak pandai jaga kebersihan tandas.

It's about bersedia berkongsi segala. Matangkan diri, sedar.

Janganlah nanti isteri nak bermanja-manja lebih, nak spend time lebih, nak on the phone lebih pun kita rimas lalu tak nak layan?  Janganlah nanti rasa tidak selesa dengan kecemburuan pasangan yang over sebab ianya manifestasi cinta pasangan.

Nanti suami nak tengok bola Chelsea lawan Manchester United (Chelsea menang, inshaAllah), janganlah setiap masa nak halang. Kena ada toleransi dan faham-memahami. Ada give and take.

Lepas kahwin, anda akan lihat banyak kekurangan pasangan. Anda ada pilihan;

1. Tak boleh terima, tak redha, rimas.
2. Redha, try addapt, cuba ubah mana yang patut. Sabar.

Andai pertama pilihan anda; anda masih tahap tadika punya cinta. Andai kedua pilihannya, TAHNIAH!

Oleh itu, matangkan diri, sediakan diri.
Cinta monyet, hanya untuk monyet. Ok?

Kahwin bukannya semata-mata untuk anda jadikan alasan untuk jaga hati-lah, untuk jaga nafsu, jaga pandangan dan lain-lain. Tak nak buat benda haram, jadi anda pun bermati-matian perjuangkan kahwin muda, kahwin masa belajar dan berjuta lagi perjuangan anda...

Anda SILAP!

Kerana benda-benda seperti jaga hati, jaga nafsu, jaga pandangan ialah benda yang perlu anda jaga sebelum kahwin. Jika sebelum kahwin pun anda tidak mampu jaga, selepas kahwin pun anda akan tidak tunduk pandangan, tak jaga hati dan lain-lain.

Kenapa kena buat benda-benda ni sebelum kahwin?
Selepas kahwin nanti, timbullah pelbagai issue.

Suka perempuan ini, suka perempuan itu. Suka laki ini, suka laki tu. Nanti dah mula untuk tawar dengan isteri//suami endiri. Romantik awal-awal kahwin je lepas itu hambar tawar. Mula untuk banding-banding pasangan dengan orang lain. Dia lebih hensem la, lebih cantik la.

Inilah implikasi kalau sebelum kahwin pun tak settle jaga benda yang patut dijaga.

Sebab itu dalam tarbiah, sebelum kahwin (baitul muslim), kena settle diri sendiri dulu (fardhul muslim). Kita kena didik diri kita untuk jaga hati, jaga nafsu dll sebelum kahwin lagi, kena didik dengan sebaik-baik didikan tarbiah sehingga berjaya. Kalau didik dan jaga diri pun tak settle, apatah lagi nak didik dan jaga pasangan lepas kahwin.

Jangan kencangkan sembang anda, kencangkan tindakan juga.

Baiki diri dahulu,
Baiki amalan harian,
Baiki hubungan dengan Tuhan.

Jangan gelojoh dalam kahwin, nanti rumahtangga gocoh.




Ini pesanan terakhir dan paling penting dari saya untuk anda;

Kawen
Kahwin
Nikah

Itu bukan matlamat hidup.

Ingat, kenapa kita di sini.
Ingatlah, kita ada Allah.

Allah matlamat hidup kita,
Redha Allah yang kita mahu.
Cinta Allah menjadi prioriti.

Kebahagian mutlak yang kita mahu bukan di sini, tapi sana.
Sini itu dunia hakiki.
Sana itu Syurga.

Jadi, ranking keutamaan hidup kita sentiasa redha Allah berbanding yang lain-lain. Yang lain-lain itu jugatermasuk kahwin. Ingat, bila kita kahwin, kita ambil seseorang untuk kita jaga dan bersama memimpin tangan dalam menuju redha Allah.

Adakah kita sudah,

Solat lima waktu,
Solat jemaah selalu,
Solat awal waktu,
Baca quran selalu
Berbakti secukupnya kepada ibu ayah,
Dan pelbagai lagi amalan harian persendirian kita.

Adakah kita sudah bersedia dengan sebaiknya sebelum terdetik rasa hendak kahwin..?

Andai diri kita tidak mampu untuk jaga amalan harian persedirian kita, bagaimana mungkin kita nak hidupkan redha Allah dalam amalan harian bersama pasangan kita kelak..?

Andai kita tidak mampu jaga diri kita untuk jauh daripada api neraka, bagaimana mungkin kita mampu untuk bawa seseorang ke Syurga..?

Lalu menyedari hakikat ini;

Mengapa kita masih tergamak menafikan bahawa cinta Allah sentiasa nombor satu berbanding kahwin secepat-cepatnya tanpa ubah diri dahulu..?

Sebab itulah dalam tarbiah mengajar kita untuk baiki diri sendiri dari segi amalan, kerja dakwah, hubungan dengan masyarakat, ekonomi dll sebelum ke tangga seterusnya iaitu perkahwinan (baitul muslim)

Kita sebagai muslim nak islam di kemuncak dunia. Kan?
Secara mudahnya saya rangka langkah-langkah jadi lima;

1. Ubah diri.
2. Ubah orang lain (pasangan)
3. Ubah masyarakat.
4. Ubah negara.
5. Ubah Dunia.

Bagaimana kita nak ubah dunia kalau kita tak mampu nak ubah pasangan dan bagaimana nak ubah pasangan kalau diri sendiri tak berubah menjadi muslim yang sepatutnya..!?

The heart of the matter,

Nikah itu tidak semudah yang disangka,Juga tidak seindah apa yang dijangka.

Nikah itu tidak semudah yang disangka,
Nikah itu banyak mehnah dan tribulasi,
Nikah itu banyak liku-liku kesusahan,
Nikah itu perlu banyak pengorbanan,
Nikah itu ini itu ini itu ini itu ini itu ini...

Nikah itu tidak semudah yang disangka,
Kerana nikah itu mudah, jika kita nikah kerana Allah.

Walau susah setara mana pun kesusahan yang kita hadapi bersama suami//isteri.., ianya tetap mudah kerana kita tahu bila kita menghadapi ujian dan dugaan dalam perkahwinan dengan sabar, maka Allah akan redha lalu akan pertemukan jodoh suami isteri semula di Syurga kelak.

Maka segala kesusahan akan menjadi ringan dengan adanya tarbiah dalam nikah.

Nikah itu juga tidak seindah apa yang dijangka.
Nikah itu banyak mehnah dan tribulasi,
Nikah itu banyak liku-liku kesusahan,
Nikah itu perlu banyak pengorbanan,
Nikah itu ini itu ini itu ini itu ini itu ini...

Nikah itu juga tidak seindah apa yang dijangka.
Kerana nikah itu tersangatlah indah, wallahi indah.
Nikah ialah Syurga dunia, Syurga dunia kurniaan Allah.
Hanya dan hanya apabila anda faham, nikah itu kerana Allah.

Sedarlah, semuanya berbalik kepada Sang Pencipta Cinta.
Maka, sentiasalah kembali kepada Allah.

Oleh itu, nak nikah muda? Dipersilakan.
Tapi muhasabah diri, dan istikharah juga istisyarah.

Moga Allah permudah segala,
Moga Allah cinta dan redha.





Segala yang Baik datangnya dari Allah s.w.t, dan segala keburukan dan kekurangan datang dari kekurangan Amira sendiri. 

This Article From Aiman Banna Inspired Me And Give Motivation For Me as Personal.

Lots Of Love.
-Datin Irawmk.
 

Sunday, 10 May 2015

cara nak tinggalkan CRUSH, COUPLE dan IKHTILAT



hai u ollsssssssss..... sihat?? dah makan?? dah mandi?? ops !! tengah merindu someone?? aip aip aip..nak lupakan tapi tak boleh?? susah? nak tips? 

memang kalau dalam mood merindu someone ni, kita akan rasa nak stalk je si dia ni kan.. duk usha selalu.. hantar mesej, calling-caliing.. kan?? jadi hari ni ana nk share sikit tips nak lupa dan tinggalkan si dia. kita nak cari redha Allah, bukannya manusia kan.. jadinye, nak redha Allah kenalah tinggalkan apa yang Allah murka. biar hati terluka dengan manusia, jangan kita melukai Allah.







Okay, insyallah, kali ni, saya nak cerita pada semua orang tentang, “Apakah tips dan cara untuk tinggalkan cinta sebelum nikah dan ikhtilat?”. Saya yakin 100%, sangat ramai orang rasa terseksa dengan ikhtilat dan cinta, tapi malangnya, ramai yang tak tahu macam mana nak lupakan bf/gf korang. Juga, ramai yang takut nak jaga ikhtilat sebab takut di anggap sombong, poyo dan lain-lain oleh orang berlainan jantina.

Tapi, awal-awal saya nak bagitahu, cara yang saya nak ajar ni memang efektif kalau korang BUAT! Tapi, kalau korang tak nak berkorban, still rasa berat, kalau saya bagi sejuta tips pun, korang takkan mampu buat. Ingat, hendak seribu daya, tak nak sejuta dalih!

Okay, jom kita tengok satu persatu.






CARA NAK TINGGALKAN IKHTILAT DAN CINTA SEBELUM NIKAH


1) Faham apakah hukum ikhtilat serta asas-asanya, dan cinta sebelum nikah.


Ini tips pertama yang saya letak. Sebab, ramai orang ikhtilat dan sibuk bercintan-cintun, crush sini sana, sembang dengan berlainan jantina tanpa rasa bersalah atas alasan “takde syahwat” kononnya, dan lain-lain, tanpa rasa BERSALAH LANGSUNG!! Kenapa? Sebab, ramai yang tak tahu pun benda tu salah!Bila tak tahu benda tu salah, bila tak faham, maka benda yang salah mereka anggap tak salah, bila tegur, marah, mengamuk, kutuk dan sebagainya.

2) Unfriend dan unfollow orang berlainan jantina di media social samada Facebook, Instagram, twitter dan lain-lain.


Bagi saya benda ni sangat penting atas beberapa faktor.


Pertama, kalau kita friend/follow yang berlainan jantina, ia akan membuatkan kita mudah untuk stalk, dan melihat gambar yang berlainan jantina! Mana taknya, bila kita friend/follow, segala gambar-gambar mereka akan keluar kat newsfeed kita,gambar gedik ke, selfie ke, gambar ala-ala solehah ke, apa-apalah. Dan ia akan menyebabkan hati makin lama makin hancur lebur secara halus dan tak perasan.


Lepas tu, start like-like gambar, and then, bila gambar korang dapat banyak like, korang start perasan yang korang cantik/hensem, lepas tu mula la start post gambar yang makin lama makin gedik, mengarut, dan rasa nak tumbuk je. Argh!! (Tetiba mengamuk…) sama jugak dengan lelaki. perasan hensem dan macho ! huh.


So, bila kita unfriend dan unfollow, ia lebih menjaga iman kita. Bukankah Allah suruh kita tundukkan pandangan? Tak kiralah kalau kita tengok gambar tu dengan syahwat atau tak, Allah dan rasul tetap suruh kita tutupkan pandangan!


“Datangnya musibah di awali dengan penglihatan, seperti kebakaran besar di awali dengan percikan api kecil!”
(ibn Qayyim)


Sebab tu ulama meletakkan dosa mata ialah apabila kita memandang wanita bukan mahram, tak kisah lah dalam real life, atau kat gambar, majalah, tv, dan lain-lain. Satu sudut, memang saya pun maklum, amat susah untuk kita jaga pandangan zaman sekarang. Tapi, persoalannya, apakah USAHA kita?!


Kedua, bila kita unfriend dan unfollow yang berlainan jantina, ia dapat mengurangkan kadar kita berhubung dengan berlainan jantina. Ye lah, bila dah friend dan follow, kita boleh komen, kita lagi teransang/bernafsu untuk mulakan chatting padahal tak penting, start like status pastu perasan:


“Pergh.. Amira like status aku! Bermakna, dia, dia…dia suka aku!! Yeah!!!”


“Pergh.. Ikhlas retweet twit aku…Argh..meltingnya!!”


Ini semua menimbulkan fitnah. Percayalah. Lagi satu, bila kita friend/follow berlainan jantina, kita akan dapat baca status dan update dia, sekaligus membuatkan kita ada rasa kecenderungan untuk lebih mengenali si dia. Nampak tak permainan setan di situ??


Kalau tak Nampak, tak tahulah….Tapi, kalau kita yakin tak mendatangkan fitnah seperti friend/follow tokoh-tokoh agama, ulama’, ustaz ustazah, dan sebagainya, maka takde masalah.Tapi, pastikan niat untuk dapat manfaat.Yang pasti, jangan tipu diri sendiri.

3) Jangan save nombor yang berlainan jantina.


Ni pun satu tips yang berguna.

Kalau kita save nombor si dia atau mana-mana ajnabi, ia lagi memudahkan kita untuk start mesej, pastu call bagai. And then….. Faham-fahamlah. 

Tak pun, duk usha dia punya gambar whatsapp, we chat. Hari-hari nantikan " bila lah dia ni nak tukar gambar DP lain " " eh, hensem lah gambar DP dia yang ni ". click. save in phone. 

nampak kan kesannya ?
jika ada urusan yang penting, tidak salah mesej untuk memudahkan kerja. tapi janganlah sampai mengarut sampai ke benda yang tak sepatutnya. kalau boleh, elakkan.


4) Jauhi berkawan dengan orang yang kaki ikhtilat dan couple.


Ini benda yang sangat penting bagi saya. Sebab kawan ni adalah benda yang sangat besar dalam islam. Salah pilih kawan, keislaman kita akan hancur. Sebab, kawanlah yang banyak bersama kita, sekaligus akan mempengaruhi kita samada secara sedar ataupun tak.


Bayangkan, bila kita kawan dengan kaki ikhtilat dan couple, nanti dalam kelas, dia akan start cerita pasal perempuan ni, laki tu, artis ni, artist tu, pelakon ni, pelakon tu, pastu start luahkan masalah dia, mintak pandangan kita pasal isu cinta, macamana cara nak luahkan perasaan cinta bagai, dan lain-lain.


Lagi masalah, bila kawan kita tu start cucuk-cucuk kita untuk start berikhtilat dan couple dengan memperkenal dan men’suggest’kan kita untuk berikhtilat dan couple dengan perempuan dan laki ni.


“Weh, bak kata Shahreman, Hafiz suka kau Farhah…Eee…Jelesnya aku! Farhah, ni peluang kau. Hafiz dah la hot, hensem gila kata kau…Pastu dia minat kau. Serius untung!! Tryla kau mesej-mesej dia. Hehe…”


“Aku tengok kau sedih je. Kenapa ni Ikhlas?Aku tahu kau suka Alia. Tapi kau segan nak bagitau dia kan? Kalau kau nak aku tolong, boleh je:) Aku tak nak kau sedih-sedih ni. Kau sedih, aku pun sedih beb….”


“Hahaha..kau takde awek? Bapak nerd gila kau!”


Dan lain-lain. Bagi saya, ayat-ayat di atas ni benda REAL. Bila kita start kawan dengan orang yang kaki ikhtilat dan couple, secara tak langsung, mereka akan pengaruh dan goda kita untuk turut serta melakukan dosa tu, walaupun mereka takde niat. Percayalah.So, tinggalkan mereka, cari kawan yang baik dan soleh.


Ada sorang kawan saya mengadu. Yang mana, dia ni hafiz quran 30 juzuk. Bila dia pindah sekolah, kawan-kawan kat sekolah abru dia semuanya couple. Sampai satu tahap, dia rasa MALU kalau tak couple. Akhirnya, dia pun couple....Isk, isk, isk...


5) Berukhwah dengan sesama jantina.


Sebenarnya, berukhwah dengan yang sama jantina sejuta kali ganda lagi manis dan nikmat daripada bercinta dan berikhtilat. Serius saya tak tipu. Saya sendiri bila chat dengan kawan-kawan baik saya, saya boleh tersenyum sorang-sorang, tergelak sorang-sorang, dan kadang-kadang, boleh nangis teresak-esak sebab rindu!


Banyakkan bersama kawan sejantina yang baik dan soleh, yang sering support kita buat baik, yang bantu dan sanggup dengar luahan masalah kita dengan sabar walaupun lama, yang sering nasihat kita bila kita buat salah, yang berada di sisi kita time kita susah dan senang, yang boleh simpan aib kita, yang sering memberi kita semangat time tengah down, fuh….


Nikmat gila beb!!


Bagi saya, orang yang berikhtilat dan couple ni, punca dia ialah dia langsung tak pernah rasa nikmat berukhwah dengan sesama jantina. Sebab tu akhirnya dia pilih jalan dosa untuk memuaskan kekosongan dan keboringan dalam hidup dia. Akhirnya, dia takkan puas dengan ikhtilat dan couple, bahkan, dia akan bertambah HAUS, ketagih dan terseksa bagai orang yang terseksa dengan ketagihan dadah.


Mana taknya, ramai orang yang ingatkan mereka ni berukhwah. Tapi, mereka cemari jalan ukhwah dengan perbuatan dosa.Pergi wayang sama-sama rakan sejantina, merempit sama-sama, cerita pasal awek/pakwe sama-sama. Orang yang cemarkan jalan ukhwah dengan dosa, mereka tak akan merasai nikmatnya ukhwah!!!


Saya ulangi:


“Orang yang cemarkan jalan ukhwah dengan dosa, mereka tak akan merasai nikmatnya ukhwah!”


So, kalau korang nak berukhwah sesama jantina, berukhwahlah dengan cara islam. Saling tolong-menolong ke arah kebaikan, rapat dan kenal mengenal, dan lain-lain. Baru korang akan rasa nikmat ukhwah. Bila dah rasa nikmat ukhwah bersama rakan sejantina, percayalah, korang takkan teringin nak ikhtilat dan couple, sebab korang dah dapat rasa kemanisan dan kebahgiaan dalam berukhwah.



6) Elakkan dari tengok drama cinta, baca novel cinta, dengar lagu cinta dan apa-apa yang berkaitan cinta.


Hakikatnya, apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, dan apa yang kita baca, akan membentuk satu CARA FIKIR lalu akan mengesani hati dan perbuatan kita! Kalau kita sering melihat benda-benda yang baik, dengar benda yang baik-baik, dan membaca benda yang baik-baik, maka cara fikir kita akan baik, dan akan membuahkan perbuatan dan amal yang baik!


Tapi, kalau buruk? Kalau tengok movie drama pun pasal cinta, dengar lagu cinta, baca novel cinta, akhirnya, kita akan rasa cinta dan ikhtilat tu tak salah, bahkan kita akan rasa malu kalau tak couple dan malu kalau tak ikhtilat. Apakah semua ini? Tidaaaaak!!!


Saya umpamakan benda ni macam SPAN.


"Kalau kita masukkan span dalam air najis, bila kita perah, yang akan keluar ialah air najis. Kalau kita masukkan span tu dalam air bersih, bila kita perah, yang keluar juga adalah air bersih..."


Sama macam hati kita. Kalau yang masuk dalam hati kita ialah pasal cinta, akhirnya ia akan membuahkan perbuatan yang berkaitan dengan cinta.


Cukup-cukuplah. Bawak bertaubat.



7) Sibukkan diri dengan dakwah dan tarbiah.


Ini bagi saya sangat penting. Bila kita dah takde kerja nak buat, kita pun akan buat benda yang takde kerja. Takde kerja nak couple semua tu, pelik betul. Sebab tu, kita kena sibukkan diri kita dengan amal, dengan dakwah, dengan tarbiah!! Kalau kita sibuk dengan benda-benda ni, sampai satu tahap, kita dah takde masa nak fikir pasal cintan-cintun ni. Percayalah.


Saya ada sorang kawan, satu hari dia masuk kelas, muka dia sedih, muram dan macam nak nangis. Saya ingat dia sedih sebab putus cinta ke apa (Walaupun dia ni langsung tak bercinta dan amat menjaga ikhtilat). Saya tanya dia, kenapa dia sedih? Dia jawab:


“Aku sedih sebab orang yang aku dakwah dah lama tak datang jumpa aku. Aku takut dia lari dari dakwah aku….”


Pergh. Saya respect gila. Orang yang dah sibuk dengan dakwah tarbiah ni, sampai satu tahap, dia rasa jatuh cinta dengan dakwah dan tarbiah, sehingga, dia sanggup korbankan segala-galanya untuk dakwah tarbiah. Jealous kan?


Contoh paling dekat dengan ialah ialah Alqassam di palestin. Yang mana, ahli briged Alqassam semuanya bawah 30 tahun. Kebanyakannya sekitar 18 hingga 25. Lihat, mereka sibukkan diri mereka dengan dakwah, tarbiah dan jihad, sehingga mereka takde masa langsung nak fikir pasal couple semuanya. Kalau mereka mampu, so, jangan bagi alasan yang kita tak mampu!


Itulah 7 cara yang saya boleh bagi untuk tinggalkan ikhtilat dan cinta sebelum nikah. Saya dan kawan-kawan saya dah buat, dan kami berjaya Alhamdulillah.Korang bila lagi? Jom!

Jom Hijrah !