Sunday, 8 February 2015

Nikmat Penghijrahan

Edit Posted by MissShyShy with No comments





Alhamdulillah… Hanya perkataan itu yang mampu aku ucapkan.. Sujud 1000 tahun pun tidak cukup atas nikmat yang tak ternilai ini.. Terima kasih ya Allah atas hidayah yang tidak terhingga ini. Sungguh Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku cuma gadis biasa, bukan dari sekolah agama, bukan juga dari keluarga ulama.. Aku hanya ingin berkongsi cerita tentang nikmat Allah yang tak terhingga buat hambaNya..
Kisah ku bermula saat pertama kali aku melihat seorang gadis yang sangat manis bertudung labuh di salah sebuah kedai, di bazaar ramadhan.. Aku terpegun seketika.. Subhanallah.. Sejuk mata memandang.. Ya Allah, beginikah rupa penghuni syurgaMu? Subhanallah.. Terasa malu melihat diriku sendiri, kerana walaupun aku dibiasakan bertudung sejak kecil, berbaju lengan panjang dan tidak jarang, namun auratku hanya ditutup ala kadar sahaja..
Dulu, pernah juga terdetik di hati ini untuk bertudung labuh, kononnya ingin mengikut langkah ibu.. Namun, oleh kerana takut pada perlian teman-teman sekeliling, niat itu terkubur sendiri..
Teringat aku pada satu ayat yang pernah aku baca suatu ketika dulu, ‘Hidayah itu ibarat cahaya dan cahaya tidak akan masuk ke rumah yang mana jendelanya tidak dibuka.’ Kata ustaz pula, “hidayah tu milik Allah.. Hanya Dia berhak memberi hidayah itu kepada sesiapa pun.. Sungguh, Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.. Mintalah, pohonlah hidayah itu agar selamat dunia dan akhirat..”
Aku termenung sendiri.. kalau bukan sekarang, bila lagi?? Takkan nak tunggu sampai aku mati? Jika bukan aku yang membantu diri sndiri, siapa lagi yang sudi?? Takkan nak lupakan dan biarkan perasaan itu terkubur sekali lagi??
Sejak dari hari itu, aku usaha melabuhkan apa yg ada.. Tiada lagi baju t-shirt yang ala kadar tertutupnya, tiada lagi tudung bawal yang hanya indah pada sulaman namun nipis pada zahirnya.. Biar apa orang kata, kolot, kampung dan sebagainya, asalkan aku selesa.. Alhamdulillah, dengan kemudahan internet yang ada, aku gunakan untuk mencari artikel mengenai wanita, aurat, amalan-amalan yang boleh ku amalkan dan sebagainya..
Aku akui, aku bukan seorang muslimah yang baik, tetapi aku ingin menjadi baik.. Ya, aku ingin menjadi baik.. InsyaAllah..! Aku percaya, bila niat kita baik, ingin menjadi baik, pasti Allah s.w.t akan bantu kita.. Hanya terpulang pada diri kita untuk memilih sama ada mulakan langkah pertama, atau mundur ke belakang dan lupakan semuanya..
Suatu hari, ketika aku menyimpan baju ke dalam almari ibu, tergerak di hatiku utk mencuba sehelai tudung labuh bewarna merah jambu.. Selesai sahaja kerja-kerjaku, aku ambil tudung labuh itu dan ku sarungkan di kepalaku.. Aku berdiri di hadapan cermin. ku lihat diriku. Subhanallah..! Aku terkedu.. Aku dapat rasakan sesuatu.. Rasa tenang, dilindungi dan merasakan apa yg ku cari selama ini telah kutemui..
Tanpa ku sedari setitis air mata hangat mengalir di pipi.. Tidak dapat ku tahan lagi, aku menangis sepuas-puasnya..
“Ya Allah, jika ini yang terbaik buatku, dan jika ini dapat membahagiakanMu, kuatkanlah aku, permudahkanlah segala urusanku dalam hijrah di jalanmu, ya Allah.. didiklah aku menjadi muslimah yang solehah.. Aaminnnn!’”. Bisikku dalam hati
Sedikit demi sedikit, aku mula mula menjadikan laman facebookku sebagai medan perkongsian ilmu dan peringatan buat diriku sendiri. InsyaAllah tiada lagi sesi luahan yang hanya sia-sia.. Sabda Rasulullah SAW, ‘sampaikan dariku walau sepotong ayat..’ ada juga sebilangan warga Facebook yang seolah-olah mengejek diriku atas apa yang aku sampaikan.. Alhamdulillah, semua itu tidak mematahkan semangatku, malah lebih menguatkan aku kerana mungkin ini cara Allah mendidikku.. Bersabar, sabar dan sabar. Hanya satu yg aku takuti, dipersoalkan di akhirat nanti..
Dengan keyakinan dan kekuatan yang ada, pada hari maulidurrasul, aku kuatkan diri menggunakan tudung labuh buat kali pertamanya.. Banyak yang bermain di fikiranku.. Terasa terasing diri ini.. Alhamdulillah.. Semuanya ku hadapi dengan mengingati Allah.. Ya, benar.. hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang.. Ada yang menyindir, ada yang memuji, tidak kurang juga yang memandang sinis pada diriku..
Aku cuba kuatkan diri ini dengan mengingati perjuangan Rasulullah SAW, yang sememangnya di janjikan syurga, namun tetap bersabar menahan hinaan dan cacian dalam perjuangan dakwahnya.. Inikan pula aku, hanya hamba Allah yang hina.. Aku kena kuat dalam perjuangan dakwah pada diriku sendiri.. Subhanallah, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah, untuk kekuatan ini..
Hari demi hari, aku semakin selesa.. Ada juga kawan-kawan yang bertanya, “Tak panas ke pakai labuh?” Aku hanya mampu tersenyum.. Kebiasaannya hanya gelengan kepala yang ku berikan.. Adapun jawapan, ayat ringkas ini yang ku berikan, “Yang terdedah itu lagi panas”.
Sebenarnya, ingin ku katakan, aku sanggup berpanas di dunia daripada merasa azab di akhirat sana.. Hanya doa yang ku kirimkan buat yang bertanya. Semoga dia juga merasai kemanisan hidayah ini..
“Sahabat, aku ingin engkau  turut bersamaku dalam penghijrahan ini. Sungguh, ku ingin kau turut bersamaku..” Doaku dalam diam
Kisah ini bukan hendak menunjukkan yang aku ini sudah sepenuhnya baik.. Masih banyak kekurangan yang perlu aku perbaiki dan masih banyak ilmu yang perlu aku pelajari.
“walau siapa pun kita di masa lalu, itu tidak bermakna kita tidak berhak untuk menjadi Muslimah yg baik. Jadikan masa lalu sebagai satu pengajaran yang membenihkan rasa keinsafan dan bukan satu alasan untuk tidak berubah..”
Sahabatku, bila terasa ingin berubah, mulakan langkah, jangan berlengah.. Niat boleh dipimpin.. tak perlu tunggu sampai seru, kita yang perlu mulakan dulu.. InsyaAllah, Allah pasti akan bantu.. Saat diri terasa lemah, ingat janji Allah.. Allah bersama kita sahabatku..
InsyaAllah, semoga kita semua mendapat hidayahNya sebelum mata terpejam buat selamanya.. Doakan agar diriku ini kuat dan sentiasa istiqamah dalam penghijrahan ini.. Aamiin.

Terima Kasih Kerana Meninggalkanku

Edit Posted by MissShyShy with No comments
Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan amira untuk berkongsi sedikit kisah bersama anda semua pada entry kali ini. insyaAllah, kisah yang sederhana dan simple, tapi sangat membawa manfaat terutamanya bagi yang mengalami situasi ini...




“Assalamualaikum awak. saya tak boleh teruskan hubungan kita. Family saya dah terima dia. Petang tadi dia jumpa parent saya. Maafkan saya awak. Assalamualaikum…”
Jiwa kental pemuda hancur luluh tatkala membaca sms yang disangka madah cinta. hancur bak kaca terhempas ke batu. cinta yang disulam sejak dibangku sekolah hancur begitu sahaja. janji-janji yang pernah terukir lenyap dalam sekelip mata.
kini sudah lebih 6 bulan kejadian itu berlalu. kejadian yang banyak merubah diriku. ku cuba kuatkan diri tatkala memori bersamanya terbayang difikiran. ku cuba lenyapkan dia dari ingatan. tapi apakan daya. ku hanya insan yang lemah. insan yang terlalu berharap pada cinta yang belum pasti. semakin ku cuba, ingatan tentang dia semakin kuat. yaAllah.. bantulah aku..
*****
“Wahai sahabatku, sampai bila kau mahu begini? kau dah tak seceria dulu. kerana cinta manusia kau jadi begini? kami benar-benar rindukan senyum tawamu sahabat” kata-kata amir sahabatku di beranda masjid pada malam itu membuatkanku keliru. Dia tidak memahamiku atau dia sedang mengambil berat tentangku. begitulah perasaan tatkla diri dirasuk kecewa. Nasihat yang sepatutnya diterima dengan baik tapi telah disalah ertikan.
“Amir, kau pernah duduk kat situasi aku? kau pernah kecewa? kau tak faham amir. cakap memang mudah. tapi aku yang menanggung. sakit amir. sakit”, tanpa disangka air mataku mengalir membasahi pipi.
“Lelaki yang soleh tak akan mudah menyerah kepada cinta seorang wanita yang belum pasti menjadi isteri sahabatku”. Mendatar suara amir.
“Macam mana boleh kau cakap kau sayang dia sedangkan kau sedang membawa dia ke jalan yang salah?”.
“Tapi kami tak pernah jumpa. tak pernah buat benda-benda salah”. 
“Sahabatku. hukum tak menghalalkan cara. dalam tak sedar kau dah rosakkan hati kau dah hati dia”. 
Aku diam. Kata-kata yang membuatkan imanku tercegat. Menusuk kalbu! Syukur aku mempunyai sahabat yang mampu membimbingku ke jalan Ilahi. amir, syabab yang terlekat kopiah dikepalanya. wajahnya begitu menyejukkan mata. Selalunya dialah tempat aku meluahkan segala kekusutan yang melanda diri..
“Jodoh tu urusan Allah. Kalau kau rasa kau sayang dia then nak bercinta dengan dia sampai kahwin, padahal skrg kau tak ada apa-apa. Tidak ada jaminan kau akan berkahwin dengan dia satu hari nanti. Itu bukan ikhtiar sahabatku. Jangan memberatkan hidupmu dengan memikirkan urusan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ”
Air mataku kembali berguguran.
“Menangis tak salah pun Amir, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okey. Percayalah! Allah SWT buat sesuatu untuk sesuatu sahabatku. Pasti ada hikmah DIA yang tersembunyi. Bersabarlah, kalau dia ‘datang’ lagi di ingatan kau ambillah wuduk, bacalah kalamNYA. Pasti hati kau akan kembali tenang. Cukuplah mengenang kenangan yang lalu. hidup perlu diteruskan. Aku doakan kau sentiasa tabah sahabat. Ingat, jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu sentiasa ada bersama kita.. hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? Tapi kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?”. Panjang lebar Amir mengingatkan.
“Ish, tahulah. Mestilah Allah”
“Kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?”, sambung Amir lagi.
“Of course lah pencipta kita, Allah”
“Kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? Dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?”
“Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan..”
“Haa.. sekarang kau sedar tak?”. Walau nada Amir lembut, namun ada sedikit ketegasan.
“sedar dah..”
“Ape yang kau sedar?”
“Aku sedar semuanya datang dari Allah..”
“lagi?” soal amir lagi..
“lagi apa?”. Sengaja ku bertanya pada Amir.
“Kau sedar tak, Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau kacak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri”
“Tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni”
” Habis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi perasaan cinta kau yang kau tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..? kau sanggup membelakangkan Allah demi dia?”
Aku tertunduk seribu bahasa. Apa jua yang keluar dari mulut Amir tika itu sedikit pun tiada silapnya. Aku akur.
“InsyaAllah, kau boleh.. Sesungguhnya, kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. Aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. Yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayangmu kepada dia tidak menjamin apa–apa bentuk kebahagian pun kerana rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. Bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap macam kau lalui sekarang. Teruskan niat baik kau tu. Redhalah dengan ketentuan Allah. Allah masih sayangkan kau. DIA mahu mengingatkan kau dari terus lalai dibuai cinta palsu. Aku sentiasa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. Jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya… InsyaAllah”. Amir senyum.
“Terima kasih amir! InsyaAllah.. Demi Cinta-Nya aku akan cuba lupakan dia yang tidak menjamin apa-apa…”.Aku nekad!
“Alhamdulillah.. Teruskan bermujahadah melawan perasaanmu wahai sahabatku.. Semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tiada kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. Tiada penipuan dan tidak akan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai..”
“InsyaAllah..”
*****
Alhamdulillah… kini sudah genap 2 bulan pernikahan si dia dengan si pilihan hati. Ku doakan semoga kau terus bahagia di bawah redhaNya. Dan kini baruku sedar hikmah Allah SWT amatlah hebat. Kini ku mulai tenang di samping keluarga, sahabat-sahabat dan insan di sekeliling aku.
Ketenangan yang kurasai sekarang tidak sama dengan ketenangan bersulam dosa tatkala bersamanya suatu hari dulu. Terima kasih kerana meninggalkan aku. Aku amat bersyukur atas ujian Yang Maha Hebat. Tepatlah apa yang pernah diutarakan sahabat tatkala diriku diselimuti kesedihan, ‘Allah buat sesuatu untuk sesuatu’. kini baru kurasai ‘sesuatu’ yang Allah ingin ku kecapi di dalam hidup ini. Alhamdulillah ya Allah.
“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana
“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta