
UITM Pahang Kampus Khazanah Alam, berpindah ke UITM Pahang Kampus Raub.
29 Disember 2015, bermulalah pengajianku di UITM Pahang Kampus Raub. Kamilah First Batch yang Merasmikan UITM Raub.
Kolej dengan Kelas. Yes. Sangat Dekat. Kalau Dulu di UITM Jengka, Memang Kompleks Tun Fatimah dengan Kelas. Memang TerSangat Jauh. Lagi-lagi Kalau Kelas kat Atas Bukit sana. block Arjuna Bidara dll. Aishhh. Belum masuk kelas memang dah confirm Mengah-mengah..
Tapi berbeza kat Sini, Kolej dengan Kelas memang dekat je, Bangunan kat Sini, macam Setompok. Kat Situlah 'Medec' ( Klinik UITM), Dewan Selera, Kelas, Surau, Kolej. Jadi, Takde alasan kalau nak ponteng kelas sebab bangun lambat, atau kelas jauh. Kelas pukul 8.15, pukul 8.05 still sempat sampai kelas 'On Time'. Jangan Memain eh.. Kaki Patah, takde alasan tak boleh nak naik tangga, Sebab 'Lif" ada okeyy.. Tapi bangunan Akademik atau more specific kelas just ada 2 bangunan je. Sebelah-menyebelah pulak tu. Dekat je kalau selepas kelas A nak ke kelas B. So, tak perlu nak risau.
Library??? errr.. Bukan nampak sangat tak suka Membaca, tapi sepanjang seminggu ni kat sini, tak sure library dah bukak ke belum. Dengar aura-aura macam belum buka. So, berkenaan library belum boleh nak story laaaa..
Dewan Selera Besar.. Kalau di Jengka, ada Dewan makan hanya khas untuk Students perempuan dalam Kompleks Tun Fatimah & Dewan makan Campur, untuk Students lelaki dan perempuan. But, kat Sini, Kedua-dua dewan selera campur. Kalau dulu, rasa Lapar, terus turun dewan makan. Tak payah nak fikir panjang sebab semua perempuan. Pakai selekeh-selekeh tudung arini pun, Okey je. Tapi sekarang, rasa Kebulur baru laa turun cari makanan. Tu pun fikir 5,6 kali dulu nak turun ke tak.. Anti Lelaki? Tak Jugak. Tapi Segan + Malu + Tak Suka + Malas nak berhadapan dengan Kaum Adam. Kalau yang memang suka 'dating' dengan buah hati, memang Dewan Selera lah tempatnya. Acah-acah sweet makan berdua.
Surau dia ada Aircond. Sangat selesa nak solat, berehat & tido. Kipas pun ada kat atas tiang-tiang. sorry. Lupa nak ambik gambar dalam surau. Tapi serius Cantik dan Besar. Lelaki kalau tak pergi solat kat Surau ni, Memang Dasar Pemalas. Perempuan sebaik-baiknya Solat di bilik. Tapi Lelaki, lebih Afdal Solat di Surau dan Masjid. Dahlah dekat dengan kolej, ada Aircond, Besar. Kalau malas nak solat lagi di surau, Memang tak tahu nak cakap apa.
Yang Agak menyedihkan di UITM ni, Transport nak ke bandar sangat terhad. Untuk masa Sekarang, hanya ada 1 van je. Itupun ambik daripada UITM Jengka punya. Students ramai nak ke bandar, tapi van 1 je. Memang berjam-jam lah tunggu jawabnye. Perjalanan pulak, agak jauh. Sebelum ni di Jengka, dekat je. Naik van, 5 minit je. Bas ada, tapi dia ada masa-masa tertentu sahaja. Malam memang tak ada. Kalau nak naik bas, kena alert kepada masa-masa bas tu datang.
Setakat ni, mesin ATM belum ada kat sini, mengikut apa yang diberitahu, InsyaAllah bulan 1,2016 akan mula beroperasi. Tapi tak tahu lah betul ke tak. Nantikan jelah. Kalau tak, memang kena ke bandar lah jawabnye nak keluarkan duit. Bandar bukannya kecik, Tapi besar. Memang jenuh nak berjalan tawaf Bandar Raub.
Rumah ada 4 Bilik, 4 tandas. Alhamdulillah Sangat Selesa. Loker pun Besar, ada Meja Study setiap sorang package dengan Lampu 'study' lagi. 2 orang 1 bilik. Katil pun dah takde Double atas bawah. yang biasa je satu sorang. Tempat jemur pakaian je kecik. tapi bersyukur still ada. Kalau semua basuh baju serentak, memang takde tempat nak jemur. So, kena pandailah bincang antara housemate. Bilik TV dan dobi, setakat ni belum beroperasi. Tapi apa yang dijanjikan, InsyaAllah akan beroperasi tak lama lagi.
So, Thats All from Me.
Lintas langsung Dari UITM Pahang, Kampus Raub.
Datin Irawmk.
" SELAMAT DATANG KE UITM PAHANG KAMPUS RAUB " untuk Students dari UITM Jengka, UITM Machang & UITM Dungun.
Salam. Nak tanya, kalau iron n kettle boleh bawak pergi sana ke?
ReplyDeletewaalaikumussalam. boleh, nnti jgn lupa daftar peralatan elektrik~
DeleteSalam. Nak tanya, kalau iron n kettle boleh bawak pergi sana ke?
ReplyDeleteBoleh. tapi akan dikenakan bayaran untuk setiap barangan elektrik.
DeleteSaya nak tanya kalau kita bawak barang elektrik.dia kira macam mana??sama ada setiap penggunaan atau hanya bayar setiap bulan dengan harga yang ditetapkan??
Deletedia kira atas satu barangan elektrik rm10 untuk satu sem.. contohnya, awak pakai.. charger telefon (rm10), charger laptop (rm10), dan iron (rm10). means untuk satu sem awak hanya dikenakan bayaran elektrik rm30.
Deletesalam . sabtu ni saya akan kesana
ReplyDeletewaalaikumussalam. selamat datang ke uitm raub ! good luck !
Deletenak tnya.. semua student mmg dapat hostel ek?
ReplyDeleteYa. di Uitm Raub semua student akan diberikan kolej.
Deletenak tnya.. semua student mmg dapat hostel ek?
ReplyDeleteyap. di uitm raub semua student dijanjikan dapat hostel.
DeleteAslmkm Adik.. bleh e-mail kt sy x no hp awk.. sy nk ty psl pengangkutan uitm Raub.. sy Dr UiTM Dgun... khalina_ali@yahoo.com
ReplyDeleteAslmkm Adik.. bleh e-mail kt sy x no hp awk.. sy nk ty psl pengangkutan uitm Raub.. sy Dr UiTM Dgun... khalina_ali@yahoo.com
ReplyDeletedone !
DeleteSalam,akak.Saya baru 18 tahun and akan ke uitm raub isnin ni which is on 22/5 huhu baru check upu harini dah kena register next week tp alhamdulillah dapat sambung belajar,ohh baru lagi rupanya uitm raub ni,baru dua tahun,nak tanya wifi disediakan x?or kena pegi cafe baru ada wifi?sye harap akak boleh reply,srs takut/nervous/excited sbb first time tinggal jauh ngan parents so kalau boleh saya nak tau sebanyak maklumat psl uitm raub ni,thank youu
ReplyDeletewaalaikumussalam. dont worry, insyaAllah segala kemudahan ada di uitm raub. lagipun adik tak perlu risau, uitm raub nak ke kelas dengan kolej terlalu dekat. tak sampai 5 minit pun. huhuhuhu.. wifi memang disediakan dalam kampus. tak perlu ke cafe, di bilik pun still boleh connect. modem terletak di luar rumah.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemakanan tak disediakan. beli sendiri~
DeleteBoleh sy tahu ktm atau pape transport utk ke uitm raub
ReplyDeletenak ke uitm raub, boleh ambik bas di KL (pekeliling) ke stesen bas raub, then nanti kat stesen bas, akan ada van uitm yang akan ulang alik dari stesen bas ke uitm. van ni akan beroperasi dari pukul 8 pagi-11 malam.
DeleteKak kalau iron di sediakan x
ReplyDeletetak disediakan dik.
Deletehi sis, skrg dah sambung degree ya? dulu dkt uitm rb ambik course apa? :D
ReplyDeletehi.. course business study.
DeleteSalam kak ira, 15/7 thun ni saya akan mula blajar sana, cuma nk tnya, hostel utk lelaki ade brp?
ReplyDeletewaalaikumussalam..hostel untuk lelaki if not mistaken, ada 4.. tapi 1 rumah 8 orang. satu bilik, dua orang
DeleteWoahh sameee
DeleteSama ah, baru dapat UPU tadi
ReplyDeleteambik course apa?
Deleteall the best guys..
ReplyDeleteTATACARA PEMAKAIAN DIA BEBAS KE KAK IRA?
ReplyDeletetatacara pemakaian "sahsiah rupa diri" awak.. meaning that, macam biasa.. kalau nak pkai baju, make sure lengan panjang, and seluar jeans tak dibenarkan tau.. nak senang, pakai baju kurung je.
DeleteAssalam kak ira. Sy nk tnya mknn pihak uitm sediakn @ kita kena beli sndri?? Sy dftr pda 15/7 ni. Rasa nervous pula. Lepas itu, pkaian dia mcm mana ya kat sana?? :-D
ReplyDeletewaalaikumussalam... makanan, kita beli sendiri.. tapi kantin ada disediakan.. tapi sepanjang PMDS (orientasi), makanan disediakan..
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSalam akak, saya nak tanya uitm raub ketat tak bab bab pakaian semua? kalau nak compare kan dgn jengka tk berapa ketat kan sebab boleh pakai seluar jeans & skinny lagi
ReplyDeletewaalaikumussalam... agak ketat la jugak.. waktu saya dulu, polis bantuan and SRK selalu buat spot check dekt laluan yg nak pergi kelas.. kad matrik kena selalu pakai.
Deletememang tak boleh pakai seluar jeans lah kiranya? ke camne
Deleteuntuk ke kelas tak boleh seluar jeans.. tapi depends on lecturer jugak.. kalau lecturer okay, tak kisah.. takpe je. kalau nak gi bandar ke memana, bebas..
Deletesalam kak.. saya nak tanya satu rumah tu berapa orang duduk? saya harap harap satu rumah 4 orang duduk sebab tak suka ramai ramai... ke satu bilik 4 orang kak.. cuba terangkan tentang bilik.. saya curious
ReplyDeletesy baca dekat blog lain..1 bilik 2 org mean 4 bilik 8 org serumah
Deletewaalaikumussalam.. 1 rumah, ada 4 bilik. satu bilik, 2 orang.. means satu rumah akan ada 8 orang..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum sis, memang setiap rumah ada meja makan ye?
ReplyDeletewaalaikumussalam.. a'ah. ada awak..
DeleteAkak, nak tanya, pasal roomates and housemates tu mmg semua satu course ke ataupun campur cmpur? Boleh ke pilih roomates? Atau bergantung pada wakty dftr? Maksudnya if nak sama kena daftar sama sama ke ataupun macammna ya?
ReplyDeletecampur2 course awak.. zaman saya aritu boleh pilih roomates and housemate.. tapi kena daftar sekali. klau dftar tak sekali, mmg tak dpat la.. klau housemate
Deletenk sekali, make sure cari sesiap 8 orang terus..
Salam sis...Saya pun masuk 15/7 tahun ni...Nanti saya kena beli baju kurung putih dgn kain gelap ke...Kain gelap tu warna biru ke hitam ye?Sbb saya baca dkt panduan pelajar kena bawak baju kurung putih dgn kain gelap...Tq sis...
ReplyDeletewaalaikumussalam.. kain gelap yg macam sekolah je awak. pakai sekali je waktu hari last orientasi.. klau ade simpan yg sekolah dlu, ambk je yg tu.. mbazir beli yg baru.. tapi kalau takde, cari yg hitam.
DeleteAkak... Saya nak tnya yg kat dlm uitm tu ad msen atm ap erk? Sbb nk buat kad ATM tu klau saya blum ad...
ReplyDeletebank islam awak.. mostly uitm akan guna bank islam.. nnti awak nk byar yuran uitm, awak bukak akaun bank islam trus.
DeleteSis dekat sana ada mesin atm apa ?
ReplyDeleteatm bank islam awak..
Deleteakak.barang2 eletrik tu bayar masa daftar or nanti diye inform?
ReplyDeletetak2.. waktu dftar tak byar lagi.. nanti diorg akan inform kemudian..
Deleteline apa yang okay kat sana? Digi okay tak
ReplyDeletebefore this saya pakai celcom and digi.. line okay je. takde masalah sangat
ReplyDeleteHai nak tanye .pelajar sabah dan sarawak ada tak yg belajar di uitm raub pahang ni ?
ReplyDeletehai.. zaman saya dulu ada je awak.. and saya rasa sekarang pun ada je.. tapi mungkin tak ramai laa.
DeleteHai akak, nak tya, masa pendaftaran tu kena bawak kad kesihatan dgn x-ray kan? Kena bawak dua-dua ke or salah satu?
ReplyDeletehai.. nanti bawak borang C yang awak pergi medical checkup and x-ray sekali.. kad kesihatan bwak jelah in case diorang mintak.
Deleteakak takde grup ws ke utk pelajar uitm raub ni supaya kitorg yg bru nak masuk ni boleh dpt bnyk information psl uitm dgn mds
ReplyDeletegroup ws takde awak.. tapi awak boleh follow twitter uitm raub & mpp uitm raub.
DeleteAssalam sis, bandar raub ke uitm ni jauh x ? suggestion tempat mginap apa ya sis yg dekat ? lgi satu pasaraya apa ada utk beli baldi hanger n so on ?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.. nak ke bandar, takdela jauh sangat.. dalam around 10 minit camtu la.. tak silap ada hotel area tu.. tapi hotel apa, tak pasti la awak..
DeleteSis, boleh tak emailkan sy no phone sis utk kita bersembang sikit ttg area raub n uitm ni ? amiraadlina96@gmail.com
ReplyDeleteSalam sis, saya nak tanya kalau daftar nanti boleh req ke nak sama dgn kawan? even kawan tu dengan kita that time. ke macam mana? sebab masa saya pre dip saya beratur dgn cousin but tak dapat bilik sama. so kita kena minta ke?
ReplyDeleteWaktu saya dulu, boleh je.. yang penting kena daftar sekali.. tapi sekarang tak pasti sistem dia macam mana dah.. still sama atau dah bertukar..
DeleteSalam kak kalau raub sebilik campur ke kos
ReplyDeletewaalaikumussalam.. ye, campur.. tapi depends jugak.. kekadang boleh jadi kebetulan sama kos..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak. Nnti saya akan msuk ke Uitm Raub��. Saya nk tanya, kt situ ada pasaraya/kedai apa( yg dkt) yg kita boleh beli brg2 rumah mcm sabun,shampoo dll ? Tq.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Ade, bandar raub pun takdelah jauh sangat.. dalam 10-15 minit je.. macam-macam kedai ade kat sana. Jangan risau.. pasaraya pun ada. Lupa nama nama pasaraya tu.. tapi brang2 rumah semua boleh cari kt sana..
DeleteSem 2 kene cari rumah sewa ke?
ReplyDeleteStudent uitm raub semuanya memang akan dapat kolej. Takde student yg stay luar.
DeleteSampai kite tamat belajar ke.. Bilik tu kene bayar berapa?
DeleteA'ah. Sampai habis belajar. Tapi valid dekat uitm raub je stakat ni.. memandangkn uitm raub masih baru lagi.. lepas2 ni tak tahu la cane.. bayaran kolej boleh check dekat student portal bhagian bil tu..
DeleteUitm raub ade sediakan/bagi bag x ? (bag untk ke kelas)
ReplyDeleteTakde awak.. pakai beg sendiri je..
DeleteBilik air gune shower or kene tadah air?...almarinye boleh gantung banyak baju ke?
ReplyDeleteBilik air ada shower.. setiap tandas dalam rumah tu ade shower. Loker dia kecik je. Kalau nk gantung banyak2 baju, better beli penyangkut yg dkat kedai rm2 tu..
DeleteAssalamualaikum akak..sorry banyak Tanya
ReplyDelete-sepanjg minggu orientation tu kene pakai baj Putin n Kain hitam ke?
-line umobile and maxis OK x Kat Sana?
-kalau nk keluarkan duit kena g bandar je?
-1sem dikira 4bulan kan..ade cuti x sepanjang 4 bulan tu?
-exam akan guna full bi ke?
-sabtu ahad selalu ade aktiviti ke
Waalaikumussalam..
Delete- sepnjang minggu orientasi pakai baju kurung.. biasanya baju putih kain hitam tu pakai last day orientasi.
- tak sure la awak. Saya pakai celcom and digi. Okay je.. yang lain tak sure.
- tak perlu. Sekarang mesin atm dah ade dekat kampus.. tk jauh pun.. tk sampai 5 mnit dr kolej.. bank islam.
- kalendar akademik boleh check dekat portal uitm. Akan ada cuti. Cuti midsem and study week.
- ye. Uitm guna full bi kcuali certain subjek mcam subjek agama, arab..
- sabtu ahad cuti. Tapi depends kalau kolej or uni nak buat aktiviti. Tapi tak selalu.
Time orientasi pakai kasut ape.. Boleh pakai kasut yg tutup depan tu ke
ReplyDeleteTime orientasi pakai kasut bertutup. Formal..
DeletePelawat @ family blh dtg melawat bila2 atau ada hari dan masa tertentu sahaja?
ReplyDeletePelawat or family boleh datang anytime je.. before 11 malam. Tapi dinasihatkan melawat waktu korang betul-betul free, time korang takde kelas or any aktiviti..
DeleteAkak .... Kat uitm raub tu kalau time sukan kena pakai baju putih or bebas?
ReplyDeleteBoleh ke pakai sandal..yg kaki depan x tutup?
Sukan?? Biasanya kalau aktiviti yg student anjurkan, baju bebas.. tapi kalau aktiviti koko, dia ada uniform yg diorang dah tetapkan.. sandal utk ke bandar boleh. Tapi utk ke kelas, tk boleh.. nak gi kelas kena pakai sahsiah rupa rupa diri. Kasut bertutup.
DeleteSelalunye jubah ramai x org pakai kat u... Or more to palazo...? Which one people prefer tuk pakai?
ReplyDeleteDua-dua ramai pakai.. hari isnin dan jumaat kena pakai baju kurung.. hari lain bebas, asalkan sahsiah rupa diri.. jadinya ada je yang pakai jubah and palazo hari lain.. atas diri masing-masing..
DeleteTime lapor diri kat uitm raub ni kene pakai baju putih n kain hitam kan?
ReplyDeleteTak perlu.. pakai je baju kurung..
DeleteBaju putih n kain hitam just pakai time last oreantasi je ke
Deleteye. pakai masa last day orientasi.. tapi depends on OC yang jaga waktu orientasi jugak..
DeleteAkak..gambar paspot tu kan ..background nya kena warna apa...putih or biru
ReplyDeletebiru..
DeleteGambar ukuran pasport kena warna ape ? Nak kena bawak berapa..ada org kat bawak 12 keping?
ReplyDeletepengalaman saya dulu, warna biru.. bawak 12 pun okay.. lebih takpe, jangan tak cukup.. kalau lebih, nanti boleh simpan untuk kegunaan lain.. kalau tak cukup, susah pulak nak kena pergi kedai ambik gambar pasport baru..
DeleteTime tu habis ke akak gune 12 keping tu..12 kepinv paling minimum ke
DeleteSweater diperlukn ke time kt u?
ReplyDeleteatas individual awak.. kalau awak jenis yang sentiasa sejuk, mungkin perlu.. kalau orang yang jenis okay je dengan aircond dalam kelas, mungkin tak perlu.
DeleteAsalam.. Ada grab x sana?
ReplyDeletewaalaikumussalam. mungkin ada kalau guna apps grab.
DeleteSalam kak, nk tanya. Kalau bilik tu campur ngan senior skali ke atau sama batch?
ReplyDeleteuntuk student yang baru.. rasanya tak campur.. tapi if student lama, main campur je. depends on pengurusan asrama.
Deletesitu atm ape ye?
ReplyDeletebank islam
DeleteAkak.. Kat borng C ni dia tulis yg amik kos sains kesihatan je yg wat X-ray..so yg amik kos selain sains kesihatan x yh buat lah kan... Or mmg kene buat walaupun x amik kos sains kesihtn?
ReplyDeletetak pasti pulak akak.. sebab zaman akak semua kena buat.
DeleteAssalamualaikum. Blh tau mesim ATM apa yg ada dlm kampus Raub?
ReplyDeletewaalaikumussalam. bank islam.
DeleteSehari bape kelas? Setiap kelas bape jam?
ReplyDeleteDepends. Setiap kelas lain jadual.
DeleteAssalam nak tanya lelaki pi kelas setiap hari pakai kemaja sahaja ke ? and orientasi tu kena pakai kasut kulit or canvas pun boleh ke ? And periuk nasi boleh bawa ke ? Also wifi kat hostel laju tak haha sorry banyak soalan mohon reply ya thanks
ReplyDeleteWaalaikumussalam.. utk hari isnin and jumaat, pakaian formal.. baju kemeja. Kasut pun formal. Hari lain bebas, janji sahsiah rupa diri. Periuk nasi tak boleh bawak..klau bwak,kena pandai simpan and sorok. Wifi laju. Tp depends on waktu and tempat jgak. Ade setengah bilik slow. Ade yg laju.
ReplyDeleteAkak.. Time sem 1 kite kene solat kat surau atau boleh solat sendiri kat bilik
ReplyDeleteBoleh solat dekat bilik masing2.. tapi apa salahnya kumpul pahala semayang berjemaah dekat surau.
DeleteAssalammualaikum kak. Saya bulan depan dah nak masuk ke uitm raub kos cs. nak tanya la hari orientasi lelaki pakai apa ye? lagi satu rumah yang dimaksudkan tu macam mana ye? boleh detailkan lagi tak?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.. hari orientasi pakai baju formal.. kemeja. Satu rumah ada 4 bilik. Setiap bilik 2 orang.. and ada 4 tandas setiap rumah... Setiap orang akan ada katil, loker and meja study masing2..katil sorang satu, bukan jenis double decker. Dalam rumah akan ada 1 meja makan di ruang tamu.
ReplyDeletehi sis. sepanjang minggu orientasi pakaian/tudung macam mana ye yang dibenarkan?
ReplyDeleteBaju kurung, kasut bertutup. Tudung mcam biasa. No soecific shawl or bawal. Lekaki baju kemeja, seluar slack kasut bertutup.
DeleteAkak.. Yuran bilik bayar berapa
ReplyDeleteBergantung pada pengurusan kolej.. nanti jumlah bayaran akan keluar dekat student portal.
DeleteAssalamualaikum kak nak tanya ,satu rumah 4 bilik air tu means setiap bilik satu bilik air ke??
ReplyDeleteTak.. bilik air takde dalam bilik. Dia dekat luar bilik, dia sederet empat-empat tandas. Tapi yg pasti dalam rumah.
DeleteSalam barang keperluan lain seperti alatan tulis dan sebagainya boleh disenaraikan x ..?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.. barang mandian (syampoo, sabun, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, bakul toiletries) bakul baju kotor, hanger, mangga kunci loker, bantal, cadar,selimut telekung, baju dan seluar secukupnya, underwear, tudung, beg utk ke kelas, sikat, sejadah, penyapu kalau perlu, iron, heater jika perlu, charger telefon, laptop dan dan charger, al-quran, bakul sampah kecik jika perlu, alatulis (kertas kajang, buku nota, pensil, pen) mangkuk, pinggan, sudu, garfu, cawan, sabun basuh pinggan.
Deletehai nk tnya , Kalau sem 1 diploma bilik boleh campur kos tak ?
ReplyDeleteDepends on pengurusan kolej. Pengalaman saya, sem1 dulu, saya sorang je kos business. Yang lain civil engineering. Tapi sem1 saya di uitm jengka
DeleteBoleh tak email dkt saya, sbb sy bnyk benda nk tanya pasal uitm raub, 21/7 ni sy dh daftar afiqahbatrisyia22@gmail.com
ReplyDeletekak, kalau diploma, smpi abis sem ke bole dduk kolej?
ReplyDeleteKhas utk uitm raub, ye. Semua dapat kolej sampai habis sem.
Deletekalau stay luar kolej boleh ke ? Means tak duduk kolej
ReplyDeleteZaman saya, uitm raub memang semua duduk kolej. Tak dibenarkan duduk luar.
Deleteassalam,1)membawa kenderaan sendiri dibenarkan tak?
ReplyDelete2)setiap sabtu dan ahad student dibenarkan balik rumah?
3)saya difahamkan kebenaran masuk setakat jam 11malam..jika lewat adakah student boleh bermalam diluar dan masuk pada pagi kesokannya.(paling awal pagi boleh masuk)
tq
waalaikumussalam.
Delete1) kenderaan kereta sendiri dibenarkan untuk bawak.. tapi mesti kena ada sticker kebenaran bawak kereta dari polis bantuan. dan kereta hanya dibenarkan untuk pelajar tahun akhir sahaja. kenderaan motor mana-mana student boleh bawak tapi kena apply sticker dekat pejabat polis bantuan.
2) ya.. boleh je nak balik rumah. life di universiti tak sama macam asrama sekolah.. weekend student bebas nak keluar pergi mana je.. even hari biasa pun boleh je nak keluar..
3) kalau lewat setakat pukul 11-12 tu.. kekadang polis bantuan bagi lagi masuk.. atas budi bicara dengan polis bantuan.. tapi in case balik pukul 2-3 pagi, dan awak rasa alasan awak memang takkan diterima.. awak tunggu jela pagi esoknya.. biasanya pukul 7 tu dah boleh masuk dah..
nak tanya jumlah barang elektrik yang dibenar kan bawak ada had atau takkisah berapa
ReplyDeleteada had dan setiap barang elektrik tersebut akan dikenakan bayaran. bayarannya sebelum-sebelum ni RM10 satu barang.. contoh awak bawak iron, charger laptop, charger telefon, heater air. so awak kena bayar RM40 untuk semester tersebut. tapi kalau awak nak kurangkan bayaran, awak boleh pakat dengan roomate atau housemate, bagi-bagi..
DeleteAslm kak,tumpang tanya...uitm raub boleh free hair ke
ReplyDeleteWaalaikumussalam. uitm masih ada non muslim which is students dari orang asli and from sabah dan sarawak. :)
ReplyDeleteassalamualaikum kak...boleh tak nak tahu contoh kasut bertutup tuu mcm mna? sandles tutup ke or mcm pengawas dekat sekolah tuu...terima kasih
ReplyDeletewaalaikumussalam. kasut bertutup tu maknanye kasut yang tutup dekat bahagian depan, maknanye tak nampak jari kaki.. tak kisah la corak, style or warna apapun.. as long bertutup bahagian depan, tak nampak jari kaki tu.. yang pengawas dekat sekolah pakai tu termasuk la kasut bertutup.
DeleteAslm akak, boleh mintak email akak tak, sbb nk tnye dgn lebih lanjut....
ReplyDeleteWaalaikumussalam.. boleh terus dm saya di telegram @wanamira_syairah atau email ke irawmk96@gmail.com
Delete