Tuesday 15 December 2020

Produk untuk Wajah Kulit Kering dan Mengelupas





Ni adalah contoh wajah yang mengelupas dan kering.. ni mira google je.. cumanya nak jelaskan dekat sini.. apabila wajah kita mengelupas.. kulit muka akan terasa kasar dan sangat tak selesa. nak jumpa orang atau keluar pun, akan rasa tak confident.. nak apply bedak ke apa untuk cover, lagi nampak tak okay mukanya sebab bedak tu akan bercapuk. 

Kulit wajah mira sendiri adalah jenis yang kering dan pernah mengalami masalah mengelupas dan kemerahan.. untuk sesetengah orang definisi breakout adalah tumbuh banyak jerawat.. tapi untuk mira, definisi breakout ialah muka mira akan kering, mengelupas dan kekadang akan jadi kemerahan.. jadi dekat sini, mira nak share beberapa produk wajib yang mira akan gunakan kalau muka mira breakout. 


1. PENCUCI MUKA CETAPHIL 

Mira memang dah lama pakai cetaphil.. Alhamdulillah, kulit muka takde masalah, sesuai dengan produk ni.. pernah beberapa kali mira try untuk cuba produk lain.. kebiasaannya kalau kita pergi watson atau guardian, kekadang dia ada seorang dua yang akan bantu kita pilih produk sebagai penasihat produk.. jadinya pernah la beberapa kali diorang suggestkan suruh try produk tertentu, katanya sangat elok dan sangat sesuai untuk kulit kering dan sensitif.. makanya mira pun beli lah and try.. dalam masa seminggu tu macam dah nampak kulit start mengelupas, tapi abaikan je.. kut-kut awal-awal je macam tu.. tapi bila dah sebulan pakai, makin teruk and muka jadi breakout. terus stop. mira nasihatkan korang if kulit nampak tak okay dengan produk, jangan teruskan. nanti jadi makin teruk..

so, sekarang mira just stick dengan pencuci muka cetaphil.. produk cetaphil sangat elok untuk kulit muka kering dan sensitif.. tapi pencuci muka jela.. mira pernah try mosturizer cetaphil, tapi tak sesuai dengan kulit muka mira.. terus jadi gatal and merah.. 


2. VASELINE


Vaseline ni boleh dapat dekat farmasi, watson atau guardian terdekat.. mira taknak cerita berkenaan ingredients atau kebaikan vaseline ni.. nak tahu lebih detail berkenaan vaseline ni, boleh search sendiri dekat google. cumanya mira nak bagitahu, vaseline ni adalah benda yang WAJIB ada untuk kulit yang mengelupas..

Setiap kali kulit muka mira mengelupas, mira akan apply vaseline dekat muka.. just sapu je dekat seluruh muka yang mengelupas tu.. then biarkan je.. kalau rajin, just main gosok-gosok dekat muka supaya kulit kering tu tercabut.. sebelum ni mira akan apply waktu tidur, tapi sangat tak selesa nak tidur dengan muka yang agak berminyak.

Jadi sekarang mira just apply before tidur which is lepas setengah jam atau sejam, mira akan bersihkan terus.. untuk lebih mudah, lap dulu muka dengan tisu, then baru basuh dengan air.. tapi nak basuh muka terus dengan air pun boleh je. takde masalah... 

Ni adalah cara mira dan seriously sangat membantu.. 

3. ALOEVERA


Aloevera ni biasanya mira akan apply selang seli dengan vaseline.. kalau harini dah pakai vaseline, esoknya mira akan apply aloevera.. sama jugak macam vaseline, mira akan sapu seluruh muka then biarkan at least setengah jam sampai gel tu betul-betul kering di muka.. then bilas dengan air bersih.. Aloevera ni fungsinya untuk melembabkan balik wajah kita yang kering.. Mira akan apply aloevera dan vaseline ni bila muka breakout dan sampailah muka okay balik.. Kalau muka takde masalah, mira tak apply pun, tak rajin. hehehe..

4. HADA LABO SUPER HYALURONIC ACID HYDRATING LOTION


Hada labo super hyaluronic acid hydrating lotion ni sesuai sangat dengan kulit muka kering untuk bantu melembabkan.. untuk yang hydrating lotion ni, mira akan apply waktu pagi dan bila rasa kulit kering.. Alhamdulillah pakai ni, makin bertambah baik.. boleh jugak nak apply sekali dengan mosturizer hada labo ni, kalau dalam trial pack warna pink. pun okay.. tapi agak mahal la kalau beli yang biasa.. hydrating lotion ni memang mira pakai je as skincare routine.. 

Nilah antara produk-produk yang memang mira gunakan untuk pulihkan balik kulit muka mengelupas ni... semoga dapat membantu awak-awak luar sana yang ada masalah wajah kulit kering dan mengelupas.. jangan stress-stress, nak pulihkan balik, memang akan take time.. tapi InsyaAllah semuanya akan baik-baik je.. Semoga Bermanfaat!


Tuesday 1 December 2020

Tak Suka, Tak Perlu Ambil Tahu





Hi. Today just wanna share something yang mira rasa mira patut share dengan korang kut. 

I don't know why, some people kalau dia ada masalah dengan seseorang, ada perselisihan faham, or maybe tak suka ke.. diorang tend to nak ambil tahu semua pasal orang tu.. 

Bilamana orang tu hide dekat status whatsapp or ig ke.. block ke.. dia akan rasa triggered. then dia akan mesej kawan-kawan sekeliling yang kenal orang tersebut untuk chekkan apa orang tu update status/post. diri rasa insecure.. jadi nak tahu apa yang dia update, apa yang dia post.. just in case dia ada mengata kau. 

Rasanya tak perlu kut. 




Kalau ada orang tak suka kita, or kita tak suka dia. just tak perlu ambil tahu. abaikan.

kenapa kita nak terhegeh-hegeh nak ambil tahu benda yang akan membuatkan kita sendiri sakit hati. just biarkan je.. 

Alhamdulillah, setakat ni mira dikelilingi dengan orang-orang yang baik semuanya.. so takde la masalah-masalah ni..  

Cumanya, just in case kalau mira ada masalah dengan seseorang.. 

Apa yang mira buat is.. mira akan hide kan status ws, mute kan segala berkaitan dengan dia.. mana yang boleh unfollow, unfollow je. kalau perlu block, block. pendek kata, tak perlu ambil tahu dah.. dia nak mengata ke.. dia nak buat apa.. tak perlu tahu.. 

Kenapa nak perlu peningkan dan sakitkan hati kita dengan benda-benda yang tak perlu.. apa yang dia nak buat, apa yang dia nak cakap.. biarkan je.. tak perlu nak ambil tahu.. it is better don't know than know. 






So please.. kalau ada masalah, kalau boleh selesaikan dengan cara yang baik, selesaikan dengan cara yang baik. kalau tak boleh, diamkan.. 

Tak perlu nak tanya orang dia post apa harini, dia pergi mana harini, ada ke tak fb dia.. tak perlu! 



Wednesday 18 November 2020

Unproductive Life




Hello everybody! saja nak share kehidupan sis yang sangat unproductive 2/3 bulan ni.. tambah-tambah dengan PKPB lagi..  Lifeless.

Pergi kerja, balik kerja then layan korea. Hari-hari marathon kdrama setiap malam.. sampai tak tahu dah nak tengok cerita apa lagi 😐😐😐 tv memang tak dapat nak tengok dah, mak yang conquer setiap malam cerita dia. jadi sis akan layan kdrama dekat tablet or handphone jela. 

Kdrama pulak, sis tak layan semua.. sis lebih prefer yang comedy je. yang ringan-ringan je cerita dia. yang berat-berat terlalu banyak konflik, crime, pasal bunuh-bunuh ke.. memang tak layan. nak layan running man pun, running man dah tak best lepas gary keluar. and tak minat 2 orang baru yang join lepas tu. 

Maka disebabkan dah terlalu banyak tengok kdrama tu, sekarang hidup bertambah lifeless sebab dah tak tahu nak tengok cerita apa. kdrama comedy macam dah tengok semua je.. hmm. 

Nak baca novel, plot cerita lebih kurang je semua. dah boleh agak dah jalan penceritaan tu. wattpad pun tak berapa banyak cerita yang betul-betul best penulisnya. ramai yang baru-baru. 

maka sekarang sis buntu 😔 

selama ni hari-hari layan kdrama sebab nak elak dari overthinking and banyak fikir. biasalah, manusia biasa. bila duduk sesaja takde buat apa, macam-macam akan fikir. soal jodoh, kerja, duit.. semua! jadi memang cari je benda supaya tak terlalu berfikir. 

nampak gaya sis kena cari hobi baru ni. doakan, kbye. 

Saturday 7 November 2020

Make Sure You're Happy in Real Life, Not Just for Social Media



Nowadays, people are aggressively showing their life to people. for what reason? 



Semakin meningkat usia, semakin matang pemikiran kita. dan sampai satu ketika, kita akan mula sedar bahawa tidak semua benda yang terdetik di hati kita atau apa-apa yang bermain di fikiran kita perlu dikongsikan kepada orang ramai.. 

Ada ketikanya apa yang bermain di fikiran dan hati itu biarlah setakat itu sahaja, kerana mungkin jika diluahkan akan memburukkan dan mengeruhkan lagi keadaan.  Kadang diri sendiri merasakan kita berada di pihak yang benar, tetapi tindakan kita mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan. Jadi, lebih baik berdiam diri dan jalani kehidupan seperti biasa. 

Kemungkinan pada awalnya hanyalah silap faham, tetapi apabila satu pihak menggunakan sosial media untuk meluahkan perasaan, keadaan akan menjadi makin teruk dan hubungan menjadi makin renggang. 




Apabila diperhatikan dunia sekarang, semua benda ingin dikongsikan di sosial media tidak kira di facebook, instagram, twitter mahupun whatsapp. Keluar makan post. pergi kerja post. kehidupan dalam rumahtangga post. bersukan post. semua kejar untuk post. Sampai satu ketika, aku berfikir untuk apa? untuk siapa? apa manfaatnya? kenapa perlu dipost? 

Addicted. sehinggalah ianya menjadi parah. Jika tidak post, hidup tak keruan. rasa kosong, rasa sunyi. kenapa? kerana kita sudah meletakkan kehidupan kita untuk bergantung kepada media sosial. dan untuk dilihat orang ramai. 

Ada manfaat dan ada keburukan. Jika perkongsian tersebut memberikan manfaat, dan perlu dikongsikan. maka kongsikanlah. jika tidak memberi apa-apa manfaat, maka fikirkanlah.. 

Jangan letak pergantungan hidup kita kepada media sosial. Hiduplah secara normal seperti biasa dan bahagiakanlah diri sendiri dengan cara tersendiri. 

Bukan untuk orang lain. tapi pesanan untuk diri sendiri yang selalu leka dengan media sosial. 



Hidupmu begitu berharga. 



Thursday 16 July 2020

Perjalanan Students Sabah dan Sarawak ke UiTM Raub



Hai.. kali ni mira nak bagitahu macam mana students yang dari Sabah dan Sarawak khususnya nak pergi ke UiTM Raub, Pahang. Tengahari tadi mira baru je dapat whatsapp dari adik Kila tanya berkenaan ni. Dia maklumkan yang dia dah tanya pakcik 'google' tapi tak dapat jawapannya. Jadi mana yang mira tahu dan boleh bantu, mira cuba untuk bantu adik-adik yang baru nak masuk belajar di UiTM Raub. 

KLIA, KLIA 2 - TBS

Pengangkutan dari KLIA, KLIA2 ke TBS ada 2 option. Korang boleh naik KLIA Transit (ERL) atau bas. Kalau ERL hanya ambil masa lebih kurang 30 minit dan korang turun di Stesen Bandar Tasik Selatan. TBS dengan Stesen tersebut tak jauh pun. 



Manakala kalau bas, TBS sedia perkhidmatan bas dari KLIA-TBS melalui syarikat JETBUS. 
Korang boleh buat pembelian tiket di portal e-tiket, eticketing.tbsbts.com.my


Mira lebih prefer korang untuk naik ERL je lebih mudah. Tapi agak mahal la compared to bas.  

TBS - TERMINAL BAS RAUB

Dari TBS ke Terminal Bas Raub.. Korang kena ambil bas nak pergi ke sana. Ada banyak choice yang korang boleh tengok sama ada dari redbus, catchthatbus atau TBS untuk tengok jadual perjalanan atau tempah tiket bas. 





Ni antara contohnya.. From, pastikan ambil yang TBS (Terminal Bersepadu Selatan), Kuala Lumpur. To Terminal Bas Raub. Untuk yang website TBS, akan ada beberapa pilihan bas iaitu Mara Liner, Pahang Lin Siong, Queen Express dan Transmalaya Ekspres. Mira suggestkan untuk ambil Pahang Lin Siong je. Yang lain mira tak suggestkan tapi korang boleh je nak try.. tak ada sebarang masalah. 


TERMINAL BAS RAUB - UITM RAUB

Terminal bas raub ada 2. yang lama dan baru. Nanti bila korang nak turun dari bas tu, make sure korang turun di terminal bas raub yang baru. Walaupun terminal bas yang lama dan baru tak berapa jauh, tapi yang baru lagi mudah untuk korang dapatkan van nak ke uitm. Kalau korang keliru, tanya driver bas tu. 

Stesen bas lama


Stesen bas baru


Ni mira sertakan gambar untuk mudahkan korang kenal pasti stesen bas mana yang lama dan baru. 

Bila korang tiba di Terminal bas ni, korang hanya kena tunggu van putih uitm datang. Van nilah yang akan bawak korang masuk ke dalam UiTM Raub. Van putih ni akan sentiasa round-round area bandar raub untuk ambil students. Kalau korang tak pasti, korang boleh tanya je driver van tu.. Zaman mira dulu, tambang van ni RM1.50 sehala. sekarang mira tak pasti berapa dah caj tambang dia. 





In case la kalau korang dah tunggu lama dekat terminal tu, then takde-takde van putih ni datang. korang boleh ambil teksi ataupun ambil grab. Just maklumkan yang korang nak ke uitm raub. 


KLIA, KLIA2 - HENTIAN BAS PEKELILING (TITIWANGSA)

Bas dari TBS ke Terminal bas Raub agak terhad. Kalau korang tak sempat nak catch up bas dari tbs, korang boleh ke hentian bas pekeliling. Dekat sini lebih banyak bas dan waktu perjalanan pun banyak compared to TBS. 



Perjalanan dari KLIA, KLIA2 ke hentian bas pekeliling agak rumit sikit tau. Untuk yang first dari KLIA, KLIA2.. korang kena ambil ERL pergi ke KL Sentral. Then bila dah sampai di KL Sentral, tukar pulak naik monorel untuk ke Titiwangsa. Masa perjalanan mira tak pasti. Terminal pekeliling hanya sebelah monorel tu je. 


HENTIAN BAS PEKELILING - TERMINAL BAS RAUB

Di hentian bas pekeliling ni, korang ambil bas Pahang Lin Siong untuk ke Terminal bas raub. 




Korang boleh perhatikan masa perjalanan di pekeliling ni lebih banyak dari yang TBS. jadi kalau korang tak sempat nak ambil bas dari TBS, boleh ke Pekeliling. 

Sekian sahaja perkongsian untuk korang especially students yang ingin ke UiTM Raub.. Semoga sedikit sebanyak dapat bantu korang merancang perjalanan.. All the best guys! babai!

Monday 13 July 2020

Tips Study untuk Test dan Final

Hai.. kali ni mira nak share berkenaan tips-tips untuk study before test and final. Mira akan share pengalaman mira sendiri tau.. kut-kut ada input yang boleh korang ambil dan ikut, harapnya dapat membantu. 

1. Set Target
Sebelum korang start study, make sure korang setkan target.. apa yang mira buat zaman belajar dulu, mira akan setkan target dulu before start bukak buku.. contohnya, harini hari ahad. Test hari selasa dan cover dari bab 1 sampai bab 5. Jadi hari ahad sebelum asar kena make sure buat nota dari bab 1 sampai bab 3. lepas maghrib sambung buat nota bab 4 dan 5. dan mira akan pastikan apa-apa pun, busy, malas macam mana pun.. mira kena capai target. hari isnin just buat revision and start hafal benda-benda yang perlu. Sebelum asar hari isnin, kena hafal dah semua key point and kena hadam dari bab 1 sampai bab 3. lepas maghrib sambung 4 dan 5. Pagi selasa just recap balik je dari bab 1 hingga 5. 

Bila mana study last minute, kita still kena set target jugak. Mira pernah je ada test waktu yang tengah genting busy gila. kebetulah minggu tu deret test tiap-tiap hari. nak study awal tak dapat.. before tu busy dengan event-event persatuan and kolej. jadi kena plan betul2 untuk study. 

Test esok, cover chapter 1 sampai 4. Start study lepas maghrib. Jangan gelabah jangan panik. Preparation harus dibuat. kalau tak study langsung, nak jawab apa test esok. Jadi apa yang kita boleh buat dan apa yang mira buat adalah... kalau boleh start study lepas isyak ye. bukan apa, gap maghrib dengan isyak tak lama. jadi lepas maghrib tu korang rehat dulu, nak mengaji dulu ke.. then orang azan isyak, terus solat. bila dah solat ni, kita akan rasa relax and tenang sikit nak study. kalau penat study nak tidur pun dah boleh dah lepas tu. isyak dah settle. 

 Lepas isyak start buat nota dari chapter 1 hingga 4. Make sure sebelum pukul 12 kena siap. Handphone letak tepi, jangan sentuh pun. Then pukul 12 dah kena standby untuk tidur and dah ada atas katil. bukan di meja study. Kita kena pastikan kita follow the target. Pukul 3.30 pagi set alarm untuk bangun balik study. kalau tak banyak benda kena cover, boleh set pukul 4.. tengok atas banyak mana nak kena cover. Pastikan bangun! ingat.. esok dah test. kalau tak bangun, nak jawab apa.. jadi masa tulah kena baca, hadam semua chapter yang masuk dan hafal key point yang penting. time ni kita tak buka dah buku, kita just refer nota yang kita dah buat je. 

Study last minute ni memang perlukan pengorbanan sikit. kurang waktu tidur. tapi lepas tu qadha lah balik.. bagi mira, Tidur tu penting dan kena tidur even sekejap. ada sesetengah orang, kalau study last minute, diorang memang takkan tidur malam tu. diorang akan stay up sampai pagi. untuk mira, mira tak boleh. macam mana pun, mira akan tidur jugak even satu jam. bagi otak rehat sikit. and nak elak esok tengah jawab test or final otak ting-tong sebab tak tidur. kalau otak dah ting-tong ni.. apa yang dah study, boleh hilang tengah nak jawab. jadi blurrr.  




2. Buat Nota Poket

Nota poket wajib kena buat. Untuk study, kalau boleh kita nak refer benda yang ringkas, untuk cepat kita faham dan mudah nak ingat key point. kalau dalam buku teks, terlalu banyak huraian, penceritaan apa semua. jadi bilamana kita buat nota, kita akan baca dulu semua dari buku teks tu dan kita akan keluarkan semua key-key point. kalau dalam buku ada 10 key point. keluarkan la dalam 5/6 camtu. dalam test essay, takdenye soalan nak semua. mungkin dia akan mintak 4/5. jadi kita kena pandai-pandaila. kalau boleh ingat lebih supaya tibe-tibe time test tu blurr satu point. kita ada back up point yang lain. huraian yang panjang tak perlu..nota just point yang penting sahaja. 

Jenis mira, mira akan buat nota tu colourful. bila nota kita warna-warni, kita pun semangat nak belek nota. kalau dah semua colour biru atau hitam. nak tengok nota pun jadi malas. dan sebenarnya kan.. nota yang warna-warni sangat membantu untuk kita ingat.. contohnya, untuk tamadun cina kita letak warna hijau. tamadun india warna biru, tamadun rom warna merah. jadi proses untuk kita hafal jadi mudah dan kita tak akan mudah tertukar point. nanti bila jawab exam pun, kita akan terbayang point-point based on warna. ni sekadar pengaman mira la. 

Nota yang kita dah buat untuk test or kuiz, jangan buang ye.. sebab kita akan pakai untuk final pulak. mira hanya buat nota untuk test or kuiz je, dan untuk final tak buat dah. kita akan study belek buku sikit-sikit dan refer nota tu je. jimat masa untuk study final. 



3. Hafal Key-Point

Make sure hafal key point untuk setiap bahagian. Huraian kita tak perlu hafal, just fahamkan je. nanti pandai-pandaila goreng dalam kertas jawapan tu. Key-point kena hafal sebab yang tulah markah besar. kalau key point salah, huraian betul dan contoh betul. still tak dapat markah or potong markah. sebabnye key point dah salah. tapi in case key point betul, huraian salah.. kita still dapat markah. 

Kalau susah sangat nak hafal key point tu, korang createlah ayat yang senang korang nak hafal.. contoh yang mira boleh bagi:

The Importance of Environment
(Guru)-Guest expectation  
(Ganti)-Guest mood
(Esok)-Employee satisfaction

Ambik huruf depan dah buatlah ayat.. in case dalam exam, korang lupa apa point dia. korang recap ayat yang korang create and insyaAllah mana tahu automatik terus ingat point tu. Ni antara contohlah.. korang mesti lagi kreatif kan.. jadi buat lah apa pun untuk bagi senang hafal point. 




4. Simpan Telefon

Telefon adalah gangguan yang paling besar nak study. Tengah-tengah study, capai henset niat nak balas satu mesej je.. eh eh tetiber tak sedar setengah jam hadap telefon.. buku nota dah kelaut. jadinya bila nak study, simpan dulu telefon.. letak la dalam laci ke, bawah bantal ke.. janji tak main. kalau nak dengar lagu dari telefon ke, korang tutup lah data dulu, aktifkan mode silent. jangan main henset tengah study. nanti korang cepat hilang fokus dan susah nk hadam apa yang korang baca. 

5. Jawab dan Review Past Year Questions. 

Untuk mira, mira akan print semua past year questions sepanjang 5 tahun sebelumnya untuk setiap subjek. dan preparation untuk kuiz atau test, mira akan cuba untuk jawab, refer buku.. supaya jwapan tu lebih tepat. Bila kita jawab and tengok past year questions, kita boleh tahu bentuk-betuk soalan macam mana dan kekadang kita boleh agak soalan yang mana berkemungkinan akan keluar. in case kalau study last minute untuk kuiz or test, tak sempat nak jawab past year.. mira just review je past year tu and jot down atau star dalam nota, mana-mana soalan yang biasa keluar.. supaya kita alert. 

tapi untuk final exam, kita akan ada lebih masa sikit memandangkan ada gap antara paper. jadi try lah buat semua past year questions tu.. lagi-lagi kalau subjek yang memerlukan pengiraan. memang kena buat. InsyaAllah sangat membantu untuk jawab final exam. Kalau student UITM, diorang boleh dapatkan past year questions ni dekat EQPS je.. kalau universiti lain mira tak pasti. 




Inilah 5 tips study untuk test dan final yang dapat mira kongsikan bersama korang. Semoga bermanfaat. All the best dan Good Luck! 

Thursday 18 June 2020

Memilih bukan untuk mencari yang sempurna, tapi memilih untuk mencari yang serasi.




Zaman sekarang kalau umur dah 24,25 tahun ke atas dan masih status single, mesti akan ada yang judge kita ni sebagai memilih.. tak cakap orang lain, mira sendiri pun kekadang terkena tempias. yela, tahun ni umur mira 24 tahun dah.. kawan-kawan lain dah ramai bertunang, berkahwin and yang dah ada anak pun ada.. tapi kita masih enjoy life as single. so mulalah makcik-makcik bawang, tak pun akak abang bawang judge kita 'dia ni memilih sangat, tu yang takde lagi'.

To be honest, kita bukan taknak bagi peluang dekat sesiapa, taknak berkawan dengan sesiapa.. of course jauh di sudut hati mungkin ada perasaan nak ada pasangan and berkahwin tu.. tapi belum jumpa yang sesuai. dan bukan jenis mira yang main ikut dang je berkawan dengan siapa-siapa.. tak. mira akan perhati and tapis dulu.. Mira hanya berkawan dengan mana yang dah kenal je.. 

Bagi mira, memilih tu kena ada. contoh la kan.. kita dah tahu lelaki tu jenis yang pemalas, panas baran, suka naik tangan.. malas nak kerja, kerja rumah semua harap dekat mak, makan tidur je.. pastu kawan dengan orang yang entah hape-hape, hisap dadah. adakah kita masih nak dekat dia? dengan alasan dia nak dekat kita, suka dekat kita. so kita patut terima? 

begitu jugak dengan lelaki.. kalau korang dah sedia maklum perempuan tu jenis yang pemalas, pengotor.. malas nak buat kerja rumah, kuat maki hamun, tak respect orang lain.. adakah korang masih nak terima untuk hidup bersama? sedangkan korang masih ada pilihan. terima dengan alasan sebab cantik, kaya.. boleh menjamin kebahagiaan ke? 

kita ada kuasa untuk memilih.. jadi kalau kita rasa kita tak boleh dengan dia, kita tolak la secara baik. jangan pulak tolak secara kasar, main maki hamun. kang tak pasal dia hantar santau. kita kalau boleh nak kahwin dalam jangka masa yang panjang, sampai akhir hayat. hari-hari pagi petang malam nak hadap muka dia. so carilah yang sesuai dan serasi dengan kita. bukanlah nak cari yang sempurna perfect semua benda. tapi hanya untuk mencari pasangan yang betul-betul serasi untuk hidup bersama kita. 

tadi mira ada ternampak satu video berkenaan expectation untuk pasangan. sajalah mira nak kongsikan sedikit apa yang mira expect dari seseorang. sebelum kita kenal seseorang, of course kita akan ada expectation yang kita harapkan dari seseorang lagi lagi yang untuk dijadikan calon. First, apa yang mira expect.. dia boleh terima mira seadanya. boleh terima segala kekurangan dan kelebihan diri mira. boleh bertolak ansur dan tak putus asa dengan mira. 

kita sebagai perempuan, akan ada mood yang swing-swing nak cari pasal la, tetiber moody la. kekadang sedih.. jadi harapannya dia tak akan putus asa la dengan kita. still boleh layan and bersabar dengan kerenah kita. then, bertanggungjawab. kekadang kita as perempuan pun faham dengan keadaan kewangan lelaki. kita bukannya nak yang berduit yang kaya-raya pun.. at least yang cukup pakai minum bayar rumah apa semua. awal-awal of course la akan ada tempoh struggle sikit.. kita pun faham.. sekurangnya lelaki tu jenis yang berusaha untuk mencari rezeki, takdelah yang jenis goyang kaki malas nak kerja and harap dekat bini je. 

bukan yang kaya-raya, tapi sederhana cukup untuk hidup. takde berhutang sana-sini.. and last, setia. rasanya semua pun faham kut istilah setia ni.. bukan jenis yang dah ada tapi sibuk nak melayan berkawan sana-sini. kalau dah ada, buat cara dah ada, yang takde tu, takpelah.. 

actually, selagi kita belum berkawan  dengan dia, kita tak akan kenal dia macam mana.. so tu je kut expectation mira before kenal dengan sesiapa. kita hanya kenal seseorang tu selepas berkahwin.. jadi sebelum kita berkahwin, buatlah pilihan yang bijak. bukan untuk mencari yang sempurna, tapi untuk mencari yang serasi dengan kita. 

mira sendiri pun masih single. hahaha. doakanlah mira cepat bertemu jodoh dan dipermudahkan segala urusan. semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua. apa yang mira share di sini hanyalah sebagai pendapat personal mira dan takde kena mengena dengan sesiapa. wallahualam. 

Wednesday 11 March 2020

Projek Infaq Brownies 2020





Di kesempatan ini, Mira nak kongsikan sedikit berkenaan Projek Infaq Brownies Tahun 2020. Projek ini diberi nama Infaq Brownies kerana ianya bertujuan untuk memberi sedikit kegembiraan kepada anak-anak dan pelajar-pelajar terpilih melalui kuih brownies.. Segala sumbangan wang daripada orang awam ini akan digunakan untuk kos membuat brownies dan akan diagihkan kepada  sekolah, madrasah, kelas pengajian, dan rumah anak-anak yatim.. 


Projek ini dijalankan secara individu oleh Puan Fatihah sendiri apabila tersentuh melihat kegembiraan di wajah anak-anak apabila dapat merasai dan menikmati kuih brownies ini. Mungkin di antara kita kuih brownies ini adalah makanan biasa dan boleh didapati dengan mudah, tetapi tidak pada anak-anak pelajar ini. Ada yang diantara mereka anak-anak ini pertama kali dapat merasai kuih brownies ini dan tentunya keseronokan tersebut terpancar di wajah mereka. 
Oleh itu, selepas melihat suasana sebegini, Puan Fatihah meneruskan projek ini dengan menggunakan sumbangan infaq daripada orang awam untuk membuat brownies dan diagihkan sendiri hasil  infaq tersebut kepada sekolah, madrasah, kelas pengajian, dan rumah anak-anak yatim ini pada hari Jumaat setiap minggu. 

1st Projek








2nd Projek









3rd Projek










4th Projek





dan InsyaAllah Projek Kelima yang bakal menyusul..


Projek ini akan terus dijalankan setiap hari Jumaat demi memberi kegembiraan kepada anak-anak ini dan untuk meraih pahala infaq.. 
individu yang menjalankan Projek Infaq Brownies.
(semoga Allah merahmati usaha kalian).
Sumbangan infaq yang ingin disumbangkan tidak mempunyai had tertentu. Puan Fatihah menerima mengikut kehendak penyumbang seikhlas hati. Sumbangan infaq boleh disalurkan melalui akaun maybank 1630 1997 3653, rujukan Infaqbrownies. atau untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Puan Fatihah di talian 019-9507176.
Semoga rezeki yang dikurniakan oleh Allah ini dapat kita Infaqkan kepada orang yang memerlukan agar ianya dapat memberi sedikit sinar kegembiraan buat mereka. InsyaAllah segala sumbangan yang kita infaqkan ini diberkati oleh Allah S.W.T. dan semoga dengan adanya sumbangan yang diberikan dapat diteruskan projek Infaq ini.. Wallahualam.