Sunday, 9 June 2013

aLaSan UntUk KapEL???

Edit Posted by MissShyShy with No comments
dah lamer kan amira x update blog?? amira busy sikit.. kan taun nie amira dah nak SPM... doakan amira tau, agar amira berjaya dengan cemerlang.. InsyaAllah..
baru-baru nie kawan amira ader tanya kenaper amira dah tak update blog.. bila bukak jer.. mesti takder perubahan.. dah bersawang dah pun blog neyh.. hehehe.. amira mintak maaf k..
so,, untuk mengubat rindu korang,, amira kongsikan sedikit coretan yang amira ambik dari salah seorang friend amira kat facebook.. khas untuk korang.. agar kita sentiasa memperbaiki diri  ke jalan Allah..




Alasan untuk kapel??? adeeehh ~

Bile di lihat dan di amati, alasan yang sering digunapakai untuk melampuhijaukan kegiatan berkapel/ angkat2(abg,adik,kakak) ini:

1) "Alah bukan apa bang..Saya ni nak pastikan yang kami berdua ni 'terjaga.' Saling mengingatkan. Apa tu orang kata..? Kapel Islamik..? Haaa.."

2) "Takde apa pon, nak berkenal-kenalan je. Macam mana kita nak kahwin dengan orang yang kita langsung tak kenal..?? Nak kenal hati budi dulu, perangai macam mana, sesuai ke tak dengan kita. Nanti bila dah kahwin, takdelah terkejut beruk!"

3) "Hekele. Apa masalah enta ni hah..?? Allah dah bagi hati dan tanamkan perasaan kasih sayang. Dan Allah ciptakan manusia tu berpasang-pasangan. Normallah kalau jatuh chenta ni! Apa enta nak nafikan sunnatullah alam..??"

hearm..pengsan dengar alasan2 "islamik ni" adeeeeh..meyh jawab satu2....

1- 1) Dalam Islam tiada konsep kapel Islamik. Jika ada, para sahabat, salafus soleh, tabi' tabi'en yang lebih faham dan hidup dengan al-Quran dan al-Hadith itu, pastinya telah berkapel terlebih dahulu. Tapi tak pernah pula dengar Saad bin Abi Waqas berkapel sebelum kahwin atau Imam Hassan Basri pergi bertemu janji di tepi Sungai Furat bersama bakal isterinya..

2- 2) kenal2 je,, Podaaaahhh! Itu alasan semata! Nak kenal konon. Lepas kenal, mulalah bermesej-mesej. Lepas tu mula gelak-gelak manja. Lepas tu mula keluar bertemu janji. Lepas tu mula berpegangan tangan. Lepas tu mula bercumbuan. Lepas tu berakhir dengan penzinaan..

Ya, walaupon anda tidaklah sampai berzina fizikal di atas katil atau di belakang kereta, tapi zina hati itu juga suatu dosa tahu..?? Bayangkan anda berzina ketika solat, ketika membaca al-Quran, ketika membawa bulatan gembira dan ketika membaca maathurat. Tergamak anda melakukan perkara sekeji itu ketika pergi menghadap Tuhan..?? Astaghfirullahl adzim!

Kerana itu Allah menyeru kita supaya menjauhi zina, dan bukannya jangan berzina! Kerana penangan asmara dana itu sememangnya akan membuatkan kita sengsara derita..!!!

3-3) ahakss, cinta naluri manusia...peerrgghhh, makin tinggi belajar, makin banyak hadith2 n ayat quran yang dia tafsir..meyh sini, Allah bagi hati dan perasaan kasih tu, sebenarnya sebagai suatu ujian..Allah nak tengok dan uji, sama ada dengan perasaan yang Allah beri itu, kita akan gunakan untuk jatuh chenta dengan-Nya atau jatuh chenta dengan makhluk lain dahulu!

Benar dalam hati ada taman. Benar dalam hati ada bunga. Namun taman itu perlu ditanam dengan benih-benih bunga chentaNya sebelum benih-benih bunga kechentaan pada yang lain!

Perasaan chenta yang terbit daripada hati itu hanyalah suatu ujian, untuk menilai siapa di kalangan kita yang lebih beriman!

Maka aku ingin mengajak diri aku sendiri dan kamu semua untuk kita sama-sama jatuh chenta berguling-guling dengan Allah dahulu, sebelum sesuatu yang lainnya. Kerana sesungguhnya kita punya terlalu banyak sebab dan alasan untuk jatuh chenta pada-Nya.....