Monday 2 December 2019

Say Hello to Berkenalan...


Image result for kartun malu

Hai.. sedikit luahan hati selepas kejadian yang berlaku siang tadi.. and terdetik nak luah dekat sini. Siang tadi Mira dapat 1 mesej dari telegram dari unknown, orang yang tidak dikenali.. tujuan mesej mira kurang pasti.. katanya tak kenal, tapi saja-saja mesej. errkkk. mungkin untuk berkenalan. tapi terhenti dekat situ jela. 

Sejujurnya Mira katakan.. Mira kurang reti, kurang pandai dalam bab-bab macam ni. Mira susah nak berkenalan dengan orang baru, tak tahu nak borak apa, tak tahu tujuan berkenalan untuk apa, setakat mana, tak tahu nak start macam mana, tak tahu nak balas mesej macam mana, i mean penggunaan ayat yang macam mana yang sepatutnya.. so at the end, Mira akan senyap macam tu je. tak layan. and memang akan end sampai situ jela. 

I know. Kalau diikutkan untuk fasa umur Amira yang sekarang ni... memang supposedly kena start dah mencari and start berkawan bak kata orang tua-tua.. tapi tu la. bila fikirkan balik. hmm. It is hard for me actually. Kalau orang yang memang dah kenal, dah tahu orang tu macam mana.. okay je. no problem pun. tapi untuk orang baru, hmm. fikir sejenak. 

Related image

Satu lagi.. Mira boleh katakan.. Mira sebenarnya seorang yang agak garang, tegas. kekadang emosi jugak la, tengok masa-masa jugak. rasanya yang emosi tu mungkin normal kut untuk semua perempuan.. yela, hormon kan.. dan seorang yang agak hambar. ni Mira sedar bila kawan Mira sendiri tegur yang Mira ni sebenarnya seorang yang sangat hambar. okay, kena mengaku jugakla. huhuhu. So, mungkin sesape je akan cepat bosan dan malas nk layan dah. hihihi. 

Kekadang tu pernah la jugak terfikir. Macam mana lah nak kawin, kalau dah macam ni gayanye.. tapi nak buat macam mana.. terima jela seadanya. Tambah-tambah sekarang memang peringkat di mana kawan-kawan dah ramai start bertunang and berkahwin.. macam mana diorang start kenal each other ek. ihiks. 


Jenis Mira pulak kekadang kan.. Kalau orang yang tibe-tibe mesej ke.. even jarang sekali berlaku.. tapi sometimes it happens, tak pun tibe-tibe add fb ke.. Mira akan start overthinking terus. Dia ni kalau tetiber mesej aku.. mesti dengan perempuan lain pun dia mesej-mesej jugak.. dia ni add fb aku, mesti dia ni main add je semua orang. So, terus stop disitu. Aku je ke ada masalah macam ni.. please tell me, i'm not alone 😆


Image result for love cartoon


Ada quotes mengatakan yang 'you should give yourself a chance to know others'.. 'try to open up your heart to get know others'.. Mira setuju dengan quotes ni.. ada betulnya. and Mira sendiri pernah baca buku.. kisah dia macam ni.. Kita kalau lapar, apa yang kita buat adalah kita suap makanan masuk ke dalam mulut. bukan dengan kepercayaan makanan tu akan masuk dengan sendirinya dalam mulut. ingat magik ke.. makna yang tersirat adalah effort. usaha. lapar, kita kena usaha untuk beli or masak ke apa. then suap makanan tu masuk dalam mulut. bukan tunggu makanan tu masuk dalam mulut dengan sendiri. sama jugak soal jodoh.. jodoh kena cari, usaha.. jodoh takkan datang bergolek. tup-tup esok kawin. tapi tula... hmm.. sedih dengan diri sendiri  🙈🙊🙉 

Akhir kata, doakanla yang baik-baik untuk Mira.. Doakan Mira jumpa jodoh yang betul dan sentiasa bahagia.  Thats all, Thank you for reading. 👋👋👋