Wednesday 26 February 2020

Course Bachelor of Health Administration (Hons.) at UiTM Puncak Alam (BM235 /BA235)

Hai.. Memandangkan lately ni mira banyak dapat whatsapp tanya berkenaan course health admin ni.. So, mira akan share serba sedikit soalan-soalan yang biasa ditanya dan akan share serba sedikit berkenaan course ni supaya korang dapat la gambaran sikit-sikit. 
  • saya nak tahu lebih lanjut pasal course ni. saya ada juga search di internet, tapi saya rasa masih tak cukup maklumat tu. 
course health admin ni basically dia merangkumi dua. kita akan belajar dari scope administration/management dan dari scope medical. Untuk student lepasan diploma dari fakulti bisnes, InsyaAllah part yang admin/management tu tak menjadi masalah sangat. lebih kurang je dengan diploma.. banyak theory dan kena banyak membaca... 

untuk lepasan dari fakulti sains kesihatan.. mungkin awak dah ada basic knowledge part yang medical, medical terminology.. so benefit dekat situ. untuk yang lepasan fakulti bisnes, korang akan dapat credit hour dan terus lompat ke sem2. tapi depends on coordinator and PA awak jugak la nak bagi ke tak.. and untuk fakulti sains kesihatan, korang kena start dari sem 1, sama jugak dengan lepasan fakulti lain.

dan basically apa yang awak akan belajar ni berkisarkan healthcare industry, macam hospital la. antara subjek dia managing healthcare organizations, health service communications, health informatics. 

  • bagi mira course ni susah tak?
kalau tanya dekat mira soalan ni, mira hanya boleh jawab.. setiap kali test and final rasa nak quit.. hahaha.. tapi alhamdulillah i'm survived! with no repeat, no extend.. 

tapi, semua course susah.. kita takkan sambung belajar kalau kita dah tahu semua benda.. jadi apa-apa memang kita kena belajar dan usaha.. dan kalau awak dah ada basic science, much better la.

  • nanti intern dekat mana? and scope kerja dia macam mana?
Intern mostly student akan intern di hospital. Swasta or government depends atas awak sendiri nak pilih yang mana. bahagian admin, pengurusan hospital..  boleh pergi department mana-mana je.. kcuali doktor 😂 kita belajar bahagian finance, customer service, human resource semua tu. So kita boleh je nak pergi department mana-mana.. atas hospital nak bagi yang mana.

pengalaman saya, saya intern di hospital sultanah nur zahirah, kuala terengganu. waktu nak mohon tu, saya memang dah state saya nak department record. dan Alhamdulillah saya dapat department record. So scope kerja bergantung bahagian mana awak bekerja. 

Sebab tu, kita akan belajar part admin, management hospital dan medical. Even kerja di bahagian pengurusan, but still kena tahu sikit-sikit berkenaan medical terminology (term-term yang biasa doktor guna), penyakit-penyakit dan alat-alat dalam hospital. 


  • kalau mira, mira suggest tak course ni dekat orang?
Secara personal, mira tak berani nak kata mira suggest atau tidak. bergantung atas minat dan kemampuan masing-masing. Lain orang lain kemampuan.. ada subject mungkin bagi mira susah, tapi bagi awak senang. jadi bab ni subjektif. 

apa yang mira boleh share, based on pengalaman mira sendiri je. Sejujurnya pengalaman mira dari sem1 sampailah sem final, setiap kali test and final rasa menyesal mintak course ni 😂 hahaha.. mira dari sekolah kurang minat sains, dan SPM mira memang lari dari subjek fizik, kimia, bio.. mira ambik akaun. diploma pulak bisnes. 

tetiber degree kena belajar serba sedikit pasal sains.. subject medical terminology and medical coding segala jenis penyakit tu.. memang struggle yang amat. tapi semuanya atas diri masing-masing.. saya tahu kemampuan saya di mana dan orang lain di mana.. jadi saya tak boleh nak compare diri saya dengan orang lain.. untuk make sure saya takde repeat and extend, kena struggle sikit la. 

mira pun even setiap sem rasa nak quit, tapi Alhamdulillah CGPA lagi better dari yang diploma. and pernah la merasa dekan. so, walaupun bagi mira susah, tapi yang penting usaha. belajar apapun takde yang senang, semua susah, yang penting ada keinginan dan usaha.. 

  • course ni berapa tahun belajar?
secara kasarnya 3 tahun. ada 5 sem belajar dan 1 sem intern. total 6 sem. 

  • medical coding ni study pasal apa?
berdasarkan kefahaman mira, medical coding ni kita akan belajar assign code yang betul untuk setiap penyakit. setiap penyakit ada code-code tertentu. code berbeza-beza untuk setiap penyakit dan situasi. so kita akan belajar macam mana nak dapatkan code yang betul untuk penyakit tu. 

nak assign code, kita kena faham betul-betul penyakit patient tu. kalau dah keliru patient tu sakit apa, kemungkinan kita akan cenderung code penyakit yang salah. 


  • ada yang quit tak course ni?
ada. batch mira ada la 2/3 orang kut.. mungkin diorang memang rasa diorang dah tak boleh nak go dengan subjek-subjek ni.. tapi jangan samakan diri korang dengan diorang.. course apapun mungkin ada yang quit, kalau cepat give up.. apa yang penting, set dalam mind 'aku boleh', 'dont give up', 'follow the flow'. 


  • buku biasanya beli dekat senior ke?
yap. biasanya beli dekat senior-senior. tapi boleh juga beli dengan lecturer. bergantung atas masing-masing. bagi mira, mira prefer beli dengan senior. sebab buku mahal, kalau nak beli buku baru. so, better beli dengan senior. buku medical term and medical coding seriously mahal. and ada jugak senior yang taknak jual, jadi pandai-pandai la save duit. 

untuk student baru, korang boleh follow twitter-twitter ni untuk dapatkan apa-apa maklumat. 








  • saya diploma dari Uni lain, macam mana nak daftar di student portal?
awak boleh google je "uitm student portal". then click dekat first time login tu. 





harap dapat membantu korang untuk buat keputusan dan beri serba sedikit gambaran.. belajar apapun semua susah and kena struggle. yang penting kena usaha dan pandai manage masa untuk enjoy and study.. anything, boleh contact mira dekat ws. 

17 comments:

  1. Hi. Nanti boleh share pwngalaman intern tak and how nak mohon intern dekat hospital. Im first year student btw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah pengalaman intern saya sangat baik.. saya apply di Jabatan rekod hsnz.. dan saya dapat merasa bekerja di 4 unit under jabatan tersebut. apa yang saya boleh nasihatkan kalau awak intern nanti, sentiasa merendah diri, bergaul dengan baik semua orang dan sentiasa bertanya.. jangan rasa malu nak bertanya. macam mana nak mohon tu, awak jangan risau.. nanti pihak HEA akan adakan perjumpaan untuk pelajar yang bakal intern dan segala maklumat akan diberitahu oleh pihak HEA.. stay alert sahaja. btw good luck!

      Delete
  2. assalamualaikum nak tanya, kalau untuk yg skip sem tu, perlu ambil penerapan bru dpt skip ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. kalau lepasan diploma dari UITM dah, untuk sambung ke degree perlu apply penerapan.. dan akan dapat skip sem bergantung kepada course yang diambil. awak dari Uni lain ke?

      Delete
  3. Assalamualaikum, saya nak bertanya course ni dia dikira separa perubatan ke? sebab saya nak cuba apply jpa tapi saya keliru sama ada separa perubatan ataupun fully business..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Nak dikata separa perubatan tak jugak. Course ni more to management hospital tetapi masih belajar berkenaan anatomy, penyakit-penyakit, rawatan penyakit tapi tak mendalam. hanya basic sahaja. Course ni takde merawat pesakit. Cumanya anatomy, penyakit-penyakit ni perlu tahu apabila seseorang bekerja di hospital. Sebagai contoh, untuk bahagian rekod, mereka perlu tahu nama-nama penyakit untuk decide kod-kod penyakit pesakit dalam sistem. Bahagian billing, mereka perlu tahu jenis rawatan yang diberikan kepada pesakit untuk meletakkan harga rawatan kepada pesakit. Secara amnya, bekerja di bahagian pentadbiran dan pengurusan. Tiada melibatkan rawatan terus dengan pesakit.

      Delete
  4. Assalamualaikum, nak tanya if doktor nak masuk course ni untuk ke administration side boleh kan? As in hospital management..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, kurang pasti pulak yang tu.. Majoriti yang dapat course ni adalah dari diploma fakulti bisnes dan segelintir dari fakulti sains kesihatan. Sepanjang saya belajar dalam course ni, tak pernah ada lagi student dari fakulti medik. Jadi saya kurang pasti, awak boleh berhubung terus dengan pihak HEA untuk maklumat lanjut. Cumanya apa yang saya boleh kongsi, pengalaman saya intern di Jabatan Rekod, HSNZ. Akan ada seorang dua doktor yang akan hanya incharge di Unit Rekod dan bekerja di bahagian rekod. Doktor ni tak akan incharge dengan patient di wad. Tapi rasanya yang ni doktor perlu mohon untuk ke Unit Rekod.

      Delete
  5. Assalamualaikum nak tnya, macam mana awak apply intern dkt hsnz ya? Boleh terangkan secara detail tak sebab saya nak apply dkt situ jgk thank youu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. maaf untuk lambat respon, untuk maklumat berkenaan intern tersebut, awak boleh direct dm saya di telegram @wanamira_syairah

      Delete
  6. Assalamualaikum sis, saya nak tanya jikalau saya dari diploma pengurusan maklumat/information management boleh ke saya mohon course ni semasa isi upu nanti. Sebab fakulti dah lain, saya pula dari fakulti pengurusan maklumat huhu. Saya berminat sangat nak belajar course ni sebab memang minat nak kerja sebagai medical record officer. Harap sis boleh terangkan huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..saya tak pasti sekarang prosedur nya macam mana.. tapi waktu saya dulu.. ada je dari fakulti lain yang dapat degree health admin ni.. even dari fakulti akaun pun ada yang dapat course ni, cuma tak ramai la.. fakulti sains ramai jugak.. jadi kalau awak betul-betul minat, jaga pointer diploma then try apply course ni untuk degree nanti.. untuk penerapan degree, akan ada beberapa choice, letak la course ni dipilihan tersebut.. InsyaAllah kalau ada rezeki, yang penting kena mintak dalam pilihan tersebut..

      Delete
  7. Nak tanya, apa nama course ni dalam bm ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam bm, pentadbiran kesihatan..

      Delete
  8. Assalamualaikum sis..saya dari course business information technology tapi dri ipts..saya berminat pulak nk apply course ni di uitm.. dulu sekolah menegah saya ambil sains stream. Saya lepas ke utk apply course ni?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum sis, nak tanya course ni ada fyp tak?

    ReplyDelete