Tuesday 21 January 2020

Simple Sharing, but Inspiring!


Najwa Latif. Nama yang tak asing lagi dari bidang industri.. mungkin sekarang tak sefamous dulu la.. before this, zaman mira sekolah. she was famous, masuk finalist AJL kut. Lagu popular waktu tu "cinta muka buku". mira adalah salah seorang peminat lagu tu dulu.. huhu. I don't know why.. mungkin ada cerita di sebalik facebook and lagu tu dekat dengan mira. and back then, blog mira yang ni pun.. mira letak playlist lagu and mostly dalam playlist tu lagu najwa latif. tapi sekarang dah buang playlist tu, sebab serabut.. ni nak baca blog ke nak dengar lagu kan..

Family mira tahu yang mira memang minat najwa latif dari zaman sekolah.. sampaikan pernah satu masa tu.. diorang tanya.. kenapalah kau ni minat sangat najwa latif. nak kata cantik, biasa je. cantik kau lagi! wohohoo.. bukan senang kena puji guys. Actually bukan rupa menjadi sebab mira minat dia. but her personality. she was so humble. lebih pentingkan education daripada nyanyian. singing was her hobby je. attitude and behavior dia la kut yang buat mira minat dia. Even sekarang dia tak famous, but I still minat dia.. 

I don't know sama ada korang tahu atau tidak.. tapi najwa latif selalu buat #sistershare dekat channel youtube dia. yang bagi sharing tu adalah najwa latif and adik-beradik dia.. I think you guys should watch it. Video-video tu just a simple sharing but really inspiring.. 

Diorang tak share kisah-kisah yang macam dalam drama/novel. but it is reality guys. So, banyak iktibar dan pengajaran yang boleh kita ambil. Mira suka cara diorang giving advice, rasa macam dekat and kena je advice diorang. You're not wasting your time watching them. Recommended! Diorang share based on their experienced.. bukannya based on cerita dalam novel drama melayu.. 



#SISTERSHARE 1: ENTERTAINMENT INDUSTRY


#SISTERSHARE 2: EX(ES) + NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI


#SISTERSHARE 3: FRIENDZONE?


#SISTERSHARE 4: EDUCATION!


# SISTERSHARE 5: INSECURITIES?


#SISTERSHARE 6: TO LOVE AND TO LET GO


#SISTERSHARE 7: CHANGES


#SISTER 8: GADUH ADIK BERADIK


#SISTERSHARE9: BROKEN FAMILY


#SISTERSHARE 10: DUIT? 

Untuk episod-episod seterusnya korang boleh tengok di youtube channel 'Its Najwa595' okay! babai!

Wednesday 1 January 2020

Welcome 2020

Image result for 2020 new year
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur kita semua bertemu dengan tahun 2020. Apa expectation kita untuk tahun 2020?? mesti kereta terbang kan? 😂 itulah yang kita katakan.. kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan.. 

Bagi tahun lepas 2019, mira letakkan 2 azam yang mira nak capai. first, nak habiskan belajar which is degree in health administration on time! dan alhamdulillah, mira dah tamatkan Jun 2019, on time!. no repeat and no extend untuk my degree. also, mira target pointer 4.0 untuk semester last dan mira berjaya capai target. now, mira tunggu untuk konvo bulan 3 tahun ni di uitm shah alam. 

Azam untuk 1 lagi adalah mira nak achieve 43kg. memandangkan waktu tu berat mira dalam 48kg camtu.. mira target nk turunkan ke 43kg. waktu zaman belajar dulu, berat mira memang naik mendadak dan pipi tersangatlah chubby.. nak buat camne, makan malam tak pernah skip. huhuhu.. duduk dekat bilik bosan, so banyak spend time dekat cafe malam-malam. tu yang cepat sangat naik. alhamdulillah pun tercapai. tapi tak mampu nak maintain. berat naik turun.. rasanya dah naik balik ni.. tapi at least tercapai lah jugak kan.. hihihi..

so untuk tahun ni, dan setakat ni mira belum letakkan apa-apa azam lagi. more on follow the flow je. cumanya adalah harapan sikit-sikit. basically harapan mira untuk tahun ni, kalau ada rezeki, mira sangat berharap dapat kerja yang stabil, tak single dah, dikurniakan rezeki lebih.. benda-benda ni kita kena sentiasa berdoa, usaha dan tawakkal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Yakin dan Redha.  

InsyaAllah semoga tahun 2020 membawa harapan dan memberi sinar yang baru kepada kita semua untuk menjadi seorang yang taat kepada Allah, agamanya dan menjadikan kita lebih baik dari sebelum-sebelum ni. Fighting!!

Zaman FRIENDSTER dan Zaman INSTAGRAM

Assalamualaikum dan hai korang.. korang pernah dengar tak friendster? kalau umur korang dah 20 ke atas, probably mesti korang tahu kan friendster tu apa. budak-budak remaja sekarang mesti tak tahu kan... yelah, friendster ni dulu je ada, sekarang dah takde. actually friendster ni lebih kurang jugak macam facebook. boleh post status, ade profile masing-masing. Mira sewaktu sekolah rendah, darjah 5 and darjah 6 sangat la aktif di friendster.
Mira bukan nak cerita berkenaan friendster.. tapi mira nak share zaman mira dahulu masa zaman sekolah dan zaman sekarang which is adik-adik mira yang tengah bersekolah. adik mira ada tingkatan 4, tingkatan 1, darjah 6, darjah 2 dan darjah 1. Dulu waktu mira darjah 5 dan darjah 6, mira memang aktif di friendster. kalau nak compared to myspace.. myspace mira ada, sempat lah buat.. tapi mira tak aktif.. more on friendster and yahoo messenger (ym). best tau chat dekat yahoo messenger.. teringat balik.. Ya Allah, rindunya zaman-zaman ni.. 
Tahun 2007,2008 ni.. telefon tak canggih macam zaman sekarang. dulu henset just boleh call and mesej. habis-habis pun bolehlah main kolony.. kbom apa semua.. hahaha.. kelakar bila teringat balik zaman ni.. entah apa-apa je main kbom-kbom ni.. so, mira main friendster and ym ni melalui komputer. Untuk pengetahuan korang, mira ada abang. memang kuat main game. jadi komputer tu seolah-olah dia yang control. waktu mira boleh guna komputer hanyalah sejam je dalam sehari.. jadi dalam masa sejam tu memang guna sepenuhnya... 
Mira masa darjah 6 nak UPSR.. mira tak pandai tau.. mira dulu agak lemah jugak la dalam pelajaran ni. huhuhu.. jenis kuat main. tapi kita dulu kuat main pun, bukan jenis main henset. menghadap telefon, tak.. kita dulu more on outdoor. pergi rumah kawan-kawan main tang duduk, tang kejor, naik basikal round-round kampung, galah panjang.. tapi Alhamdulillah mira bersyukur sangat hidup pada zaman ni.. dengan tak pandai pun, and takde lah study mana pun.. boleh la result 3A 2B. 
(ibarat home di facebook)
Zaman sekolah menengah pulak.. mira ada telefon. canggih sikit je. boleh buka facebook dekat telefon, tapi masih belum ada mobile data. jadi setiap kali kalau buka facebook dekat telefon, kredit kena tolak. banyak pulak tu kena tolak kredit. haih.. jadi tak main sangat pun henset... dan Alhamdulillah result PMR, SPM okay. 

(ibarat profile di facebook)

Apa yang mira nak share kat sini sebenarnya.. berbeza zaman mira dulu dengan zaman adik-adik mira. sekarang telefon semua dah canggih.. dan budak-budak 3,4 tahun pun dah pandai main youtube. dan menjadi satu kewajipan pulak mira perhatikan untuk setiap budak kena ada henset. Even baru sekolah rendah pun dah ada. jadi kesannya budak-budak sekarang hanya tahu menghadap henset je. 24 jam duk hadap ig, twitter, fb, youtube, game, no more outdoor games... 




Kak Aina, mak sepupu mira ada share yang baru-baru ni ada budak nak bunuh diri. sebabnya? mak rampas henset. see? tengok budak zaman sekarang, betapa ceteknya pemikiran tak dapat main henset sampaikan terus nak bunuh diri.. lain macam betul ketagihan budak-budak zaman sekarang dengan henset. mira taknak lah share anak orang lain. mira perhatikan, adik-adik mira sendiri pun asyik menghadap henset je.. tak berenggang langsung. yang lelaki nya duk main mobile legend, pubg nya. yang perempuan pulak duk scroll instagram, ws, youtube je.. kesannya, pelajaran agak merosot. result pun kurang memberansangkan. 




Bila budak-budak zaman sekarang terlalu addicted dengan henset media sosial. diorang punya pelajaran akan merudum jatuh. tak dapat nak fokus dalam kelas. yela.. dalam kepala duk fikir nak balik main henset.. sampaikan yang dulu cemerlang dalam pelajaran makin jatuh-makin jatuh.. bak kata ayah mira dulu-dulu.. sebenarnya kita bukan tak pandai, tapi kita malas. 

jadi pesanan mira, untuk remaja yang masih bersekolah lagi.. fokus lah dulu dekat pelajaran.. kurangkan penggunaan henset. manfaatkan penggunaan henset dengan baik. banyakkan luangkan masa dengan family dan kawan-kawan.. waktu nila korang nak create memories main outdoor sesama, buat kerja gile sama-sama. Kalau korang 24 jam berkawan dalam whatsapp, ig je.. takde memori yang boleh buat kenangan. 

untuk parents pulak, control lah penggunaan henset pada anak-anak anda. tak dapat dinafikan yang tiada parents yang tak sayangkan anak, kalau boleh nak penuhi semua permintaan anak dan nak sangat manjakan anak.. tapi berpada-padalah.. kesan mungkin tak nampak terus, tapi lama-lama bila dah teruk.. risau tak mampu nak buat apa dah.. addicted to media sosial bukan benda yang remeh-temeh..  sekian saja, semoga bermanfaat!