Wednesday 1 January 2020

Welcome 2020

Image result for 2020 new year
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur kita semua bertemu dengan tahun 2020. Apa expectation kita untuk tahun 2020?? mesti kereta terbang kan? 😂 itulah yang kita katakan.. kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan.. 

Bagi tahun lepas 2019, mira letakkan 2 azam yang mira nak capai. first, nak habiskan belajar which is degree in health administration on time! dan alhamdulillah, mira dah tamatkan Jun 2019, on time!. no repeat and no extend untuk my degree. also, mira target pointer 4.0 untuk semester last dan mira berjaya capai target. now, mira tunggu untuk konvo bulan 3 tahun ni di uitm shah alam. 

Azam untuk 1 lagi adalah mira nak achieve 43kg. memandangkan waktu tu berat mira dalam 48kg camtu.. mira target nk turunkan ke 43kg. waktu zaman belajar dulu, berat mira memang naik mendadak dan pipi tersangatlah chubby.. nak buat camne, makan malam tak pernah skip. huhuhu.. duduk dekat bilik bosan, so banyak spend time dekat cafe malam-malam. tu yang cepat sangat naik. alhamdulillah pun tercapai. tapi tak mampu nak maintain. berat naik turun.. rasanya dah naik balik ni.. tapi at least tercapai lah jugak kan.. hihihi..

so untuk tahun ni, dan setakat ni mira belum letakkan apa-apa azam lagi. more on follow the flow je. cumanya adalah harapan sikit-sikit. basically harapan mira untuk tahun ni, kalau ada rezeki, mira sangat berharap dapat kerja yang stabil, tak single dah, dikurniakan rezeki lebih.. benda-benda ni kita kena sentiasa berdoa, usaha dan tawakkal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Yakin dan Redha.  

InsyaAllah semoga tahun 2020 membawa harapan dan memberi sinar yang baru kepada kita semua untuk menjadi seorang yang taat kepada Allah, agamanya dan menjadikan kita lebih baik dari sebelum-sebelum ni. Fighting!!

No comments:

Post a Comment