Tuesday 1 April 2014

Leftenan Hipokrit dan Sarjan Munafiq


'Aku nak berhenti' Tiba-tiba Imran meroyan.

'Berhenti apa Bro?'

'Berhenti berdakwah laa. Aku update status dakwah, aku tweet Dakwah selalu. Macam rutin harian aku la beb.' Dia sambung royan dia.

'Bagus laa tu. Moga Allah bagi Syurga kat lu. Kenapa lu nak henti job yang bawa lu ke Syurga?'

'Bagus apa? kat Alam Maya aku ajak solat dhuha, aku ajak qailullah, aku ajak qiamullail. Tapi me myself kat depan komputer main dota, tengok Runningman.' Dia muntahkan segala.

'Aku tak buat apa yang aku kata. Aku ajak bersungguh-sungguh orang ke Syurga, tapi aku dok makan popcorn goyang kaki enjoy lagho dunia yang sementara ni' Dia menambah.

'Ohh. Kau nak kata kau ni Hipokrit la?' Aku saja kasi ayat sentap :3

Imran buat muka sentap yang nature. Hodoh sangat

'Ataupun kau nak kata kau ni Munafiq?' Muahaha kasi sentap lagi :333

Kali ni Imran buat muka sentap yang bertingkat-tingkat.

'Sincerely laa, memang kau layak dipanggil Hipokrit dan Munafiq.' Aku buat muka slamber

Imran menangis. Menangis tak berlagu T^T

------------------------------------------------------------------------

Seriously, mesti ramai yang dalam situasi Imran kan?

Berdakwah kat Alam Maya kencang mengalahkan Tsunami kat Jepun -...-
Tapi kat real life, dok makan pop corn sambil goyang kaki tak buat apa yang dikencangkan itu.

So, sebagai langkah berjaga-jaga untuk tidak mendapat pangkat Leftenan Hipokrit dan Sarjan Munafiq kepada diri korang, so korang stop Dakwah orang sekeliling.

Bagi korang, decision untuk stop berdakwah ialah the best decision ever.

Sini jap.

Kejap je.

Aku nak sekeh kepala jap -.-

How dare you guys stop Dakwah, stop ajak orang ke Syurga, stop tarik orang jauh dari neraka just because ura-ura pasal Leftenan Hipokrit dan Sarjan Munafiq?

I'm telling you guys, you all misconcept!

Korang semua salah konsep

Yeah, I never can't deny what Allah said in Quran Kareem. In Surah As-Saaf, verse 2- verse 3.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya.(2)

Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.(3)


Ehemm ehemm,

Tapi korang perlu faham apa yang dimaksudkan.

Apa yang dimaksudkan dengan ayat : "kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."

*usap kepala yang lepas kena sekeh*


Brader Sister, actually apa yang dimaksudkan dalam Surah As-Saff, ayat 2 -3 itu lain.


Jauh sangat daripada kefahaman korang all this while.

Maksud ayat Quran tu ialah sebagai satu larangan jangan sampai orang berilmu mempergunakan & memanipulasi orang sekeliling dengan kehebatan ilmu, kehebatan berbicara, kehebatan berkata-kata.

Orang lain disuruh, orang lain dititah, orang lain dikasi arahan pelbagai,
Padahal dia sendiri tidak buat apa yang dia suruh.

Dia memperalat orang lain dengan ilmu dia.
Dia mempergunakan orang dengan ilmu dia.

Selain itu,

DOSA juga untuk makhluk hidup yang suruh orang SOLAT FARDHU, suruh orang PUASA RAMADHAN, tunaikan ZAKAT, tapi diri sendiri tak buat.

Dia suruh orang buat perkara wajib, tapi diri sendiri tinggalkan perkara wajib like a boss!

watlek watpis je tinggalkan perkara fardhu, tapi suruh orang buat! -.-

So, itulah apa yang dimaksudkan dengan ayat : "kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."

Manusia-manusia yang seperti dia atas inilah yang memang selayaknya dapat pangkat Leftenan Hipokrit & Sarjan Munafiq


Okay lagu tu laa ceritanya :3


Cemana pulak dengan situasi Inche Imran tadi?

Berdakwah kat Alam Maya teramat kencang mengalahkan Gempa Bumi berskala Ritcher terbesar dunia  -...-

Layak ataupun tidak untuk Inche Imran untuk mendapat pangkat Leftenan Hipokrit ataupun Sarjan Munafiq?

Jom kita Ushar kata-kata keramat Nabi Muhammad SAW:

“Barangsiapa yang mengajak pada satu kebaikan, maka ia mendapat pahala yang sama dengan orang yang mengerjakannya. Tanpa mengurangi pahala sang pembuat pahala tersebut.”

Baiknya Nabi T^T

See?

Kita suruh orang buat baik, tapi kita tak buat.
Bila orang tu buat benda apa yang kita suruh, kita dapat pahala yang sama macam dia >.<

contoh #1 
aku suruh Imran Solat Dhuha. Imran pergi Solat Dhuha 
Tapi aku sendiri tak solat Dhuha.

Andai Imran dapat 10 pahala dengan solat dhuha, maka aku akan dapat 10 pahala free-free juga.

contoh #2 
aku suruh Imran kasi sedekah kat orang miskin.
Imran pun buat sepertimana yang aku suruh.

Andai Imran dapat 10 pahala dengan sedekah, maka aku akan dapat 10 pahala free-free juga.

even aku tak buat pun sedekah tu :333

see? Indahnya Islam.

That's why aku kata, teruskan Dakwah korang yang lebat & kencang tu! :D
Jangan risaukan Leftenan Hipokrit dan Sarjan Munafiq

Tapi,

Tak salah mengajak ke arah kebaikan tapi kita tidak buat.

Betul tak salah.

Cuma, lebih molek untuk buat sepertimana apa yang korang kencangkan itu

Lebih molek. sebab apa?

Jom kita hayati kisah Imran & Fayyaz:

*buka buku cerita sebelum tidur*

Imran ajak Fayyaz berqiamullail dan solat tahajud setiap malam.

Fayyaz bersemangat untuk qiamullail dan tahajud selepas mendengar cerita Imran yang lebat & kencang itu.

Sejak daripada hari itu, Fayyaz memang non stop 100 rakaat tahajud setiap hari dan tak pernah miss Qiamullail.

tapi suatu hari, Imran kantoi dengan Fayyaz yang Imran telah berjaya tidak tahajud & qiamullail selama 30 hari berturut-turut.

Maka Fayyaz pun down sebab pendorong dia untuk berbuat baik menghampakan. hampehh wa lebehh -...-

maka Fayyaz pun berhenti Qiamullail & Tahajud. Beliau meneruskan main Dota & tengok runningman sebagai 'Qiamullail'

sekarang Fayyaz tukar konsep, Qiamullail menjadi Qiamonline.

The End.

*tutup buku cerita*

see?

korang dah ajak orang buat baik.

Automatically korang akan jadi inspirasi kepada mereka.
korang akan jadi role model kepada mereka.

mereka masih merangkak-rangkak jadi baik, tapi korang pulak buat hal.

cakap tak serupa bikin -.-

memang tak dosa cakap tak serupa bikin tapi impak dan effect kepada orang yang didakwah itu besar!

'apa kes ajak aku sedekah tapi dia sendiri tak pernah sedekah. Dompet sorok kat peti besi! Lebih baik aku tak payah sedekah je' -.-

Adoyai.

That's why kita perlu usaha juga untuk buat apa yang kita kata.

Atleast cuba laa.

Ajak orang solat Dhuha.
Ajak orang Qiamullail.
Ajak orang Tahajud.

Kita cuba sekali.

Memang kita dapat pahala sepertimana pahala amalan mereka.

Tapi,

Tak nak ke tambah pahala korang tu berganda-ganda?

Untung beb! T^T

So, jom kita usaha untuk buat sepertimana apa yang kita ajak, sepertimana apa yang kita dakwah.

Baru best! :D

The heart of the matter, teruskan Dakwah!
jangan pernah berhenti berdakwah.

Sebarkan kebaikan sejauh-jauhnya!

Tapi pastikan diri tidak dapat pangkat Leftenan Hipokrit dan Sarjan Munafiq.

sumber ::: inche kopiah ~

Assalamu’alaikum *lambai tangan*