Tuesday 19 November 2019

Depression isn't about feeling Sad, it's about feeling NOTHING


Image result for depression quotes

No motivation. No energy, No desire, No happiness, No sadness, just No feelings at all except exhaustion alternating with dread. 

Assalamualaikum dan ketemu lagi kita di blog ini.. Sudah terlalu lama mira menyepi dan mira sebenarnya tak ada niat untuk terus menulis blog pun.. tapi mira agak terharu apabila ada segelintir pembaca disini dm di ws/fb bagitahu yang mereka masih baca blog ni sedangkan mira dah lama tak update.. mira tak expect pun akan ada yang buka blog ni.. tapi apapun terima kasih pembaca-pembaca sekalian! terima kasih kerana sentiasa support blog datinirawmk!

Memandangkan sekarang masih hangat menjadi bualan di media sosial berkenaan "Depression".. jadi mira tergerak hati untuk buat search sedikit berkenaan depression. Semoga sedikit perkongsian ini membuka minda kita semua berkenaan 'depression'.

Terbaharu, pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan, Choi Jin-ria yang dikenali sebagai Sulli, 25, membunuh diri kerana tertekan dengan kecaman netizen.

Peristiwa itu menunjukkan betapa masalah tekanan jika tidak ditangani sewajarnya akan membawa ke arah membunuh diri.

Pegawai Psikologi Bahagian Kaunseling dan Psikologi Universiti Malaysia Pahang (UMP), Paridah Mohd Ali berkata, paparan di media sosial berkaitan kes berkaitan bunuh diri atau cubaan bunuh diri sudah cukup menunjukkan ada isyarat daripada anak muda kita bahawa jiwa mereka sedang bergolak.

Trend bunuh diri dan tindakan mencederakan diri dengan sengaja sudah menjadi satu fenomena yang bukan saja membabitkan golongan dewasa malahan semakin menular dalam kalangan remaja.

Malah gejala bunuh diri bukanlah diagnosis penyakit meskipun berkait rapat dengan kemurungan. Krisis kehidupan terutama yang berlaku dalam keluarga seperti kehilangan insan tersayang, perceraian ibu bapa, menghidap penyakit kronik dan buli membuatkan mereka terdesak mengambil pendekatan cuba menamatkan hidup.

Beliau berkata, sedar atau tidak kepesatan teknologi membuatkan anak muda zaman ini lebih suka menyuarakan isu mereka di ruang media sosial berbanding bersemuka dengan orang yang boleh mendengar dan memberi bantuan yang diperlukan.

“Anak muda sekarang berasa lebih selamat dan selesa dengan media sosial. Lambakan status di Twitter, Facebook, Instagram mahupun blog dengan tanda pagar #murung atau #rasa ingin mati adalah bukti mereka tidak mampu lagi menghadapinya sendirian, tetapi masih malu untuk tampil berdepan meminta bantuan daripada pihak berkaitan.

“Stigma masyarakat masih menebal apabila mengaitkan kemurungan dengan penyakit gila sedangkan ia penyakit mental yang perlu dirawat segera sebelum menjadi lebih parah sehingga mahu membunuh diri,”  -harian metro.

Image result for depression motivational quotes

Depression is not a competition. When someone share their problems with you. You just have to acknowledge it. Don't compare it!

Apa itu depression atau kemurungan?

Ianya adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Image result for depression motivational quotes
Apa yang boleh kita bantu atau lakukan apabila kita dapati orang di sekeliling kita ada 'depression'..?

  • Kebanyakan pakar bersetuju bahawa dengan berada di samping penghidap kemurungan dan memberi sokongan kepada mereka akan sangat membantu.
  • belajar tentang kemurungan; sebab-sebab dan simptom-simptomnya.
  • galakkan penghidap kemurungan untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan.
  • galakkan mereka untuk menyertai forum dalam talian yang khusus untuk penghidap kemurungan. Ini merupakan medium yang sesuai untuk mendapatkan sokongan walaupun kesannya tidak seperti dalam kehidupan hidup yang sebenar.
  • tidak seharusnya mengkritik dan  memberikan gambaran bahawa kemurungan itu adalah kesalahan mereka sendiri.
  • galakkan dan menyelia rutin harian mereka seperti makan, senaman dan tidur.
  • Sekiranya penghidap kemurungan menyatakan mengenai idea bunuh diri, pastikan anda mampu membincangkan secara terbuka mengenainya. Apa yang penting ialah membincangkannya tetapi mencadangkan penyelesaian yang berbeza.



we say it best, when we say nothing at all. Instead of speaking, we should listen..
people with depression may find comfort if we just listen, without judgement.. 
so, if you want to help, have compassion.




"A big part of depression is feeling really lonely, even if you're in a room full of a million people." —Lilly Singh

"It is very hard to explain to people who have never known serious depression or anxiety the sheer continuous intensity of it. There is no off switch. I was overwhelmed by something I did not understand—my own brain." —Matt Haig

"That's the thing about depression: A human being can survive almost anything, as long as she sees the end in sight. But depression is so insidious, and it compounds daily, that it's impossible to ever see the end. The fog is like a cage without a key." —Elizabeth Wurtzel

Related image