Semakin meningkat usia, semakin matang pemikiran kita. dan sampai satu ketika, kita akan mula sedar bahawa tidak semua benda yang terdetik di hati kita atau apa-apa yang bermain di fikiran kita perlu dikongsikan kepada orang ramai..
Ada ketikanya apa yang bermain di fikiran dan hati itu biarlah setakat itu sahaja, kerana mungkin jika diluahkan akan memburukkan dan mengeruhkan lagi keadaan. Kadang diri sendiri merasakan kita berada di pihak yang benar, tetapi tindakan kita mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan. Jadi, lebih baik berdiam diri dan jalani kehidupan seperti biasa.
Kemungkinan pada awalnya hanyalah silap faham, tetapi apabila satu pihak menggunakan sosial media untuk meluahkan perasaan, keadaan akan menjadi makin teruk dan hubungan menjadi makin renggang.
Apabila diperhatikan dunia sekarang, semua benda ingin dikongsikan di sosial media tidak kira di facebook, instagram, twitter mahupun whatsapp. Keluar makan post. pergi kerja post. kehidupan dalam rumahtangga post. bersukan post. semua kejar untuk post. Sampai satu ketika, aku berfikir untuk apa? untuk siapa? apa manfaatnya? kenapa perlu dipost?
Addicted. sehinggalah ianya menjadi parah. Jika tidak post, hidup tak keruan. rasa kosong, rasa sunyi. kenapa? kerana kita sudah meletakkan kehidupan kita untuk bergantung kepada media sosial. dan untuk dilihat orang ramai.
Ada manfaat dan ada keburukan. Jika perkongsian tersebut memberikan manfaat, dan perlu dikongsikan. maka kongsikanlah. jika tidak memberi apa-apa manfaat, maka fikirkanlah..
Jangan letak pergantungan hidup kita kepada media sosial. Hiduplah secara normal seperti biasa dan bahagiakanlah diri sendiri dengan cara tersendiri.
Bukan untuk orang lain. tapi pesanan untuk diri sendiri yang selalu leka dengan media sosial.
Hidupmu begitu berharga.
No comments:
Post a Comment