Saturday 20 October 2018

Soalan FAMOUS bila balik kampung




Baru-baru ni aku ada balik kampung. Kebetulan ade kenduri belah Batu Pahat. Jadinya, moksu aku ajak balik kampung sekali.. Alang-alang aku memang dah lama tak jumpa atuk and nenek. Dah almost dekat setahun kut.. So, aku setuju la untuk balik kampung.. 

Sedangkan waktu tu aku tengah demam teruk.. pagi tu pun aku skip kelas, sebab tak larat. tapi makan ubat and gagahkan jugak la untuk balik kampung.. kalau ikutkan hari jumaat, sabtu and ahad tu, aku ada event. tapi aku pilih untuk balik kampung sebab tak tahu bila lagi peluang dapat jumpa atuk and nenek. tambah-tambah nanti dah start intern. 

Sampai-sampai je rumah moksu, maksu dah start tanya.. "dah ada ke belum.. bila nak kahwin".. tepuk dahi. aduuuuhh.. dalam banyak-banyak soalan, soalan ni jugak nak tanya... siap bagi warning lagi.. kalau dah ada, jangan lupa share dengan maksu...

Kenduri dekat batu pahat, aku dengan maksu gerak dari putrajaya.. Pakngah gerak dari kampung, simpang renggam.. mak  uteh pulak gerak dari Melaka.. Jadinya semua berkumpul jumpa dekat kenduri tu.. 

Lepas dah makan tu, saje la duduk berborak dengan Mak Uteh..  As expected, again ! Soalan dah ada pakwe ke belum.. bila nak kahwin terpacul jua dari mulut mak uteh... aduh duh duh... tapi jawab jela dengan jujur yang masih belum ada, and lambat lagi nak kawin... yela kan.. dah takde calon, macam mana nak kawin kan... 

Boleh pulak maksu terpancul waktu tu.. dengan selamba je maksu jawab.. "Tahun depan aku nak kawin dah. memandangkan tahun depan aku dah habis belajar" .. hareeeyyyyy... bila masa pulak aku  kata nak kawin tahun depan wahai maksu.. saje je maksu ni.. 

Kalau mak sedara aku yang lain.. selalu je bunyi, bila la diorang dapat datang Terengganu.. bila aku balas, datangla.. boleh tidur dekat rumah.. and then mesti diorang akan cakap.. "Tunggu Ira, Amir, Ammar kawin la.. baru kiteorang datang Terengganu". Macam tu pulak.. 

Untuk pengetahuan semua, Amir, Aku and Ammar ni kira cucu yang paling atas. Maknanya amir cucu sulong, aku second and ammar. lepas tu ade la yang lain-lain.. That is why mak sedara-mak sedara, kalau kami balik kampung je.. mesti akan tanya bila nak kawin.. haih. 

Korang macam ni jugak ke?

No comments:

Post a Comment