Thursday, 25 October 2018

Secebis nasihat untuk lelaki

Disebabkan aku ada abang and adik lelaki, and aku taknak diorang cari pasangan yang salah.. aku nak nasihatkan before korang kaum lelaki nak kahwin, pilih lah betul-betul pasangan korang.. siasat sikit latar belakang diorang..

Aku bukan apa, aku pernah ade pengalaman dapat roomate yang pengotor gile. Perempuan, tapi pengotor.. pemalas tu kira okay lagi, bagi aku.. pembersih tapi pemalas macam better lah sikit. Tapi ni serious bagi aku macam tak layak lagi nak buat isteri. As seorang perempuan yang ade adik beradik lelaki, aku tak cakap dia tak layak jadi isteri. Tapi belum layak.

Kenapa aku cakap macam ni? Sebab dia ade boyfriend.. fikir logik, perangai macam ni pun boleh ada yang berkenan ke.. okay, aku faham. Bab kata orang, terima seadanya.

Tapi kau boleh fikir tak, once kau dah kahwin.. hidup kau akan totally berubah? Kau akan share hidup dengan dia. Dah kalau perempuan sejenis yang pengotor.. kain baju kotor dia pun main campak atas lantai macam tu je.. biar macam tu je.. makin hari makin berlonggok kain atas lantai tu.. kau boleh hidup ke?

Kau tegur je, habis segala kata cacian dia bagi kat kau. Hadap lah kau. Sebab memang normal life dia, bahasa mencarut aka caci maki ni dah macam zikir kat mulut dia. Aku bagi contoh ey.. "kau dah kenapa, sial?". Waktu bercinta mungkin lah kut nampak comel (kut). Tapi after kau kawin.. boleh terima ke dia panggil sial?

Kekadang aku pun tak faham kalau perempuan pun jenis yang pemalas, kain baju dia penuh main sidai macam tu dekat tingkap.. dengan kain tuala lagi.. susah sangat ke nak sangkut dekat hanger and sangkut elok-elok?

Makan kerepek pun sambil baring atas katil.. makan sambil main phone, dengan baring.. boleh bayangkan tak?.. and then tidur sekali dengan balang-balang kerepek dekat atas katil. Gosh!

Aku taknak cakap banyak.. masa bercinta, yela. Cakap kemain lembut. Same goes to her, on the phone dengan boyfriend. Ya Allah, lembut je suara.. cakap baik-baik je.. siap mengadu dalam tandas ade lipas.. (perangai kain baju kotor campak atas lantai taknak cerita pulak). Takde pun maki hamun, kalau ade pun, dengan nada lembut. Bercinta lah katakan..

Tapi on the reality.. sejenis perangai yang pemalas, pengotor gile... Pastu asyik maki orang je.. bercakap kalau takde mencarut, maki tak sah..

Nak tahu condition bilik aku ni macam mana, and perangai dia macam mana.. boleh baca post yang lepas.. aku ada story detail.

Tapi kat sini aku nak tekankan.. lelaki, nak pilih pasangan korang.. pilih la yang betul-betul.. yang ada ciri boleh nak buat pasangan.. yang boleh ambik tanggungjwab handle rumah.. bukan tahu melawa, on the phone je.

Waktu bercinta memang korang tak nampak.. sebab bukan korang duduk sekali dengan dia pun. Korang hanya nampak waktu dating je.. tapi tu of courselah dia memang akan pakai and make up cecantik. Tapi siasatlah dia sejenis yang macam mana dekat bilik, rumah..

Masa bercinta semuanya indah, tapi bila kawin.. kau akan kenal baik buruk pasangan.. waktu tulaa ujian sebenar.

Sekarang aku faham bilamana ada pasangan yang baru kawin beberapa minggu atau bulan, terus bercerai. Salah satu faktornya macam nilaa. Waktu bercinta tak pernah tahu pun isteri ni macam mana. Tengok waktu bercinta indah je belaka. Lepas kawin baru nampak yang rupanya dia ni pengotor.. pemalas pulak tu.. main campak baju kotor macam tu atas lantai.. tingkap bilik, rumah tak reti nak bukak..

bende ni nampak simple, tapi bila kau dah duduk satu bilik atau rumah dengan dia. Hanya Allah yang tahu perasaan kau.

Pilihlah dengan baik. Jangan lupa doa dan istikharah.
Semoga abang dan adik lelaki aku dapat isteri yang baik, rajin, pengemas, solehah dan taat pada suami.

1 comment:

  1. Are you a Blockchain user who is handling outcast roadblocks due to password not working properly? Are you facing the same issue? If yes, then dial Blockchain support number at 1-800-665-6722 for exceptional assistance and let the experts take all your problems. The highly proficient executive tackles the issues without any hassle and supports you in the best possible manner so that you don't have to lurch upon the same issue again. Visit website:-http://www.cryptophonesupport.com/wallet/blockchain

    ReplyDelete