
UITM Pahang Kampus Khazanah Alam, berpindah ke UITM Pahang Kampus Raub.
29 Disember 2015, bermulalah pengajianku di UITM Pahang Kampus Raub. Kamilah First Batch yang Merasmikan UITM Raub.
Kolej dengan Kelas. Yes. Sangat Dekat. Kalau Dulu di UITM Jengka, Memang Kompleks Tun Fatimah dengan Kelas. Memang TerSangat Jauh. Lagi-lagi Kalau Kelas kat Atas Bukit sana. block Arjuna Bidara dll. Aishhh. Belum masuk kelas memang dah confirm Mengah-mengah..
Tapi berbeza kat Sini, Kolej dengan Kelas memang dekat je, Bangunan kat Sini, macam Setompok. Kat Situlah 'Medec' ( Klinik UITM), Dewan Selera, Kelas, Surau, Kolej. Jadi, Takde alasan kalau nak ponteng kelas sebab bangun lambat, atau kelas jauh. Kelas pukul 8.15, pukul 8.05 still sempat sampai kelas 'On Time'. Jangan Memain eh.. Kaki Patah, takde alasan tak boleh nak naik tangga, Sebab 'Lif" ada okeyy.. Tapi bangunan Akademik atau more specific kelas just ada 2 bangunan je. Sebelah-menyebelah pulak tu. Dekat je kalau selepas kelas A nak ke kelas B. So, tak perlu nak risau.
Library??? errr.. Bukan nampak sangat tak suka Membaca, tapi sepanjang seminggu ni kat sini, tak sure library dah bukak ke belum. Dengar aura-aura macam belum buka. So, berkenaan library belum boleh nak story laaaa..
Dewan Selera Besar.. Kalau di Jengka, ada Dewan makan hanya khas untuk Students perempuan dalam Kompleks Tun Fatimah & Dewan makan Campur, untuk Students lelaki dan perempuan. But, kat Sini, Kedua-dua dewan selera campur. Kalau dulu, rasa Lapar, terus turun dewan makan. Tak payah nak fikir panjang sebab semua perempuan. Pakai selekeh-selekeh tudung arini pun, Okey je. Tapi sekarang, rasa Kebulur baru laa turun cari makanan. Tu pun fikir 5,6 kali dulu nak turun ke tak.. Anti Lelaki? Tak Jugak. Tapi Segan + Malu + Tak Suka + Malas nak berhadapan dengan Kaum Adam. Kalau yang memang suka 'dating' dengan buah hati, memang Dewan Selera lah tempatnya. Acah-acah sweet makan berdua.
Surau dia ada Aircond. Sangat selesa nak solat, berehat & tido. Kipas pun ada kat atas tiang-tiang. sorry. Lupa nak ambik gambar dalam surau. Tapi serius Cantik dan Besar. Lelaki kalau tak pergi solat kat Surau ni, Memang Dasar Pemalas. Perempuan sebaik-baiknya Solat di bilik. Tapi Lelaki, lebih Afdal Solat di Surau dan Masjid. Dahlah dekat dengan kolej, ada Aircond, Besar. Kalau malas nak solat lagi di surau, Memang tak tahu nak cakap apa.
Yang Agak menyedihkan di UITM ni, Transport nak ke bandar sangat terhad. Untuk masa Sekarang, hanya ada 1 van je. Itupun ambik daripada UITM Jengka punya. Students ramai nak ke bandar, tapi van 1 je. Memang berjam-jam lah tunggu jawabnye. Perjalanan pulak, agak jauh. Sebelum ni di Jengka, dekat je. Naik van, 5 minit je. Bas ada, tapi dia ada masa-masa tertentu sahaja. Malam memang tak ada. Kalau nak naik bas, kena alert kepada masa-masa bas tu datang.
Setakat ni, mesin ATM belum ada kat sini, mengikut apa yang diberitahu, InsyaAllah bulan 1,2016 akan mula beroperasi. Tapi tak tahu lah betul ke tak. Nantikan jelah. Kalau tak, memang kena ke bandar lah jawabnye nak keluarkan duit. Bandar bukannya kecik, Tapi besar. Memang jenuh nak berjalan tawaf Bandar Raub.
Rumah ada 4 Bilik, 4 tandas. Alhamdulillah Sangat Selesa. Loker pun Besar, ada Meja Study setiap sorang package dengan Lampu 'study' lagi. 2 orang 1 bilik. Katil pun dah takde Double atas bawah. yang biasa je satu sorang. Tempat jemur pakaian je kecik. tapi bersyukur still ada. Kalau semua basuh baju serentak, memang takde tempat nak jemur. So, kena pandailah bincang antara housemate. Bilik TV dan dobi, setakat ni belum beroperasi. Tapi apa yang dijanjikan, InsyaAllah akan beroperasi tak lama lagi.
So, Thats All from Me.
Lintas langsung Dari UITM Pahang, Kampus Raub.
Datin Irawmk.
" SELAMAT DATANG KE UITM PAHANG KAMPUS RAUB " untuk Students dari UITM Jengka, UITM Machang & UITM Dungun.