Saturday, 29 November 2014

Kisah Muallaf

Edit Posted by with No comments

Hidayah itu Milik Allah.
Allah berhak memilih hambanya yang berhak diberikan hidayah.
Hanya ungkapan Alhamdulillah terucap di bibir tatkala hidayah Allah itu datang.
Sungguh,
anda adalah insan yang beruntung.
Alhamdulillah....

sedikit perkongsian cerita oleh sahabat amira yang dikenali sebagai kak sara ( nama islam ) yang baru sahaja memeluk islam 5 tahun yang lepas.. alhamdulillah.. moga-moga dapat kita selami kisah penghijrahan di sebalik kehidupan dia sebelum bergelar agama islam..

Assalamualaikum...

sebenarnya saya dibesarkan tanpa ajaran atau didikan mana-mana agama yang ada di Malaysia ni.
parent saya tak menganut mana-mana agama.
so saya membesar tanpa kenal siapa Dia,
tapi saya selalu terfikir dan tercari-cari soalan-soalan yang saya selalu fikirkan.
saya selalu berfikir 

" siapa saya di dunia ini, jika saya bukan saya, siapakah saya "

" mengapa ini diri saya? kenapa saya tak jadi orang lain ? kenapa saya mesti begini "

dan banyak lah soalan-soalan yang boleh membuat kepala otak sakit.

saya masuk asrama sekolah menengah.. dan bergaul dengan ramai pelajar lain.. berlainan agama dan bangsa.

kawan-kawan yang beragama kristian, setiap hujung minggu akan ajak saya ke gereja.. untuk sembahyang. dari tingkatan 3 hingga tamat SPM.. saya dah pernah masuk macam-macam gereja... kristian punya banyak cabang..

contohnya roman Catholic, sidang injil borneo, hope, seventh day adventist, gereja yesus benar dan banyak lagi.

tapi sebenarnya satu pun saya tak faham. dan masih tak dapat jawab soalan yang selalu saya fikirkan.
ok lah. lepas tamat SPM, dan menyambung pelajaran kat institut.

kat situlah, saya kenal dengan sorang lelaki muslim. saya akui... selama ni sangat susah untuk saya tertarik pada seorang yang beragama islam. tapi tak tahu kenapa.. hati saya sangat tenang dan gembira kenal dengan dia..

sejak kenal, dia banyak cerita pasal nabi-nabi islam. cerita-cerita yang saya tak pernah dengar. tentang Dia. satu persatu cerita tentang Islam. semakin lama buat saya tertarik untuk tahu lebih dalam..

dan akhirnya, saya berasa tenang seperti satu persatu soalan saya yang saya tak dapat jawapan, saya dah dapat jawapan. iaitu menerima Qada' dan Qadar.. saya membuat keputusan untuk berhijrah..

sebelum berhijrah, parent memang tak setuju.. bayangkan dulu nak ikut kawan pergi gereja pun terpaksa menyorok. inikan pula Agama Islam. memang rasa nak mengalah, tapi Alhamdulillah, akhirnya parents faham..

selepas berhijrah, saya bernikah dengan lelaki yang membuka pintu hati saya untuk menerima islam dalam hidup saya.. semuanya berbeza, sebelum dan selepas.. hubungan dengan family pun okay. malah diorang macam menggalakkan saya untuk belajar lagi dalam. galakkan saya untuk solat dan belajar membaca Al-Quran..

Alhamdulillah, semuanya selesai. (^_^)

habis. sama-samalah kita doakan kak sara dan kita sendiri sentiasa dikurniakan hidayah oleh Allah ....
insyaAllah.. aaminn

0 comments:

Post a Comment