Sunday 14 December 2014

Apa itu Futur ??


bismillahirrahmanirrahim ~

Alhamdulillah.. diberi sedikit ruang dan masa untuk berkongsi ilmu pada hari ini dengan anda semua.. (^_^) 
kali ini, amira memilih tajuk 'futur'... mungkin ada segelintir dari pembaca semua masih tak tahu atau masih samar-samar dalam memahami makna futur... 

dan dengan itulah amira bersama dengan aina fakhriah yakni sahabat amira dari sma khairiah memilih tajuk ini sebagai perkongsian dalam usrah kami...



apakah makna " futur " ???

mungkin kisah ini dapat memberi gambaran kasar mengenai maksudnya..

kisah 1 

Safiyyah mengeluh.. sejak seminggu lalu, hatinya kerapkali diserang gundah gulana, tidak sebagaimana dulu.. akhir-akhir ini, dia merasakan ibadahnya merosot betul, sama ada kualitinya atau kuantitinya. lebih menyedihkan, apabila solat, tilawah al-Quran dan zikir yang diamalkannya, terasa kering dan tawar. jangankan ketenangan hati dan terubatnya jiwa nuraninya, malah semua amalannya seakan tidak membawa erti. kerap jua dia terburu-buru menunaikan solat dan melakukan amalan-amalan lain, untuk segera melakukan aktiviti lain. dia cuba memuhasabah diri. namun, Safiyyah masih tetap mencari nur dari Ilahi bagi mengatasi permasalahan ini.

kisah 2

Anas terkenal dikalangan rakan-rakannya sebagai 'orang kuat dakwah' di sekolahnya. hari-harinya diisi dengan aktiviti dakwah di samping sibuk menghadiri tuisyen. malah, ada ketikanya dia sanggup mengorbankan banyak masanya demi menjayakan agenda dakwahnya. ramai yang berubah menjadi insan yang patuh kepada Allah kerana usahanya. 6 tahun telah berlalu. kini dia telah bergelar usahawan berjaya yang mengusahakan perniagaan milik ayahnya. seiring dengan kejayaan kerjayanya, aktiviti dakwahnya beransur-ansur kurang dan kini jarang menghadiri majlis ilmu, yang pernah menjadi amalan kebiasaannya. sehinggakan, pada suatu peringkat, dia tidak datang lagi ke majlis berikut. tatkala rakan seperjuangannya bertanya, beliau hanya mampu tersenyum dengan mengatakan " maaf, saya sibuk. "

renungkan. apakah yang terjadi sebenarnya ???

amira harap dengan cerita yang pendek di atas dapat memberi gambaran sedikit kepada kalian berkenaan makna futur.

maksud futur : 

bahasa :

1 ) terputus langsung selepas bersikap konsisten dan berhenti selepas aktif bergerak.
2 ) didefinisikan sebagai sikap malas, melambat-lambatkan dan bertangguh berbeza dengan keadaan dulunya sentiasa pantas dan efisien.

istilah :

didefinisi mengikut keadaan dan suasana. mungkin juga membawa maksud kita hilang  semangat, hilang arah, menurunnya tahap keimanan, makin banyak melakukan kemaksiatan dan makin menjauhi Allah S.W.T.

setakat ini, amira harap kalian boleh faham dengan jelas dah makna futur sebenarnya ya...

ok. sekarang adakah persoalannya... mampukah kita untuk kekal berada di tahap keimanan yang teratas ? tidak ! 

kita sebagai khalifah biasa yakni manusia yang biasa.. iman kita akan sentiasa turun dan naik. sekejap di atas, dan sekejap di bawah. akan ada masanya kita diuji dengan futur. bukan bermakna kita menanti masa kita futur. oh tidak ! tapi secara fitrah, ada ketikanya, tanpa kita sedari kita sudah pun futur.

secara jelas, futur bukanlah hanya semata-mata tertumpu kepada medan dakwah, tapi boleh terjadi kepada seorang pelajar yang futur terhadap pembelajarannya mahupun kepada seseorang yang bekerja. 

kita kecilkan skop ye.. 

futur bukanlah semata-mata bermakna kita telah pun kehilangan kemanisan dan berpaling dari jalan menuju Allah. itu adalah tahap futur yang paling tinggi yang kita patut jauhi sejauh-jauhnya. Nauzubillah~ tapi futur ini adalah mungkin dalam bentuk kita terlalai seketika daripada mengingati-Nya kerana terlalu sibuk dengan urusan keduniaan. bila mendengar kebaikan ( tazkirah atau peringatan ) kita mengingatiNya. tapi bila keluar dari majlis ilmu, kita kembali lalai. sebab itu pentingnya sesi, " mari kita beriman sejenak ". untuk recharge iman. insyaAllah.

janganlah merasakan diri kita sangat teruk apabila kadang-kala tahap keimanan kita berkurang tanpa kita sedari. dan janganlah juga mengutuk dan terus menghukum seseorang yang baik. contohnya seorang murabbi yang ada kalanya melakukan kesilapan di luar kawalannya.

amira harap setakat ini kalian dah boleh faham dengan lebih mendalam berkenaan futur.

ukhti syuhada ada bertanya : adakah futur boleh membawa kepada matinya hati ???

boleh jika sampai kita makin jauh dari Allah. ini adalah futur yang paling tinggi seperti yang telah amira jelaskan di atas.

mari ambil iktibar dari kisah Hanzalah ini :::

" mengapa dengan kamu ?" tanya Abu Bakar.

" Hanzalah sudah jadi munafiq. Hanzalah sudah jadi munafiq !" kata Hanzalah, penuh kesal.

terkejut Abu Bakar mendengarnya.

" mengapa kamu berkata begitu ?" Abu Bakar meminta penjelasan.

" semasa aku duduk di dalam majlis Nabi s.a.w dan mendengar tentang syurga serta neraka, iman aku meningkat kepada keadaan yang baik. tetapi tatkala aku berkerja dan kembali kepada keluargaku, imanku terjejas dan menurun. Hanzalah sudah jadi munafiq !" cerita Hanzalah.

keterangan itu menggusarkan Abu Bakar. beliau juga merasainya.

mereka berdua pergi bertemu dengan Nabi s.a.w dan menceritakan kisah kebimbangan Hanzalah yang amat signifikan itu. Baginda s.a.w bersabda...

" demi Dia yang jiwaku berada di tangan-Nya, jika kamu sentiasa berada di tahap yang sama seperti ketika mana kamu bersama denganku dan semasa mengingati Allah, nescaya Malaikat akan berjabat tangan denganmu ketika kamu berhenti rehat atau berjalan ! akan tetapi, wahai Hanzalah, ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu. ( baginda mengulang menyebutnya tiga kali )" - hadith riwayat muslim. 

dalam bahasa yang lebih mudah, jika keadaan diri kita sentiasa baik seperti di dalam majlis ilmu dan ketika di luar majlis ilmu, nesccaya Malaikat itu akan tabik spring dengan kita ! hebatlah jika begitu. namun ia menyalahi tabiat manusia. iman itu pasang dan surut. agama islam, tidak pernah menafikan hal yang amat fitrah ini. lalu Baginda s.a.w menegaskan kenyataan berikut...

" ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu "

masa bekerja, perlu bekerja. masa mengaji, perlu mengaji, masa sibuk, sibukkan diri. masa rehat, perlu berehat. 

boleh faham ye semua.. amira dah cuba ni nak bagi kalian semua faham.. insyaAllah amira harap dah faham lah ye.. (^_*)

okey, now kita proceed kepada tanda-tanda futur dan cara mengatasinya..

tanda-tanda wujudnya futur dalam diri :

  • apabila dosa dan maksiat dilakukan berulang kali.
  • apabila merasakan kekerasan dan kebekuan hati.
  • apabila rasa sukar untuk rajin dan khusyuk untuk beribadah.
  • rasa malas untuk melakukan amal ketaatan.
  • apabila malu untuk melakukan kebaikan.
  • apabila perasaan cepat gelisah.
  • apabila jiwa tidak tersentuh dengan bacaan al-Quran.
  • kurangnya rasa marah melihat kemungkaran di depan mata.
  • tidak menjaga diri dari perkara haram dan makruh.
  • apabila kurang mengambil tahu hal umat islam.
  • apabila cenderung berdebat dan menjauhi urusan amal.
  • apabila terlalu memerhatikan dunia berbanding akhirat.
  • apabila menjauhi sahabat-sahabat yang alim dan soleh.
bagaimana merawat futur ???

  • jauhi maksiat yang kecil, apatah lagi yang besar.
  • mewujudkan rutin amalan dan ibadah, waktu siang dan malam.
  • jauhi segala sikap berlebihan, sama ada dalam menikmati yang santai atau dalam beribadah.
  • membina kemesraan dengan organisasi dan rakan-rakan aktivis.
  • mendidik aktivis untuk memahami aturan alam dan meraikannya dalam amal dakwah.
  • menyemai budaya hidup yang teratur, sistematik dan terancang.
  • berikan tempoh rehat (break) bagai para aktivis, sebelum timbul rasa lemah.
  • benarkan sedikit perkara santai bagi aktivis seperti bergurau, berehat, beriadah dll.
  • berikan kisah-kisah para sahabat dan orang-orang soleh dan perjuangan mereka untuk diambil iktibar dan memperbaharui semangat.
  • memberi peringatan yang menimbulkan ingatan terhadap mati dan akhirat.
  • menggalakkan aktivis untuk melazimi majlis ilmu di luar program tarbiyah yang biasa kerana ia akan membantu proses pembinaan kefahaman yang betul dan menambah keberkatan.
  • sentiasa memuhasabah diri dan mecari hikmah di sebalik apa yang terjadi.
  • perbanyakkan berzikir dan membaca al-Quran.

ada yang ajukan soalan kepada amira yang berbunyi ::: macam mana nak memotivasikan balik diri selepas ter'futur'?

jawapan kepada soalan ukhti di atas.

InsyaAllah kena pandai bahagikan masa. be a smart bila nak manage time. waktu beribadah, ibadah bersungguh. waktu belajar, belajar bersungguh, dan sama jugak kalau berkhimat atau bekerja. kena pandai yee... janganlah sampai terlalu sibuk dengan belajar dan berkhidmat, sampai terabai terus kewajipan untuk beribadah. sepertii yang kisah 2 di atas tadi.

jika futur dalam ibadah.. banyakkan bergaul dengan golongan yang alim, soleh dan solehah.. banyakkan baca al-Quran supaya dapat jernihkan hati balik. perbanyakkan mengingati mati dan sentiasa memuhasabah diri. tidak akan ada suatu pun yang Allah uji melainkan ujian itu adalah mampu untuk hambanya tempuhi. setiap yang berlaku ada hikmahnya. tidak secara zahir tetapi mungkin tersirat.

andai dalam belajar atau berkhidmat. sama juga. sentiasa muhasabah diri. tanya pada diri, kenapa Allah letakkan aku di jalan ini.. bermakna Allah tahu aku mampu untuk tempuhi semua ini." insyaAllah kita akan lebih bersemangat untuk belajar dan berkhidmat. pandai bahagikan waktu untuk belajar, berkhidmat dan berehat.

Alhamdulillah, sudah sampai ke penghujungnya. setakat ini sahajalah perkongsian amira pada kalian semua untuk kali ini. amira harap semua sudah faham dan tahu apa yang perlu buat jika alami masalah futur ini. amira sentiasa mengharapkan dengan perkongsian yang sedikit ini memberi sedikit sebanyak pengetahuan untuk kalian.. wallahualam ~


4 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsiannya Amira..skrg terasa sngt diri sdang futur�� rasa mlas sngt nk buat ibadat..semoga Allah tetapkan hati kita semua ke jalanNya InshaAllah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, saya tgh baca Al-Muntalaq dan terjumpa perkataan futur. jazakillahu khair atas penjelasan. :)

    ReplyDelete
  3. datang sini lepas dengar intracksee

    ReplyDelete