dah lamer kan amira x update blog?? amira busy sikit.. kan taun nie amira dah nak SPM... doakan amira tau, agar amira berjaya dengan cemerlang.. InsyaAllah..
baru-baru nie kawan amira ader tanya kenaper amira dah tak update blog.. bila bukak jer.. mesti takder perubahan.. dah bersawang dah pun blog neyh.. hehehe.. amira mintak maaf k..
so,, untuk mengubat rindu korang,, amira kongsikan sedikit coretan yang amira ambik dari salah seorang friend amira kat facebook.. khas untuk korang.. agar kita sentiasa memperbaiki diri ke jalan Allah..
Alasan untuk kapel??? adeeehh ~
Bile di lihat dan di amati, alasan yang sering digunapakai untuk
melampuhijaukan kegiatan berkapel/ angkat2(abg,adik,kakak) ini:
1) "Alah bukan apa bang..Saya ni nak pastikan yang kami berdua ni
'terjaga.' Saling mengingatkan. Apa tu orang kata..? Kapel Islamik..?
Haaa.."
2) "Takde apa pon, nak berkenal-kenalan je. Macam mana kita nak kahwin dengan orang yang kita
langsung tak kenal..?? Nak kenal hati budi dulu, perangai macam mana,
sesuai ke tak dengan kita. Nanti bila dah kahwin, takdelah terkejut
beruk!"
3) "Hekele. Apa masalah enta ni hah..?? Allah dah bagi
hati dan tanamkan perasaan kasih sayang. Dan Allah ciptakan manusia tu
berpasang-pasangan. Normallah kalau jatuh chenta ni! Apa enta nak
nafikan sunnatullah alam..??"
hearm..pengsan dengar alasan2 "islamik ni" adeeeeh..meyh jawab satu2....
1- 1) Dalam Islam tiada konsep kapel Islamik. Jika ada, para sahabat,
salafus soleh, tabi' tabi'en yang lebih faham dan hidup dengan al-Quran
dan al-Hadith itu, pastinya telah berkapel terlebih dahulu. Tapi tak
pernah pula dengar Saad bin Abi Waqas berkapel sebelum kahwin atau Imam
Hassan Basri pergi bertemu janji di tepi Sungai Furat bersama bakal
isterinya..
2- 2) kenal2 je,, Podaaaahhh! Itu alasan semata!
Nak kenal konon. Lepas kenal, mulalah bermesej-mesej. Lepas tu mula
gelak-gelak manja. Lepas tu mula keluar bertemu janji. Lepas tu mula
berpegangan tangan. Lepas tu mula bercumbuan. Lepas tu berakhir dengan
penzinaan..
Ya, walaupon anda tidaklah sampai berzina fizikal
di atas katil atau di belakang kereta, tapi zina hati itu juga suatu
dosa tahu..?? Bayangkan anda berzina ketika solat, ketika membaca
al-Quran, ketika membawa bulatan gembira dan ketika membaca maathurat.
Tergamak anda melakukan perkara sekeji itu ketika pergi menghadap
Tuhan..?? Astaghfirullahl adzim!
Kerana itu Allah menyeru kita
supaya menjauhi zina, dan bukannya jangan berzina! Kerana penangan
asmara dana itu sememangnya akan membuatkan kita sengsara derita..!!!
3-3) ahakss, cinta naluri manusia...peerrgghhh, makin tinggi belajar,
makin banyak hadith2 n ayat quran yang dia tafsir..meyh sini, Allah bagi
hati dan perasaan kasih tu, sebenarnya sebagai suatu ujian..Allah nak
tengok dan uji, sama ada dengan perasaan yang Allah beri itu, kita akan
gunakan untuk jatuh chenta dengan-Nya atau jatuh chenta dengan makhluk
lain dahulu!
Benar dalam hati ada taman. Benar dalam hati ada
bunga. Namun taman itu perlu ditanam dengan benih-benih bunga chentaNya
sebelum benih-benih bunga kechentaan pada yang lain!
Perasaan chenta yang terbit daripada hati itu hanyalah suatu ujian, untuk menilai siapa di kalangan kita yang lebih beriman!
Maka aku ingin mengajak diri aku sendiri dan kamu semua untuk kita
sama-sama jatuh chenta berguling-guling dengan Allah dahulu, sebelum
sesuatu yang lainnya. Kerana sesungguhnya kita punya terlalu banyak
sebab dan alasan untuk jatuh chenta pada-Nya.....
No comments:
Post a Comment