Tuesday, 14 January 2014

Luahan Hati Lelaki Terhadap Niqabis.... < Anda Zalim Terhadap Lelaki >

Edit Posted by with 1 comment

dengan lafaz Bismilahirrahmanirrahim... amira teringin nak kongsikan bersama pembaca semua yang amira rase.. amira perlu dan patut kongsi benda nie agar kita sama-sama perbaiki diri masing-masing... secara jujurnya,, amira bukanlah seorang niqabis mahupun gadis berpurdah... dan amira rase terlalu kerdil untuk berkongsi tentang ini walhal amira bukannya sebahagian dari niqabis.. tapi memandangkan amira tengok fenomena sekarang terlalu ramai para niqabis yang sentiasa meng-upload gambar mereka untuk menjadi tontonan ramai terutamanya di facebook mahupun di media sosial yang lain.. boleh dikatakan setiap hari mereka meng-upload gambar mereka.... sedangkan memakai purdah adalah untuk melindungi diri dan tidak mahu menjadi bahan tontonan orang ramai.. tetapi sebaliknya pulak.. 



Maaf ya.

Saya rasa wanita berpurdah yang upload gambar dekat Fb sangat zalim dengan kaum lelaki sebab mereka tak peka dengan keadaan orang lelaki. Jangan fikir bila kita cakap macam ni nak tuduh lelaki tu tak pandai jaga diri, mata, hati, akal, perasaan dan lain-lain..

Kena fikir, mungkin ada kaum lelaki dah jaga tu semua, tapi di sebabkan kekerapan wanita berpurdah upload gambar mereka di Fb dan kemudian edit cantik-cantik. Sesiapa pun akan tergugat dek kerana iman manusia ni turun naik. Fikirlah tu sekali.

Mungkin ada yang akan kata, kenapa wanita berpurdah saja? Soalannya sekarang purdah ni dah jadi macam trend dan fesyen. Tak nampak hala tuju yang memakainya kerana taqwa. Kena pula di zaman fitnah ni, fitnah tu akan jadi dengan 2 keadaan. Dari orang lain dan dari diri sendiri.

Kena fikir, kami ni lelaki. Ada perasaan. Ada nafsu. Ada sensitiviti juga. Bukan kami tak jaga mata kami. Bukan kami tak jaga iman kami. Tapi kerana kami terlalu di hujani dengan gambar-gambar kalian yg berpurdah yang sehinggakan boleh menggugat iman, hati dan perasaan kami.

Kami ada Fb juga untuk banyak sebab, jadi tak adil lah untuk kaum wanita yang berpurdah mengatakan kami kena nyahaktifkan akaun kami.

Jadi, saya bagi pihak lelaki, minta supaya, tolong lah kurangkan dan janganlah upload gambar anda lagi sebab anda menzalimi kami juga. Kalau nak kami kuat, tolong berhentikan mengeksploitasikan diri anda sebagai wanita. Kami kaum lelaki bukan setiap masa kuat, bahkan kami setiap masa di uji. Jadi, sama-sama la give and take..

Kami taknak dituduh gatal, merenyam, kaki perempuan, mata liar dan sebagainya kerana kesalahan yang anda lakukan. Kami pun manusia. Tolong prihatin untuk kami juga. Anda kaum wanita ingin kami jaga kamu semua, tapi macam mana kami nak jaga kalau kami di perlakukan macam ni oleh kaum wanita?

Saya tahu bukan semua dan saya tahu semua bergantung pada niat, tapi itu bukanlah alasan yang kukuh untuk dijadikan hujah. Tolonglah ya, kami pun ada perasaan.

Sama-sama jaga.

1 comment:

  1. btoll.. klau kte tgk, makin rmai kaum hawa yg berniqabis m'upload gmbr dlm pelbagai possing.. sy sbg kaum hawa pn rse malu tgk mne2 kaum hawa yg berniqabis mengupload gmbr mereka.. x salah nk pkai niqab tp jgn laa tnjuk2 gmbr tu kat org.. kte pkai niqab ni, kne laa niat krn Allah bkn krn semata2 nk dpt pujian dri mne2 kaum adam.. sebaik2nye, kte fikir dulu sbelom buat.. sila smpan kecntikan tu kat org yg spatotnye (suami).. sy just nk ckp jea.. xde niat ape2 pn.. sy sokong dgn kenyataan kaum adam.. sy x sebelahkan mane2 pihak tp sy hrap kaum hawa yg berniqabis tu, sila dlete gmbr2 anda n fikir dulu sbelom buat.. ni just pendapat sy.. maaf klau ade mne2 pihak yg terasa..

    ReplyDelete