Tuesday, 16 December 2014

Bahagiakan Hatimu Dengan Ujian

Edit Posted by with No comments
bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah,
 Assolatu wassalamu ala rasulinaa Muhammadin wa'alihi wasohbihi ajmain.

insyaAllah, perkongsian ini telah dikongsi oleh kak fajar dan kak myra di ' indahnya berusrah'.. dan amira akan selit di sini sebagai perkongsian kepada pembaca semua sebagai tambahan ilmu kalian.. dan mungkin juga ada ahli-ahli di group 'indahnya berusrah' terlepas sesi sharing ni.. jadi amira harap dengan perkongsian oleh kak fajar dan kak myra ini boleh dijadikan motivasi dalam hidup kita. (^_^)




firman Allah s.w.t. ( rujuk surah al-Mulk ayat 2 )

" Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan dia Mahaperkasa, Maha pengampun." 

berdasarkan firman Allah pada ayat ini jelas mengatakan, tidaklah Allah menciptakan Mati dan Hidup, dan apa yang ada di antara keduanya ( hidup dan mati ) melainkan ianya sebagai ujian buat manusia untuk Allah melihat siapakah di antara kita, di kalangan hamba-Nya yang paling baik amalannya.

kalam ulama' ada menyebut : 

" hidup ini sebenarnya UJIAN, dan balasannya di akhirat."

Demi Allah yang jiwa kita semua berada di dalam genggaman-Nya, hati mana yang tak resah gelisah tika saat ujian menyapa, manusia mana yang tak luntur semangatnya saat di uj. kerana ujian itu sememangnya, sifatnya, fitrahnya, menyempitkan Hati...

namu begitu, fahamilah, sedarilah, bermuhasabah dirilah.

ujian atau masalah itu di berikan bukan kerana Allah benci, bukan kerana Allah tak sayang, tapi kerana Allah sayanglah Allah uji. Allah nak kita jadi manusia yang lebih kuat dan tabah dengan ujian, bukan manusia yang lembik dan lemau.

tanpa masalah, kita hanya akan menjadi orang yang manja dan rapuh.

dengan masalah, kesulitan dan penderitaan akan membuat seseorang menjadi dewasa. so, hadapilah dengan jiwa yang besar.. =]

jangankan kita, bangsa manusia, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan hidupan lain pun di uji. ikan di laut pun ada masalahnya, burung di darat pun dengan ujiannya. (^_*)

jangan pernah rasa tak mampu nak hadapi tiap ujian. yakin ! Allah hanya memberi apa yang kita mampu tanggung. sepertimana firman-Nya dalam suratul Baqarah ayat 286 :

" Laa yukalifullahu nafsan illa wus'a'ha "

yang bermaksud : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

jadi, yakinlah ! Allah tak zalim pada kita. Dia hanya uji kita sesuai apa yang kita mampu. tiada satu ujian yang diberikan Allah itu melemahkan.

ulang suara ! tiada ujian yang melemahkan.

satu soalan untuk kalian, 

" seandainya kita nak masuk kat satu kebun buah-buahan, kita nak petik buah-buahan tu.. tapi kebun tu dikawal rapi oleh anjing-anjing penjaga yang bengis lagi garang. anjing-anjing tu menyalak kat kita, apa kita nak buat time tu ? macam mana nak kawal anjing-anjing tu? "

dan jawapannya adalah.. kita kena jumpa tuan punya kebun tu merangkap tuan kepada anjing-anjing tu juga. dan juga merangkap pemilik kepada kebun dan buah-buahan tu.

kat sini, saya nak jelaskan begitu juga dengan masalah ataupun ujian, kita kena jumpa terus pada Tuan Pemilik dan Pemberi Ujian.




apabila di uji, maka bersegeralah bertemu Allah, kerana selalunya, ujian yang Allah beri itu adalah sebagai ' hint ' dari Dia untuk kita datang dekat pada Dia, untuk kita have a heart to heart talk dengan Dia. kerana, tiada orang yang boleh faham kamu seperti mana Allah faham bisik hati
 kamu saat di uji.

_ Terminal Perbaikkan Diri _
jadikan ujian sebagai 'cermin' untuk kita re-check hubungan dengan Allah.

1 ) Taubatan Nasuha

buat solat sunat Taubat, mohon pada Allah, agar kita mampu mendepani semua cabaran.

2 ) Istighfar

perbanyakkan beristighfar kerana dengan beristighfar akan membuka jalan keluar bagi masalah dan Allah menjanjikan nikmat kesenangan pada mereka yang beristighfar. ( rujuk surah Nuh ayat 10-12 )

3 ) Kebaikkan dan Kesabaran

mohon pada Allah untuk memantapkan kita buat kebaikan daripada tangan, kaki, mata, telinga dan sebagainya. walaupun saat itu kita sedang di uji dan mohon diberi kesabaran dan kelapangan jiwa untuk menghadapi segala permasalahan hidup.

4 ) Musibah 

sebahagian daripada musibah itu adalah sebagai penghapus dosa, juga sebagai pemulia darjat. so, pujuklah hati, ujian itu dengan hikmahNya ada kebaikan yang tersendiri buat kita.

5 ) Berdamping Dengan Al-Quran 

tenangkan hati yang resah, yang dilanda masalah itu dengan belaian daripada al-Quran. baca Quran dan hayati maknanya. kerana ayat al-Quran ada aura dan getaran tersendiri, yang boleh menjadi terapi untuk hati dan minda kita.




_ Perkara Penting Untuk Bangkit Dari Ujian_

1 ) Motivasi 

carilah sumber-sumber yang boleh memberi semangat pada kita. contohnya : sumber bacaan, berkumpul dalam majlis ilmu, dan bergaul dengan sahabat-sahabat yang positif.

2 ) Nafas

bernafaslah dengan baik atau amalkan meditasi /  tafakur. pernafasan yang baik akan membantu kita untuk merasa lebih tenang.

3 ) Tidur

pastikan mendapat tidur yang cukup. sebab adakalanya manusia tak cukup waktu rehatnya, akan cepat serabut fikirannya.

4 ) warna

warna boleh meransang mood. bila dilanja ujian, pakailah baju yang warnanya boleh meransang mood.

kesimpulannya, apabila ujian datang menimpa, jadilah orang yang mencari solusi pada permasalahan bukan meratapi ujian.

not a person whose used cry to the problem. because in fact, problem seems to be bothering you, but it isn't a problem, it is your own mind. 

just have faith to Allah. because sometimes, 
Allah breaks your spirit to save your souls.
Allah breaks our heart to makw us whole.
Allah allows pain so we can be stronger.
Allah sends us failure so we can ba humble.
and sometimes,
Allah allow illness so we can take better care of ourselves.
Allah takes everything away from us, so we can learn the value of everything He gave us.

we make plans but understand that we live by Allah's grace.





apabila musibah melanda, selalu ingat bahawa itu adalah panggilan Allah untuk kita ingat pada-Nya.

pujuk hati, itu adalah kebaikan yang datang dalam bentuk kepahitan.

ubat mujarab untuk kita yang sering kehilangan sifat kehambaan.

=]

alritee, selamat membaca... wasalam ~ 

0 comments:

Post a Comment