Friday 9 January 2015

Adakah suara wanita itu aurat ?

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan,
untuk terus mengejar redha Allah,
untuk memohon keampunan Allah,
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.





insyaAllah perkongsian daripada amira untuk kali ini, tajuknya simple je... mungkin ada yang dah tahu, dan mungkin ade juga yang keliru, yakni bertajuk " adakah suara wanita itu aurat ". jom kita sama-sama rungkaikan perihal tajuk ini..

sebelum amira mulakan penjelasan, sempat amira tanyakan kepada ukhti-ukhti di 'indahnya berusrah' tentang apa yang akan bermain di fikiran mereka bila sebut je berkenaan tajuk ini.. dan alhamdulillah mendapat respon yang baik dan ada bermacam-macam yang terlintas di fikiran mereka bila disebut..
antaranya adalah aurat pada tempat, niat, situasi dan nada suara tertentu kut dan suara wanita aurat, tapi kalau sengaja di lenggokakan dengan suara manja, dah jadi haram. amira ambil 2 sahaja antara respon yang diberikan. bagus kan mereka.. ini bermakna sel-sel otak mereka dah berhubung ! hikhikhik.. 

Dalam islam, islam tidaklah mengharamkan wanita bersuara atau bercakap dengan ajnabi. Ini terbukti Nabi Muhammad s.a.w tidak melarang apabila terdapat seorang wanita bertanya kepada baginda, dalam majlis yang dihadiri oleh golongan lelaki tanpa menimbulkan sebarang kesukaran dan masalah.

Terdapat juga kisah lain, iaitu ketika Saidina Umar r.a. sedang berkhutbah, seorang wanita bersuara dan menolak pendapat beliau. Saidina Umar r.a. tidak menghalang wanita itu bersuara, malah mengakui kebenaran pendapat wanita itu dan mengakui kesilapan beliau.

Al-Quran menceritakan kepada kita tentang perbualan antara Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Saba’ iaitu Balqis dan perbualan antara Ratu Balqis dengan kaumnya dalam kalangan lelaki.

Seperti yang kita tahu la kan... perkara yang disyariatkan kepada umat terdahulu adalah perkara sama yang disyariatkan kepada kita pada hari ini, selagi tiada nas ataupun syarak yang memansuhkan syariat itu. Ini adalah pendapat ulama yang terpilih.

setakat ni jelas eh ???? kalau tak jelas lagi.. cuba fahamkan apa yang amira nak sampaikan di atas.. jadi setakat ni kita dah faham bahawa dalam islam ni bukanlah mengharamkan 100% wanita bersuara atau bercakap dengan ajnabi...

TETAPI.... bilakah suara wanita menjadi aurat ??

Larangan berkaitan dengan suara wanita adalah, bercakap dengan suara mendayu-dayu, melenggok-lenggok, dan melunakkan suara.

KENAPA ?

Ini kerana, rentak suara mampu menarik dan menggoda kaum lelaki. Ini yang dimaksudkan oleh Al-Quran dengan lafaz kata-kata lembut dan manja yang merayu-rayu. Keadaan itu mampu meransang perasaan nafsu berahi kepada orang yang mempunyai penyakit hati.

Secara umumnya, ayat ini tidak bermakna melarang wanita bercakap dengan lelaki. Perkara ini berdasarkan dalil pada akhir ayat itu yang bermaksudnya,  ‘dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik’. Allah menjelaskan dalam surah Al-Ahzab, ayat 32 :

“ wahai isteri-isteri nabi, kamu semua bukan seperti wanita yang lain, sekiranya kamu bertakwa. Jangan kamu berbicara dengan lembut manja kerana ia mampu menimbulkan keinginan kepadanya orang yang mempunyai penyakit dalam hatinya. Sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan.” 

ada yang bertanyakan, macam mana kalau perempuan yang jenis bercakap kasar ??

jawapannya, kita kalau nak bercakap walaupun dengan lelaki biarlah dengan beradab. lagi-lagi yang kita belum kenal. macam mana kita nak tarik manusia untuk tertarik dengan islam kalau cara kita pun dah kasar kan.. dalam islam sendiri pun ada ajar adab-adab dengan sesama manusia. tak boleh cakap dengan lembut tetapi biarlah beradab. jangan buat di pihak sana terasa.(^_^)

macam mana pula kalau memang suara perempuan tu memang lembut dan halus ??

ya ! memang ada yang suara macam ni.. Masya-Allah bila dia bersuara je.. lembutnya suara dia, jangankan lelaki.. kita perempuan sendiri pun cair. kalau yang jenis macam ni, bercakaplah dengan nada yang tegas. bila mana suara kita memang dah dijadikan jenis lembut, kita cuba untuk tidak melembutkan lagi. biarlah bercakap dengan sedikit tegas agar tidak kedengaran mendayu tu.

Kesimpulannya, apabila wanita dieksploitasi sebagai penggoda, pembangkit nafsu, dan naluri lelaki, risikonya begitu besar dan berbahaya. Rasulullah SAW memberi amaran supaya berhati-hati dengan golongan wanita, sama seperti amaran Baginda supaya berwaspada golongan wanita, sama seperti amaran Baginda supaya berwaspada kepada nikmat kekayaan, kemewahan, dan kesenangan hidup.

jelas ye berkenaan tajuk ni..

wallahualam..

setakat ini sahaja perkongsian untuk tajuk " adakah suara wanita itu aurat "

_datinirawmk_


untuk baca entry yang lain, boleh click di sini

No comments:

Post a Comment