Saturday 31 January 2015

Akh, Ana rasa keringlah !


Alhamdulillah, masih diberi masa dan ruang oleh Allah untuk amira berkongsi sedikit ilmu yang cetek ini dengan kalian semua. (^_^) 





“ Akh, ana rasa, makin lama ana dalam dakwah dan tarbiyah ni, ana rasa makin keringlah.” 

“Rasa macam tak syok, macam nak memberontak saja.”

“ jika dahulu, masa baru-baru masuk usrah, rasa best sangat.”

“ seminggu tak pergi, rasa macam ada sesuatu yang tak kena.”

“ tapi sekarang....”

“ datang usrah, tak datang usrah sama saja..”

“ hati tetap kering”

“ dahlah ikhwah tak mesra macam dulu. Kalau ada masalah pun, sendiri rasa, sendiri tanggung.”

“ ana pun malas nak beritahu mereka. Dah tentu, mereka layan acuh tak acuh sahaja..”

“ ana rasa keringlah, Akh. Kering sangat..”

“ rasa nak lari jauh-jauh saja..”

“ terjun sungai.” Jawab Akh.

Jika anda pernah merasai simptom-simptom yang dinyatakan di atas, tahniah saya ucapkan. Kerana apa?  Kerana anda telah selangkah menapaki satu tahap baru dalam dakwah dan tarbiyah ini. Satu tahap baru yang semestinya penuh dengan mehnah dan tribulasi hidup. Satu tahap baru yang menuntut kita untuk berkorban lebih tanpa mengharapkan sebarang balasan, apatah lagi pujian manusia. 

Tahniah ! jangan risau, saya berani jamin hampir semua penggerak di jalan dakwah ini pernah merasai perkara yang sama seperti anda rasa. Cuma yang berbeza, bagaimana anda menangani semua permasalahan di atas.




Rasa diri hebat

Rasa diri sudah hebat, adalah tanda bahwa hati kita sedang bermasalah. Ya benar ! kadangkala kita tidak sedar bahawa pada suatu ketika, syaitan sedang mencucuk-cucuk hati supaya kita berbangga dengan pencapaian kita di sepanjang jalan dakwah ini.

Hal ini kerana, syaitan akan semakin dahsyat menggoncang iman kita. Syaitan akan semakin dahsyat mengganggu kita. Pastinya, syaitan-syaitan ini tidak akan berputus asa dan akan terus mengganggu kira dengan lebih dahsyat lagi. Tahap syaitan yang mengganggu pun bukan calang-calang. 

Tambahan lagi, apa yang akan menjadi bekalan kita, andai mutabaah amal kita hendak lebih baik daripada dulu, ataupun dengan kata yang lebih sinis. ‘ lebih teruk daripada dulu’.



Boleh jadi salah pada permulaan

“ boleh jadi berputus asa pada pertengahan perjalanan itu disebabkan oleh salah niat pada permulaan”
Ya ! cuba kita periksa kembali niat kita menyertai jalan dakwah ini ?  adakah semata-mata mahu mendapatkan suami yang soleh? Ataupun semata-mata mahukan pangkat dan harta? Kemasyhuran? Ataupun kawan yang baik-baik? Apa sebenarnya yang kita mahu? 

Jika reda Allah yang kita mahu, maka tahniah diucapkan. Kerana kita sedang meniti jalan yang betul dengan kenderaan yang paling betul. Jika niat yang salah, maka kita harus mengubah niat kita saat ini juga. Tiada masa ditangguh-tangguh !



Eratkan ukhuwah

Hidup dalam sebuah jemaah ini adalah seperti hidup dalam sebuah keluarga. Bilamana kita tidak lagi merasai nilai kekeluargaan ini, ataupun kebasahan ukhuwah ini, jangan pernah menyalahkan orang lain. Jangan sesekali menyalahkan orang lain tidak mampu membuatkan kita bahagia. Jangan ! kerana boleh jadi permasalahan utama yang menyebabkan kita kering, bukanlah disebabkan orang lain, tetapi diri kita sendiri.

Bilamana kita semakin lama di dalam dakwah dan tarbiyah ini, mungkin satu sifat yang kita tidak dapat nafikan adalah sifat jemu. Sifat jemu itu lumrah. Hatta dalam kehidupan berumah tangga juga begitu. Satu dua tahun kahwin bukan main lagi bahagia, tetapi apabila masuk tahun ketiga, mula merasai jemunya. Sedikit demi sedikit.

Tetapi, adakah kita membiarkan sahaja perasaan jemu itu terus mengaburi perkahwinan kita? Tidak ! pasti kita akan berbuat sesuatu untuk menyemarakkan kembali rasa cinta itu. Begitu juga dengan ukhuwah. Jika kita berasa semakin jemu menghadap muka ikhwah yang sama selama bertahun-tahun, pelbagaikan cara bagaimana untuk menyemarakkan kembali ukhuwah itu.




Semoga dengan sedikit perkongsian di atas, sama-sama dapat kita jadikan iktibar dalam mengharungi jalan dakwah ini. Peringatan ini, pertama-tamanya yang tujukan buat diri ini yang berkongsi. Kedua, peringatan ini adalah peringatan kita bersama. Kerana hakikat jalan dakwah ini, bukan semudah seperti yang kita sangka. Maka, dalam mengharungi jalan yang penuh mencabar ini, adalah tanggungjawab kita bersama untuk saling mengingatkan antara satu sama lain. Saya nasihat awak dan awak nasihat saya.

No comments:

Post a Comment