Alhamdulillah masih
dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi
kesempatan,
untuk terus mengejar redha Allah,
untuk memohon keampunan Allah,
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul
junjungan,
insyaAllah perkongsian daripada amira untuk kali ini, tajuknya simple je... mungkin ada yang dah tahu, dan mungkin ade juga yang keliru, yakni bertajuk " adakah suara wanita itu aurat ". jom kita sama-sama rungkaikan perihal tajuk ini..
sebelum amira mulakan penjelasan, sempat amira tanyakan kepada ukhti-ukhti di 'indahnya berusrah' tentang apa yang akan bermain di fikiran mereka bila sebut je berkenaan tajuk ini.. dan alhamdulillah mendapat respon yang baik dan ada bermacam-macam yang terlintas di fikiran mereka bila disebut..
antaranya adalah aurat pada tempat, niat, situasi dan nada suara tertentu kut dan suara wanita aurat, tapi kalau sengaja di lenggokakan dengan suara manja, dah jadi haram. amira ambil 2 sahaja antara respon yang diberikan. bagus kan mereka.. ini bermakna sel-sel otak mereka dah berhubung ! hikhikhik..
Dalam
islam, islam tidaklah mengharamkan wanita bersuara atau bercakap dengan ajnabi.
Ini terbukti Nabi Muhammad s.a.w tidak melarang apabila terdapat seorang wanita
bertanya kepada baginda, dalam majlis yang dihadiri oleh golongan lelaki tanpa
menimbulkan sebarang kesukaran dan masalah.
Terdapat
juga kisah lain, iaitu ketika Saidina Umar r.a. sedang berkhutbah, seorang
wanita bersuara dan menolak pendapat beliau. Saidina Umar r.a. tidak menghalang
wanita itu bersuara, malah mengakui kebenaran pendapat wanita itu dan mengakui
kesilapan beliau.
Al-Quran
menceritakan kepada kita tentang perbualan antara Nabi Sulaiman a.s. dengan
Ratu Saba’ iaitu Balqis dan perbualan antara Ratu Balqis dengan kaumnya dalam
kalangan lelaki.
Seperti yang kita tahu la kan... perkara
yang disyariatkan kepada umat terdahulu adalah perkara sama yang disyariatkan
kepada kita pada hari ini, selagi tiada nas ataupun syarak yang memansuhkan
syariat itu. Ini adalah pendapat ulama yang terpilih.
setakat ni jelas eh ???? kalau tak jelas lagi.. cuba fahamkan apa yang amira nak sampaikan di atas.. jadi setakat ni kita dah faham bahawa dalam islam ni bukanlah mengharamkan 100% wanita bersuara atau bercakap dengan ajnabi...
TETAPI.... bilakah suara wanita menjadi aurat ??
Larangan berkaitan dengan suara wanita adalah,
bercakap dengan suara mendayu-dayu, melenggok-lenggok, dan melunakkan suara.
KENAPA ?
Ini
kerana, rentak suara mampu menarik dan menggoda kaum lelaki. Ini yang
dimaksudkan oleh Al-Quran dengan lafaz kata-kata lembut dan manja yang
merayu-rayu. Keadaan itu mampu meransang perasaan nafsu berahi kepada orang
yang mempunyai penyakit hati.
Secara
umumnya, ayat ini tidak bermakna melarang wanita bercakap dengan lelaki.
Perkara ini berdasarkan dalil pada akhir ayat itu yang bermaksudnya, ‘dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata
yang baik’. Allah menjelaskan dalam surah Al-Ahzab, ayat 32 :
“
wahai isteri-isteri nabi, kamu semua bukan seperti wanita yang lain, sekiranya
kamu bertakwa. Jangan kamu berbicara dengan lembut manja kerana ia mampu
menimbulkan keinginan kepadanya orang yang mempunyai penyakit dalam hatinya.
Sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan.”
Kesimpulannya, apabila
wanita dieksploitasi sebagai penggoda, pembangkit nafsu, dan naluri lelaki,
risikonya begitu besar dan berbahaya. Rasulullah SAW memberi amaran supaya
berhati-hati dengan golongan wanita, sama seperti amaran Baginda supaya
berwaspada golongan wanita, sama seperti amaran Baginda supaya berwaspada
kepada nikmat kekayaan, kemewahan, dan kesenangan hidup.
jelas ye berkenaan tajuk ni..
No comments:
Post a Comment