“
Akh, ana rasa, makin lama ana dalam dakwah dan tarbiyah ni, ana rasa makin
keringlah.”
“Rasa macam tak syok, macam nak memberontak saja.”
“
jika dahulu, masa baru-baru masuk usrah, rasa best sangat.”
“
seminggu tak pergi, rasa macam ada sesuatu yang tak kena.”
“
tapi sekarang....”
“
datang usrah, tak datang usrah sama saja..”
“
hati tetap kering”
“
dahlah ikhwah tak mesra macam dulu. Kalau ada masalah pun, sendiri rasa,
sendiri tanggung.”
“
ana pun malas nak beritahu mereka. Dah tentu, mereka layan acuh tak acuh
sahaja..”
“
ana rasa keringlah, Akh. Kering sangat..”
“
rasa nak lari jauh-jauh saja..”
“
terjun sungai.” Jawab Akh.
Jika
anda pernah merasai simptom-simptom yang dinyatakan di atas, tahniah saya
ucapkan. Kerana apa? Kerana anda telah
selangkah menapaki satu tahap baru dalam dakwah dan tarbiyah ini. Satu tahap
baru yang semestinya penuh dengan mehnah dan tribulasi hidup. Satu tahap baru
yang menuntut kita untuk berkorban lebih tanpa mengharapkan sebarang balasan,
apatah lagi pujian manusia.
Tahniah ! jangan risau, saya berani jamin hampir
semua penggerak di jalan dakwah ini pernah merasai perkara yang sama seperti
anda rasa. Cuma yang berbeza, bagaimana anda menangani semua permasalahan di
atas.
Rasa diri hebat
Rasa
diri sudah hebat, adalah tanda bahwa hati kita sedang bermasalah. Ya benar !
kadangkala kita tidak sedar bahawa pada suatu ketika, syaitan sedang
mencucuk-cucuk hati supaya kita berbangga dengan pencapaian kita di sepanjang
jalan dakwah ini.
Hal
ini kerana, syaitan akan semakin dahsyat menggoncang iman kita. Syaitan akan
semakin dahsyat mengganggu kita. Pastinya, syaitan-syaitan ini tidak akan
berputus asa dan akan terus mengganggu kira dengan lebih dahsyat lagi. Tahap
syaitan yang mengganggu pun bukan calang-calang.
Tambahan lagi, apa yang akan
menjadi bekalan kita, andai mutabaah amal kita hendak lebih baik daripada dulu,
ataupun dengan kata yang lebih sinis. ‘ lebih teruk daripada dulu’.
Boleh jadi salah pada permulaan
“
boleh jadi berputus asa pada pertengahan perjalanan itu disebabkan oleh salah
niat pada permulaan”
Ya
! cuba kita periksa kembali niat kita menyertai jalan dakwah ini ? adakah semata-mata mahu mendapatkan suami
yang soleh? Ataupun semata-mata mahukan pangkat dan harta? Kemasyhuran? Ataupun
kawan yang baik-baik? Apa sebenarnya yang kita mahu?
Jika reda Allah yang kita
mahu, maka tahniah diucapkan. Kerana kita sedang meniti jalan yang betul dengan
kenderaan yang paling betul. Jika niat yang salah, maka kita harus mengubah
niat kita saat ini juga. Tiada masa ditangguh-tangguh !
Eratkan ukhuwah
Hidup
dalam sebuah jemaah ini adalah seperti hidup dalam sebuah keluarga. Bilamana
kita tidak lagi merasai nilai kekeluargaan ini, ataupun kebasahan ukhuwah ini,
jangan pernah menyalahkan orang lain. Jangan sesekali menyalahkan orang lain
tidak mampu membuatkan kita bahagia. Jangan ! kerana boleh jadi permasalahan
utama yang menyebabkan kita kering, bukanlah disebabkan orang lain, tetapi diri
kita sendiri.
Bilamana
kita semakin lama di dalam dakwah dan tarbiyah ini, mungkin satu sifat yang
kita tidak dapat nafikan adalah sifat jemu. Sifat jemu itu lumrah. Hatta dalam
kehidupan berumah tangga juga begitu. Satu dua tahun kahwin bukan main lagi
bahagia, tetapi apabila masuk tahun ketiga, mula merasai jemunya. Sedikit demi
sedikit.
Tetapi,
adakah kita membiarkan sahaja perasaan jemu itu terus mengaburi perkahwinan
kita? Tidak ! pasti kita akan berbuat sesuatu untuk menyemarakkan kembali rasa
cinta itu. Begitu juga dengan ukhuwah. Jika kita berasa semakin jemu menghadap
muka ikhwah yang sama selama bertahun-tahun, pelbagaikan cara bagaimana untuk
menyemarakkan kembali ukhuwah itu.
Semoga
dengan sedikit perkongsian di atas, sama-sama dapat kita jadikan iktibar dalam
mengharungi jalan dakwah ini. Peringatan ini, pertama-tamanya yang tujukan buat
diri ini yang berkongsi. Kedua, peringatan ini adalah peringatan kita bersama.
Kerana hakikat jalan dakwah ini, bukan semudah seperti yang kita sangka. Maka,
dalam mengharungi jalan yang penuh mencabar ini, adalah tanggungjawab kita
bersama untuk saling mengingatkan antara satu sama lain. Saya nasihat awak dan
awak nasihat saya.
No comments:
Post a Comment