Apabila
islam membolehkan pertemuan antara lelaki dan wanita, tidak bermakna semua batas
pergaulan antara mereka boleh diabaikan dan tidak perlu dijaga. Ini kerana,
terdapat golongan yang menganggap diri mereka seperti malaikat, suci daripada
dosa. Mereka tidak berasa takut dengan apa yang akan berlaku dalam pergaulan
seharian. Tujuan sebenar mereka adalah menerapkan budaya Barat dalam masyarakat
kita.
Sebenarnya,
apabila islam membolehkan pertemuan antara lelaki dan wanita, kita wajib
menjaga batasan yang ditetapkan oleh islam untuk bekerjasama dalam melakukan
amal kebaikan, kebajikan, dan membawa kepada takwa.
Antara
batas-batas hukum itu adalah :
1. Kedua-dua
belah pihak perlu menundukkan dan menjaga pandangan. Kita tidak boleh melihat
aurat pihak lain, tidak boleh memandang dengan perasaan berahi dan hawa nafsu,
serta tidak boleh melihat pihak lain terlalu lama tanpa ada keperluan. Allah
SWT mengarahkan dalam surah An-Nur, ayat 30 hingga ayat 31 :
“
katakanlah wahai Muhammad, kepada lelaki-lelaki yang beriman supaya mereka
menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih
suci untuk mereka. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui tentang apa yang mereka
kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan
pandangan mereka daripada apa yang diharamkan dan memelihara kehormatan
mereka.”
2. Golongan
wanita perlu berpakaian sopan dan mematuhi etika pakaian yang ditetapkan oleh
syarak. Etika berpakaian itu adalah, menutup seluruh tubuh kecuali muka dan
tapak tangan serta tidak berpakaian nipis dan menampakkan bentuk badan. Allah
SWT memerintahkan dalam surah An-Nur, ayat 31 :
“
dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung
kepala mereka. "
Allah
SWT menerangkan sebab arahan beradab sopan dalam surah Al-Ahzab, ayat 59:
“
yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan
diganggu”
Ayat
ini menjelaskan kepada kita tentang etika berpakaian yang membezakan antara
cara pemakaian wanita bermaruah dan pemakaian wanita yang menjadi mangsa lelaki
liar. Pemakaian menutup aurat dan perwatakan bersopan menjadi penghalang kepada
lelaki yang cuba menganggu wanita. Perkara ini juga adalah antara penyebab yang
menjadikan individu lain, khususnya lelaki lebih menghormati dan malu melihat
wanita.
3. golongan
wanita perlu mematuhi adab-adab sebagai seorang Muslimah dalam semua perkara,
terutamanya dalam situasi pergaulan dengan kaum lelaki. Antara adab-adab yang
perlu dijaga adalah:
- · jauhi daripada kata-kata menggoda dan meransang hawa nafsu kaum lelaki ketika bercakap. Allah SWT memerintahkan dalam surah Al-Ahzab, ayat 32 :
“
maka, janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana perbuatan itu mampu
menimbulkan keinginan kepada orang yang ada penyakit dalam hatinya. Dan
sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan.”
- · Berjalan dengan sopan-santun. Allah SWT menjelaskan dalam surah An-Nur, ayat 31 :
“ dan jangan
mereka menghentakkan kaki supaya diketahui oleh orang tentang apa yang
tersembunyi daripada perhiasan mereka”
Kaum wanita
perlu mencontohi sifat wanita yang disebut oleh Allah SWT dalam surah Al-Qasas,
ayat 25 :
“ maka datang
kepadanya salah seorang daripada kedua-duanya sambil berjalan tersipu-sipu”
- · Jauhi daripada pergerakan berlenggang-lenggok dan lemah gelamai seperti golongan wanita yang disebut dalam hadith Rasulullah SAW, “wanita-wanita yang menyimpang daripada ketaatan dan menjadikan hati lelaki-lelaki cenderung kepad kerosakan, iaitu kemaksiatan”. Kaum wanita ditegah daripada ber-tabarruj, iaitu berlebihan-lebihan dalam berhias sebagaimana tabarruj wania pada zaman jahiliah dahulu dan jahiliah moden.
4. Menjauhi
daripada semua reaksi yang menarik dan memikat. Contohnya, memakai
wangi-wangian dan corak perhiasan yang tidak sepatutnya dipakai di jalanan
ataupun ketika bertemu dengan lelaki.
5. Lelaki
dan wanita dilarang berdua-duaan tanpa mahram. Banyak hadith shahih yang
melarang perbuatan itu. Antaranya, ‘ individu yang ketiga antara kedua-duanya
adalah syaitan.’ Lelaki dan wanita umpama api dan kayu yang tidak boleh
ditemukan.
1 Secara kesimpulannya, pertemuan
antara lelaki dan wanita adalah perlu. Ini kerana, terdapat keperluan dan
perkara yang menuntut kerjasama antara kedua-dua belah pihak tanpa perlu
berlebih-lebihan. Jangan pula pertemuan itu berlaku secara berleluasa sehingga
menghilangkan fitrah kewanitaan, menimbulkan fitnah, ataupun melalaikan kaum
wanita. Ini menyebabkan golongan wanita cenderung mengabaikan tanggungjawab
dalam urusan rumah tangga dan pentarbiahan generasi.
No comments:
Post a Comment