BROWNIES KEDUT




Bahan-bahan:
300g coklat gelap/dark chocolate 150g mentega tak bergaram/unsalted butter 100g tepung gandum (boleh ganti self raising flour utk texture yg lebih gebu) 30g serbuk koko (kurangkan kepada 20g kalau tak suka pahit) ½ sudu kecil garam 2 sudu besar air panas ¾ sudu kecil serbuk espresso/nescafe 200g gula perang (soft brown sugar) 4 biji telur (gred B) 1 sudu kecil esen vanilla
loyang 9x9

Cara-cara:

  1. Sapukan mentega pada loyang dan lapikkan dengan kertas baking.
  2. Sebelum mulakan mengadun, panaskan oven pada suhu 160c.
  3. Cairkan coklat dan mentega dengan kaedah double-boiled. Panaskan air sehingga mendidih dan letakkan mangkuk campuran coklat dan mentega di atasnya. Kacau hingga cair sebati, kemudian ketepikan dan sejukkan.
  4. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam halus.
  5. Bancuhkan 2 sudu besar air panas dengan kopi ekspresso
  6. Kacau gula perang dengan telur sehingga sebati. Jangan kacau kuat dan terlalu lama.
  7. Masukkan esen vanilla, kacau. masukkan bancuhan coklat, kacau dan bahan ayak sedikit demi sedikit hingga semua larut. kacau sekejap sahaja.
  8. Tuangkan adunan ke dalam tray yang sudah dilapik tadi. Hentakkan loyang sekali supaya untuk elakkan gelembung udara di dalam adunan.
  9. Bakar 30-35 minit. Pada minit 30 cucuk brownies dengan lidi. Jika brownies tu basah dan melekat coklat dah kira okay. Jangan kering sangat risau terlalu masak

Pemotongan yang cantik. Rendam pisau dalam air panas dan lap untuk setiap potongan.

Bakar pada suhu 160°C, selama 30-35 minit

No comments:

Post a Comment