KEK BAJET



KEK BAJET

KEK SPONGE (KEK ASAS)

  • 250 gm Tepung Sponge Mix
  • 250 gm Telur Gred A (Standard 4 biji)
  • 1 Sudu kecil / 6 gm Ovelette (Kuning/Putih)
  • 50 gm Air kosong / Air laici (untuk kek laici) 
  • 50 gm Minyak Jagung
  • Shortening (lemak sayur)
CARA-CARA
  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam mixer.
  2. Pukul sehingga kembang. (dalam 5 minit camtu)
  3. Tambahkan minyak jagung sikit-sikit dalam mixer.
  4. Gris atau sapukan Shortening di loyang. Letak sekeping kertas ke permukaan loyang. Kertas baking paper atau A4 pun boleh je, untuk mudahkan nak keluarkan dari loyang nanti. 
  5. Apabila dah kental, masukkan bahan dari mixer ke dalam loyang. (kental apabila kita angkat dengan sudu bahan yang mixer tadi, dia cantik iaitu hujung akan tajam/ bentuk tanduk. Statik je tak jatuh and hujung bentuk tanduk)
  6. Bakar dengan suhu 175 C, 25 minit, api atas bawah. (make sure oven panaskan dahulu seketika sebelum mula membakar)


PERHATIAN

untuk kek tertentu, perlu tambahkan emulco ke dalam bahan yang untuk dimixer. Tambahkan dalam 1 sudu kecil.

  1. Kek Red Velvet : Emulco Red Velvet
  2. Kek Oreo : Emulco Chocolate
  3. Kek Mangga : Emulco Mangga
  4. Kek Laici : Tukarkan 50 gm air kepada air laici
TOPPING
3/4 cawan whipping cream non dairy pastikan sejuk.
1 kotak boleh dapat dalam 6 hngga 7 bijik kek 

  1. Masukkan dalam mixer dan mixkan bahan di atas dalam 10 minit. 
  2. Masukkan ke dalam piping beg/ plastik whippping.
  3. Kemudian, lepakan di kek. 
  4. Jika mahu kek tersebut warna coklat atau sebagainya.. boleh tambah emulco chocolate atau perisa lain ke dalam adunan mixer di step no.1.
  5. Tiba untuk hias kek mengikut kreativiti anda!


HIASAN KEK (OPTION)

BUTTERSCOTH SAUCE

  • 2/3 cawan Gula Perang
  • 6 sudu besar Butter Cup
  • 1/2 cawan Golden Syrup
  • 1/2 cawan Whipping Cream (last)
  • Secubit Garam
CARA-CARA
  1. Masakkan semua dengan api perlahan.
  2. Masukkan Whipping Cream dan tutup api.
  3. PREMIUM: Masukkan serbuk badam 30 gm. 
JELLY LAICI 
  • 3 sudu besar Tepung Jagung
  • 1 Tin Air Laici
CARA-CARA
  1. 'Double boiled' tepung jagung dan air laici.
  2. Masukkan dalam plastik whipping. 
HIASAN MANGO
  • 1 Sudu besar Susu Pekat
  • Mangga yang dipotong dadu
  • Filling mango
  • Pewarna yellow lemon

CARA-CARA
  1. Campurkan filling mango dan air suam.. kacau.. Masukkan dalam plastik whipping. 
  2. Topping atas: Filling mango + susu pekat + pewarna yellow lemon.

No comments:

Post a Comment