Kek Batik Simple dan Lembut

 


Ni adalah resepi kek batik yang mira selalu gunakan and jadi favourite kawan-kawan and family. kalau buat kek batik, mesti member-member mira mintak. so check it out!

Bahan-bahan

  • separuh buku butter
  • setengah tin susu pekat
  • telur 2 biji
  • minuman air susu botol kecil perisa chocolate (kalau nak crunchy and tak terlalu lembut, tak perlu letak)
  • 1 paket milo 200g
  • 3 sudu serbuk koko
  • 1 paket biskut marie ( mengikut kesukaan. Kalau nk tmbh lagi. Tmbah jela )

Cara :

1) buka api. Then masukkan separuh buku butter ke dalam kuali. Then cairkan
2) masukkan susu dan telur. Gaul sehingga sebati.
3) masukkan milo dan serbuk koko. Gaul sehingga sebati. Jangan berhenti kacau bimbang adunan akan berketul.
4) masukkan minuman air susu ke dalam adunan dan kacau. boleh skip jika taknak terlalu lembut kek batiknya.
5) rasa adunan tersebut sedikit untuk dapatkan kepuasan. Jika terasa ada kekurangan bahan. Sila tambah mana yg patut. Mengikut taste diri masing-masing. Jika suka manis, boleh tambah susu.
6) dan masukkan biskut marie yang telah direpih ke dalam adunan. Kacau dan pecahkan biskut marie tersebut.
7) dan last sekali masukkan ke dalam bekas. Penyetkan agar menjadi mampat dalam bekas. untuk memudahkan proses keluar kek dari bekas, boleh lapikkan plastik terlebih dahulu.
8) tnggu sebentar agar adunan sejuk sebelum dimasukkan dalam peti. Bimbang kaca peti akan pecah.
9) akhir sekali. Tunggulah beberapa jam. Then boleh lah potong dan makan.

No comments:

Post a Comment