Roti Jala dan Kuah Kari

 


Roti Jala

Bahan-bahan: 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air / 1 1/2 cawan air
  • 1 biji telur
  • setengah kotak kecik santan
  • 3 sudu minyak masak
  • garam/gula
  • pewarna
tips: kisar kesemua bahan di atas. make sure masa blender lubang tengah tu hanya besar jari kelinking sahaja. kalau lubang tu besar, tambahkan tepung gandum, kalau terlalu kecil, tambahkan air. 


Kari Ayam: 
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • setengah inci halia (kisar)
  • beberapa helai daun kari (kisar)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang)
  • beberapa helai daun kari 
  • ayam 
  • setengah kotak santan
  • ubi kentang 
  • garam/gula
  • 3/4 sudu rempah kari daging/ayam
  1. tumiskan rempah 4 sekawan. kemudian masukkan bahan yang telah dikisar.
  2. masukkan bawang besar, tumis sekejap dan masukkan beberapa helai daun kari. 
  3. lepastu masukkan rempah kari. dan gaul rata.
  4. masukkan air sedikit dan tumis sehingga pecah minyak. tunggu sehingga rempah sedikit kering dan keluar minyak ditepi. ulang sebanyak 3 kali.
  5. masukkan ayam, gaul rata. masukkan air untuk bagi lauk berkuah.
  6. masukkan ubi kentang, gula dan garam.
  7. tunggu sehingga ubi separuh masak atau lembut, kemudian masukkan santan.
  8. siap!

No comments:

Post a Comment