TART TELUR

TART TELUR




SHELL/ KULIT
  • 500 gm Tepung Gandum 
  • 1 Sudu besar Tepung Jagung
  • 500 gm Marjerin Pelangi
  • 2 Sudu besar Gula Kastor
  • 1 Biji Telur Gred A




INTI
  • 4 biji  Telur Gred A
  • 1 Tin Susu Cair
  • 1 Cawan Gula Kastor
  • 1 Penutup Esen Vanilla
  • 1 Sudu Kecil Pewarna Kuning



CARA-CARA
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan shell/kulit ke dalam 1 bekas.
  2. Uli bahan-bahan tersebut sehingga menjadi doh (tidak lekat pada tangan). Jika adunan masih berketul dan tidak menjadi doh, tambahkan marjerin pelangi sehingga adunan menjadi doh yang cantik. 
  3. Masukkan dan bentukkan ke dalam shell/acuan tart. 
  4. Campurkan kesemua bahan-bahan inti ke dalam 1 bekas dan kacau sehingga sebati. 
  5. Jika warna kuning belum kelihatan cantik, boleh tambahkan pewarna kuning sehingga warnanya menjadi kuning cantik. 
  6. Tuangkan campuran tersebut ke dalam shell/ acuan tart yang sudah dibentukkan. 
  7. Bakar dengan suhu 160C, selama 25-30 minit api atas bawah.
  8. Kemudian tambahkan dalam 7-10 minit, api bawah sahaja.  




No comments:

Post a Comment