Friday, 5 August 2016

Atasi Masalah Resdung dalam masa 5 Minit Sahaja !


" I ni ada resdung. bangun pagi je konfem bersin. Hacchhuuuummmm!!! mata dan hidung pulak selalu gatal. sampai merah semuanya sebab selalu garu. " =(

" satu hari masa I scroll fb, I ternampak la satu produk ni iaitu herba resdung tok aki. nampak testimoni banyak je. so I try la guna satu. senang je pakai, hanya sapu kat hidung. "

" dalam 5 minit je dah ada kesan. habis lendir resdung keluar. Fuhhhh.. Lega !"



Assalamualaikum semua ! mesti ada antara kita yang mengalami masalah yang sama macam akak atas tu kan... kesian akak tu.. bangun pagi dah hancuumm, hachuummm. tak sempat nak nikmati udara segar pagi (^-^). ihiks. 


anda mengalami simptom atau masalah seperti ini ???
  • Anda selalu BERSIN di waktu pagi atau sejuk..Hachummm!! tapi tidak tahu cara menghilangkannya.
  • Anda kerap GATAL di hidung dan mata tapi tidak tahu kenapa.
  • Anda ingin makan makanan kegemaran anda iaitu makanan laut tapi… anda ALAHAN makanan laut.
  • Anda ingin hilangkan masalah HIDUNG tersumbat dan berbau seperti bangkai..Ewwww! tapi dah bermacam-macam cara dilakukan.
  • Anda ingin hilangkan rasa sering pening KEPALA…Arghhh! peningnya.
  • Anda ingin atasi masalah muka berJERAWAT yang hingga menyebabkan rasa hilang keyakinan diri.
  • Anda yang jemu buat rawatan resdung hingga habis ratusan, ribuan ringgit. tapi masih tiada kesan apa-apa.
  • Anda yang dah mencuba berbagai-bagai produk yang muncul di pasaran ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Malangnya resdung tetap ada.

Jika YA! Inilah peluang anda untuk atasi masalah resdung anda hanya dirumah. Tak perlu bersusah payah ke pusat rawatan.




MUDAH, CEPAT, PANTAS dan MENJIMATKAN KOS

Si Gadis di luar sana, percaya atau tidak??

"WANITA LEBIH CANTK TANPA RESDUNG"

resdung adalah antara punca wajah kita berjerawat dan buruk. lost confident?? malu?? tak ada lelaki tertarik pada anda?? 

cubalah perubatan tradisional iaitu Herba Resdung Tok Aki yang mampu memulihkan wajah anda secara semulajadi tanpa campuran bahan kimia yang merbahaya. Anda tidak perlu lagi melakukan rawatan di luar sana yang kosnya beratus ribu ringgit.




" waalaikumussalam. alhamdulillah, dah guna.. ada sedikit perubahan. Jerawat mula keluar, muka jadi bersih " _nurhasimah_


APA TUNGGU LAGI??

Lagi LAMBAT anda BERTINDAK, lagi PARAH resdung anda. Sanggupkah anda habiskan ribuan ringgit kerana perlu melakukan pembedahan disebabkan lambat merawat resdung?




Maklumat Lanjut : Sila layari www.rawatresdung.com
atau contact nombor yang tertera : 013-2290930





Wednesday, 22 June 2016

Bulan Ramadhan, Bulan Sedekah



Alhamdulillah, masih bertemu lagi kita di bulan ramadhan yang penuh dengan barakah dan kemuliaan. berapa ramai yang pergi menghadap Ilahi tanpa sempat bertemu dengan bulan ramadhan. MasyaAllah, ramai saat-saat akhir nak menjelang bulan ramadhan, diterima khabar si fulan, si fulan dah takde. dah hampir-hampir dah nak masuk ramadhan, tapi ajal maut di tangan Allah, kita tak tahu bila Allah nak ambil nyawa kita. kita yang masih berkesempatan bertemu Ramadhan, Alhamdulillah, bersyukur. masih dipanjangkan usia. dan yang penting, manfaatkan bulan Ramadhan. jika bulan Ramadhan pada tahun ini adalah ramadhan terakhirku, jadikanlah ramadhan tahun ini ramadhan yang terbaik ibadatku. 

semoga kita tergolong dalam kalangan yang sangat gembira menerima kedatangan bulan ramadhan. ada ke umat islam yang sedih terima khabar kedatangan bulan ramadhan??? Ada! siapa golongannya?? Ahli maksiat. mereka-mereka ini adalah golongan yang sedih menerima khabar kedatangan ramadhan. yang jenis suka karaoke, kena slow down. yang suka buat perkara tak elok, kena slow down. jadi golongan ini sedih. kerana terhalang untuk buat maksiat. dan semoga kita, para pembaca blog ini adalah golongan yang gembira menerima khabar ramadhan tiba. gembira untuk melakukan perkara kebaikan, kebajikan. peluang untuk buat kebajikan, peluang untuk doa banyak-banyak dan utama dalam topik ini, peluang untuk bersedekah dengan lebih banyak lagi. 




 Antara ramadhan dengan sedekah, ada hubungan luar biasa. bak kata orang, ade link yang kuat. bahkan Rasulullah dikenali dengan Nabi yang dermawan, dan pada bulan ramadhan lebih terserlah sifat sedekah beliau. Beliau bukan sahaja mengajak para sahabat bersedekah, bahkan dirinya sendiri akan bersedekah.

dan pada bulan Ramadhan juga, para sahabat akan berlumba-lumba untuk bersedekah. kenapa? kerana terdapat banyak kelebihan bersedekah di bulan ramadhan.

Antaranya adalah, di bulan suci ramadhan, segala amal ibadah akan berganda. bukan hanya 1, bukan 2, bahkan bukan 10 tetapi 700 kali lipat ganda. 

Dan Nabi pernah berfirman, tidak ada sedekah yang akan mengurangkan harta, tetapi akan menambah, menambah dan menambah. di situlah membuktikan firman Allah SWT yang berbunyi, salah satu kita mensyukuri nikmat Allah, kita bertemu bulan ramadhan adalah syukur amal. dan antara bukti syukur adalah bersedekah. jadi marilah kita sama-sama sedekah di bulan suci ramadhan.

Sebagaimana yang kita tahu, sedekah itu sangat luar biasa, manfaatnya, berkatnya di dunia dan akhirat dan juga kehidupan kita lahir dan batin.

Sedekah juga dapat menjamin keberkatan, menjauhkan dari bala dan musibah, terjamin ampun dosa, menjamin husnul khotimah, menjamin keselamatan dari api neraka dan menjamin dari sifat bakhil. ini semua dari keberkatan ramadhan. 




kami takde duit, macam mana nak keluarkan sedekah? macam mana kami nak dapat keberkatan sedekah di bulan ramadhan? MasyaAllah, sedekah itu luas. tak semestinya sedekah itu didefinasikan sebagai duit, harta. tapi boleh juga dikategorikan sebagai sedekah tenaga. 

datang awal ke masjid, hamparkan tikar. bantu sediakan makanan untuk golongan yang berpuasa. bantu susun telekung atau Al-Quran di masjid. Ini juga digolongan sebagai sedekah. sedekah dari segi tenaga. 

tak ada alasan untuk tidak mampu bersedekah di bulan ramadhan. pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menambah amal baik kita di bulan ramadhan. yang menjadi tunggaknya, nak atau taknak je.

Rugi di bulan mulia ini kita lepaskan amalan sedekah. apa yang saya harapkan dan doakan, bukan untuk diri saya, keluarga, sahabat saya sahaja bahkan pembaca semua agar kita digolongkan dalam kalangan yang suka bersedekah dan istiqamah dalam bersedekah. bukan sahaja pada bulan ramadhan, tapi juga di bulan-bulan yang lain.

akhiri kata, selamat menjalani ibadah puasa dari saya, datin irawmk. (^_^)

Thursday, 7 April 2016

Im Turn '20's (^_^)


Assalamualaikum~

Hai guys, nampak tak right now im such a happy person.. wuhuu.. baru lepas jadi bufday gurl.

Even semua kekawan masing-masing jauh nung disana dan disini.. tapi bila bufday kite, diorang semua pakat duk wish.... siapa yang hati tak berbunga-bunga kan... 

Rasa Happy dan Dihargai. & Juga Tanda Ingatan Mereka Kepada Kita <3 (alaa,, laptop takde emoji pulak)

Now, Im Officially Turn To 20's !!!













Im dah secara rasminya masuk kelab angka-20 an.. wihiiiiii.. 

Kenapa Happy? Sebab?

Dulu kalau cakap pasal kawin je, mesti orang-orang tua marah.. "baru umur belas-belas, dah gatal nak kawin".. tapi sekarang saya dah umur 20 ! hahahahaha.. boleh kawin.. yeaayyy.. (>,<)

Konon-konon je ni. Sedang sorokkan perasaan di hati yang realitinya takde orang nak. huhuhu~

Siapa Nak saya??? Jom jumpa ayah saya.. ahahahaha =p 




Terima Kasih kepada those yang wish my birthday. Thanks A lot. I love u Guys <3

Tiada Yang Lebih Indah Daripada Persahabatan Kerana Allah. 




Kalau diikutkan birthday amira hari ini, im still have paper MGT 345 (final exam), tapi Alhamdulillah, mungkin hadiah hari jadi daripada Maha Pencipta, Allah s.w.t. its not so difficult, Alhamdulillah boleh lah jawab dengan lancar... 

Bersyukur sangat. Terima Kasih Ya Allah. tak sia-sia study sampai pukul 3 pagi lebih. Dan first time untuk final kali ni keluar awal, 45 minit awal.. huihuihui... 

Yakin acah-acah je boleh jawab sampai nak keluar awal kan.. ish,ish,ish~



Keluar je dewan, bukak handphone, bertubi-tubi whatsapp masuk duk wish birthday. Dari Family, dan sahabat-sahabat. Ada yang whatsapp personal, ada jugak dalam group... kat fb, we chat, instagram.. 

Thanks guys. Tak kisah di mana kalian wish, im really Appreciate it. Tak pernah Tak sayang.




Terima Kasih atas doa-doa dan pesanan-pesanan untuk diri yang kerdil ini.

Semoga Allah Perkenankan segala doa-doanya dan Allah kekalkan jodoh persahabatan kita bersama hingga ke Jannah-Nya.

Ini adalah sebahagian sahabat-sahabat yang wish. 

Yang Ira tak letak kat sini, Jangan Terkecil Hati. Sebab awak sentiasa ada dihati sayaaa... chia chia chia.. hahaha~

Ira Sayang Kalian Semua.




Semakin meningkatnya umur, semakin dekat kita pada kematian. Allahu~
Semoga Kita Pergi Menghadap Maha Pencipta dengan Husnul Khotimah~
Dan Semoga kita juga diberikan umur yang panjang untuk tingkatkan amalan~

Fi Hifdzillah. Ana uhibbukum Fillah ~

7 April 1996~
Datin Irawmk.

Tuesday, 5 January 2016

Nikah Muda adakah Semudah Petik Jari ?





Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu bersama kalian semua.. Semoga Kita sentiasa dirahmati Allah. Amira bukan nak berkongsi cerita atau pengalaman dari Amira kali ni. but  Amira nak share satu Ilmu tentang Nikah yang dipetik dari Aiman Banna. Yang Amira rasa sangat penting untuk Amira sendiri dan penting untuk kalian juga. Semoga bermanfaat. (^-^) Baca sampai habis tawwww.. no skip-skip. Barulah Faham dan boleh Hadam  betul-betul mesej yang nak disampaikan. 

Assalamualaikum and hai, my name is Aiman, Aiman Banna. Saya berumur 19 tahun dan isteri saya muda setahun. Mungkin anda fikir anda salah baca tapi saya memang ada mention isteri bermaksud saya sudah berkahwin. Alhamdulillah kami kahwin tahun ini.

Saya seorang suami,
Dan saya ada isteri.

Saya kahwin muda,
Juga bakal ayah muda.

Izinkan saya untuk ceritakan kepada anda mengenai kahwin.

Kahwin, bukannya semudah kita order roti kahwin kat restoran.
Bukan juga semudah cerita Aminah dan Amin tadi, sangat bukan.

Keindahan kahwin juga bukan seperti dalam cerita dan filem Disney.
Novel-novel kat kedai buku sedunia pun tiadalah samanya macam kahwin.

Wahai anak muda, dengarlah kata-kata daripada suami muda ini;

Kahwin ialah benda yang besar, bukan benda main.
Ianya mengenai amanah dan tanggungjawab.
Ianya mengenai kesabaran dan kematangan.

Kahwin bukannya semata-mata anda kucup dahi dia kat atas kapal Titanic, bukannya bila anda ada teman di atas tilam bersaiz besar yang baru, bukannya bila anda upload gambar anak yang baru lahir kat instagram utk dapat like. Juga bukan bila anda berjalan di shopping complex dengan ada tangan pasangan untuk dipegang, bukan sekadar plastik beg lepas shopping.

It's more than that, wallahi it's more than that.

Mungkin anda tidak akan ada masalah ada naga culik isteri anda lalu kurung kat satu menara batu yang tinggi, mungkin juga anda tiada masalah seorang ahli sihir membuat sumpahan kepada isteri anda tidur selamanya. Mustahil la ada.

Tapi adakah anda bersedia tempuh ombak-ombak yang pelbagai..?

Setelah usai akad nikah, bagaimana anda melayar bahtera kehidupan perkahwinan yang akan ada pelbagai jenis ombak yang besaq seperti;

Duit tak cukup, masalah ekonomi.
Nak beli kereta dan rumah, tak mampu.
Hutang-hutang belambak.
Dapat anak awal, tak seperti yang dijangka.
Ada anak waktu tengah sambung degree.
Nak biayai kos membesarkan anak-anak.

Maka apa yang akan ada lakukan?
Bersediakah? Ataupun tak terfikir pun.

Ini ialah realiti perkahwinan, bukannya macam kisah indah dongengan.

Bagaimana pula nanti, selepas kahwin akan ada gaduh-gaduh..?

Biasalah, gaduh-gaduh manja (Cubit-cubit, geletek-geletek dll...) tapi memang lagi biasa akan ada gaduh besar (duit tak cukup, ada yang tak puas hati, rasa terkongkong, akan ada rasa rimas dll...) Memang akan ada rasa culture shock hidup dengan someone yang akan hidup dengan kita selama-lamanya (inshaAllah kalau Allah izin)..?

Akan tiba satu saat satu pasangan akan ada gaduh besar-besaran. Jadi bagaimana anda hadapi..?

Mampukah anda bersabar dengan kerenah masing-masing?
Mampukah anda tidak naik suara, tidak melenting, tidak tengking?
Mampukah anda untuk tidak turut emosi, tidak naik tangan ke atas dia?

Mampukah...!?

Selepas kahwin nanti, anda akan dapat banyak suprise.

Anda akan kenal diri dia yang purely 100% diri dia.
Perangai dia yang tidak ditunjuk selama ini, anda baru tahu.

Anda akan kenal sejarah dia, kenal siapa diri pasangan anda.
Apa yang dia lakukan sebelum kenal anda, anda baru tahu.

Bagaimana pula anda menghadapi suprise itu..?

Ketika inilah kematangan kena main peranan.
Ingat, matang sangat penting dalam satu hubungan.

Buktinya?

Budak tadika; berapa kali dah cinta-cinta monyet?
Akhirnya adakah cinta monyet itu jadi cinta manusia?

Tidak kekal pun; crush dan couple bertukar-tukar sokmo!
Oleh itu, muhasabah diri, dah matang ke belum?

Janganlah nanti suami terguna berus gigi kat tandas terus nak minta cerai, sebab nak cari suami takde gigi supaya ada privacy ke atas berus gigi dan colgate pun jimat? Janganlah nanti nak buat dua tandas, tak nak share tandas sebab isteri tak pandai jaga kebersihan tandas.

It's about bersedia berkongsi segala. Matangkan diri, sedar.

Janganlah nanti isteri nak bermanja-manja lebih, nak spend time lebih, nak on the phone lebih pun kita rimas lalu tak nak layan?  Janganlah nanti rasa tidak selesa dengan kecemburuan pasangan yang over sebab ianya manifestasi cinta pasangan.

Nanti suami nak tengok bola Chelsea lawan Manchester United (Chelsea menang, inshaAllah), janganlah setiap masa nak halang. Kena ada toleransi dan faham-memahami. Ada give and take.

Lepas kahwin, anda akan lihat banyak kekurangan pasangan. Anda ada pilihan;

1. Tak boleh terima, tak redha, rimas.
2. Redha, try addapt, cuba ubah mana yang patut. Sabar.

Andai pertama pilihan anda; anda masih tahap tadika punya cinta. Andai kedua pilihannya, TAHNIAH!

Oleh itu, matangkan diri, sediakan diri.
Cinta monyet, hanya untuk monyet. Ok?

Kahwin bukannya semata-mata untuk anda jadikan alasan untuk jaga hati-lah, untuk jaga nafsu, jaga pandangan dan lain-lain. Tak nak buat benda haram, jadi anda pun bermati-matian perjuangkan kahwin muda, kahwin masa belajar dan berjuta lagi perjuangan anda...

Anda SILAP!

Kerana benda-benda seperti jaga hati, jaga nafsu, jaga pandangan ialah benda yang perlu anda jaga sebelum kahwin. Jika sebelum kahwin pun anda tidak mampu jaga, selepas kahwin pun anda akan tidak tunduk pandangan, tak jaga hati dan lain-lain.

Kenapa kena buat benda-benda ni sebelum kahwin?
Selepas kahwin nanti, timbullah pelbagai issue.

Suka perempuan ini, suka perempuan itu. Suka laki ini, suka laki tu. Nanti dah mula untuk tawar dengan isteri//suami endiri. Romantik awal-awal kahwin je lepas itu hambar tawar. Mula untuk banding-banding pasangan dengan orang lain. Dia lebih hensem la, lebih cantik la.

Inilah implikasi kalau sebelum kahwin pun tak settle jaga benda yang patut dijaga.

Sebab itu dalam tarbiah, sebelum kahwin (baitul muslim), kena settle diri sendiri dulu (fardhul muslim). Kita kena didik diri kita untuk jaga hati, jaga nafsu dll sebelum kahwin lagi, kena didik dengan sebaik-baik didikan tarbiah sehingga berjaya. Kalau didik dan jaga diri pun tak settle, apatah lagi nak didik dan jaga pasangan lepas kahwin.

Jangan kencangkan sembang anda, kencangkan tindakan juga.

Baiki diri dahulu,
Baiki amalan harian,
Baiki hubungan dengan Tuhan.

Jangan gelojoh dalam kahwin, nanti rumahtangga gocoh.




Ini pesanan terakhir dan paling penting dari saya untuk anda;

Kawen
Kahwin
Nikah

Itu bukan matlamat hidup.

Ingat, kenapa kita di sini.
Ingatlah, kita ada Allah.

Allah matlamat hidup kita,
Redha Allah yang kita mahu.
Cinta Allah menjadi prioriti.

Kebahagian mutlak yang kita mahu bukan di sini, tapi sana.
Sini itu dunia hakiki.
Sana itu Syurga.

Jadi, ranking keutamaan hidup kita sentiasa redha Allah berbanding yang lain-lain. Yang lain-lain itu jugatermasuk kahwin. Ingat, bila kita kahwin, kita ambil seseorang untuk kita jaga dan bersama memimpin tangan dalam menuju redha Allah.

Adakah kita sudah,

Solat lima waktu,
Solat jemaah selalu,
Solat awal waktu,
Baca quran selalu
Berbakti secukupnya kepada ibu ayah,
Dan pelbagai lagi amalan harian persendirian kita.

Adakah kita sudah bersedia dengan sebaiknya sebelum terdetik rasa hendak kahwin..?

Andai diri kita tidak mampu untuk jaga amalan harian persedirian kita, bagaimana mungkin kita nak hidupkan redha Allah dalam amalan harian bersama pasangan kita kelak..?

Andai kita tidak mampu jaga diri kita untuk jauh daripada api neraka, bagaimana mungkin kita mampu untuk bawa seseorang ke Syurga..?

Lalu menyedari hakikat ini;

Mengapa kita masih tergamak menafikan bahawa cinta Allah sentiasa nombor satu berbanding kahwin secepat-cepatnya tanpa ubah diri dahulu..?

Sebab itulah dalam tarbiah mengajar kita untuk baiki diri sendiri dari segi amalan, kerja dakwah, hubungan dengan masyarakat, ekonomi dll sebelum ke tangga seterusnya iaitu perkahwinan (baitul muslim)

Kita sebagai muslim nak islam di kemuncak dunia. Kan?
Secara mudahnya saya rangka langkah-langkah jadi lima;

1. Ubah diri.
2. Ubah orang lain (pasangan)
3. Ubah masyarakat.
4. Ubah negara.
5. Ubah Dunia.

Bagaimana kita nak ubah dunia kalau kita tak mampu nak ubah pasangan dan bagaimana nak ubah pasangan kalau diri sendiri tak berubah menjadi muslim yang sepatutnya..!?

The heart of the matter,

Nikah itu tidak semudah yang disangka,Juga tidak seindah apa yang dijangka.

Nikah itu tidak semudah yang disangka,
Nikah itu banyak mehnah dan tribulasi,
Nikah itu banyak liku-liku kesusahan,
Nikah itu perlu banyak pengorbanan,
Nikah itu ini itu ini itu ini itu ini itu ini...

Nikah itu tidak semudah yang disangka,
Kerana nikah itu mudah, jika kita nikah kerana Allah.

Walau susah setara mana pun kesusahan yang kita hadapi bersama suami//isteri.., ianya tetap mudah kerana kita tahu bila kita menghadapi ujian dan dugaan dalam perkahwinan dengan sabar, maka Allah akan redha lalu akan pertemukan jodoh suami isteri semula di Syurga kelak.

Maka segala kesusahan akan menjadi ringan dengan adanya tarbiah dalam nikah.

Nikah itu juga tidak seindah apa yang dijangka.
Nikah itu banyak mehnah dan tribulasi,
Nikah itu banyak liku-liku kesusahan,
Nikah itu perlu banyak pengorbanan,
Nikah itu ini itu ini itu ini itu ini itu ini...

Nikah itu juga tidak seindah apa yang dijangka.
Kerana nikah itu tersangatlah indah, wallahi indah.
Nikah ialah Syurga dunia, Syurga dunia kurniaan Allah.
Hanya dan hanya apabila anda faham, nikah itu kerana Allah.

Sedarlah, semuanya berbalik kepada Sang Pencipta Cinta.
Maka, sentiasalah kembali kepada Allah.

Oleh itu, nak nikah muda? Dipersilakan.
Tapi muhasabah diri, dan istikharah juga istisyarah.

Moga Allah permudah segala,
Moga Allah cinta dan redha.





Segala yang Baik datangnya dari Allah s.w.t, dan segala keburukan dan kekurangan datang dari kekurangan Amira sendiri. 

This Article From Aiman Banna Inspired Me And Give Motivation For Me as Personal.

Lots Of Love.
-Datin Irawmk.
 

Saturday, 5 December 2015

Kini Aku di UITM Pahang Kampus Raub






UITM Pahang Kampus Khazanah Alam, berpindah ke UITM Pahang Kampus Raub.

29 Disember 2015, bermulalah pengajianku di UITM Pahang Kampus Raub. Kamilah First Batch yang Merasmikan UITM Raub. 

Kolej dengan Kelas. Yes. Sangat Dekat. Kalau Dulu di UITM Jengka, Memang Kompleks Tun Fatimah dengan Kelas. Memang TerSangat Jauh. Lagi-lagi Kalau Kelas kat Atas Bukit sana. block Arjuna Bidara dll. Aishhh. Belum masuk kelas memang dah confirm Mengah-mengah..

Tapi berbeza kat Sini, Kolej dengan Kelas memang dekat je, Bangunan kat Sini, macam Setompok. Kat Situlah 'Medec' ( Klinik UITM), Dewan Selera, Kelas, Surau, Kolej. Jadi, Takde alasan kalau nak ponteng kelas sebab bangun lambat, atau kelas jauh. Kelas pukul 8.15, pukul 8.05 still sempat sampai kelas 'On Time'. Jangan Memain eh.. Kaki Patah, takde alasan tak boleh nak naik tangga, Sebab 'Lif" ada okeyy.. Tapi bangunan Akademik atau more specific kelas just ada 2 bangunan je. Sebelah-menyebelah pulak tu. Dekat je kalau selepas kelas A nak ke kelas B. So, tak perlu nak risau.

Library??? errr.. Bukan nampak sangat tak suka Membaca, tapi sepanjang seminggu ni kat sini, tak sure library dah bukak ke belum. Dengar aura-aura macam belum buka. So, berkenaan library belum boleh nak story laaaa.. 

Dewan Selera Besar.. Kalau di Jengka, ada Dewan makan hanya khas untuk Students perempuan dalam Kompleks Tun Fatimah  & Dewan makan Campur, untuk Students lelaki dan perempuan. But, kat Sini, Kedua-dua dewan selera campur. Kalau dulu, rasa Lapar, terus turun dewan makan. Tak payah nak fikir panjang sebab semua perempuan. Pakai selekeh-selekeh tudung arini pun, Okey je. Tapi sekarang, rasa Kebulur baru laa turun cari makanan. Tu pun fikir 5,6 kali dulu nak turun ke tak.. Anti Lelaki? Tak Jugak. Tapi Segan + Malu + Tak Suka + Malas nak berhadapan dengan Kaum Adam. Kalau yang memang suka 'dating' dengan buah hati, memang Dewan Selera lah tempatnya. Acah-acah sweet makan berdua. 

Surau dia ada Aircond. Sangat selesa nak solat, berehat & tido. Kipas pun ada kat atas tiang-tiang. sorry. Lupa nak ambik gambar dalam surau. Tapi serius Cantik dan Besar. Lelaki kalau tak pergi solat kat Surau ni, Memang Dasar Pemalas. Perempuan sebaik-baiknya Solat di bilik. Tapi Lelaki, lebih Afdal Solat di Surau dan Masjid. Dahlah dekat dengan kolej, ada Aircond, Besar. Kalau malas nak solat lagi di surau, Memang tak tahu nak cakap apa.

Yang Agak menyedihkan di UITM ni, Transport nak ke bandar sangat terhad. Untuk masa Sekarang, hanya ada 1 van je. Itupun ambik daripada UITM Jengka punya. Students ramai nak ke bandar, tapi van 1 je. Memang berjam-jam lah tunggu jawabnye. Perjalanan pulak, agak jauh. Sebelum ni di Jengka, dekat je. Naik van, 5 minit je. Bas ada, tapi dia ada masa-masa tertentu sahaja. Malam memang tak ada. Kalau nak naik bas, kena alert kepada masa-masa bas tu datang.  

Setakat ni, mesin ATM belum ada kat sini, mengikut apa yang diberitahu, InsyaAllah bulan 1,2016 akan mula beroperasi. Tapi tak tahu lah betul ke tak. Nantikan jelah. Kalau tak, memang kena ke bandar lah jawabnye nak keluarkan duit. Bandar bukannya kecik, Tapi besar. Memang jenuh nak berjalan tawaf  Bandar Raub.

Rumah ada 4 Bilik, 4 tandas. Alhamdulillah Sangat Selesa. Loker pun Besar, ada Meja Study setiap sorang package dengan Lampu 'study' lagi. 2 orang 1 bilik. Katil pun dah takde Double atas bawah. yang biasa je satu sorang. Tempat jemur pakaian je kecik. tapi bersyukur still ada. Kalau semua basuh baju serentak, memang takde tempat nak jemur. So, kena pandailah bincang antara housemate. Bilik TV dan dobi, setakat ni belum beroperasi. Tapi apa yang dijanjikan, InsyaAllah akan beroperasi tak lama lagi. 





So, Thats All from Me. 
Lintas langsung Dari UITM Pahang, Kampus Raub.
Datin Irawmk.

" SELAMAT DATANG KE UITM PAHANG KAMPUS RAUB " untuk Students dari UITM Jengka, UITM Machang & UITM Dungun.



Blog yang Awesome & Bermanfaat


Seharian Suntuk Hari ni, Amira duk menghadap laptop baca and survey blog yang ada. Dah lama Amira tak luangkan masa macam ni. Time hujung minggu macam ni, daripada mereput main game dalam telefon.. adalah jugak manfaatnye baca blog-blog yang sangat banyak pengisiannya kan.. Time-time awal sem ni jelah mampu, Assignment belum Start lah katakan..

Dalam Banyak-banyak blog Amira duk Baca Hari ni, Amira tertarik kepada Satu blog ni, Blog yang More to Cerpen. but dalam Cerpen tu, terlalu banyak pengisian yang boleh kita ambil. Sangat Tersentuh bila Baca. Kenal Rusydee Artz??? Banyak Gambar Islamik yang tertera nama dia.. Mesti Kenal kan.. Jangan laa buat-buat Tak Kenal pulak eh.. Yes. Blog dia lah yang amira Maksudkan. 

Amira "copy" salah satu cerpen dia kat bawah ni eh untuk bacaan semua. Best. Padat dengan Isi dan Ilmu, Ringkas dan Sangat Terkesan Penulisannya. Keep it Up Abang Rusydee. Teruskan berkarya.. 

*************



BUKAN KERANA RUPA

Tajuk: Bukan Kerana Rupa
Penulis / Karya original : Muhammad Rusydi ( Rusydee Artz )

Berborak dengan seorang senior. Dia berkulit gelap, chubby dan boroi. Macam mamak sikit. Isterinya juga lebih kurang dengan dirinya.

Disebabkan dia ni sporting, sengaja ku ajukan soalan kepadanya. Masa tu isterinya pergi mencari sayur. Dia duduk di sebelah membelek-belek tembikai.

“Maaf tanya, bang. Abang tak terfikir ke masa nikah dulu, nak dapatkan isteri yang cantik?”

Dia tersentak. Mungkin soalan tu agak direct. Tapi, dia senyum saja. Orang matang, kan.

“Siapa yang tak nak isteri cantik. Lelaki mana yang tak nak?Tapi, bukan sekadar itu yang patut kau nilaikan. Bukan setakat rupa dan fizikalnya. Kau patut pergi lebih jauh dari skop sempit tu.”

Aku berkerut kening.

“Maksud abang?”

Dia tergelak.

“Macam tembikai-tembikai depan mata kau ni. Adakah kau nilainya semata-mata dari kulit luaran? Tidak, kan?

Untuk bahagia, kau kena letakkan ketepi soal rupa. Soal agama letak yang utama. Soal jawab dia, sekurang-kurangnya solat 5 waktu tu cukup. Aurat tutup. Sempurna atau tak tu belakang kira, sebab tugas mendidik di bahu kau.

Then, kau kena fikir keluarganya. Kau boleh masuk tak dalam keluarga dia? Kau boleh kamceng ke tak dengan mak ayah dia, adik-beradik dia? Kau jangan pilih mentua yang pernah menyindir, menghina diri kau.

Contoh, pekerjaan kau dipertikaikan, gaji kau diungkitkan. Lama-lama, sabar kau cuma akan membawa kepada sakit hati, akhirnya jadi dendam bila benci mulai bertapak di sanubari.

Mulalah kau tak nak balik rumah mentua sebab tak suka dengar, tak suka tengok muka. Dengan adik-beradik dia pun begitulah juga. Nilaikan semua.

Bernikah ni, bukan setakat dengan dia. Tapi, seluruh keluarga dia. Dia saja baik, tapi keluarganya layan kau dengan buruk, kau jangan keraskan hati nak jugak. Kau berundur saja.

Pilih yang menyenangkan hati kau. Keluarga yang boleh menghormati dan menyayangi kau, menerima kau seadanya kau. Barulah kita rasa suka ziarah mentua, hati lapang.

Bukan kau saja yang mereka terima, tapi keluarga kau juga mereka reda terima. Timbul rasa syukur dapat keluarga baru macam tu.

Seterusnya, kau kena nilaikan. Dia sendiri. Dia cerewet atau tidak. Kalau cerewet, kau jangan teruskan. Pilih yang lain.

Kau takkan senang duduk, nak berehat sikit pun tak boleh asyik membebel. Suruh itu dan ini. Queen control kau. Tak boleh macam tu.

Pilih yang bertolak ansur dan sederhana. Dia tak kisah tak ada aircond, janji ada kipas meja pun dah ok. Tak ada meja makan, makan bersila pun tak mengapa.

Tak ada kereta, naik motosikal pun tak jadi masalah baginya. Tak ada duit, dia tak mengeluh. Dia ada duit, dia kongsikan dengan kau.

Kau ada duit, kau pula belanja dia macam-macam. Begitulah hidup suami isteri dan nak bentuk keluarga yang bahagia.

Bukan kerna rupa. Bila hati tenang, ibadah pun lenang. Dia tenang, keluarga dia tenang. Semua orang tenang. Apa lagi yang tak cukup?”

Aku senyum saja mendengar kata-kata abang tu. Dia menambah sedikit di hujungnya,

“Sebab itulah aku pilih isteri aku. Atas sebab-sebab yang aku sebutkan tadilah. Kulit hitam ke putih ke, lemak banyak ke sikit ke, takkan pernah memuaskan nafsu mata.

Kalau kau nak ikut nafsu mata, mata takkan pernah puas. Tapi kalau kau ikut kata iman, kau akan hargai segala yang kau ada. Segala yang realiti di depan mata.”

Aku salam tangannya. Hulurkan tembikai padanya sebagai hadiah. Ilmu yang lebih mahal harganya dari tembikai-tembikai yang aku jual.


Aduh. Bila Tuhan mahu menjentik hati.


Bagi yang sudah Dipanah Jatuh Cinta dengan Karya Rusydee Artz Ni, Sila KLIK di Sini..

Teruskan Berkarya dan Berdakwah Abang Rusydee. Semoga Allah Melihat Usaha Abang dan Memberkati Usaha Abang. (^_^)   ( panggil abang, sebab hormat. lagipun umur dia jauh lebih tua dari diri ini )